Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

7 January 2021

Happy New Year 2021

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Haluuu.

Ya Allah rasa macam sekejap betul tahun 2020. Aku ingat lagi awal tahun duk hua..hua tengah semester 4 tak silap. Masa tu bulan awal bulan 2 dah habis sem dan tak expect bulan 3 tu jadi PKP semua tu. Lepastu sambung semester 5 online. Sampai lah sekarang tengah half semester 7 dah. Tinggal 1 semester lagi untuk practicum pastu habis dah. Huhu rasa sedih pulak tetiba 😂

Macam biasa rasa sangatlah tak sangka dah nak habis degree. Hihi
Oh lupa tahun 2020 jugak ada banyak sangat hal yang terjadi. Ada gembira, ada jugak sedih. 
Alhamdulillah semua dapat diharungi dengan jayanya. Syukur juga sebab semua sihat dan kuat. ⁨💪

Tanpa melengahkan masa lagi. Hahaha

Selamat Tahun Baru 
2021✨


Semoga tahun ni bawa keberkatan dan rahmat kepada kita semua. Dan harap sangat semua dipermudahkan lagi-lagi kepada mangsa banjir. Stay Safe. 

Dan paling penting jangan leka tau. Virus masih ada di luar sana. Jangan buat buat lupa!



Sekian.
Assalamualaikum.
(2:31 petang)



❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

25 January 2019

Yeay! New blog signature ♡


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hai korang! Okay exam belum habis lagi sebenarnya. Tinggal lagi 2 papers yang perlu dijawab dalam hari yang sama dan aku still tak study apa lagi. Huhuhuhu. Malam ni aku study okay!

Sekarang dah tahun 2019, dah banyak tahun aku tak buat entri penutup segala kenangan tu. Tak sempa nak mengarang dan rasa malas gila nak taip. Hahahaha. Tapi tengok kdrama/kvariety show laju je. 😂😂
Okay lah, aku saja buat entri ni sebab nak tunjuk blog signature yang baru. Hihi. Untuk tahun 2019 kita pilih warna Blue turquoise plus grey haa gitu color dia. Aku pun tak tahu warna apa sebenarnya, nampak macam biru pastu macam kelabu pulak. Haa apa-apa lah jah ~ 
Janji tahun ni ada signature baru. 😄✌

Meh nak throwback semua signatures yang ada sepanjang aku berblogging ni ⤵






 
Yang terbaruuuu..
Tahun ni nak masuk tahun ke-8 dah aku berblog. Tak sangka sampai sekarang masih menaip cerita untuk korang. Hahaha. Dulu start sesaja je sebab zaman "blog is what we student need" gitu. Ramai gila kawan-kawan aku yang buat blog dengan theme Domkun atau Danbo. Hahahahahaha. Weh kenangan betul tu. Korang yang adik-adik tu tahu tak Domokun/Danbo tu ap? Haa meh akak tunjuk gambar.
Image result for domo kun and danbo
Picture from Google
Haa yang brown tu Domokun pastu yang box tu Danbo. Zaman kegilaan semua orang dan semua berebut nak buat profile picture dekat Facebook. Hahahaha 😂😂
Pastu dalam blog pulak cerita semua mengarut je. Cerita pasal bf/gf, gaduh dengan member, mencarut member semua lah. Takde langsung cerita yang berguna untuk dibaca. Aku pun start macam tu jugak cerita pasal sekolah, member tapi sikit je lah. Lepastu teroka blog orang lain yang berguna dan bermula dari situlah aku minat berblogging. Nak share dengan orang benda yang berguna. Yang orang google pastu keluar blog aku. Haa bangga weh.  💪😆
 
Alhamdulillah sampai sekarang masih berblogging. Hik ~
Walaupun dah slow sikit, dah tak share resepi, cerita personal sangat. Tapi still ramai yang baca. Thank you korang. Tanpa korang siapa lah aku... ~ Gituuuuuuuuuu.

Okay tu je nak bebel. 😎


Sekian.
Assalamualaikum.
(7:11 malam)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

29 April 2018

New label ~

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hai semua. Malam ni iols nak buat short entry pasal new label dalam blog ni. Nampak macam tak perlu kan tapi nak buat jugak aha! 😂
Okay. Saja nak bagitahu yang aku buat new label untuk product review. Yang dah selalu baca blog syok sendiri aku ni mesti tahu selalu product review aku guna label CubaTryTest kan. Semua review dalam label tu. Haa ni nak bagitahu lah ni. Yang aku buat 5 label baru untuk product review.

👯 Mask Review ➦ Label ni khas untuk mask sahaja tau. Tak kisah lah mask jenis macam mana pun asalkan nama dia mask haa so dia dibawah label ni. Clay mask/sheet mask tau. Peminat mask tu kalau nak tahu mask mana yang aku pernah try boleh klik dekat label Mask Review okay?!

💅 Skincare Review ➦ Ini semua entri khas untuk skincare products yang aku pernah gunakan sepanjang hidup aku. Dari semurah-murah produk hingga ke mahal. semua ada dalam label ni. Nak tahu produk apa yang aku pernah guna untuk muka boleh klik label ini. Skincare local dan international tau.

💄Makeup Review ➦ Haa yang ini sah-sah lah untuk segala makeup yang aku beli. Walaupun takde pandai sangat dalam makeup ni tapi still ada review okayy. Haa jangan memain mana tahu satu hari nanti kalau tak jadi cikgu, boleh jadi makeup artist. Aha.

💃 Bodycare Review ➦ Ini pulak review untuk produk yang tidak digunakan untuk muka lah for sure. Aha! Macam body lotion/body scrub semua tu dibawah label ni tau.

💇 Haircare Review ➦ Untuk segala produk rambut macam serum/minyak rambut. InsyaAllah untuk shampoo jugak akan menyusul tak lama lagi. Hihi 


Okay. Tu je nak bebel sebenarnya. Hahahaha. Nak bagi korang faham. So, nanti kalau korang nak baca review pasal mask boleh terus klik under label Mask Review. Kalau nak baca review pasal skincare boleh klik label dia haa kan senang. Takde lah korang kena scroll satu blog semata-mata nak baca pasal skincare contohnya. 💮

So, sekarang ni cubatrytest tu dah tak wujud okay. Jangan cari cubatrytest dah. Sebab semua produk dah ada dalam category masing-masing. Semoga korang dapat hadam apa yang aku cuba sampaikan ni. Hahaha walaupun tak penting mana. Tapi sebenarnya entri ni untuk aku faham sendiri apa yang aku buat. aha! 😜

Diakhiri dengan gif tuan blog aha 😝

Sekian.
Assalamualaikum.
(11:57 malam)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

4 January 2016

Blog Signatures

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Entri pertama tahun 2016

Aku tukar Blog Signature setiap tahun. Sebab nak nampak kelainan dalam setiap entri. *konon* Hahahaha. Padahal nampak sama je setiap tahun. Alhamdulillah tahun ni nak masuk tahun kelima dah aku berblogging. Mula-mula untuk suka-suka je. Tapi bila dah lama-lama rasa best pulak menaip. Pastu ada orang baca. Hah aku tahu tau sapa yang baca blog ni. Ada blog tracker. Hihihi.

Aku start masa form 2. Zaman bodo-bodo lagi dengan dunia blog. Minat pun sebab aku banyak baca blog orang lain. Dari situ ada jugak lah keinginan nak jadi blogger jugakkk. Tapi takde lah macam blogger yang famous amous tuu. Biasa-biasa pun dah okayyy. Janji dapat senangkan orang. 

Masa form 2 tuu aku banyak buat personal entry macam diari gituu hah. Tapi dah delete dah hahahaha. Sebab nampak macam syok sendiri. Bila baca balik peh peh peh geli gilaa wehhh. Hahahaha. Tapi sekarang makin matang. Sebelum buat entri baru, fikir betul-betul dulu. Dapatkan idea gituuuu. 

Aku check ramai yang jumpa blog aku dari menggoogle produk-produk yang aku review. Alhamdulillah ada jugak yang nak baca review produk murah yang aku beli. Hihihi. TQ !

Ini untuk all time punyaa.
Hah sapa yang search link blog aku tuuu ? 
Hahahahaha 

Ini pulak yang month punyaaa
Berguna jugak entri pasal PLKN tuuu rupanya. Alhamdulillah
Entri ujian JPJ pun ramai jugak yang baca.
Terima kasih korang. :)
*terharuuuu*

Okayyy masuk bab blog signature pulaaaak...

Tahun 2011 dan 2012.
2 tahun pakai signature yang sama sebab tak terfikir pun nak tukar.
Hahaha. Dah nak habis tahun 2012 baru sampai wahyu. Hihihi

Tahun 2013.
Makin teratur dan laju menaip. Hihi
Makin banyak idea nak buat entri. 

Tahun 2014 dan 2015.
Seperti yang aku bagitahu dalam entri penutup tirai.
Akhir tahun 2014 sampai bulan 2 2015 aku dekat PLKN
So, tak berkesempatan nak tukar pun. Tuu yang teruskan je. 

Tahun 2016.
Alhamdulillah sampai jugak kita ke tahun baru ni.
Wahyu datang lagi suruh letak tahun pulak dekat signature. Hehehe
Tu yang ada tahun tuuu. :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Akhir sekali,
terima kasih untuk sesapa saja yang pernah baca blog ni. 
Dari aku start menaip sampai sekarang masih menaip 
Dari dalam Malaysia sehingga ke luar Malaysia
Terima kasih banyak.
Aku syak yang orang luar negara yang baca blog aku ni mesti orang Malaysia jugak kan kan kan?
Pelik lah kalau orang asing faham bahasa melayuuu. Hahahahaha 
Terima Kasih :) 
Nah LOVE

Sekian.
Assalamualaikum.
(8:33 malam)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

20 April 2013

Happy 2nd Birthday, LDM.blogspot.com !

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt 

Pejam celik pejam celik dah 2 tahun kita bersama kan. Susah senang bersama. Ketawa bersama menangis bersama kubersumpah harap kita mati pun bersama. *tetiba keluar lagu teman pengganti* Hahaha


HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO LDM.BLOGSPOT.COM
HAPPY BIRTHDAY TO YOU


Semoga terus maju dan maju lagi. (ayat macam cakap kat orang je) Haha

LDM : LittleDominoMunchies

Sekian.
Assalamualaikum.
(1:21 petang)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

26 January 2013

Uuuu.. Hitamnya..

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum wbt

Background lain, header lain. Tapi orangnya masih lagi sama. Hihi. Suka betul aku tukar-tukar header ni. Hehe. Kalau rajin, rajin sangat. Kalau malas, malas sangat pulak. Haihhhh. Tahun ni aku berazam nak tukar header dengan background setiap tahun. Tahun lepas pink, tahun ni hitam. Mungkin tahun depan coklat pulak. Insya Allah.
Jangan gosok mata lagi ye. Ini memang blog AF. ^^

Kali ni tuan punya blog suka hitam. :)
*Sekali gus sebagai tanda bermulanya kehidupan baru.   

Sekian.
Assalamualaikum.
(3:37 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

7 December 2012

Uuuu..Jambunya

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum wbt 

Ehem. Jambunya mak ngah..

Jangan gosok mata ye, blog ni memang dah bertukar dari biru ke pink. Cantik kan kan kan ? Hihi. Anda tidak bermimpi mahupun berada di alam lain. Memang AF yang tukar bukan kena hack ataupun bertukar pemilik. Ini memang blog AFRAH FIADMUI. Cuma warna latar dan header je lain. Hmm, aku tukar warna blog pun sebab aku baru tukar header. Tak cantik lah kalau header warna pink, background blog warna biru kelabu. Jadi, untuk menyedapkan mata memandang, aku tukar je latar belakang blog ini. Hehe. Harap takde sapa-sapa muntah pink nanti. Haha n__n



Tuan punya blog tak minat pink pun ! *cedih*

Sekian..
Assalamualaikum

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

6 July 2011

Tak berapa nak newbie

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum


Penggunaan saya untuk entri pertama amat digalakkan XD

Selamat berkenalan semua.
I'm a blogger now ! Hee ~ Sebenarnya dari dulu lagi nak buat blog tapi takde masa. Dan akhirnya impian yang ke berapa entah ni tertunai jugak. Sebenarnya ini blog ke 3. Sebab blog yang dulu tu rasa macam kearah keanak-anakkan sangat. Tu yang buat blog baru tuuu. Hahahaha ✿

Sebelum ada blog jugak tapi bila baca balik semua entri rasa macam nak lempang diri sendiri sebab geli gila nak baca. Hahahahaha. Sebabtu buat blog baru. 😆

Hahaha. Ada link blog lama lagi gambar ni. 
Saya sangat aktif di Twitter. Dan saya tak berapa aktif dengan Facebook. Tapi saya ada Facebook ;)
So guys, follow my blog. And you'll know about my family, friends, and more. *winks*


Sepanjang saya berblogging nanti, saya akan menggunakan bahasa rojak / manglish = Malaysia + English. ^^



Selamat berkenalan 💕

Sekian.
Assalamualaikum.


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !