Showing posts with label Afrahdoesmakeup. Show all posts
Showing posts with label Afrahdoesmakeup. Show all posts

30 July 2018

My Humble Lipstick Collection 2018

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hello! Haritu dah share pasal blusher collection kan. Hah! So, harini nak share lipstick collection pulak lah. Hihi

Kebanyakan lipstick aku dah buat review tau. Kalau korang nak tahu, klik 'review here' dekat nama lipstick tu okay. Tu semua honest review tau. Takde tipu-tipu punya lei. Jemput baca ~ ☀


1) Catrice Ultimate Colour [020 Maroon &480 Red Said Black] (review here)

2) MAC Vibe Tribe [Pure Vanity] &MAC Giambattista Valli [Charlotte] (no review)

3) Maybelline Vivid Matte Liquid [MAT12] (review here)

4) Wet n Wild Silk Finish Lipstick [Blushing Bali] (review here)

5) Naked Touchfit Lip Tatoo [02] (review here)

6) MZM Wine Lip Tint [Chardonnay Orange] (no review)

7) IN2IT Lip Treat [Raspberry] (review here)

8) IN2IT Colour Balm Lite Lip Balm [Lite Nude] (review here)

9) IN2IT Gel Tint [Melon] (review here)

10) IN2IT Liquid Matte [Rouge] (review here)

11) Silkygirl Matte Junkie Lip Cream [01 Retro] (review here)

12) Focallure Ultra Chiclips [09 Tumbleweed] (review here)

13) Silkygirl Color Junkie Lip Polish [02 Perky Sally] (no review)

14) Silkygirl Moisture Boost Lipcolor Balm [09 Blush] (review here)

15) Metholatum Lip Crayon [code 02] (review here)

16) Palladio Herbal Lipstick [Brownie & Rosey] (review here)

17) Silkygirl Moisture Rich Lipcolor [01 Naked & 08 Dusk] (review here

18) Maybelline The Powder Mattes [Toush of Nude] (review here)

19) Eyatatia lip Tint [Red Roselle] (review here


Habis dah. Hihi. Tu je yang ada buat masa ni. Rasa macam dah cukup tapi bila pergi masuk drugstore confirm terbeli satu dua lagi. Haih lah 😂

Next collection nak buat collection apa pulak eh? Mascara okay tak? Aha! 😀

Sekian.
Assalamualaikum.
(4:30 petang)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

25 June 2018

My Humble Blusher Collection 2018

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Tengah susun semua barang makeup lepas balik dari kampung tadi. Pastu tetiba terfikir pulak nak buat Blusher Collection walaupun takde lah banyak mana blusher. Saja nak buat entri. Sekali macam short review gitu. 

Blusher:
💙 Odbo Pwder Blush Code 10💙
💙 Sivanna Colors Mat Fleur Cheeks Code 05💙
💙 Bioaqua Air Cushion Blusher Code 03 [click here for review] 💙

Blusher aku tak banyak pun sebab jarang pakai kekadang pakai makeup tapi blusher meh tak pakai pun. Aha! Tapi bila pakai tu hah ambik merah sepipi. Aku dah lama tak beli blusher. Last beli pun tahun lepas kot. Lama dah hahaha. Beli pun jenama yang murah ni je Odbo, Sivanna dan Bioaqua. 

Odbo dengan Sivanna aku suka sebab makeup dia memang jenis sesuai untuk beginner. Dah lah murah pastu color pulak pigmented. Bila sapu dekat pipi dia senang blend. Best! Aku suggest dua jenama ni untuk yang baru nak start makeup tapi susah sikit lah nak cari. Tapi murah! Kalau blusher dekat drugstore tu best jugak tapi mahal sikit lah. Tapi okay je. Hihi. Brand Essence dengan Palladio punya best! Aku dah try dua tu tapi tak beli lagi. Next time lah eh. Ready to 💸💸

Siapa yang baca post makeup aku masa practical tahu lah yang aku selalu pakai blusher guna yang lipbalm merah tu je. Best sebab senang blend and nampak glowing je pipi. Tapi aku tak letak sekali dalam ni sebab ni collection blusher sahaja. 

Antara 3 blushers atas ni aku paling suka Odbo. Sebab dia matte, pastu warna dia sesuai dengan aku. Senang masa nak blend dekat muka. Warna dia tak over sangat. Just nice gitu. Macam pink coral lebih kurang. 

Yang jenama Sivanna Colors ni pulak. Aku beli sebab cantik je blusher dia bentuk bunga. Hihi. Dia ada 3 warna dekat situ. Pink, pale pink, white. Pastu dia ada gold shimmer. Bila pakai tu nampak lah shimmer dia. Tapi kalau dari jauh tak nampak sangat tapi nampak glow. Kekadang aku ambik warna putih tu jadikan dia highlight. Tapi aku tak suka sangat dengan blusher ni sebab shimmer dia. Aku rasa muka aku tak sesuai dengan blusher yang ada shimmer. Ni dah hit the pan pun sebab kekadang guna untuk eyeshadow. Pakai untuk blusher jarang sangat. Untuk jadikan highlight okay. 👌

Yang Bioaqua tu aku taknak cakap apa. Korang boleh baca dekat entri lain. Klik dekat nama blusher atas tu okay. AKu dah buat review untuk blusher ni tau. Sila baca.


Atas ni swatches dia. Hah nampak tak sebab apa aku suka yang jenama Odbo tu. Sebab Odbo punya bila tangkap gambar dekat mana-mana lighting pun still nampak cantik je. Tapi kalau yang Sivanna Color tu lighting biasa nampak okay lah. Ada lah nampak warna blusher nya. Tapi bila ada flash dia jadi macam pakai bedak yang ada shimmer je. Kena pakai banyak yang warna pink baru okay sikit. Yang Bioaqua tu tak payah cakap apa lah. Dengan lighting biasa ke flash ke dua-dua memang tak cantik dimataku. Nasib baik murah je. So, takde nak complain banyak sangat. 😂😜

Okay. Tu je kot nak kongsi. Aha! Takde apa sangat pun. Takde brand mahal atau drugstore punya. Nanti kalau dah bertambah aku buat balik entri macam ni okay. Next collection will be lipstick. Hihi. So, stay tuned! 💗

Sekian.
Assalamualaikum.
(3:20 petang)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

23 November 2017

Daily Makeup to School (Trainee Teacher)

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Seperti yang dijanji pada last entri, kali ni nak share sikit produk yang aku pakai masa practicum. Disebabkan aku ni jenis kuat berpeluh plus ajar Tahun 1. Kena kejar budak tarik masuk kelas dan sebagainya. Lupa, aku ajar PJ Tahun 3 jugak. Aku tak berani nak makeup heavy sangat. Kang ada yang menangis air mata hitam pulak ahahahha. 

Okay. Let's begin!⛄
Atas ni semua barang yang aku guna setiap hari untuk ke sekolah. Tak termasuk toner dengan moisturiser. Tapi aku akan cerita jugak pasal toner dengan moisturiser okay.

Macam biasa lah kan bangun pagi cuci muka berus gigi (perluke cerita pasal ni aha)

Untuk cuci muka aku guna Nano White Fresh Cleanser tapi lepas tu tukar ke Sendayu Tinggi Acne Wash tak silap. Malas nak gi bilik air tengok. Ahaha. Aku tukar sebab cleanser NW tu keringkan kulit muka. So, tak best ! Toner aku guna Mustika Ratu yang lime punya sebab oily skin. Dan sekarang baru aku tau yang kulit aku sebenarnya jenis combination. Oily and dry at the same time. Lepas cuci muka, pakai gentle scrub st.ives yang green tea punya. Serius best ! Beza bila aku pakai scrub dengan tak scrub muka ialah muka aku cepat berminyak kalau tak scrub pagi tu. Kalau scrub pulak muka tak cepat berminyak dengan makeup stay lama. 

Hah senang sikit korang nak faham kan. 
Kalau tak faham jugak taktau lah nak buat macam mana lagi 😜
Nanti aku buat review satu-satu ye.

Untuk moisturiser pulak.
Aku guna ni lepas toner. Walaupun sleeping essence. Ahaha
Tapi yang ni best sebab tak berminyak. I likeeeeee ~
Tapi dah habis huhu

Okay. Sekarang kita start bab makeup yang betul-betul punya.

Aloe vera as moisturiser too.
Sebab kulit kekadang berminyak kekadang kering, aku kena guna banyak moisturiser. Kulit tepi hidung selalu kering bila nak sapu bb cream ke foundation ke nampak tak cantik sebab  nampak flaky.
Bila sapu aloe vera ni nampak smooth sikit. Takde lah nampak flaky gituuuu. For those who is having  the same problem, you guys should try this 💓

Tea Tree Oil for acne.
Aku sapu ni dekat tempat jerawat je. So, rasa berangin je. Hihi
Best sebab boleh surutkan jerawat.

Vaseline and Maybelline Baby Skin for primer
Vaseline aku sapu dekat bibir. So, bila pakai lipstick tak nampak lah flaky ke chap ke ape kann.
Baby Skin pulak kat muka. Untuk cover pores dan senang sapu bb cream.

Lepas dah prep muka, kita dap kan bb cream pulak. BB cushion ni best gila sebab murah dan sejuk.
Coverage dia light to medium. Sebab aku tak suka jenis full coverage sangat. Nampak fake gitu. Aha. Takpe lain orang, lain pendapat kan. So, itu pendapat aku lah. 
Ni bb cushion kedua tau. First punya dah habis ~

Lepas tu tepek concealer sikit dekat jerawat yang merah-merah dengan bawah mata sikit supaya nampak hidup sikit cikgu dipagi hari. Ahahaha
Dap dengan sponge for smooth look. Masalahnya, smooth keeee ? Aha 😆

Base makeup dah. Lepas tu bedak pulak bagi set semua bb cream dengan concealer tadi.
Takde lah nampak shining sangat muka kan. Dann, pagi-pagi takde masa nak bake.
So, brush gitu-gitu je compact powder kat muka.

Step terakhir kat muka. Blusherrrrr !
Aku guna Silkygirl Moisture Boost Lipcolor Balm code 09 Blush sebagai blusher. Kena sangat nama dengan step ni aha. Buat garisan sikit kat pipi pastu dap guna sponge. Tapi selalu guna jari sebab lagi nampak cantik gituuu. Aku banyak blusher yang jenis powder tapi yang ni lagi menarik perhatian sikit nak pakai. Sebab dia stay lama kat pipi. Yang powder punya pukul 9 dah hilang sebab berpeluh.
So, this one is the best !

Untuk kening aku guna yang ni.
Aku dah review produk kening so korang yang belum baca tu boleh cari lah kat bawah-bawah. Hehe
Yang Naked 2 tu kawan kasi sebab dia tak pakai. Dan aku pakai best ! Sebab warna coklat cantik, brush okay tak keras kejung. Pencil tak permanent sangat but it's okay. Dalam banyak-banyak tempat kat muka aku kening paling tahan sampai balik aha 😂😂😂

Untuk bibir pulak
Aku guna IN2IT gel tint untuk base. Lepas tu baru guna lipstick Wet n Wild beli kat Sasa.
Lipstick ni best sebab dia sheer dan warna tahan kat bibir. Aku suka matte tapi kalau gi sekolah aku memang tak pakai yang matte sebab matte buat bibir aku kering dan cepat hilang. Maksudnya tak long lasting gitu. Tapi lipstick ni aku banyak tukar-tukar. Kekadang aku pakai  MAC kekadang pakai Silkygirl. So, tengok mood jugak lah sebenarnya. Aha

This one. Tapi yang ni limited edition. Dah takde dah.
AKu pakai code Sin. ya Tohannn warna cantik gilaa. Nampak natural gituuuu.

Last.....step.....
Last but not least, eyelash curler. Bagi lentik sikit bulu mata ituwww.
Ahahahaha. Tapi tak pakai mascara punn. Just nak bagi lentik je. 
Sebab macam yang aku bagitau kat atas, aku kerja kejar budak masuk kelas dan ajar PJ.
So, aku taknak menanggung risiko kena panggil black metal pulak nanti dengan budak-budak ahahhaa.
No eyeshadow ! No eyeliner ! No mascara ! The three big NO in school. Aahahha
(for me je lah)

Tapi kalau korang jenis tak kuat berpeluh, lari satu padang muka steady makeup terletak, pakai lah mana yang korang nak. okayyy.

Nampak tak muka makeup iols ? Aha 😂😂😂


Sekian.
Assalamualaikum.
(5:02 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

10 August 2016

How many lip product do you have ?

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt 

Hi. Baca tajuk pun dah tau nak cerita apa kan ? Heee
Tak banyak pun haaaa. Tapi nak share jugak !

(in flash)

1) URBAN DECAY -- Naked Touch Fit 24 Hour Lip Tattoo (Red) {review here}

2) IN2IT -- Colour Balm (Lite Nude) {review here}

3) IN2IT -- Gel Tint (GT 01 / Peach) {review here}

4) SILKYGIRL -- Color Junkie Lip Polish (code 02 / Perky Sally) {no review yet}

5) NYX -- Soft Matte Lip Cream (code 05 / Antwerp) {no review yet}

6) LIME CRIME -- Velvetines (Riot) {no review yet}

7) IN2IT -- Lip Treat (LT 04 / Raspberry) {review here}

8) Obuse -- Lip Tint (code 3 / Orange) {no review yet}

Tapi yang selalu aku pakai kalau nak keluar mana-mana atau pergi kelas semestinya IN2IT Gel Tint. Sebab apa ? Sebab dia best gila weh. It is just looks so natural on lips. The most important thing is easy to apply ! :)


Okay. 8 tu je yang ada. InsyaAllah nanti beli yang lain pulak slow-slow lah eh. Hahahaha
Hah korang nak tau apa lagi ? Boleh je tanya dekat chatbox takpun DM, okay ?

Sekian.
Assalamualaikum.
(4:29 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

Kabuki Brush + Makeup Organizers

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hai. Kembali lagi kita. Hahahahaha.
Makin matang ni, makin banyak cerita pasal review produk je kan. Cerita pasal peribadi dah kurang. Sebenarnya bukan apa, aku dah taktau nak cerita apa pasal peribadi. Kalau dulu lain lah, tiap benda jadi mesti nak cerita dalam blog jugak. Sekarang banyak benda jadi tapi tak tau cemana nak start. Hahahaha

Eh ~
K. Dah terbabas dari tajuk asal. Disebabkan dah cuti sem ni. Aku plan nak mengarang balik lah. Sebab sedih sangat aku tengok box karya lama (dekat right box) setiap bulan 1 entri je yang aku post. Dah cuti ni hah jangan kau menyampah pulak tiap hari ada je entri baru yang keluar. Hahahaha

Ok sambung balik. 

Ada yang bertanya aku beli makeup brush dekat mana. Actually, kabuki brush ni dah banyak orang jual. Kat ig tu berlambak sangat. Cuma korang je yang kena pandai cari yang murah. Harini tu aku nampak kat ig dorang jual dengan harga RM20 exc postage. Murah sangat tu ya tohan. Nak je aku beli. Hahahha. *tahan nafsuuu*


Aku beli dekat Courasell dengan harga RM30 inc postage kalau tak silap. Tapi aku punya ada 8 brushes saje. Kira murah jugak lah. Hah aku beli dengan pihoo.brush. Yang ada courasell tu haa boleh lah beli dengan beliau. Sangat friendly orangnya. Kau tanya lah ape saje soalan memang dia kan jawab. Hah yang tanya bulu apa tu. Meh sini iols bagitau ye. 
Brush ni dibuat dengan synthetic hairs which means manmade bristles, usually from nylon or other synthetic fibers. Unlike natural brushessynthetic makeup brushes don't have a cuticle, which makes them great to use with liquid or cream products, such as foundation and concealer, because they won't trap makeup. Hah kan dah panjang berjela aku bagi. Hahahahha. No worries ya. Sebelum beli apa-apa brush as a good muslim, kena tanya dulu okayy ? 

Yang bestnya pasal brush ni adalah dia sangat lah lembut pada kulit muka. Yang kulit sensitif pun boleh guna insyaAllah. Senang nak urus. Yang paling penting senang nak basuh. Sebab sesetengah brush bila basuh je mesti bulu dia satu-satu tanggal. Kalau dah 10 kali basuh tak ke tanggal semua ? Haaaaa. Aku bukan mengarang entri secara membabi buta tau (ayat fav lecturer aku). Aku dah guna few times before this.

Warna brush ni pun cantik black and gold. Nampak elegent gituuu. Hahahaha. Oh lupa brush ni ada 8. 4 yang besar dan 4 yang kecil. Yang besar boleh guna untuk foundation, concealer, powder, blusher dan sebagainya. Yang kecil pulak, setelah ber-experiment aku dapati (amboi ayat!) bahawa brush yang kecil ni boleh guna untuk eyeshadow dengan concealer je. Oh maybe contouring too ! Heee

Apa pun, kabuki brush sangat lah sesuai untuk sesiapa yang baru nak belajar make up macam aku ni. Tak perlu beli yang mahal-mahal. Function dia sama jugak. Betul tak ? Hahaha

Hah lagi satu. Dah ada brush ni mesti lah kena ada makeup organizer. Kalau tak, nak letak kat mana pulak benda alah semua tu kannn. Okayy. Aku beli 2 organizer kat atas tu dekat Daiso saje. Murah dan cantik. Lelagi yang warna pink tu ya tohan kalau boleh nak je aku ambik semua. Tapi fikir bajet, fikir nafsu hmmm tak jadi lah. Beli yang penting dulu. Satu bekas tu RM5.30 sahaja !! Haaah. Kalau beli dekat ig orang jual make up organizer tu mahal kan. Ada yang jual sampai RM40-RM50. Daiso jugak yang murah. Hehehehe. Kalau nak lagi jimat, ambik je mana-mana gelas jernih yang dah tak guna buat letak brush. Lagi jimat. Tapi aku tak buat sebab ibu aku sayang sangat dengan gelas dia. Hahahahahah. Mampuih aku kalau ibu baca ni. Hahaha. Ampun beribu ampun. Sembah patik harap diampun. :p

Sekian.
Assalamualaikum.
(12:03 malam)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

28 March 2014

What's on my dressing table ?

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt 


oh... just can't get enough

1) Maybelline Clear Smooth Face Powder (The ultimate shine-control powder) ----> baki ibu. LOL

2) Krim Kecantikan SAFI BALQIS Perfect 10

3) Guardian Colour Blast Lip Balm (Strawberry Delight)

4) Vaseline LIP ESSENCE ADVANCED

5) 2 in 1 Eye Liner and Lip Liner Pencil (With Vitamin A and E) --- ((tak reti pakai pun sebenarnya.))

6) Rexona Women Dry Shield Series - Passion

7) Enchanteur Paris All-in-One Whitening Body Serum --- (( Favourite ))

8) Vaseline Total Moisture - Nourishing (Yellow)

9) Bedak Sejuk Tanaka

10) Vaseline 100% Pure Petroleum Jelly (Original)

11) Pewangi SHURAH - Kirana

12) B&B Kids Baby Powder Blossom - Strawberry

13) Dyara Solutions - Soft and Fresh (Beauty cream for cleaning up pimples)

14) LEMON TONER (D-I-Y) -----[ This entry ]

15) Penyegar SAFI BALQIS Perfect 10

16) Fruit of the Earth Vitamin E Gel - Moisturizing (Alcohol Free !!)

17) ESKULIN Body Mist Cologne (Snow White - Pink Blossom)

18) Johnson's Oxygen Fresh Gel Lotion (Review here)

19) Vaseline Healthy White Perfect 10 Whitening and Anti-Aging Lotion (Review here)

20) Carrie Junior Baby Powder - Groovy Grapeberry

What's yours ..... ? 

*** : Tapi aku selalu keluar pergi (sekolah, pasar, mall, kenduri kahwin) dengan 'bare face' aku. Too lazy to put on some makeup. LOL 

Sekian.
Assalamualaikum.
(2:26 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !