Showing posts with label MakeupReview. Show all posts
Showing posts with label MakeupReview. Show all posts

5 January 2022

Makeup Review #44 : Essence Volume Stylist 18H Curl & Hold Mascara

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Setelah digodek-godek post yang review makeup last di update ialah pada tahun 2020. Tahun 2021 memang takde langsung. Betul betul pandemik orang kata. Tak ingat ada beli makeup ke tak. Hahaha

Dekat gambar pun boleh nampak lah copyright tahun 2019 punya. Sekarang mascara ni pun dah kering dah. Kena beli mascara baru dah ni. 😂 Okay jom kita review ~

Essence Volume Stylist 18H Curl & Hold Mascara

Harga: RM20+

[Description]
This mascara's got long-lasting volume and incredible curl for 18 hours. The innovative fibre paddle brush reaches every lash and gives your lashes a volume boost.

👉paraben free
👉oil-free
👉fragrance-free
👉alcohol-free

Last aku pakai mascara ni masa practicum tahun lepas iaitu pada MAY 2021. Sejujurnya aku suka dengan mascara. Ini antara mascara favourite juga selepas Maybelline The Falsies Push Up. Aku suka design dia lawa. Packaging sedap untuk pegang masa letak mascara. Haha siapa yang dah guna je tahu rasa dia. Aku tak gemar mascara pemegang yang halus sangat tak best masa nak apply mascara. 

Best:
Waterproof - sebab sejenis aku suka gosok mata so mascara maintain je walaupun banyak kali ke tonyoh 😂
Lentik tanpa eyecurler - pakai terus pun okay tak payah guna curler dah 

Tak best:
Brush dia pendek sangat - lashes yang pendek pendek tu tak kena mascara kekadang
Lashes melekat - kena guna empty spoolie untuk kemaskan balik

Tapi so far aku pakai okay je. Harga dia murah juga, kalau ada sale lagi lah boleh dapat murah. Nanti nak kena shopping mascara lagi sebab rasanya ni last mascara yang ada dalam collection. 2 tahun pandemik 2 tahun kot tak pakai mascara haha. Practicum pun sempat pakai sebulan je. Pastu PKP balik. Bagi aku masacara ni sesuai untuk siapa yang suka waterproof mascara & yang malas nak guna eyecurler. 

Walaupun mascara ni jadi fav, tapi aku still akan cuba mascara lain. Mana tau jumpa yang lagi best ke apa kan. Hee ~ 


Recommended or Not?
Yes.

Would you repurchase this? 
Maybe. 

How many stars would you give?
 3.5 out of 5 stars. 🌟🌟🌟


P/s: All products reviewed by me are not sponsored. I bought it with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(4:03 petang)




❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

2 March 2020

Makeup Review #43: Rimmel 9in1 BB Cream

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Yeay untuk post kedua di tahun 2020. Hahaha 😆
Tengok gambar punya watermark pun dah tahu sebenarnya nak buat review tahun lepas, tapi entah kenapa asyik duk tangguh je. Tahun 2020 baru nak post review. Hihi

Rimmel 9in1 BB Cream [Light Medium]

Harga: RM38
Tapi aku beli masa 50% discount dekat Watsons tahun lepas tak silap. Berbaloi beli masa ada sale pastu rasa menyesal sebab tak beli 2 terus huhu. Dia ada 3 codes je. Aku pilih yang tengah-tengah. Aku tak sure ada lagi tak bb cream ni kat drugstore. 

[Description]

9in1
Long lasting 
Up to 24 hours
Hydration
Even skin tone

Achieve a flawless complexion with the Rimmel 9-in-1 Super Make-Up BB Cream; a lightweight, multi-purpose formula that perfects the complexion in one simple step.
The BB cream deliver nine benefits to skin. The formula primes the visage for makeup application, which enhances its wear and longevity, offers a veil of moisture and minimises the appearance of enlarged pores. The cream sweeps over skin, concealing the look of minor blemishes, as well as covering other imperfections. Delivering a bright and mattified finish, the BB cream is complete with SPF15, which shields the complexion from damaging rays, with long-lasting effect.
Once applied to skin, the BB cream instantly smoothes the visage, yet offers an invisible, natural-looking finish. The formula arrives in several hues, which are designed to complement and enhance all skin tones. Expect flawless results.



Okay guys! To be honest, this is my favourite BB cream ever! Aku dah pernah try banyak BB cream lain macam brand Silkygirl, Garnier dan banyak lagi tapi ini yang paling best aku pernah try. Texture dia sangat light on skin. Rasa macam tak pakai apa-apa. Aku akan pakai pada hari yang ada kelas without fail. Walaupun malas still pakai okay. Pakai guna jari, brush and sponge semua okay je. Tapi paling aku suka buat ialah guna brush dulu pastu baru guna sponge untuk tak nampak tebal sangat dekat muka.

Bila pakai tu rasa macam tak pakai apa-apa pun dekat kulit. Dia punya texture tu cair je tak macam BB cream jenama lain yang pekat dan rasa berat dekat kulit. Bila dah pakai tu kau tepek bedak sikit je dan good to go. Serius! Aku aku tak rasa berminyak sangat bila pakai BB cream ni tau. Tapi haritu aku try adik aku punya BB cream jenama S* ni weh lain sangat beza dia. Pakai sekejap dah rasa berlemoih kulit aku. Tapi Rimmel punya nice je kat kulit. Lepas pakai tu nampak dia punya glow. Tapi disebabkan kulit aku oily sekarang ni, aku kena dab bedak sikit so dia stay lama dekat kulit.

Kalau ada sale lagi memang aku nak beli lagi buat stock. Best gila serius sesiapa nak pakai something yang rasa ringan dan cantik boleh lah try BB cream ni. Coverage dia biasa lah untuk BB cream light to medium je. Boleh layer kalau nak cover parut tapi bukan full coverage lah tau. Aku kalau pakai BB cream ni memang tak pakai apa-apa dah untuk cover parut sebab aku jenis nak cover kulit merah tapi parut tu tak kisah sangat. Nak nampak kulit tu hidup je bukan nak cover segala cela dekat muka agituw! 😂

Selalunya orang yang oily skin suka BB cream/foundation yang matte tapi aku tak suka sebab aku rasa kalau matte dia akan confirm bercapuk dekat kulit aku. Kalau aku nak pakai jugak matte foundation aku akan letak at least 1 drop face oil dekat foundation tu so dia tak matte sangat. Sebab tu aku suka BB cream ni sebab dia tak matte pastu dia macam hydrate kulit jugak tu yang nampak glow ✨✨

Aku recommend dekat sesiapa yang kulit oily tapi nak pakai BB cream yang glow, korang kena cuba ni. Confirm jatuh cinta dan tak menyesal punya lah. Tapi aku rasa normal price dia agak mahal sebenarnya. Sebab tu aku beli masa sale. So, kalau korang nak try, tunggu sale tau baru beli. Baru berbaloi sikit. Sebab harga normal dia macam harga beli foundation biasa tu weh. 😂



Recommended or Not?
Yes untuk oily skin! 

Would you repurchase this? 
Yes kalau ada sale lagi.

How many stars would you give?
5 out of 5 stars. 🌟🌟🌟🌟🌟


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(9:30 malam)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

5 April 2019

Makeup Review #42 : Focallure 3in1 Makeup Palette

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hai. Harini nak share barang ke-4 aku beli daripada Brand Focallure ni. Aku jenis beli satu-satu tak beli sekaligus pun. So review pun bau sikit je pasal brand ni. Tapi InsyaAllah in the future aku akan beli lagi. Hihi

Focallure 3in1 Makeup Palette
Aku tak tau nama betul dia sebab dah terbuang kotak masa nak buat review ni. Tapi dekat Shopee yang aku beli ni nama dia Focallure Natural Face Makeup Shimmer Powder Blusher Palette. Hah gitu! Punya lah panjang nama dia. Tu yang aku pendekkan jadi 3in1 makeup palette je. Hahahaha

Code: 02

Harga: RM6.83
Apa yang aku perasan kan brand Focallure ni dah start naik harga kat Shopee. Masa awal-awal dulu tak mahal sangat tau barang dia. Ni aku tengok eyeshadow palette dah sampai RM40 satu. Kemain ya! Mentang-mentang ramai dah tahu dan suka. Tapi aku still cari yang paling murah hiks~

[Description] 
👉 3 colors in a palette, one shimmer color for highlighting, one matte bronzing powder for bronze cheeks. 👉 Oil control ingredient 👉 Ultra-fine powder creating a natural no show makeup finish

Brand ni memang dah ramai kenal so sesiapa yang rajin shopping dekat Shopee *macam aku* confirm dah tahu. Lelagi bila tahu barang ni murah tapi quality kebaboom pom pom okayy 🎆🎇
Aku dah pernah try barang lain so korang boleh scroll bawah bawah sana mesti ada punya. Dan apa yang aku suka pasal brand ni ialah semua warna macam eyeshadow, blusher, highlighter dia semuanya pigmented gila okay. Walaupun aku tak pernah try eyeshadow dia tapi ramai gila orang dah review dekat Youtube, so korang boleh pergi tengok okay sebelum nak beli tu. 

Okay. Marilah kita start review 3in1 makeup palette ni. Tang packaging tak cakap lah kan sebab dah memang nice gila. Hitam bold gitu nampak elegant dan have-have gitu. Hahahaha pastu yang penting ada cermin untuk memudahkan kerja nak makeup. 

Dan seperti yang korang tengok atas tu dia ada 3 benda iaitu bronzer, blusher dan highlighter. Tiga-tiga benda ni sangat-sangat pigmented ye anak-anak. Ambik sikit je guna brush dah boleh cover seluruh pipi. Yang penting senang nak blend. Bronzer dia memang sesuai dengan kulit aku. Tak gelap sangat dan tak cerah sangat just nice. Blusher pulak warna dia macam pink coral gitu. Dalam gambar aku ingat macam warm orange tapi tak ye. Dia pink coral very cute color. Highlighter pulak fuhh. Nampak dalam palette macam white frosting gitu kan. Tapi dia dah blend dekat kulit dia akan nampak macam yellow-gold dust gitu lah.*nak explain sangat pun tak reti 😂* 
Dia macam dari angle lain nampak putih dan dari angle lain nampak yellow-gold pulak. Haaa gitu ~ 

Pastu palette ni best dan sesuai kalau nak travel. Tak payah bawak banyak sangat brang makeup ni je dah cukup. Bukan setakat blusher, bronze dan highlight pipi je okay. Boleh jadikan eyeshadow jugak. Jimat space dalam bag tak payah barang asing-asing. Kalau eyeshadow aku suka letak bronzer tu sikit pastu letak highlight sikit atas dia. Nice gilaaaa ~ Very natural look gitu.

Pastu apa yang aku suka pasal brand Focallure ni, dia punya pallete ni tak berdebu. Tapi dia bukan creamy tau. Cuma kurang berdebu macam pallete murah yang lain tu. Berbaloi sangat kalau beli. ✌

Okay so lepas ni kalau ada duit lebih aku nak beli eyeshadow pallete dia pulak. Tak pun mascara eh tak pun glitter liner. Hah banyak okay nak beli. Hahahaha tapi kena simpan duit dulu. Sebab benda tak berapa nak penting ni kena fikir banyak kali dulu sebelum beli. Hiks~

Recommended or Not?
Yes sebab 3in1.

Would you repurchase this? 
Nope sebab taktau bila nak habis pakai ni. Hahaha

How many stars would you give?
 4.5 out of 5 stars. 🌟🌟🌟🌟🌠


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. Thank you. 💟

Sekian.
Assalamualaikum.
(1:30 petang)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

8 March 2019

Makeup Review #41 : IN2IT Make-Up Stay Mineral Setting Mist

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Okay kita sambung lagi review produk untuk harini. Semenjak dah tahu pasal makeup ni, aku start beli barang dari primer sampailah ke setting spray. Haritu aku ada beli yang lokal punya tapi tak best sangat sebab ada glitter dan glitter dia tersangatlah over. Muka tak glow pun tapi bertompok-tompok dengan glitter. So, aku taknak pakai yang itu. Sebabtu aku cari setting spray yang paling murah dan ikut bajet yang ado. Aha 😜

 IN2IT Make-Up Stay Mineral Setting Mist

[50ml]

Harga: RM13+
Aku beli dekat Watsons masa ada 10% discount tapi sekarang pun harga dia still RM13 tak silap aku. Aku beli sebab nak try setting spray dan ini yang paling murah yang ada dekat drugstore. 

[Description]
 Makeup fixed on and restore your moist radiance.

🐧 Holds the makeup in place all day
🐧 Anti-aging and enhance your healthy skin
🐧 Hydrate and rebalance 
🐧 Refreshing during the day
🐧 Easy to use anytime, anyplace


Aku tak pernah beli setting spray tau so aku taktau nak review macam mana sebenarnya ni. Tapi aku cuba okay. Sebelum ni aku ada juga beli makeup setting spray yang lokal punya tapi penuh glitter je lebih dan aku tak suka langsung. Pastu lepas dah cari setting spray yang murah dekat drugstore, aku jumpa yang ni murah pun murah. So apa lagi kena cuba lah kan.

Aku dah pakai masa pakai makeup untuk kenduri kahwin cousin aku dan aku rasa makeup aku tahan sampai habis majlis. Tak cracked ke patchy ke apa. Sebab aku kalau pakai foundation mesti nampak cakey sikit hahahah kantoi tak reti blend foundation bebetul. Hahaha tak okay sebab kulit aku combination ada part oily dan ada part yang kering so dekat tempat yang kering tu kekadang nampak patchy sikit. 

Aku kena spray mist ni banyak sikit dekat area tu so kena macam blend foundation dekat area yang kering tu. Hah gitu lah. Bagi aku setting mist okay dan boleh holds makeup korang walaupun panas berpeluh makeup still nampak okay dan smooth je. Tapi satu je yang aku tak suka pasal setting mist ni. Nozzle dia tu memula okay lepas dah lelama dia jadi tak betul sikit. Taktau lah kalau aku pernah terjatuhkan ke apa benda ni. Sekarang ni kalau aku spray dekat muka dia dah tak spread evenly tau. Mist dia tu keluar straight ke muka. Sakit hati pulak 😒

Kekadang tu aku spray kat tapak tangan pastu tepek dekat muka lepas dah habis makeup. Hahahaha. Aku nak tukar ke bekas lain tapi macam susah ke nak buka dia punya kepala tu so aku biar je. Tiap kali lepas makeup aku akan buat cara tu. Nampak pelik tapi itulah realitinya. Nak complain bebanyak pun tak boleh sebab barang murah daripada jenama lain kau tak boleh nak expect lelebih kan.

So, itulah review dari aku. Senang cerita setting mist ni okay je untuk yang baru nak makeup macam aku. Kalau taknak buat as makeup setting spray boleh je jadikan face mist sebab dia macam ada cooling effect gitu. Bebila masa nak spray boleh je. 


Recommended or Not?
Yes

Would you repurchase this?
Nope!

How many stars would you give?
3 out of 5 stars. 🌟🌟🌟


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(2:28 petang)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

8 December 2018

Makeup Review #40 : Focallure Brows Cream

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hello! Disebabkan aku cuti 4 hari sampai hari Selasa ni so aku nak habiskan segala review yang tertunggak. So that, new year nanti boleh start buat review produk baru pulak. Yeay! Oh ya, sekarang ni aku dah nak masuk Week 10 Sem 1 lagi 4 weeks untuk final exam. Rasa macam baru je masuk degree haritu. Hihihi 😂

Focallure Brows Cream

Code: 04 Ash Brown

Harga: RM3.78
Macam biasa lah aku beli dekat Shopee pastu cari yang paling murah. Tapi 3 ringgit aku rasa macam ya tohan murah sangat tu. Brow pencil daiso pun 5 ringgit lebih satu. Ni yang cream dapat 3 ringgit je. 

Brows cream ni yang kedua aku beli. Sebelum ni aku ada beli satu brand lain iaitu Bud K tapi tak buat review lagi. Sebab yang tu tak best langsung susah nak lukis pastu cream dia keras dan kering. Sebab tu aku malas nak buat review. Tapi yang ni lain gila. Wlaupun murah tapi bagi aku quality dia bagus. 💪

Cream dia best, senang nak lukis lepastu waterproof. Dalam kotak dia ada bagi sekali brush kecik in case kau takde brush untuk lukis kening. Oh lupa kod aku 04 Ash Brown dan kod ni sesuai gila dengan kening aku. Tak coklat sangat tak hitam sangat just nice gitu ~

Member aku pun pernah try jugak brow cream ni pastu dia pun suka sebab senang nak lukis. Bila lukis kat kening tu rasa smooth je. Takde rasa kesat ke apa. Cream dia pun okay tak kering dalam bekas tu. Walaupun dalam bekas nampak macam oily semacam je tapi lepas dah letak kat kening je terus on fleek okayyyy. 👸 

Aku tak pernah lagi beli brow cream/gel brand yang mahal atau yang dekat drugstore tu, tapi yang ni aku dah rasa cukup bagus. Harga murah, quality tip top. Berbaloi sangat. Brand ni aku rasa makeup dia banyak jugak yang best dan bagus. Walaupun lip cream dia hampeh tapi yang ni best. Hahaha. Korang kalau baru nak try beli brow cream aku suggest beli brand ni. 👍👌


Recommended or Not?
Yes!

Would you repurchase this?
Yup kalau dah habis nanti.

How many stars would you give?
4 out of 5 stars. 🌟🌟🌟🌟

P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. Thank you. 💟

Sekian.
Assalamualaikum.
(9:39 pagi)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

3 December 2018

Makeup Review #39 : O.TWO.O 4 Colors Grooming Powder

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hello! Last update blog bulan Nov haritu kan so ni satu lagi review untuk bulan Dec pulak. Nanti yang lain tu lepas habis sem ni aku buat review okayy. Banyak lagi barang yang kena review tapi tak sempat nak update walaupun setiap hari bukak laptop tapi tak sempat nak bukak blog. Huhuhu busy nau sistur 😂😂

Okay harini nak share satu lagi produk jenama O.TWO.O yang aku beli dah lama jugak tapi dalam tahun ni lah. Beli blusher sebab blusher aku kan ada berapa ketul je. Hahaha nak tambah koleksi gitu tapi nak yang mur mur saja.

O.TWO.O  4 Colors Grooming Powder

Harga: RM5.60
Beli sekali dengan concealer dia sebab nak cukupkan RM35 untuk free postage. Hihi

Aku dah pakai dua tiga kali jugak dan taktau kenapa aku tak minat sangat dengan blusher ni 
walaupun dia ada 4 warna kat dalam satu palette. Bagi aku blusher Odbo aku lagi best. Hahahaha. 

Dalam palette ni macam yang korang boleh nampak dekat gambar atas ni. Dia ada 4 warna berbeza dan kesemuanya blusher. Tapi ada dua yang ada shimmer iaitu yang ke-2 dan ke-4 dari kiri. Yang ke-2 dari kiri tu dia shimmer dan nampak bila punya shimmer bila dah sapu kat pipi. Yang ke-4 dari kiri pun ada shimmer tapi sikit sangat so tak nampak sangat pun. Yang dua lain tu plain matte. 

Apa yang aku tak suka pasal blusher ni ialah dia berhabuk sangat. Bila guna brush peh habuk semua berterbangan. Pastu dia tak pigmented sangat dekat atas kulit. Pastu susah nak blend tapi taktau lah aku je ke yang rasa benda ni. Ke sebab aku tak reti nak sapu blusher? Hahahahhahaha 😂😂

Warna yang aku selalu jugak lah pakai, warna yang hujung belah kiri dan kanan mix dua tu sebab warna dia macam warna coral gitu. Just nice walaupun kena buat banyak kali jugak sebab tak lekat dekat kulit. Hahaha. Tapi untuk harga RM5 lebih aku taknak lah komen banyak sebab harga tu dah sesangat murah untuk 4in1 blusher macam ni. Warna yang kedua dari kanan tu memang takde function gila dekat kulit aku sebab sekarang aku dah gelap (baca: tanned) sikit. Aha! Jadikan powder untuk set base okay rasanya. 😂

So, kalau korang ada plan nak beli blusher aku nasihatkan kumpul duit lebih sikit untuk beli blusher brand Palladio ke takpun jenama lain. Blusher brand Focallure aku tak pernah try lagi so nanti kalau aku beli aku review okay. ❤

Atas ni swatches semua blusher dekat tangan aku yang dah cukup tanned itu. Tangan lagi gelap dari muka cemano tu. Hahahahaha. Help me! Sesiapa yang tahu cara nak cerahkan tangan tolonglah komen. Kalau boleh taknak yang guna lotion sebab aku malas nak sapu lotion. Hahhahahaha pastu ada hati nak cerahkan kulit. Aku taknak cerah putih melepak pun janji sama tona dengan kulit muka pun aku dah bersyukurrrrr ~


Recommended or Not?
No!

Would you repurchase this?
No!

How many stars would you give?
1.5 out of 5 stars. 🌟🌠

P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. Thank you. 💟

Sekian.
Assalamualaikum.
(11:40 malam)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

11 October 2018

Makeup Review #38 : Maybelline The Falsies Push Up Drama

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hello! Sebelum aku kembali busy dengan assignments and presentations, aku akan cuba untuk habiskan kesemua produk yang aku dah cuba. Okay, pastu nak bagitahu korang yang aku dah sambung belajar. Hihi. Dan kemungkinan besar blog ni akan sepi buat seketika. Aku akan update kadang-kadang lah. Sebab wifi kat kampus aku tak dapat nak log in blog, nak guna data sendiri hmm memang tak lah! Hahahah 😂😂

Okay sambung, nak review mascara yang aku baru beli. Tapi takde lah baru mana rasanya. Lama jugak dah 2 bulan lebih tak silap. 

Maybelline The Falsies Push Up Drama


Harga: RM18+
Beli dekat Watsons masa sale dapat murah sikit. Kalau tak harga normal dia RM30+ tak silap. Haa jauh beza okay. 

[Description]
👉 Dramatic lift and volume for the falsies push up effect
👉 Push up cup brush with cut-shaped bristles scoops and lifts lashes
👉 New creamy plumping formula delivers instant volume and holds lift in place
👉 Ophthalmologist tested, contact lens safe

Aku memang dah lama nak beli mascara ni tapi sebab harga dia boleh tahan mahal masatu tu yang tak beli-beli tu. Disebabkan ada sale so harga dia turun banyak jugak lah. Pastu beli pulak dengan duit kads1m tu. Hahahaha. Patutnya beli buku ni pi beli barang makeup. Aduilah ~

Tapi satu je yang aku tak berkenan sangat dengan Watsons ni. Dia pergi salotape semua barang-barang makeup yang aku beli. Contoh aku beli, Fit Me code baru. Satu botol tu dia salotape bila nak bukak habis hilang segala tulisan dekat botol tu. Sedih sis~ 

Walaupun aku tahu itu untuk keselamatan dan tak nak orang bukak sesuka hati. Tapi boleh je kot salotape satu layer je. Ni salotape berlapis-lapis. 😦

Tengok dia punya brush pun dah tahu mascara ni best. Sebab? Dia tak clumpy dekat bulu mata. Bila dah apply tu bulu mata nampak cantik je satu-satu. Pastu dia lengthening jugak. Tak smudge langsung dekat bawah mata. Dan paling penting benda ni waterproof kaw-kaw punya. Micellar water pun tak lut tau. Kena guna cleansing oil baru boleh tanggalkan. 

Aku dah pakai mascara banyak kali jugak, pergi kenduri cousin aku haritu pastu ada jugak hari yang aku rajin pergi kelas pakai mascara aha. Bulu mata lentik sampai time nak cuci makeup. Tengah panas ke hujan ke dia okay je. This is one of the best mascara I've ever tried! Even yang maybelline yang aku beli haritu pun tak se-best mascara ni. 

So, sekarang ni kalau korang tanya aku mascara apa paling best. Aku akan kata this mascara is the best mascara ever! Walaupun leceh sikit nak cuci kena guna oil. Tapi serius weh best gila. Korang kena try okay! Sebelum beli ni sebenarnya aku dah baca banyak review dan ramai yang kata best. So, maksudnya memang betul-betul best. Lelagi kalau korang beli masa ada sale/discount. 

Tapi kalau korang tak suka waterproof mascara better jangan beli. Beli jenama IN2IT takpun SILKYGIRL pun dah okay.


Recommended or Not?
Yes! Recommended!

Would you repurchase this?
Yup kalau ada sale lagi. Haha

How many stars would you give?
5 out of 5 stars. 🌟🌟🌟🌟🌟

P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. Thank you. 💟

Sekian.
Assalamualaikum.
(12:40 tengahari)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

9 September 2018

Makeup Review #37 : O.TWO.O Concealer

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hai! Sebelum aku sambung study balik, aku nak habiskan semua review produk yang aku dah try. So, kena buat cepat-cepat sebab takut nanti busy dan aku lupa nak update blog pulak. 

Okay! Harini nak share jenama baru yang aku jumpa dekat Shopee. Dan ramai yang beli pastu kata best. Kalau korang tengok Youtube ramai jugak yang dah buat review jenama ni. Contoh macam LilyBrahim, AliaAzizan, Azwa dan ramai lagi. Kalau korang nak tengok banyak lagi produk under jenama ni korang boleh tengok video dorang okay. ❤

O.TWO.O Concealer

Code : 04

Harga : RM3.10
Korang boleh beli yang dekat Mall Shopee tau. Murah sajo ~ Siapa yang jual concealer 3 ringgit oi 😝

Sebenarnya aku beli jenama ni sebab tengok review Azwa kot. Entah lupa pulak sebab banyak sangat review aku tengok. Pastu sebab nak cukupkan RM35 untuk dapatkan free postage. Hehehe. Ada lagi satu barang aku beli jenama ni jugak. Nanti aku buat review okay.

First impression, 

Packaging dia cantik nampak macam makeup high end gitu. Box dia je cantik warna rose gold and black. Serius cantik! Aku jatuh cinta dengan kotak dia. Aha! Pastu packaging nice walaupun plastik je. Tapi bekas dia panjang so nampak banyak lah isi dia. Pastu simple sebab ada jenama dia je dekat bekas tu. Thats it! Minimalist! 🌷

Texture dia pulak, lightweight dan buildable. Tapi coverage dia light to medium je. Sebab liquid dia tak pekat sangat macam concealer lain. Pastu wangi dia macam bau perfume aku. Hahahahaha. Bila pakai tu macam calit pefume dekat bawah mata. Tapi bau perfume wangi yang mild je. Tak kuat sangat sampai sakit hidung.

Aku dah pakai dalam 3-4 kali jugak. Ada yang pakai untuk bawah mata pastu ada jugak yang aku pakai buat macam foundation sapu satu muka sebab dia lightweight so macam tak pakai apa-apa pun. Tapi kena make sure kulit kena prep betul-betul kalau tak dia crack jugak. Dan jangan sapu banyak sangat. Sesikit je kalau tak cukup tambah lagi one layer. Hah gitu. Bedak pun tak boleh letak banyak sangat. Dia nampak lagi cantik bila pakai setting spray. Nampak terletak elok dan smooth je. ✦

Kalau korang tanya aku, best ke tak concealer ni. Aku akan kata okay lah untuk yang baru nak try makeup. Dan tak banyak benda nak kena cover hah concealer ni sesuai sebab dia tak heavy sangat. Nak blend pun senang. Bagi aku okay lah jugak concealer ni. Sebab ada setengah concealer tu dia cepat kering bila dah calit dekat kulit kan, yang ni okay je. Lambat sikit still boleh blend macam biasa. 👍👍

Eh lupa, dia ada 4 codes je tak silap. Aku pilih yang paling gelap tapi kena dengan kulit aku. Lebih kurang warna foundation aku. Sebabtu aku buat macam foundation je. Hahahaha. 


Recommended or Not?
Yes for beginner and low budget. Kalau boleh beli yang dekat drugstore okay. 👯

Would you repurchase this?
Hmmm, not sure!

How many stars would you give?
3 out of 5 stars. 🌟🌟🌟


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(12:45 tengahari)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

9 August 2018

Makeup Review #36: Obuse Eyebrow Powder

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hello! Kembali lagi dalam makeup review. 

Okay, harini nak share satu produk eyebrow yang aku baru beli dekat Shopee. Baru beli pastu dapat-dapat terus pakai okay. Nampak nau tak sabarnya 😂

Obuse Eyebrow Powder

Harga: RM5
Kalau dekat Shopee ni korang kena pandai pilih je. Kekadang produk sama tapi harga dia peh punya jauh beza. So, korang kena bijak berbelanja gitu. 😃

Aku taktau kenapa tapi sekarang aku tengah mencuba banyak eyebrow product. Dari segala jenis macam yang ni powder, pastu aku ada beli yang gel/cream punya. Yang jenis pencil pun ada tengah tunggu sampai. Suka sangat experiment dengan makeup sekarang ni. Hihi

Pastu salah satu sebab kenapa aku beli eyebrow powder ni adalah disebabkan aku tengok live sorang MUA ni dekat IG pastu dia punya theme untuk haritu ialah basic/simple makeup. Pastu dia gunakan eyebrow powder ni untuk eyebrow, eyeshadow dan shading. Aku pun macam WOW! Satu barang dah boleh pakai untuk banyak benda. Aku pun impress disitu lalu bukak Shopee dan order lah yang paling murah dan nampak dipercayai. Hahahahaha. Itu lah kisah saya di hari ini.

Serius weh sekarang ni aku mudah terpengaruh lelagi benda makeup ni. Haih lah ~
Okay masuk part review!

Eyebrow powder ni bagi aku senang nak digunakan. Nak bentukkan kening pun senang. Tapi kening aku susah sikit sebab nipis. So kena apply betul-betul kalau tak nampak macam shinchan pulak nanti. Dan dalam tiga-tiga warna tu aku paling sesuai dengan hitam tapi aku mix hitam dengan brown yang paling terang tu. Sebab taknak nampak gelap sangat. 

Texture powder ni okay je. Tak berdebu ke apa. Bila nak lukis kening tu kena tekan sikit baru dia lekat. Dan dia waterproof okay. Aku dah test spray air kengkonon hujan gitu. Pastu tekap dengan tisu dia tak smudge langsung. *Tips: Kalau berpeluh jangan lap tapi just tekap (dap) slow-slow je.

Atas gambar before and after okay. Nampak natural je kan. Sebab aku suka kening nampak natural je walaupun kekadang terover lukis. Hahahaha. Serius aku pernah lukis kening guna pencil dengan confident dah nampak natural sekali bila tangkap gambar hah engko nampak macam shinchan. Patutlah family aku duk usha je tapi tak berani nak tegur sebab nanti aku marah. Hahahhaha malu oi bila tengok balik gambar 😂😂😅

Tapi aku tak try lagi untuk eyeshadow/shading tu sebab tak rajin nak buat pun. Hahaha. Kalau keluar mana-mana wajib eyebrow dengan powder je. Terus onz! 

Bagi aku kalau kening nipis macam aku ni sesuai dengan powder/pencil je. Itu pun kena lukis sikit-sikit pastu sikat. kalau pakai cream/gel kena lagi extra berhati-hati sebab gel/cream tu pekat. 

Apa-apa pun eyebrow powder ni okay dan sesuai gila untuk beginner macam aku ni. Senang nak bawak pastu dah siap ada brush. Terus dah boleh guna. Tapi nak lagi best korang kena ada spoolie baru outcome dia cantik dan kemas okay.

Recommended or Not?
Sangat-sangat recommend! 

Would you repurchase this?
Tengoklah macam mana sebab nak try banyak lagi eyebrow product. 

How many stars would you give?
3 out of 5 stars. 🌟🌟🌟

P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(7:19 malam)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

14 July 2018

Makeup Review #35 : IN2IT Liquid Matte

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

My second matte lipcream from drugstore. Haritu dah lama lah beli yang Silkygirl punya Matte Junkie kan. So, ni kali kedua punya tapi jenama lain pulak. Yang penting warna lebih kurang je. Aha! 😂
IN2IT Liquid Matte

Code: 05 Rouge 

Harga: RM20.90
Beli masa ada 10% discount tak silap. Kalau tak harga dia RM20 lebih jugak lah. Kebetulan ibu aku nak cari bedak SimplySiti dekat Watsons, aku pun apa lagi Aha! Paw itu lipmatte satu lah. 😜👿

Pasal liquid matte ni dah terang-terangan korang boleh nampak dia copy Kylie punya packaging. Walaupun bukan 100% tapi sama jugak lah. Kalau tengok dari jauh orang ingat Kylie letak produk dia dekat drugstore pulak. Aha! Applicator dia aku tak bekenan sangat sebab aku suka doe-foot punya applicator bagi aku lagi senang nak apply dekat bibir. Yang ni okay je tapi susah sikit nak apply dekat tepi tepi bibir. Hihi 😂

Okay habis tang packaging dengan applicator. Sekarang nak masuk bab texture dia pulak. Bagi aku liquid matte ni dia bukanlah matte biasa tau. Dia matte tapi dalam masa yang sama dia moisturise kan bibir jugak. Bila apply dekat bibir tu kan kau tak boleh apply banyak sangat sebab nanti rasa sticky je bibir kau.

Kena pakai sikit je pastu ratakan. Bila dah siap ratakan semua tu kan bibir tak rasa matte pun. Tak rasa macam pakai matte lipcream pun. Aku pun taktau nak kata macam mana lagi. Dia bukan matte tapi bukan jugak velvety. Haaa macam mana tu kan? 

Tang bau aku takde masalah dengan bau dia sebab takde bau pelik ke apa. Dia punya finishing tu yang buat aku confuse sikit sebab tak tahu apa finishing dia. Aha! Stress rasa! 😳
Pape pun aku suka liquid matte ni. Walaupun kena re-apply lepas makan aku still suka! Haha. Warna dia pun cantik. Code yang ni paling cepat sold out tau. Warna dia macam orange-red-brownish sikit. Cantik sangat! 💋


Recommended or Not?
Yes! Korang tolong aku figure out apa finishing dia tau. Aha! 😂

Would you repurchase this?
Taktau lagi. 

How many stars would you give?
3.5 out 5 stars. 🌟🌟🌟🌠

P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(11:10 pagi)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

Makeup Review #34 : Sephora Colorful Matte Eyeshadow

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Nak review my first single pan eyeshadow dan yang paling mahal kot. Beli pun semata-mata nak buat sunset look. Tapi taknak beli eyeshadow palette. Nak yang satu ni je. Sebab semua eyeshadow palette aku takde warna kuning. Tu yang terbeli tu. Aha! 😂

Sephora Colorful Matte Eyeshadow Pan

Harga: RM38

[Description]
💛 Long-lasting
💛 Removable eyeshadow pan
💛 Enriched with white tea extract 
💛 Wet and dry

Bila dah try banyak jugak lah eyeshadow kan, aku rasa this one tak se-best eyeshadow yang aku pernah try. Sebab dia very dry dan berhabuk. Bila guna brush tu nampak lah habuk-habuk dia berterbangan. Dan dia tak pigmented sangat. Kalau guna jari tu kena tekan kuat sikit baru letak color dia. Kalau guna brush pulak kena double-triple layers baru nampak color dia dekat eyelid.

Kekadang aku basahkan brush sikit baru apply dekat eyelid haa baru onz warna dia. Kalau guna dry brush memang kena layer banyak kali. Sebab dia macam tak lekat sangat dekat eyelid walaupun dah apply concealer sebelum tu.
Konon nak tiru makeup look bawah ni tapi tak jadi sangat pun sebab tak reti nak guna eyeliner. Aha! Tapi aku taktau kenapa, aku suka gila dengan makeup look ni nampak macam sunset kan. Very summer look gitu. Walaupun Malaysia ni 365 hari summer je. Hihi

Recommended or Not?
Nope!

Would you repurchase this?
Nah! Nak try beli single pan brand lain pulak mungkin Innisfree tak pun Tony Moly.

How many stars would you give?
2.5 out of 5 stars. 🌟🌟🌠

P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. Thank you. 💟

Sekian.
Assalamualaikum.
(11:05 pagi)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

Makeup Review #33: Eyatatia Lip Tint

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

[This is not a paid review or what-so-ever 💆] 

Hello! Harini nak review satu local product yang dibeli oleh adik aku tetapi dipakai oleh diriku. Aha! Adik aku memang suka duk beli benda gini pastu bila dapat dia tak bekenan dia pas dekat aku. Aku lah yang tukang pakai segala benda yang dia taknak. Haih lah ~

Eyatatia Lip Tint 

Code: Red Roselle

Harga: RM18
Tak sure harga tu nak masuk postage tak belum sebab bukan aku yang beli hihi. Pastu masani tak silap aku, dia beli kot masa sale. So, dapat harga murah sikit lah kan. Ada dua code, Red Roselle dengan tak ingat nama lagi satu tu tapi warna dia orange sikit.

[Description on ig]
☀ 2 in 1 lip & cheek stain
☀ Contain pure honey to moisturise your lips naturally
 ☀ Organic ingredient based
☀ Halal & wudhu' friendly
☀ Long lasting wear
☀ Smell delicious (fruity scent)
☀ Lasted for 6-8 month

Description dia biasa-biasa je. Direct translation but it's okay. Janji orang faham kan. Sebenarnya bukan aku tak support local brand tapi kalau produk tu bagus aku okay je. Tapi this one biasa-biasa je bagi aku lah. Harga pun boleh tahan jugak dia jadi mahal mungkin sebab kena bayar postage lagi kan. Packaging dia okay. Sama macam Etude House punya Dear Darling Tint. So cutie!


Lip tint ni bila swatch dekat tangan dia sangat cair macam air. Pastu aku tak bekenan tang dia punya ke-lekatan dekat tangan tu. Korang boleh tengok dekat gambar atas. Dia tak menyerap pun dalam kulit bila apply. So, korang boleh bayangkan bila apply dekat bibir macam mana kan.

Bila nak apply dekat bibir tu lepas apply kena dap dengan tisu ke apa dulu kalau tak memang dia tak lekat. Bukan tak lekat langsung tapi lekat dia sikit je. Ada lah warna sesikit dekat bibir. Bila dia kata long lasting tu aku tak sure sangat sebab bila aku pakai dia cepat hilang. Lelagi kalau makan lah.

Pastu liptint ni punya bau wangi gila. Bau strawberry tiap kali pakai satu bilik bau strawberry tapi bila dah sapu dekat bibir tak bau pun. Haha! Dan aku suka dia punya applicator sebab comel dan senang nak apply dekat bibir. Tu je~


Recommended or Not?
Sorry! Nope! Aku prefer Liptint brand IN2IT yang aku pernah review dulu. 

Would you repurchase this?
Nope!

How many stars would you give?
1.5 out of 5 stars. 🌟🌠


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. Thank you. 


Sekian.
Assalamualaikum.
(11:02 pagi)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !