14 April 2016

Skincare Review #5 : Rosken Dry Skin Lotion

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

*Entri lama CubaTryTest Skincare Review yang terakhir. Hiks

Bila musim panas plus kering je terus muka pun terikut sama kering. Kalau kering je takpe tapi ni jadi macam flaky terutamanya dekat tepi hidung dengan pipi. Mungkin sebab tak minum air secukupnya satu hal. Haus tu haus tapi malas nak minum air. So, cara nak rawat kulit kering ni senang je. Beli je mana-mana produk khas untuk dry skin macam ni. Okay, harini nak review produk Rosken. First time aku beli produk jenama ni. Sebelum ni pakai Cetaphil moisturiser je. Tapi korang tau kan Cetaphil tu kan harga boleh tahan mahal jugak. Tak mampu nak beli yang besar. Hiks

ROSKEN - DRY SKIN LOTION

Ni haa tiub dia.
Aku beli dekat Watsons. Farmasi lain pun ada jugak jual ni. Cari je k.
Harga : RM13.17
Masa nak cari moisturiser tak terfikir pun nak beli jenama ni. Saja nak trytest hahaha
Produk dari Australia [haaa nampak kangaroo dekat tiub tuuu]
Yang penting ada tanda Halal. Itu yang paling penting sekali k

Sebenarnya aku tak sure sama ada lotion ni untuk badan sahaja atau seluruh anggota badan sekali dengan muka.
Tapi aku pakai kat muka je. Hihihi
Yela sebab yang keringnya dekat muka so pakai kat muka je lah kannnn
Alhamdulillah, selama mana yang aku pakai kulit muka okay je.
Takde makin teruk atau sebagainya
Aku pakai produk ada lah dalam sebulan lebih nak dekat 2 bulan gitu. Pergi Terengganu haritu pun bawak sekali.

Kalau korang gambar ni hmmmmm tekstur produk ni best
sebab dia ringan dan tak berminyak.
Ada sesetengah produk pelembab ni biasanya berminyak tapi yang ini tak pun okayy
Bau pun wangi. Takde bau chemical busuk pun.

Bila dah sapu memang rasa macam berminyak sikit tapi dia akan meresap kedalam kulit dengan cepat dan tak melekit dah lepastuuu
So, sesiapa yang ada kulit jenis berminyak tapi nak pakai produk ni, boleh je k

Haaaa ni buktinya. Tak berminyak dan melekit langsung.
Tapi sayangnya produk ni tak dapat nak rawat kulit kering aku huhuhuhuhu
Nak dekat 2 bulan lebih pakai tapi kulit kering still ada lagi.
Flaky skin pun ada lagi haaaa 😭
Seperti yang korang tahu setiap review aku adalah jujur dan sangat dipercayai ececeh
Takde main tipu-tipu tau. Kalau okay, aku akan kata okay.
Tapi kalau tak okay, aku akan cakap tak okay.
Mungkin kulit orang lain cepat nampak kesan kot. Aku ni jenis nak cepat je semua benda aha 😂

Lepas dah sebulan tak okay jugak. Aku berhenti pakai produk ni. Setiap malam sapu minyak zaitun jenama Safi. Dan alhamdulillah lepas seminggu pakai dah takde lagi kulit kering atau flaky skin. Alhamdulilah. Parut-parut jerawat pun semakin hilang. 👍👍
So, bagi aku kalau kulit korang tak elok dengan moisturiser biasa boleh lah try guna olive oil ke apa-apa oil macam jojoba oil, almond oil haa yang elok untuk kulit tu lah okay. ✌

UPDATE!
Lotion ni kalau korang baca betul-betul dekat tube dia, dia kata DAILY MOISTURISER yang bermaksud pelembap harian. So, untuk muka lah kan. Aku pakai dekat muka Alhamdulillah okay je. Korang yang nak try tu boleh lah k.


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟
💟

Sekian.
Assalamualakum
(9:23 malam)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

20 comments:

  1. rsenye awk kna pkai rosken yg lg 1 tu. for dry to extra dry skin. sbb sy pkai yg tu tlebih moisturize plk muka haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Thank you baca review kita :)

      Tulah! Kita baru beli yang Rosken Dry Skin cream haritu. Best pakai sebab tak thick sangat. Yang ni lebih thick rasanya. Nanti kita buat review. Jangan lupa baca. Hehehe

      Delete
    2. dry skin cream dgn dry skin location ape beza ye? tq😅

      Delete
    3. Hi!

      Apa yang saya tahu yang Dry Skin Cream tu untuk kulit yang kering sesangat.
      Kalau yang Lotion pulak untuk kulit normal & kulit kering.

      Takde beza sangat pun. Tapi yang Lotion ada mineral oil dan yang cream pulak takde. So dia depends pada menerimaan kulit awak gitu.

      Tapi kalau ada kulit kering dan sensitif better pakai yang Sensitive Cream warna light blue tu.

      Delete
  2. So skrg ni awak still pakai brand rosken ker? Saya nak cuba beli tapi masih survey tgk review orang ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes! Still pakai yang Dry Skin Cream tiap malam. Kita tak pakai waktu pagi sebab kulit macam berminyak sikit so bila pakai waktu pakai okey je. :)

      Delete
  3. Krim ni bagus ke untuk pudarkan parut jerawat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Tak sure lah awak sebab moisturiser ni untuk melembapkan kulit je. Tapi dia ada vitamin e so mungkin boleh pudarkan jerawat jugak. Awak boleh try dulu. :)

      Delete
  4. Moisturiser rosken ni ada byk jenis. Dlm 4 kot. Setiap jenis utk lain2 masalah kulit. So pilih ikut keperluan kulit kita. Btw saya pun guna yg sama dgn sis. Beli yg ni sbb kulit kering yg biasa2 je. Alhamdulillah okay setakat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup kena tengok kulit jugak.
      Kita dah tak pakai yang ini, kita pakai yang warna biru tu. Dry Skin Cream.

      Kalau okay dengan kulit maksudnya sesuai lah kan.

      Delete
  5. Monyak zaitun tu sapu kat muka pakai cotton pad or dap2 jaa kat muka pakai tangan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dap-dap dengan jari je awak. Guna dalam 2-3 drops je ikut kulit. Kalau kulit awak dry sangat, awak boleh letak banyak lagi.

      Delete
  6. Minyak zaitun safi tu boleh pudarkan parut jerawat y lekuk2 jugak ke awak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minyak zaitun untuk parut jerawat yang warna gelap je awak. Kalau berlekuk susah sikit. Kena buat facial treatment biasanya sebab texture kulit dah lain.

      Delete
  7. Akak kalau tersilap beli dan pakai walaupun kulit kita sensitif boleh ke?? Sbb saya tersilap beli....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tersilap beli, akak suggest awak pakai untuk badan so takde lah membazir kan. Sebab kulit sensitif sepatutnya beli yang tube warna light blue.

      Delete
  8. Mungkin kamu boleh try yang Rosken High Potency Vitamin E (100g).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for suggestion :)

      Tapi saya dah tak pakai brand Rosken ni sebab kulit dah better than before. Takde dah kulit kering hehe

      Delete
  9. Sy pun guna dry skin cream blue

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay sama! Saya pun pernah try yang tu. Light blue untuk sensitif skin pun pernah try jugak. :)

      Delete

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !