16 April 2018

Makeup Review #25 : Metholatum Lip Crayon

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hai! Harini nak review lip crayon yang baru jugak dekat pasaran tak silap aku lah. Tapi yang ni bukan aku yang beli tapi adik aku. Tapi lagi sekali dia tak pakai pun sebab dia ingat macam lip matte gitu. So, aku lah yang pakai. Dan aku jugaklah yang buat review. Aha! 😂

Metholatum Lip Crayon

Harga: Lebih kurang RM11-15 tak silap aha
Sebab bukan aku yang beli so aku tak tau harga exact dia berapa. Aha! Boleh cari dekat drugstore bahagian lip balm semua tu okayy.

Truly beautiful lip color 
Hydrates and Moisturizes lips
Ultra rich moisturizing oils
☆ Argan Oil
☆ Meadowfoam Seed Oil

Lip crayon dia ada 4 codes warna. Yang ni code 2 tak silap aku. Dia more to soft pink macam tu. Ada code lain tu warna merah pekat sikit dengan warna gelap lagi. Masa adik aku nak beli ni dia tanya aku warna apa yang sesuai agak-agak macamtu lah. Aku tak tau apa yang dia nak beli sebenarnya so aku kata warna yang soft je lah sebab takut nanti terang sangat pulak kan. Sekali masa dah balik nak try tu dia bagitau lip crayon ni tak best sebab macam lip balm warna tak terang langsung. Aha

Aku pun macam 'Hah?' dah memang kau pilih lip balm tadi kan. Sebab tu dia taknak pakai. Ahaha. Last-last aku lah yang tukang pakai semua benda yang bagi dia tak best. Dan bagi aku pulak, lip crayon ni memang tak berapa best pun. 😂😂

Sebab kenapa aku kata tak best sangat? Sebabnya dia macam lip balm biasa je. Yang warna putih tu pastu bila sapu kat bibir tukar warna ikut darah tu. Dia lain sikit sebab didatangkan dalam bentuk macam crayon je. Texture dia sama macam yang bekas pink kecik boleh twist tu. Sama ja! Cumanya yang ni ada 4 codes warna tu. 💄💄💄💄

Bila sapu dekat bibir rasa berangin sebab menthol kan. Warna dia pulak tak terang sebab soft pink tak nampak sangat macam pakai lip balm tapi bila kita lap guna tisu baru nampak ada warna. Bagi aku lip crayon ni biasa-biasa je. Better beli yang lama punya jenis tu dapat dalam RM8 je kan. Dia punya function pun lebih kurang sama je. Pastu yang lama punya lagi terang warna dia berbanding dengan yang ni. Tapi korang boleh lah try beli yang code merah mana tahu cantik ke kan.

Boleh lah pakai lip crayon sebelum pakai lip matte sebab dia boleh lembapkan bibir. Pastu protect bibir daripada lip matte yang kering sangat ke kan. Hah tu je lah kot. 

Ni lah warna dia dekat bibir aku.
Nampak macam lip balm takde warna je kan. 😅
Tapi nampak moist je bibir aha okay lah tu


Recommended or Not?
Hmm, aku suggest beli yang lama punya tu je. Murah sikit dan function dia sama je. Tapi kalau korang nak try boleh je. Aha! 💄

Would you repurchase this?
Nope!

How many stars would you give?
2 out of 5 stars. 🌟🌟


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(3:57 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

No comments:

Post a Comment

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !