Showing posts with label WishList. Show all posts
Showing posts with label WishList. Show all posts

2 February 2013

WishList 2013/1434H (Bahagian Akhir)

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum wbt 

Yeahhhhhhhhh. Setelah 4 jam bertungkus-lumus siapkan homework. Dan ada 2-3 baki lagi. Tapi kita ketepikan semua tu dan sambung wishlist 2013 yang tergendala. Hehe. Siapa yang tak dan baca lagi. Silalah baca entri ini. Kan hari tu buat sampai 10 je. So, hari ni kita sambung wishlist yang seterusnya. Wishlist yang ni lain sikit sebab ada kotak-kotak yang kecik tu. Sekali dengan gambar yang gojes-gonjeng. Tak faham ? Haha. Sila stroll ke bawah ye.


WISHLIST 2013/1434H

POLAROID CAMERA


Ada yang kata "Orang kuno je pakai polaroid. Zaman sekarang orang pakai DSLR lahhh". Ada aku heran dengan kau punya dslr tu. Pirahhhh.. Aku bukan jenis yang suka ikut orang. Bagi aku lagi kuno benda tu lagi aku suka. Haha. Klasik gitu ! Minat orang lain-lain kan. Tak boleh lah sesuka hati je nak kutuk orang punya minat. Betul tak ? Hihi. Kau kutuk aku punya minat. Siap kau ! 

AQUA PIX CAMERA


InshaaAllah kalau ada rezeki lebih. Ini pun nak dijadikan koleksi kamera. Hihi. Senang sikit nak bergambar dalam air kan.. Hikhik

GANTUNG GAMBAR


Nak buat macam ni dalam bilik. Tapi mungkin lebih teratur sikit (gambar bawah). Yang kat atas ni berselerak sangat kan. Tak pasal-pasal kena bebel dengan ibu. Fuuuuu. *tak sanggup*



CAT BILIK (COKLAT)


Dari tahun lepas cakap nak cat bilik tapi tak cat-cat pun kan. Haha. InshaaAllah, raya cina ni dapat lah bilik bercat coklat. Hihi. Tak sabar nak cat bilik sendiri. Tahun lepas dapat cat kelas sendiri pun dah seronok. Inikan pulak bilik sendiri . Memang beronok-ronok lah kan. Hihi.

FUJIFILM INSTAX MINI 7s


Kalau ada rezeki lebih jugak. Hadiah PMR tak minta lagi. Hehe. Tunggu masa je...

HANDPHONE BARU ?


Didalam dilema. Banyak phone canggih-canggih tapi satu pun tak berkenan. "Bagus betul anak ibu sorang ni. Save duit ibu." -ibu . Jangan happy sangat ibu ye. Hehe.

WHITEBOARD BESAR

HAHA. FIZIK !
Suka conteng-conteng whiteboard ! Hihi. Main cikgu-cikgu. Haha. Apa kau ingat dah besar ni tak boleh main cikgu-cikgu ke ? -.-'

FRAME AL-QURAN DAN KATA-KATA HIKMAH




Mencantikkan lagi bilik dengan ayat-ayat suci alQuran dan kata-kata hikmah. Lagi banyak lagi aku suka. Hehe

AL-QURAN ( EDISI WANITA)


Kalau datang bulan pun still boleh pegang dan baca sebab ada maksud sekali. Tapi baca maksudnya je lah ye.

MINAT ALIRAN SAINS


Dah masuk aliran sains ni kena lah minat sains kan. Walaupun fikiran tengah melayan ke aliran akaun (geo). Tapi aku akan cuba tabahkan hati, jiwa, perasaan, minda untuk aliran sains. Semoga semuanya dipermudahkan. InshaaAllah. 

Sudah tamat ~

Sekian.
Assalamualaikum.
(5:57 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

13 January 2013

WishList 2013/1434H (Bahagian Pertama)

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum wbt 

Setelah sekian lama, baru hari ni aku berkesempatan nak buat entri ni. Hehe. Walaupun sebelum ni takde homework tapi busy tetap busy woo. Banyak kerja kena buat kat rumah. Hihi. Sorry.
Ok. Tanpa membuang masa dan tenaga, mari kita mulakan. Ehem. 


WISHLIST 2013/1434H
Jadi hamba Allah s.w.t yang lebih baik.

Jadi anak ibu ayah yang lebih baik jugak.

Nak tutup aurat dengan sempurna. In Shaa Allah.

 Cukupkan apa yang tidak cukup. (solat, puasa)

Kurangkan buka Facebook, Twitter dan sebagainya.

 Belajar bersungguh-sungguh. (No honeymoon year, ok !)

 Buat yang terbaik tiap kali exam.

 Lupakan novel cinta. Fokus pada buku teks. (susah woo)

 Update blog 5 kali sebulan. (ok tak ? hihi)

 Pakai braces. (alaa, nanti tak boleh makan benda keras-keras. Tak best ah.)

BERSAMBUNG  . . .

Sekian.
Assalamualaikum.
(10:22 pagi)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

1 October 2012

SENARAI PENTING 2012 ?

Bismillahirrahmannirahim
Assalamualaikum

Ini senarai penting untuk tahun ini (2012). Tapi part yang bawak kereta tu, mungkin 2-3 tahun lagi. Hihi ~

Study untuk PMR !

Tinggal lagi 7 hari jeeeee. Nervous tak terkata -___-

Buat batu seremban sendiri.

Saya tahu batu seremban saya comel. HAHA. ^^


Kemas bilik.

*Ini bukan bilik aku*
Tak dapat bayangkan kalau bilik aku macam ni. Phewww :)
Takde sapa pun boleh masuk bilik aku.

Belajar buat Mooncake dan Cupcake.

Yumyum ^^


Buat Solat Hajat dengan kengkawan.

-Ihsan Google-

SHOPPING !!!!

Shopping time !

Cat bilik.

Nak cat warna coklat dan tambah corak-corak gitu ~ Wuuuuuuuu ^^


Beli 'RAINBOW QURAN'

Nak beli. Tapi tak tahu kat mana. 


HANDPHONE baru ?

Tak tahu nak pilih yang mana satu. -__-


Beli NOVEL terbaru dipasaran.

Banyaknya novel diaaaaa. *nangis*


Beli FLAT SHOE(s)

Simple + Cantik = Aku nak beli !!


Belajar buat Sup Cendawan dengan Ayah.

Saya masak sedap ! ^^


Beli Buku Motivasi Diri

 Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah ialah sepupu kepada ayah saya.
Ayahnya ialah adik tiri atuk saya.
Dan saya ialah duapupu dia ^^

Belajar bawak kereta dengan Ayah 

Gambar ? Err. Akan ditayang kemudian n___n(V)


?????? -___- (apa-apa jelah)

Nak kasut macam ni !!! Tapi nak warna lain. ^^

Mesti sentiasa ada dalam beg ^^
Bila nak pergi mana-mana saya hanya pakai bedak + eyeliner. DONE !

Saya perlukan beg besar untuk meletakkan kesemua barang termasuk novel ^^

Dah ada satu maxi dress dan nak beli lagi ! :)


Baju yang dikait ^^

Banyak gila yang nak dibeli. HAHA. Ibu Ayah sediakan duit yang banyak untuk saya lepas PMR ni wokey ?!

Sekian.
Assalamualaikum.

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !