Showing posts with label DiplomaLife. Show all posts
Showing posts with label DiplomaLife. Show all posts

15 December 2017

Final year (Semester akhir)

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah sampai final year dah kita ni. Haha. Senior dah weh. 
Sebenarnya dah lama nak buat entri pasal final year ni tapi asyik tak sempat je sebab habiskan entri review produk dulu. Ni pun banyak lagi yang tak habis direview. Haha 😂😂


Aku masuk kolej Ogos 2015 sekarang dah Dis 2017. InsyaAllah Januari 2018 nanti aku ambik final exam untuk final semester ni. Dah nak habis weh. Konvo pun tahun depan jugak. Member semua ajak buat Degree dekat tempat yang sama. Tapi aku macam biasa lah, banyak dilema yang kena lalui sebelum buat keputusan.

Masa nak masuk diploma ni pun, banyak jugak dilemanya. Last-last masuk sebab ibu kata masuk je lah. Haha. Sebab aku ni takde pendirian sangat. Masa sekolah pun cita-cita bertukar setiap tahun. Last-last masa form 5 taktau nak jadi. Dah habis spm taktau nak sambung apa. Haihh. Dilema okayyy.

Masa memula masuk diploma TESL ni kan, ya Allah macam-macam yang aku bayangkan. Takut tak dapat bawak lah, takut tengah jalan terkandas lah. Macam-macam weh. Tapi Alhamdullilah sampai jugak ke penghujung diploma ni. 😂😂 Thankyou parents for your endless supports. 💓
Ramai yang kata TESL senang, hell no ! TESl susah okay. Bayangkan k batch aku sekali masuk 60 orang lebih sekarang tinggal 40 je. Ke kurang dari itu. Macam yang aku kata, ramai yang terkandas tengah jalan kalau kau tak buat betul-betul. Ramai yang kena repeat subject. Alhamdullilah aku tak pernah lagi repeat mana-mana subjek. Dan taknak repeat !!

TESL ni kau bukan setakat belajar english essay je weh. Banyak lagi yang korang belajar. Philosophy, psychology, sociology in education. Banyak weh. Bukan takat pergi kelas buat essay hantar dapat markah. Bukan okay. Sapa yang cakap TESL senang tu meh sini ambik TESL dulu. Kalau takleh past 1st sem booyahhhh !

Bagi aku every courses ada susah senang dia. Jangan ah bila kau ambik medical studies/engineer kau terus boo budak course lain. No !! Malas nak cakap pasal ni. Ahaha. Pastu sebelum kau keluar practicum kena lalui semester yang gila tough sebab ada mirco teaching. Tak lepas micro teaching takleh gi practicum der ! So, make sure micro buat betul-betul. Fighting juniors !! 💪💪
Bila dah practicum tu baru rasa peritnya kerja seorang cikgu praktikal tu. Haha. Tapi kau akan sentiasa disayangi dan dirindui murid-murid. Rasa macam penat lelah kau ajar dorang tu berbaloi lah. 💖
Sem 7A (final semester)
Sekumpulan orang gila jadi Cikgu ahaha
Harap sangat kalau sambung Deg nanti dapat member gila-gila macam ni jugak 💘

Okay takat tu je nak bebel. Tengok lah tahun depan aku sambung Degree ke tak eh. Nantikannnn ~ 😘

Sekian.
Assalamualaikum.
(12:43 tghari)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

9 May 2017

Final exam is coming ~ #SEM5

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

This is so me right now.
Busy downloading all the new K-dramas.

Wish me luck for final exam guys!
Sem depan nak ajar anak orang oi oi oi 🙈


Sekian.
Assalamualaikum.
(10:52 malam)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

9 March 2017

How's life ?

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Other people's life maybe great but not me 😭

This fifth semester brought me to not-so-nice semester. The lecturers already gave so many assignments on the first week of the semester. SO MANY ! You just can't count how many was that. And for this week, I was awake for two days. Not exactly two days straight but yeah two days! 😵
Without drinking any coffee, redbull and such. Felt so much power inside of me. Aha!

Okayy. Sambung bahasa melayu pulak. [I have so many mixes! LOL]
Banyak kerja ya tohan. Tak tido dua hari sebab kena siapkan assignments yang sumpah berlambak. Ni belum tambah micro-teachings lagi tau. Nasib baik micro buat lpeas midterm break. Kalau tak, hmmmmm.

nak tido =(
Masa banyak habis buat assignments, begitu jugak dengan duit. Semua habis dekat buat projek itu ini, print assignments. Tapi tak kurus-kurus gak. Hahahah! LOL
Semester depan dah kena pergi praticum. Seram pulak nak mengajar anak orang. Aha! Sebab diri sendiri pun macam tak betul sangat. Ni pulak nak ajar anak orang.

Doa-doa lah supaya Afrah lulus semua teaching subjects semester ni. Dan dapat pergi practicum for next semester. Aminn ~


Sekian.
Assalamualaikum.
(11:36 pagi)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

6 January 2017

Happy Holiday, peeps !

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah. Dah habis dah final exam. Leganya Ya Allah. Tapi tak lupa jugak yang next semester gonna be really really really tough semester. 3 teaching subjects need to be learned. And also not forget the foreign language. Huuuu ~

Pape pun janji sem ni dah lepas. Tinggal satu semester lagi sebelum praktikal dekat sekolah. Huuu ~ Doakan tau. Bukan senang nak ajar anak orang weh. Nak ajar adik sendiri pun dah tak sabar ni pulak anak orang. Seram ~ 😭😭

Doakan jugak Afrah dapat result gempak dan dekan lagi. Hihi 😀😀

Sekian.
Assalamualaikum.
(11:38 malam)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

2 December 2016

#RoadToFinal

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hi people ! Heeee ~ Rasa dah lama gila tak menaip. Last post entri panjang pun pasal #cubatrytest kan. Itu pun bulan 10 punya tak silap. Hahahahha. Makin lama makin pemalas tuan punya blog ni eh. 

Haaaa ~ Macam yang aku post entri pada hari Selasa lepas. Saja nak bagitau yang aku dah nak #roadtofinal. Hahahhaha. Walaupun rasa macam tak perlu kot bagitau satu dunia kau nak final. Hahahha. Eh ! Tapi suka hati lah kan. ~ 😝😝😝

Rasa bersemangat balik nak menaip sebab blogspot dah update weh. Hahahha. Dah ada emoji. Huyooo. This is so exciting ! 🙌🙌🙌🙌🙌


Haa anw, final exam is just around the corner. Hopefully, this semester Afrah Fiadmui can do better and get a great, wonderful, bombastic, excellent result. Aminnn ~

Nak menaip panjang tapi malas pulak. Hahahha. So itu lah karangan untuk harini. Moga bertemu lagi dalam next entry lepas final exam. Tatata ~ 🌺🌺

Sekian.
Assalamualaikum.
(12:27 pagi buta)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

5 March 2016

Busy sangat ke kau ?

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hi.
It has been a while since I've posted my last entry.

Rindu kita tak ? Hahahahahahaha [suddenly change the language]
Dah biasa tulis (taip) entri dalam bahasa melayu nak tukar ke english tu macam awkward sikit. Hahahaha. Dah lama tak cerita pasal kehidupan macam zaman persekolahan dulu semua benda nak kongsi dengan korang. Sekarang ? Hmmmmm... baru taip satu ayat dah takde idea nak sambung ayat seterusnya.

My friend asked me, "How is your life going ?"
Macam biasa lah aku jawab. Nothing special. Nothing interesting.


Sebab dulu aku dah biasa post banyak entri dalam sebulan. Bila dah sebulan tak post pape rasa macam sunyi sepi je blog aku tanpa entri baru. Hahahaha. Bila orang tanya, "busy ke?". Aku tak tau nak jawab macam mana. Sebab takde lah busy mana pun. Bila takde kelas, sempat je tengok kdrama. Hahahaha. Tapi serius lah sem ni aku rasa macam nak pengsan !

Why ?

Sebab banyak sangat assignments. Kalau assignments yang bertaip tu aku tak kisah sangat. Ni yang jenis kena present dalam kelas. Public speaking je ada 3. Presentation jangan cakap lah. Berlambak. Sampai akak degree yang satu rumah dengan aku pun, kesian tengok aku. Kalau free sikit je kena keluar discussion dengan group. Tido kat rumah kawan semata-mata nak siapkan assignments. Pukul 4 pagi tak tido lagi. Pukul 6 pagi baru siap. Pukul 7 pagi dah kena hantar. Letih.

I need a break !



Moga sem ni dapat dapat result yang lebih baik dari sem lepas. 7 weeks to go ! Fighting !
Moga diri ni dapat bertahan sehingga ke akhir sem nanti. InsyaAllah :)


Sekian saja coretan kisah hidup sis.
Assalamualaikum.
(12:33 tengahari)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

29 September 2015

#CollegeLife #DiplomaLife

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah. Dah sebulan lebih aku kembali menjadi pelajar. Tapi dah upgrade ke pelajar kolej. But nothing interesting with that 'title' for sure. Heh
Dekat mana, course apa tu biarlah rahsia. Hahahahaha. Nanti korang kata aku riak pulak kan. Siapa yang dah tahu tu, diam-diam tau. Hahaha
Tak, takde niat pun nak main hide and seek dengan korang.


#collegelife and #highschoollife are different. It different in everything; the studying part, the socializing part, and more.
Serius lain weh. Kalau kau tak kuat iman, boleh diserang culture shock tau. Hahahahahahaha
Tapi Alhamdulillah, semua okayy je. Kehkehkeh 
Doakan aku berjaya lalui semester ini dengan penuh kesabaran, ketekunan dan kejayaan. InshaAllah :)

Sekian.
Assalamualaikum.
(9:55 malam)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !