Showing posts with label BodycareReview. Show all posts
Showing posts with label BodycareReview. Show all posts

12 July 2018

Bodycare Review #5 : Sumber Ayu Body Scrub

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Nak review produk kelima dalam bodycare review. Hihi

First time aku beli body scrub brand ni. Selalu beli brand Watsons/Guardian yang dalam botol je. Yang ni aku beli online dekat Shopee sebab nak cukup harga untuk dapatkan free postage. Hahaha. Sanggup okay!

Pastu dah masuk umur 21 tahun ni dah kena start menjaga badan gitu. Susahkan jadi perempuan ni muka badan semua kena jaga 😂
Sumber Ayu White Body Scrub

Harga: RM4+
Beli sebab harga dia murah sangat tak sampai RM5 pun. Pastu macam menarik hihi

[Description]
Rasakan 5 Manfaat Bahan Alami Dalam 1 Produk
♡ Dengan formula baru untuk kulit wangi yang lebih tahan lama
♡ Mengangkat kotoran dan sel kulit mati dengan lebih baik
♡ Skrub yang lembut dengan whitening complex dan ekstrak susu untuk membenatu mencerahkan dan melembutkan kulit
♡ Dengan antioksidan untuk membantu melindungi kulit
♡ Menjadikan kulit lebih halus

How to use:
Rub gentle all over your body, feel the 5 benefits sensation in 15 minutes. Rinse with water, can be as body soap replacement.

Aku pakai dah nak habis dah skrub ni. Kalau rajin pakai 2 kali seminggu, kalau malas 2 minggu sekali je. Hahaha! Taktau kenapa tapi aku suka skrub ni.

Pros:
♥ Very affordable 
♥ I love the scent (bau susu yang wangi)
♥ I love the beads because it did not feels harsh on my skin
♥ Skin feels very soft and smooth afterward

Cons:
♦ The packaging is not hygienic 
♦ Tend to take a lot of product (sebab sikit macam tak cukup 😂)

Lepas pakai skrub ni aku suka bau dia dekat badan. Bau fresh je pastu kulit pun rasa lembut gitu. Tang whitening effect tu aku tak nampak lagi sebab baru pakai satu bekas kot. Mungkin kena pakai selalu lah kan. Dia punya texture tu okay lah sebab beads dia tak kasar sangat. Just nice untuk scrub badan.

Cuma tang packaging je yang aku tak suka sangat. Sebab kena guna tangan nak ambil skrub ni. Kekadang tangan basah pastu terkaut pulak tu haa dah ada air dalam skrub. Terpaksa buang air tu dengan terbalikkan bekas. Tapi kena hati-hati sangat sebab nanti isi dia pulak yang terkeluar kan. Haa itu je yang tak bestnya.

Body scrub ni ada beberapa jenis jugak. Yang aku punya macam original lah. Ada yang floral dengan apa lagi entah. Tapi function dia lebih kurang sama je. So, korang boleh try okay 😙


Recommended or Not?
Yes!

Would you repurchase this?
Taktau lagi. Hee~

How many stars would you give?
3.5 out of 5 stars. 🌟🌟🌟🌠


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. What works for me might not work for you and vice-versa. I bought with my own money. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(1:25 tghari)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

6 June 2018

Bodycare Review #4 : Dr. Mist Spray

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Bodycare review ni tak banyak sangat produk sebab lotion semua tu aku tak suka sangat. So, aku review barang yang macam ni je lah okayy. 👌❤

Okay. Harini nak share satu mist ni. Tapi dia bukan face mist tau. Dia bodymist tapi takde bau. Macam deodarant tapi jenis spray hah gitu lah ~

Dr. Mist 
Body Hygiene Floatation Fluid Spray
[75ml]

Harga: RM14+
Boleh beli dekat mana-mana drugstore okay. Dia ada yang set jugak. Tapi aku beli satu-satu sebab pakai pun kadang-kadang je. Hihi

[Descriptions]
Fragrance Free ➧ Stain Free ➧ Colourless ➧ Non-Oily ➧ Non-Alcohol Base
For lasting comfort and freshness

👉 Maintain cleanliness and freshness of underarms, feet, shoes and socks.
👉 Towel-dry after shower, spray and wipe evenly with hand on underarms.
👉 Spray on clean feet, shoes and socks.

Ingredients: Treated water, Potassium Sulphate, Sodium Chloride

Made in Malaysia 

Ni macam natural mist lah sesuai untuk sesiapa yang tak suka pakai deodorant. Aku suka deodorant sebab bau wangi tapi sebelum pakai deodorant biasa aku akan guna natural deodorant jugak. Aha! Tamak nak wangi gitu. Sebelum ni aku ada buat review pasal natural deodorant yang batu tu kan. Hah aku pakai yang itu untuk underarms. Tapi leceh nak bawak travel.

Yang ni pulak dia sama je macam deodorant batu tu cumanya dia jenis spray so senang nak bawak travel lah. Tak risau jatuh pecah ke apa kan. Tapi sejujurnya aku tak suka sangat dengan mist ni sebab dia kurang sikit daripada yang batu punya tu. Yang batu tu kan kalau tak pakai deodorant pun dah okay. Takde bau langsung for the whole day. Tapi this one in few hours macam dah start berbau gitu. Hahaha 😂😂

So, aku pakai yang mist ni untuk kaki je. Aku start pakai sejak praktikal dekat sekolah tahun lepas. Kan kena pakai stokin pastu lama kena berdiri kan. Jalan sana sini pastu nak masuk bilik guru kena buka kasut. Jadi, untuk mengelakkan daripada timbulnya bau yang tidak diingini aku spray kaki dengan mist ni sebelum pakai stokin. Tapi kena make sure kaki dah betul-betul kering baru pakai stokin tau. Dan serius weh kaki tak berpeluh pun pastu stokin pun takde bau. Aha yes! Aku bau stokin aku sebab nak tau berkesan ke tak. Hehe 😛

Walaupun takde bau, tapi aku still tukar stokin setiap hari sebab dah biasa dari sekolah lagi. Tak reti nak pakai balik benda semalam kecuali tudung. Haha 😄


Recommended or Not?
Yes! Untuk yang tak suka pakai normal deodorant pastu nak yang senang bawak travel. This is the one! Plus its affordable too! 😀

Would you repurchase this?
Hmm not sure! 

How many stars would you give?
3 out of 5 stars. 🌟🌟🌟


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. Thank you. 💟

Sekian.
Assalamualaikum.
(9:00 pagi)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

13 April 2016

Bodycare Review #3 : Total Image Smelly-No-More Deodorant

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Sapa ada masalah bau badan kat sini. Put down your legs! [my beloved lecturer's fav quote] hahaha
Okay semua takde kan ? ke ada ? Hahahahahahahaha
Sokay jangan memalu, produk yang aku nak review kali ni takde kena mengena dengan sesapa pun ok. Tolong jangan terasa mahupun sentap. Hahahahaha

TOTAL IMAGE SMELLY-NO-MORE

Aku beli ni dekat watson dengan harga
RM17.90
[untuk 60 gram]
Ada jugak yang besar tapi harga dia pun double dari yang kecik ni la.
Yang kecik tahan 3 bulan dan besar pulak tahan dalam 6 bulan gituuu
Sebab utama aku beli ini ialah housemate aku yang jugak merupakan senior aku dan jugak
merangkap kakak angkat aku ecececececeh hahahah. Tak lah. Dia promote produk ni dekat semua orang.
 Dia pakai produk ni dah lama. Pastu dia bagitau yang dia pakai produk ni je. Kalau ada
kelas dari pagi sampai petang pun okay je. Takde bau pun. Cuma peluh tu ada lah.
TAPI yang penting badan TAKDE BAU okayyy ?! Aku pun macam WOW!!! [terpesona kauuu]
Dan katanya produk ni tahan berbulan jugak lamanya.
So, dalam masa yang sama boleh lah jimat duit. Takde lah asyik beli nak deodorant je kann.

Kalau korang tengok dari gambar ni korang mesti pelik kan
Okayyy. Meh sini iols yang berkemungkinan akan menjadi beauty blogger dalam masa akan datang terangkan sikit kepada uolss yang taktau pasal produk ini. Hiks
Produk ni sebenarnya dia natural je which means takde langsung bahan kimia berbahaya macam dalam deodorant lain yang boleh kuningkan baju putih,
NO! NO! NO!
Produk ni tak macam tu tau. [mohon penulis jangan gedik sangat!]
Produk ni sebenarnya garam je. Ya Natural mineral salt SAHAJA!
Takde bahan bahan terlarang yang lain.

Unique Features of Smelly No More
  • Natural
  • Does not darken skin
  • Non sticky & non oily
  • Alcohol & Fragrance Free
  • Does not stain clothing
  • 300% more effective than commercial deodorant
  • Hypo-allergenic

[Sambung gambar bawah pulak]
Deodorant ni jugak takde bau tau korang. Langsung takde.
Bila nak pakai cuma basahkan dengan air sikit pastu terus sapu kat armpits korang
tempat lain pun boleh jugak. Contoh; leher, kaki dan sebagainya.
Dan yang aku perasan bila dah sapu semua tu armpits tak melekit pun.
Kering je. Dan lepas tu senang kalau korang letak terus dalam bilik air.
Lepas mandi je terus pakai deodorant ni. Aku pun letak dalam bilik air jugak sebab senang !
Tiap kali lepas mandi mesti pakai. Tak kira lah nak mandi pagi nak gi kelas ke mandi malam nak tido ke mesti pakai sebab best.
Sebelum ni aku pakai jenama Rexona yang spray tu sebab aku jenis tak suka deodorant yang melekit.
Tapi yang spray tu bau dia tak tahan lama. Kelas pagi okay lagi, kalau sampai petang memang tak lah. Kena pakai untuk kali kedua. Mana tak cepat habisnya kalau macam tu kan ??!

Buat masa sekarang ni aku dah pakai dalam 2 bulan lebih dan banyak gak lah perbezaan antara deodorant ni dengan deodorant lain.
Okay baca bawah ni kalau nak tau apa yang best dan tak bestnya pasal produk ni :)

Best : 
- Tak melekit lepas pakai
- Takde bau badan walaupun kelas pagi petang
- Deodorant tahan sampai sekarang (dah 2 bulan lebih pakai)
- Tak hitamkan armpits
- Tak tinggalkan kesan kuning dekat baju

Tak best: 
- Kena sentiasa berhati-hati sebab kalau jatuh habis berderai
- Boleh tahan mahal gak lah harganya [untuk student macam aku]

Hah lagi banyak best daripada tak best kan ? Hihihi
Untuk student bagi aku lah kan benda ni lah yang kita perlukan sebenarnya. Sebab time active ni lah kadang-kadang kita tak sedar yang kita ada bau badan. Lagi-lagi tengah musim panas sekarang ni. Baru turun tangga rumah dah berpeluh. Dah sampai kelas lagi lah berpeluh. Dah macam berlari satu kampus je gayanya. Hahahahahaha. Nak make up lagi tak boleh nanti cair make up. [takde kena mengena pun] Sesiapa yang active bersukan atau yang kerja asyik kehulur hilir tu hah beli lah produk ni dan korang akan rasai perubahannya gituuuuu. [macam tukang promote je]


P/s: Every products that reviewed by me in this blog are not sponsored. I bought with my own money. 💟


Sekian.
Assalamualaikum,
(7:33 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

3 May 2013

Bodycare Review #2 : Johnson's Oxygen Fresh Gel Lotion

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

CubaTryTest kembali lagi. *wink.wink* Kali ni nak share pasal losyen lagi.
JOHNSON'S OXYGEN FRESH Gel Lotion

Beli ni masa temankan ibu pergi kedai baby. Masa tu nak beli barang untuk cousin yang baru lahir.
Sempat ok bodek ibu nak itu ini. Hihi
Dan... ini lah yang aku dapat. Hehe.
Ada lagi satu barang tapi barang tu akan dipublish kemudian lah ye.

Perbandingan tekstur antara OXYGEN FRESH Gel Lotion (kiri) dengan losyen lain.
Apa yang 'best' tentang losyen ni ;
- Cepat menyerap 
- tak berminyak macam losyen lain
- ada bau yang sangat wangi
- dapat lembutkan kulit yang kasar (fokus tang tangan)

Bekas bagi losyen di atas. 
Harga pun berpatutan. 
Sesuai untuk sesiapa yang tangan senang berpeluh macam aku.
Sebab dia tak melekit macam sesetengah losyen.
Best !! 


*Selamat mencuba :)

Sekian.
Assalamualaikum. 
(10:59 malam)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

23 August 2012

Bodycare Review #1 : Vaseline Healthy White Perfect 10

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum.

Entri baru. CubaTryTest yang bermaksud cuba cuba cuba. Cuba lah ! Hihi.

Hari ni ada sesi CubaTryTest = Vaseline Lotion


Aku beli PERFECT 10 sebab losyen ni ada banyak kebaikan. Bukan untuk putihkan kulit je. Bau losyen ni pun wangi. Bau wanita bukan bau baby. HAHA. Maklumlah budak sekolah kan mesti ada kulit yang sekata. Sini cerah sana gelap. Lebih-lebih lagi dekat tangan. Lengan putih je bila tengok dekat tangan errrrr. Tak sekata langsung.

Kadang-kadang jeles dekat kawan-kawan yang tangan dia putih. Terfikir juga diaorang ni tak pernah keluar rumah ke apa kan ? Tangan putih melepak. Kalau aku pulak, muka putih, tangan kurang putih. Tak tau lah sebab apa. Hihi.


VASELINE Healthy White Perfect 10
  • Mencerahkan kulit
  • Membuat warna kulit cerah merata
  • Membuat kulit terasa lembut dan halus
  • Melembabkan kulit secara menyeluruh
  • Menjaga kulit tetap bercahaya
  • Mengurangkan bintik hitam pada kulit
  • Melindungi kulit dari sinar UV A dan UV B
  • Menyamarkan kerutan halus
  • Merawat keremajaan kulit
  • Memberi nutrisi yang diperlukan kulit hingga ke dalam lapisan kulit

Cuba tau ! Hihi. Dah macam promoter je aku ni. 

Sekian.
Assalamualaikum.



❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !