Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts

30 October 2015

Rindu #5

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Dalam situasi yang serba busy nak menghafal untuk test dan final exam yang akan datang ni. Boleh pulak ada masa nak merindui kenangan-kenangan di Kem PLKN Princess Haliza. Hahahahahaha.
Serius rindu weh. 
Rindu semua benda.
Rindu gila.
Rindu.

Rindu dorm C5 
yang jauh dihujung dunia ni.
Tiap kali ada announcement mesti tak dengar.
Pastu buat rules, tiap kali macam ada bunyi announcement, sorang kena keluar dorm.
Tolong dengarkan untuk satu dorm. Hahahaha
Ya Allah
Rindu korang.
Walaupun selalu gaduh
28 orang di bawah satu bumbung.
Mana tak gaduhnya. Hahahaha

Rindu nak makan tengahari Hari Ahad. 
Sebab tak payah beratur. kahkahkah
Pastu dapat makanan banyak gila okay.
Makanan breakfast, tea-time, lunch atas satu tray besi.
Best tak ? Hahahahaha
Yela sebab ramai yang parents datang melawat bawak makanan untuk anak memasing.
Kita yang parents tak melawat ni, boleh menonong (ek?) ambik makanan tanpa perlu risau buah habis. Kah !

Rindu nak Supper + sembang kosong
walaupun makan biskut kering dengan kopi'o panas je
Nikmat dia. Peh
Korang kena masuk dulu baru boleh rasa nikmat dia.
Pastu balik dorm makan lagi, Kah !
Sapa kata masuk plkn senang turun berat ?
Banyak halangan dan cabarannya okayy..

Rindu nak berjemaah dekat surau
Lepas maghrib mesti ada gasidah.
Rindu nak dengar wira-wira bersuara merdu bergasidah
Ya Hanana - Ya Badrotim - Solatun Bisalamil Mubin
Rinduuuuuu ~
Dapat intai-intai disebalik hadang je. Hehehe
"Sapa yang gasidah harini ???"

Rindu nak lepak depan dorm
Tepi tandas port nak call parents tetiap minggu.
Sebab takde orang nak kacau. Hahahaha
Pastu ade yang meroyan, duk bawah pokok dengar lagu kuat-kuat
Kah !
Lawak lah korang !

Rindu nak pulangkan handphone
The hardest time ~
Hahahahahah
Sebelum pulangkan mesti cikgu kata:
"saya bagi masa 2 minit untuk awak call/whatsapp/sms sesiapa untuk kali terakhir!"
Hahahah. Bunyi macam apa je kan.

Rindu nak rocall pagi
6:30 pagi dah terpacak dekat padang kawad.
Doa - ikrar - nyanyi - pt pagi
Dan masa ni lah kau dapat tengok sapa yang siap lambat. Hahaha
Always wira !
Tak tau dorang buat apa.
Nak kata sikat rambut ? Rambut takde ! Hahahahaha
Sorry guys.
Mesti korang dah handsome sekarang kan ! Kih !
Minggu pertama rocall pagi aku dah ditugaskan naikkan bendera.
Takut gila. Dengan salah step bagai.
Tapi okayyy je. Hahahaha

Rindu nak lepak dekat dewan makan
Walaupun panas sebab kipas ada berapa ketul je
Makanan panas + pedas
Menangis dan berpeluh weh
Tabah !

Rindu nak bertugas sebagai announcer
"Kepada pelatih yang bernombor indeks ---- sila ke dewan syarahan kerana keluarga anda sedang menunggu. Terima Kasih."
Best gila weh
Masa ni kalau kau nak buat lawak pun boleh.
Wira selalu nyanyi sambil mic terpasang.
Mengada je !

Rindu katil 
Atas ni gambar malam sebelum balik rumah.
Sibuk nak kemas barang walaupun dah pukul 1 pagi lebih.
Sebab pukul 5 pagi dah kena check out. Hahaha
Macam hotel !
Rindu locker - bantal keras - selimut tebal berbulu jugak !!
Jangan risau pasal kebersihan cadar semua sebab
seminggu sekali korang kena tukar sarung bantal, cadar dan semua.
Contoh; minggu ni warna biru (atas), minggu depan warna kelabu,
minggu depan lagi warna coklat pulak
Hah nampak tak betapa dorang nak korang tidur dengan lena tanpa hama. Hahahahaha
Tu yang lewat bangun tu !
Awal-awal (minggu pertama) susah tidur - senang bangun.
Pukul 4 pagi dah bangun siap mandi okayyy.
Dah akhir-akhir 5:45 pagi baru kelam kabut nak mandi.
Tu pun dah banyak kali jam loceng bunyi.
Hahahhahahaha :P

Rindu cawan besi dewan makan
Ni makanan terakhir kat Dewan makan, Princess Haliza
sebelum naik bas.
Kena sentiasa ambik sudu lebih sebab nak kacau air bagi cepat sejuk
Air kat dewan makan takde yang sejuk
Semua panas-panas belaka !
Dann korang kena tau bahawa makanan dekat sana.....
Ya Allah ! Sedap sangat !!
Minggu pertama takde rasa sangat sedap tu.
Masuk minggu-minggu seterusnya,
korang dah start tambah nasi. Hahaha
Eh tapi aku tak pernah tambah nasi okayyyy ! :p
Kalau ada lauk ikan rebus cicah kuah asam.
Wajib mintak kuah lebih. Hihihi
Nasi lemak dekat sana pun sedapppppp !


Rindu nak beratur
hahahaha. Dekat tempat lain taknak beratur pulak
Sebelum nak naik bas.
Nangis-nangis semua sebab nak balik.
Sebelum nak datang sini nangis jugak
hahahahah
Tak faham perasaan sendiri
why ? oh why ?

Rindu nak naik bas PLKN
Tiap kali ternampak bas PLKN mesti teringat kenangan dekat sana
Hahahaha
Kalau korang dapat PLKN, pergi lah.
Rugi kalau korang tolak.
Serius !


Sekian.
Assalamualaikum.
(11:11 pagi)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

30 March 2013

Rindu #4

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt 


Rindunya dekat buah hati pengarang jantung limpa hempedu dan sebagainya ni. Nak dekat setahun lebih  dua ekor rabbit kesayangan ni meninggalkan kami. Huhuhu. Bukan mati tapi dimakan oleh saudara. Ibu kata susah nak jaga dah sebab dah besar sangat. Dan asyik berlari bergaduh je kat dalam sangkar. Maklumlah dua-dua jantan lah katakan. So, ibu pun pi bagi kat saudara kat kampung. Hmm..
Syiro - Chubby semoga kita berjumpa di sana ye. Je T'aime

French words
*Je T'aime = I Love You

Sekian.
Assalamualaikum.
(2:09 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

20 February 2013

Rindu #3

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt 

 Rindu saat 'lepaking' dekat majlis orang sambil buat muka innocent bersama my big bro dan sepupu-papat.

Sekian.
Assalamualaikum.
(4:26 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

20 November 2012

Rindu #2

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt 


Dari kanan : Afrah, Athirah, Asliza, Syamimi, Triple N, Nawarah dan Dalila (dok mencangkung kat situ awatnya ?)

Dalam kenangan bersama : Malinda 

Setelah lebih sebulan tak ke sekolah, tetiba aku rindu dekat semua kengkawan. Sob sob sob *lap hingus*
Rindu nak berebut tempat duduk dekat kantin. Rindu nak main paksa-paksa orang beli 'kopok' dekat kiosk. Rindu nak share air kotak. Rindu nak pergi the store sama-sama macam rombongan meminang makcik Kiah. Eh ? Haha. Rindu semua ah ! 

Jumpa bulan depan ye ! (masa amik result PMR)



Sekian.
Assalamualaikum.

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

18 November 2012

Rindu #1

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt 


Tetiba rindu nak amik PMR lagi. Rindu nak berkumpul dengan budak dari kelas A-D dekat depan dewan. Rindu nak bincang jawapan sama-sama. Rindu nak jerit sama-sama bila jawapan tak sama. Haha. Rindu nak dengar pengawas yang jaga kami tu membebel marahkan budak yang keluar awal pastuh kacau kitaorang nak jawab exam dengan penuh ketenangan. Rindu semua ah !

Sekian.
Assalamualaikum.

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

15 November 2012

Kerinduan apakah ini ?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt 


Tetiba aku rindu dengan semua kenangan masa darjah 6 dulu. Dalam hidup ini, perkara ke-10 yang aku paling takut ialah tukar/pindah sekolah. Sebab aku takut takde kawan. Aku takut tak dapat sesuaikan diri dengan orang-orang kat sini. Tapi semuanya dapat diatasi dengan baik sekali. Hehe. Alhamdulillah ^^
Dan betul kot apa yang aku pernah dengar dulu :

"Orang pertama yang tegur atau kenal kita pada hari pertama persekolahan di sekolah baru, orang tu takkan jadi kawan baik kita nanti." - Unknown

Dan aku dapat rasa pengalaman tu. Masa hari pertama aku masuk sekolah SK Bandar Baru Sungai Buloh dulu, ada seorang budak perempuan india beratur masa perhimpunan dan dia lah orang pertama yang tegur aku. Dan masa dalam kelas 6 Ikhlas, aku duduk sebelah dia. Hah ! Nama dia ANUSHA. Dan persahabatan kami tak lama. Lepas beberapa hari, aku berkawan rapat serapat-rapatnya dengan SOFIA ALYA ADNAN atau nama glemer dia OPIE (nama dia ada kat gambar atas tu). Dia pun budak baru jugak. Masa darjah 6 kebanyakkan kawan aku semuanya lelaki. Aku pun tak tahu kenapa. Alhamdulillah, semuanya baik-baik belaka (mungkin sebab aku selalu dapat no 1 kot?) Hehe. Antaranya KHAIRUL ADHA, SHAIFUL NUR ADLI, UZAIR AMIR, HOERUL ANUAR, DANIAL IDRIS, dan ada yang aku tak ingat nama. Hihi. Sorry gaiss !

Nak dekat akhir tahun, ada sorang budak baru masuk kelas kami. Nama dia HUSNA ( nama dia ada juga dalam gambar diatas). Nama panjang dia, errr...aku pun tak tahu sebenarnya. Hihi. Nama glemer dia UNA (kadang-kadang aku paling uno kad). Ada satu hari tu kami bertiga bergaduh sebab aku dan Opie rebutkan Husna. Situasi paling lawak adalah masa Cikgu Hayati suruh aku ajar Opie baca Iqra' dan pada hari kitaorang bergaduh. Patutnya Una yang kena ajar dia tapi disebabkan Una tak datang, aku pulak yang kena. Masa dia baca Iqra' tu, aku dengar je. Walaupun dia baca salah, aku biarkan jugak. Haha. Pastu buat muka saling membenci antara satu sama lain. Lepas tu beberapa hari kemudian elok balik. Itulah kenangan paling berharga dalam hidup. Gaduh-gaduh sayang kan Opie ! Rindu Opieeee. Muah sikit. Hihi

Bersama Aisyah dan Anysa di akhir persekolahan 2009.
*mengada nak pegang bunga ros yang Cikgu Hayati dapat. Hee~*

Dan masa dekat sekolah pagi semua orang paling aku, ZAI. Semua lah. Lelaki, perempuan, cikgu dan akhir sekali, acik kantin. Tapi dekat sekolah agama orang panggil aku, AFRAH. Bila kawan sekolah agama jumpa aku dekat sekolah pagi, diorang pelik kenapa ada yang panggil aku ZAI, ada yang panggil aku AFRAH. Aku pun jawab : "Takpe lah, kan dua-dua tu nama kita. Awak nak panggil apa-apa pun kita ok aje."
 (ayat romantik gila ! Padahal cakap dengan kaum sejenis je pun. Haha. Tapi ini pun masa awal-awal tahun je. Belum tunjuk taring lagi. Pastu dah tak pakai dah ayat-ayat romantik macam tu.)

/
Bergambar dengan cikgu Kaunseling.
Kelas IKHLAS (7org), CEKAP (3org)
Yang berdiri : Opie, Zai (aku), Nysa, Elsie, Ecah dan Una.
Yang duduk : Natasya, Farah, Cikgu Kaunseling, Nurul dan Ain

Dekat sekolah agama (SRA Paya Jaras) pun lebih kurang sama jugak ceritanya. Orang pertama yang tegur aku dan duduk sebelah aku ialah NAZIRA. Dia ni mesra alam gila. Siap ajak aku jalan-jalan satu sekolah lagi tu. Ajak pergi kantin beli air lah. Pergi kedai buku lah. phewwww. Jenuh follow dia ni. Macam tadi jugak, lepas beberapa hari, aku dah tak rapat dengan dia. Aku kawan rapat serapat-rapatnya dengan KIKY FITRIA MUMPARI dan NURUL SHAJATUL AKMA RAMLI (ada dalam gambar diatas sekali). Pastu macam tadi jugak ramai kawan lelaki. Yang aku ingat. Hmmm... SHAFIQ KHAIRUDDIN (budak baru), SAFIZAN ZAIDI, HAFIZ NALDI, M.NUR IMAN, SAIFUL YUSOP dan budak kelas-kelas lain. Tapi aku paling rapat dengan Shafiq, Saiful dan Safizan. Ehh. Semua 'S' lahh. Haha. ^^

MAAF, TIADA GAMBAR.

Kenangan paling susah untuk dilupakan ialah sesi kenen-mengenen kawan sekelas. Bunyi macam pelik kan ? Tapi itulah kerja diaorang (tidak termasuk aku) masa pertengahan tahun. Saiful kenenkan aku dengan Shafiq. Sebab dia kata aku dengan Shafiq tu sama-sama budak baru, sangat sesuai dan blablabla. Dan tup tup, Shafiq mengaku dia suka aku (Ohhh, TIDAK !). Sampai ustazah Tajwid pun tahu. Situasi yang paling gila ialah masa tu kembar Shafiq, SHAFIQAH KHAIRUDDIN (budak kelas sebelah) kata Ustazah Akma nak jumpa aku sebab hubungan tu. Tapi sebenarnya dia yang nak jumpa aku, siap bagi green light/restu lagi dekat aku dengan abang dia. Dushh ~ Buat malu je.

Dan beberapa bulan kemudian, Ustazah Nora (guru kelas aku) komplen kata result ujian aku jatuh teruk gila ! Dari no 2 ke no berapa belas ntah. No 1, Shafiq Khairuddin ! Memang tiap kali ujian, aku dengan Shafiq je yang selalu berebut tempat. Kalau aku no 1, dia no 2. Kalau dia no 1, no 2 semestinya aku ! Hihi. Lepastu kitaorang kembali berkawan. HAHA. Teruk kan ??! Lepas habis sekolah je, aku terus tak contact dia. Ntah sihat ke tidak. Ntah hidup lagi ke tidak. ( ayat tu tak boleh kwajo lagi ke cik Afrah oiiiiii ? ) Oppps. Maafkan saya !

Dan sampai sekarang, aku masih tak dapat contact Shafiq, Kiky, Husna dan beberapa orang lagi. *sedih*




*Kalau ada sesiapa yang kenal dengan nama-nama yang aku taip diatas, suruh diaorang add aku dekat Facebook tak pun follow Twitter tau. TQ* (jejak kasih)


Sekian.
Assalamualaikum.


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !