11 April 2018

Skincare Review #16 : Aiken Moisturiser

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hai! Dipetang Isnin ni, aku nak review satu lagi produk Aiken. Sebenarnya aku nak buat satu je entri untuk semua produk ni tapi aku tak guna everything sekaligus so terpaksa lah review satu-satu. So, kalau korang nak baca jugak review produk Aiken yang lain korang boleh klik [disini-toner] [disini-pure tea tree oil] πŸ‘Œ
Aiken Tea Tree Oil Moisturiser

Harga: RM12
Beli dekat Shopee jugak sekali dengan cleanser dengan toner. Free postage meh.

Sejujurnya aku suka gila dengan produk dari Aiken ni. Walaupun baru cuba 3 barang je iaitu toner, moisturiser dengan pure tea tree oil. Produk dia memang ngam dengan kulit aku yang selalu jugak breakout ni. 

Aku perasan kulit aku ni jenis yang macam ni haa ⤸
πŸ’’ Kurang minum air ➨ breakout!
πŸ’’ Terlebih makan dairy products (cheese/yogurt/milk) ➨ breakout!
πŸ’’ Tak buat skincare routine 2-3 hari ➨ breakout!
πŸ’’ Makeup tak sesuai dengan kulit ➨ breakout!

Jadi, kat sini aku buat conclusion lah eh. Breakout aku berpunca dari kedegilan diri sendiri jugak. Aha! Siapa suruh malas minum air? Siapa suruh makan dairy products tak ingat dunia? ya tohan cheese is my fav! Siapa suruh pakai makeup tak tengok ingredients dulu? Haaa gitulah ~

Salah satu nak kawal jerawat semua adalah cukup minum air dan jugak jaga makan. Aha! πŸ˜‚
Untuk moisturiser ni, aku suka gila kot! Dah pakai sampailah tinggal sikit tu je. Aku pakai setiap hari pagi dan malam selepas serum TO Niacinamide. Aku suka sebab texture dia jenis watery. Tak melekit dekat kulit. Bila sapu dekat kulit rasa fresh je. Walaupun bau macam biasa lah herba-ish tapi aku tetap suka! Aha!

Moisturiser ni dia buat muka aku less oily. Lepastu jerawat cepat surut jugak. Kulit tak kering sangat dah. Seriously, kalau kulit kering sangatlah tak cantik kalau nak makeup. Sebelum makeup aku akan sapu paling tak dalam 2 layers moisturiser ni sebab best! ❤

Walaupun packaging dia murah sebab plastik je. Tapi disebabkan harga okay, quality okay, so aku pun okay. Haha! Tapi sebenarnya aku lagi suka moisturiser jenis dalam tiub takpun jenis pump sebab lagi bersih lah pastu senang nak bajet. Sekali pump je boleh sapu satu muka. Yang ni kan kena ceduk berkali-kali guna jari. Kalau dia buat dalam pump/tiub aku akan jadi orang pertama yang beli bebanyak buat stock. Aha! Okay, tipu je. Mungkin beli satu dulu. πŸ‘…

Haa sebelum aku lupa, masa mula-mula pakai produk Aiken aku tak suka dengan bau dia. Tapi bila dah lama-lama bau dia buat aku rasa fresh and relax je. Serius! Kalau ter-skip sehari dua rasa macam hilang something. Bau herba yang tenang gitu ~ (over gila aha)

Apa-apa pun, moisturiser ni memang best! Sesuai dengan oily/combination skin. Untuk dry skin aku rasa tak sesuai sangat sebab dia tak cukup untuk hydration. Tapi boleh je kalau korang nak try kan. 


Recommended or Not?
Yes! Yes! Yes!

Would you repurchase this?
Yes! Because I love the watery texture!πŸ’™

How many stars would you give?
4.5 out of 5 stars. 🌟🌟🌟🌟🌠


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. What works for me might not works for you and vice-versa. Thank you. πŸ’Ÿ


Sekian.
Assalamualaikum.
(2:20 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

56 comments:

  1. Bila kat shopee rm12 kat seller mana ya? Pastu pakai cleanser apa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai!
      Boleh cari dekat Shopee Mall under WIPROUNZA. Tapi kena pandai cari tau. Kekadang ada sale so boleh dapat murah.

      Kita pakai cleanser Nivea Whip White Pearl (pagi) dan Sendayu Tinggi Whitening Soap (malam)

      Harap Dapat membantu :)

      Thankyou baca blog kita hiks~

      Delete
    2. Betul ke untuk kulit kering tak berapa sesuai?

      Delete
    3. Yup sebab moisturiser ni khas untuk oily & acne-prone skin.Texture dia more to gel and watery.

      So, dia tak cukup bagi hydration untuk kulit kering. Untuk kulit kering selalunya orang akan pakai moisturiser yang cream type. so that, dia boleh bagi enough hydration. Gituu ~

      Faham ke idak tu? Hiks

      Delete
    4. Sesuai dengan kulit combinasi ke?

      Delete
    5. Hi.

      Kulit combinasi sesuai jugak tapi awak kena apply double dekat part yang kering lah tau. Sebab moisturiser ni dia tak hydrating sebab. Kulit oily macam kita pun, pakai 2 layers. kekadang tu 3 layers tapi nipis nipis je tau. Dah kering baru add on layer lagi satu. Gituu ~

      Harap membantu :)

      Delete
  2. produk ni boleh rawat parut jerawat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Rawat parut jerawat tu kita tak sure sangat tapi moisturiser ni memang sesuai untuk yang kulit berminyak dan acne-prone. Sebab dia macam mempercepatkan jerawat kering dan buat kulit less oily.

      Kalau untuk parut jerawat, biasanya orang akan pakai whitening ingredient macam Alpha Arbutin atau Vitamin C. So, kalau awak cari produk untuk parut jerawat boleh cari yang ada ingredient tu. :)

      Delete
  3. Hai sis! Thanks sebab buat review produk ni :)) I have a combination skin which is more to oily and tengah cari moisturizer yang sesuai. Before this guna Cetaphil and okay je cuma muka nampak berminyak because dia Cream texture. Anyway thanks sis :)) keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Thankyou sebab baca blog kita hiks :)

      Cari moisturiser yang sesuai dengan kulit memang susah. Kena try and error dan ikut bajet jugak. Kita pun sekarang tengah try banyak moisturiser dekat drugstore sebab nak cari yang betul betul sesuai dengan kulit dan ikut bajet yang ada. Hahaha

      Delete
  4. Klu sensitive + oily skin type ok x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Kalau sensitive tak sure pulak nanti kulit sensitive dia lain sikit. Tapi kalau oily okay je tak masalah.

      Awak boleh try dulu sebab ingredients dia pun okay je tak silap saya. Boleh check dulu ingredients okay :)

      Delete
  5. Hai sis, kalau dh apply moisturizer ne lepas tu ke apply cream mlm or sun cream

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Kalau pagi lepas pakai moisturiser kena pakai sunscreen.

      Kalau malam pulak, boleh pakai moisturiser je tapi kalau awak nak extra hydrating, awak boleh pakai sleeping mask. Yang cream malam tu saya tak sure. Benda tu moisturiser jugak ke?

      Delete
  6. Kalau guna moisturiser ini tuk siang and malam bole ke sis ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya! Moisturiser memang kena pakai siang dan malam setiap hari. Kalau malam sapu banyak sikit.

      Delete
  7. Kalau jd kn moisturiser ni sebgai krim siang bole ke sis ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Krim siang tu cemana eh? Sebab tak pernah pakai krim siang/malam.

      Yang saya tau moisturiser tu boleh pakai siang dan malam. Lepas cuci muka terus boleh pakai moisturiser :)

      Delete
  8. Hai sis . Skin sy jnis combination . Jerawat jarang ada . Tapi bnyak fungal acne . Sesuai tak pkai ni . Tq ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai sis.
      Sorry sesangat sebab kita tak pernah kena fungal acne. Pastu tak tahu sangat pasal tu.

      Boleh baca dekat IG- SYZAHMD sebab dia pernah bagitahu pasal fungal acne dekat situ.

      Delete
  9. Aiken ni okey tk untuk muka yg selalu naik jerawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Rasanya okay je sebab moisturiser ni memang untuk kulit berjerawat. Dia bantu jerawat cepat kecut dan surut jugak. Tapi sebelum beli tu baca ingredients dulu okay. Tengok tengok kalau ada ingredient yang tak sesuai ke apa nanti. :)

      Semoga ini membantu :)

      Delete
  10. Asalam sis..klau dlu penah pkai produk bermerkuri..means slh pkai produk...bole ke tukar kpd aiken..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.

      Boleh je sis. Better pakai product yang ada jual dekat drugstore sebab lagi selamat. Kalau awak nak try Aiken, awak kena tahu skin condition awak dulu sebab mostly yang pakai AIken ni orang yang kulit oily/acne-prone.

      Kalau dry skin tak sesuai sangat. So awak sebelum awak tukar skincare ke Aiken, awak kena tahu condition kulit awak dulu okay :)

      Delete
  11. Hi sis. Muka saya ni berminyak n banyak jerawat pasir. Kalau saya pakai cleanser n moisturiser Aiken ni agak2nya boleh hilang x? Maklumlah student lagi. Bajet dlm rm 30 camtu. Mohon reply😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.
      Selalunya jerawat pasir ada sebab tak cuci muka bersih bersih.

      So apa yang awak boleh buat ialah buat double cleasing, boleh guna cleansing oil/micellar water then baru guna face wash.
      Boleh try guna clay mask 1/2 times a week untuk kurang minyak dekat kulit.
      Pastu boleh je awak try jenama Aiken ni kalau sesuai.

      Faham sangat student punya bajet sebab i pun student lagi. Nak beli skincare kena tengok bajet dulu. :)

      Delete
  12. Aslm sis,kalau muka yang ada pori pori besar boleh je kan pakai ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.

      Pori besar sebab oily skin ke? Kalau sebab oily skin boleh je try this brand.
      Pastu tambah clay mask dalam routine skincare awak 1/2 times a week. Bila pori kita bersih, tak nampak sangat dah :)

      Delete
  13. Kalau malam selepas cuci muka ....terus pakai moisturizer k atau kena pakai serum dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Kalau awak ada serum, pakai serum dulu baru pakai moisturiser okay.

      Ikut step ni (night routine):
      Cleanser - toner (kalau ada) - serum - moisturiser.

      Delete
  14. Sis pakai cleansing oil jenama apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang pakai brand IN2IT & Safi. Tapi for me, Safi punya cleansing oil paling best for now. :)

      Delete
  15. Bleh kongsi cara pemakaian dia?? Mksudnya APA yg ptut pkai dlu..mcm toturial

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak awak nak kita buat video ke? hahaha

      Nanti lah eh kita post entri pasal basic skincare step. Jangan lupa baca tau nanti. :)

      Delete
  16. Assalam kak! Tumpang tanya, kulit saya jarang2 naik jerawat, tapi jenis oily la. Sesuai tak guna aiken?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.

      Boleh juga sebab Aiken ni skincare dia water based so sesuai untuk oily skin. Awak boleh try.

      Delete
  17. hi kak. Nak tanya kalau lepas pakai pelembap ni boleh pakai bedak sejuk tak?tapi saya basuh bedak sejuk tu lepas saya bangun tidur lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Ikut apa yang kita baca pasal bedak sejuk, awak boleh pakai bedak sejuk macam clay mask tu. Pakai lepas cleanser, sebelum toner, moisturiser semua tu.

      Sebabnya kalau awak pakai buat tidur takut bedak sejuk tu buat kulit jadi kering sebab kemungkinan dia absorb moisture dalam kulit awak. So, better pakai dalam 10-15 min lepas tu baru pakai toner/serum, moisturiser okayy.

      Senang pun senang kan, takde lah bedak sejuk tu terkena bantal ke apa masa tidur. Harap ni membantu :)

      Delete
  18. Assalamualaikum.. hi sis.. sis ..kulit saya kan berminyak..kering... Sis rasa.. sya sesuai tak.. dan boleh suggest kan product apa yg sesuai ?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.

      Okay so kulit awak berminyak dan kering eh? Tu macam combination.

      Awak boleh try;
      - Face wash yang low pH macam Hada Labo/Simple
      - Gel Moisturiser macam HL/Safi
      - Matte sunscreen (Biore milk/Skin Aqua)

      Atas tu suggestion je tau. Awak kena try and error sebab kulit setiap orang berbeza kan :)

      Delete
  19. Moisturiser ni saya pakai dgn toner,serum,semua tapi jerawat cam makin naik.so kalau saya pakai moisturiser ni je x campur dgn skincare lain ok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab awak pakai banyak sangat produk dalam satu masa. Cuba lepas ni awak pakai toner lepastu moisturiser dulu untuk seminggu. Kalau okay baru add on serum. Okay?

      Tapi kalau jerawat still naik banyak ada kemungkinan produk tu tak sesuai dengan kulit awak.

      Delete
  20. Saya kulit normal, tak pakai apa² skincare sblum ni boleh ke nk try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Boleh je awak.
      Kulit normal lah paling best sebab senang nak cari product.

      Delete
  21. Hi. Kalau jenis combinations skin sesuai tak guna Aiken? Pastu untuk jerawat, masalahnya jerawat selalu naik kat dahi je, help me

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Saya rasa sesuai je untuk combination skin tapi mungkin ada some part of your skin dapat kurang hydration from this moisturiser. Awak boleh apply 2-3 layer sampai kulit rasa moist. Apa-apa pun kena cuba dulu okay?

      Untuk jerawat pulak, mungkin sebab kena shampoo atau berpeluh. Awak boleh try cleansing oil pastu baru guna face wash biasa tu. Lagi satu, saya suggest awak add on exfoliating toner untuk jarawat tu. Sekarang banyak exfoliating toner yang affordable macam Safi (warna oren). Just give it a try k?

      Hope this helps! :)

      Delete
  22. Sis ni skin condition apa? sebab situasi sis ni lbih kurg sama macam saya. jarang minum air. muka saya kering d bhgian mulut, tepi hidung, di kelopak mata (rasa kasar sikit). tp muka saya x oily and x tegang. sis rsa sy jenis muka apa ni? 😣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kulit saya selalu oily tapi kekadang bila kurang minum air dia akan kering. Memang selalu macam tu.

      Saya rasa awak kulit sensitive kot sebab kult awak tak oily kan? Awak boleh try letak vaseline dekat area yang kering tu. Lepas moisturiser letak sikit vaseline. Make sure area yang kering je. Atau awak boleh letak any face oil (kalau ada).

      Saya selalu guna vaseline/face oil dekat area yang extra kering tu. Dalam 2-3 hari terus normal.

      Harap ini membantu :)

      Delete
  23. Sy bru beli utk ank sy..umur dlm 17 thn..kulit jenis brjerawat..tpi sy bru nk suruh die try apply moisturiser ni dgn 100% pure tea tree oil time mlm, boleh ke cmpur² sekali pakai? dn yg mn patut kne apply dlu.. 100% pure tea tree oil dlu or moisturiser dlu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya, saya akan pakai moisturiser dulu. Tunggu kering lepas tu baru sapu tea tree oil kat tempat jerawat saja.

      Harap ini membantu :)

      Delete
  24. hi untuk kulit kering sesuai ke pakai moisturizer ni. kulit saya jenis kering kadang kadang nampak mcm megelupas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. *sorry lambat reply*

      Kulit kering tak berapa sesuai lah awak sebabnya moisturiser ni khas untuk kulit berminyak dan acne. Kalau kering takut dia lagi buat kulit awak mengelupas.

      Try cari moisturiser yang hydrating macam Hada Labo takpun Simple.

      Hope this helps! :)

      Delete
  25. boleh lindung daripada matahari tak ? takut sunburn pulak sbab dia tulis uv protection je...saya selalu pakai produk yg ada SPF

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ada ingredient yang boleh protect from uv tapi tak mencuckupi so awak kena topup dengan sunscreen. Ikut apa yang rasa baca, produk macam SPF dalam powder, moisturiser tu tak cukup untuk kulit kita.

      Kena pakai sunscreen jugak okie :)

      Delete
  26. kalau guna aiken hydra plus cleanser dengan moisturizer ni okay x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay je! Kalau nak extra hydration boleh guna toner hydra plus jugak. Sunscreen jangan lupa okie :)

      Delete

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !