Showing posts with label HaircareReview. Show all posts
Showing posts with label HaircareReview. Show all posts

6 January 2022

Hair Care Review #4 : Schwarzkopf Seborin Aktiv Hair Tonic

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Marilah kita sambung review yang tertunggak lagi. Harini nak share pasal hair tonic. Sebelum tu nak share dengan korang yang sejak masuk diploma lagi (tahun 2015) aku perasan rambut aku gugur teruk juga kalau dalam bilik tu nampaklah dekat lantai banyak gila rambut. Lepastu aku mula lah buat research produk apa sesuai untuk rambut gugur bla bla dan terjumpa orang share pasal produk ni. Aku pun kumpul lah duit sebab masa study duit mana ada sangat kan. Hahaha 😂

Aku tak berapa ingat bila aku start guna tapi aku jarang lah guna hair tonic ni. Meh baca review bawah ni. 

Schwarzkopf Seborin Aktiv Hair Tonic
(300ml)

Harga: RM20+

[Description]
- Regenerates the hair from root to tip
- Regenerates the hair
- Revitalizes the Scalp
- Anti-dandruff

Hair Type: thinning and weak hair

[Directions]
Use daily on dry hair or after shampooing into towel-dried hair. Massage approximately 2 minutes onto the scalp. Do not rinse to let the high-quality care agents be effective onto the hair and root.

[Main ingredients]
Ginger root extract
Pro-vitamin B5

Sebab botol dia besar dan takde spray so aku beli spray bottle kecil untuk senangkan waktu pemakaian.
Aku macam biasa masa awal awal je excited lama lama hampeh. Hahaha 😂
Hair tonic ni masa memula pakai aku tak suka bau dia sebab macam kuat sangat bau alcohol mencucuk hidung gitu. Tapi bila dah kena rambut dia macam ada cooling effect so segar je rasa. Oh ya, bau tu kejap je bila dah 1-2 minit dia hilang. Dekat rambut pun takde bau sangat. Tonic ni pun tak melekit tau. Tak perlu basuh rambut pun lepas pakai tu. 

Aku pakai sekali sehari iaitu sebelum tidur. Spray dekat scalp lepastu urut 2-3 minit. Apa yang aku nampak lepas pakai ni dalam sebulan gitu ialah anak rambut makin panjang. Gugur pun kurang sikit. Tapi sejenis aku malas selalu, rajin kekadang je. So ada lah hari yang pakai, ada hari tak pakai. Hair tonic ni lepas aku jarang pakai je rambut start gugur balik. So pengajarannya disini ialah kena CONSISTENT! Kalau boleh pakai 2 kali sehari. Jangan skip sehari pun. Baru nampak kesan. Kalau jenis tak sabar baru pakai seminggu pastu takde effect kau give up. No no! Jangan jadi macam aku ok!

Sejak dah lama tak pakai, pastu risau dah expired. Aku rasa nanti nak beli balik hair tonic ni dan consistent pakai. Sebab memang menjadi. Semoga rajin dan consistent lah nanti. Hehe. 
Yang belum cuba tu boleh lah cuba okay. Nak jimat duit boleh share dengan kengkawan. 300ml÷3 boleh dapat 100ml sorang. Tahan sebulan gitu. 👍


Recommended or Not?
Yes!

Would you repurchase this? 
Yup!

How many stars would you give?
4.5 out of 5 stars. 🌟🌟🌟🌟


P/s: All products reviewed by me are not sponsored. I bought it with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(1:39 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

8 December 2019

Hair Care Review #3 : Himalaya Protein Shampoo [Gentle Daily Care]

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hello! Rasa macam dah lama tak mengarang review. Hihi
Disebabkan dah lama tak buat review produk dan dalam masa yang sama shampoo aku yang ini dah nak habis pakai so alang alang tu buatlah review. Nampak sikit aku ni active berblogging walau sebenarnya pemalas gila nak menaip ayat. Haha 😂

Himalaya Protein Shampoo [Gentle Daily Care]

400ml

RM25+ 
Tapi aku beli dengan harga RM18+ dekat Shopee masa tengah promo hiks

[Description]
Himalaya's Gentle Daily Care Protein Shampoo has a mild formulation for those who lead an active life, requiring frequent shampooing. Enriched with natural proteins, it gently cleanses and provides the necessary nourishment to hair. Himalaya's Gentle Daily Care Protein Shampoo keeps your hair soft, smooth and healthy.
Extracts of protein-rich herbs like Chickpea and Amla provide nourishment to your hair while Licorice conditions and helps promote growth. The ingredients thoroughly cleanse hair, making it healthy and manageable.

Aku beli shampoo ni sebab memang nak try shampoo brand Himalaya dan dalam masa yang sama tengah mencari shampoo yang boleh dipakai setiap hari. Ya, aku shampoo rambut setiap hari (kalau rajin) sebab aku rasa rambut aku cepat berminyak walaupun rambut aku nipis je. Dan shampoo ni boleh diguna setiap hari okay ikut apa yang aku baca lah. Aku beli shampoo je tau, conditioner tak beli pun sebab memang jenis tak pakai conditioner pun. Kalau beli pun mesti tak pakai 😆 

Setelah pakai almost 2 bulan tapi tak hari hari pun kekadang skip sehari hahaha. Apa yang aku experience lepas pakai shampoo ni ialah lepas dah cuci rambut tu rambut cepat gila kering. Hahaha tak tahu kenapa sebab kipas laju ke apa tapi memang cepat kering. Pastu rambut jadi keras pulak maybe sebab tak pakai conditioner. Tapi dia okay lepas beberapa jam baru rasa lembut tu. Bau dia pulak bau herbal yang mild je tak kuat sangat dan wangi sangat pun. Just nice je ~

Lepastu, shampoo ni kan dia tak berbuih macam shampoo lain tau. Dia berbuih tapi manja-manja gitu. Kena buh air sikit dekat shampoo baru lepak kat kepala dan gosok-gosok dan urut-urut kepala. Kalau main lepak je shampoo kat kepala kan, nanti dia macam susah nak berbuih haa macam tu lah. Shampoo ni kata dia membantu pertumbuhan rambut tapi entah lah tak rasa rambut aku cepat tumbuh pun. Biasa biasa je. Ke sebab aku tak pakai full set kot. Hmm, kena cari full set lah macam ni baru boleh nampak effect.

Akhir sekali, aku suggest korang pakai conditioner okay kalau nak pakai shampoo ni. Kalau tak nanti rambut korang keras kejung pulak hahahha 😂😂
Apa-apa pun bagi aku shampoo ni biasa-biasa je. Takde apa yang wow sangat pun. Nasib baik dapat harga murah dekat Shopee so tak rasa membazir sangat pun.

Recommended or Not?
Entahlah. Korang nak cuba ke? Hahaha

Would you repurchase this? 
Nope!

How many stars would you give?
2 out of 5 stars. 🌟🌟


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
((;10 malam)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

17 February 2017

Haircare Review #2 : Myfa Hair Serum

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hey guys. Welcome back to my channel. Eh channel celah mano pulak ? Hahahahhaa
Maaf ler korang. Berangan nak ada vlog sendiri tapi berangan je la. Nak buat bebetul tapi tak de masa. Sem 5 ni busy yang amat. Sebab one step closer to practicum kan. So, dia punya kerja ya Allah, penuh satu checklist la.

Tapi sekali sekala kena jugak update blog kan. Japgi orang pelik pulak sebab dah lama tak update blog. Hidup lagi ke idok tuan punya blog ni. Hahahha. Gituu~ 

Okay kalini nak share tentang satu serum untuk rambut ni. Korang pernah dengar tak MYFA SERUM ? Haa serum aku beli dengan budak satu fakulti jugak. Dia jual RM10. Tapi sebab satu fakulti kan kira family la kan. So, dia bagi bagi RM9. Okay lah kan. RM1 pun bermakna sekarang ni. 


MYFA Serum ni ada 3 warna
  • Hijau - bau epal
  • Merah - bau floral
  • Biru - bau natural [tak silap]

Kebaikan MYFA Serum ni:
  • Merawat masalah kelemumur
  • Rambut berbau
  • Merawat masalah rambut kasar
  • Sesuai untuk masalah rambut gugur
  • Botak
  • Sukar tumbuh rambut
Aku pakai tiap kali basuh rambut. Masa rambut tu basah-basah, picit dalam 3-4 pump pastu sapu dekat rambut. Kalau rajin aku urut-urut sikit dekat kepala. Kalau tak letak gitu je kat rambut macam minyak rambut je. Tapi selalunya aku malas so faham-faham la kan. Hahahahha

Lepas pakai serum ni rambut memang wangi bau epal gitu tapi sekejap je. Lepas sejam macam tu takpun rambut kering bau dia dah hilang. Tapi yang bestnya selalu kalau rambut dah kering mesti rambut mengerbang kan, lepas pakai ni rambut tak mengerbang dah. 

Tang merawat masalah semua tu, aku tak pasti pulak. Takde perubahan sangat pun kat aku. Rambut lembut gitu je la. Yang lain tu belum lagi kot. 

Haaa itu je nak bebel. Kalau korang nak beli boleh lah tengok-tengok kat insta. Mana tau ada orang jual lagi murah ke kan. Hihi


Recommended or Not?
Yes! Because it is very affordable for student (like me) to purchase. Hihi

Would you repurchase this?
Hmm, nope! 

How many stars would you give?
2 out of 5 stars 🌟🌟


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. What works for me might not work for you and vice-versa. I bought with my own money. Thank you. 💟

Sekian.
Assalamualaikum,
(6:11 petang)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

16 August 2013

Haircare Review #1 : Minsyam Olive Lotion

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt 

Hai hai hai. Hari ni nak kongsi sikit pasal OLIVE LOTION dari Minsyam. 

"Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati."
(HR Al-Baihaqi dan Ibnu Majah)

Model tak berbayar. Hehe

Untuk pengetahuan korang atau for your information,  FYI gituuu... Aku masalah kulit kering (kekadang berminyak) dan rambut gugur. Dah macam-macam produk aku guna. Yang moden yang tradisional tapi semua tak boleh pakai. Du-uh. Tapi produk Minsyam ni sangat-sangat best. Walaupun baru pakai beberapa hari tapi dah nampak perubahan. Alhamdulillah.

OLIVE LOTION adalah gabungan di antara minyak zaitun asli dan juga ekstrak wangian semulajadi. Minyak zaitun sememangnya kaya dengan vitamin E yang mampu memberikan kelembapan dan kesan baik pada kulit dan rambut. Lavender Rosmery versi wangian yang dirumus khas untuk memberikan anda kesegaran setelah anda menggunakannya. - Minsyam.com

1 botol (100 ml) = RM20 

Cair dan cepat menyerap pada kulit.

Cara aku gunakan Olive Lotion. 

(untuk kulit kering)

- Bangun pagi sebelum cuci muka, sapu Olive Lotion kat muka. Pastu urut muka sikit bagi penyerapan yang sempurna gituuu. Jangan cuci muka dengan pencuci muka ok. Biarkan dulu. Kalau nak solat, basuh gitu-gitu je dan boleh berwuduk macam biasa. 

- Sebelum tidur pun boleh jugak. Tapi kena bersihkan muka sepenuhnya dulu. Pastu baru sapukan Olive Lotion dan tidur lah dengan penuh sopan santun dan tertib. (Kalau tak tertib nanti lotion tu kena bantal.)

(untuk rambut gugur)

- Lepas cuci rambut dengan syampu. Keringkan sikit rambut tu. Jangan guna hair dryer nanti rambut kusut. Kita tak mau. Pastu sapukan Olive Lotion kat rambut. Urut-urut kepala sikit bagi dia serap kat akar rambut. Baru lah rambut jadi kuat dan tak gugur lagi. 

SELAMAT MENCUBA ~

Sekian.
Assalamualaikum.
(3:06 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !