1 December 2017

Skincare Review #7 : Aiken 100% Pure Tea Tree Oil

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Salam Maulidur Rasul semua. Heee ~ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Dihari Jumaat yang mulia ni, takde buat apa sangat kan. So, kita habiskan review produk lah eh. Okay. Kalini nak review produk Aiken. First time beli jenama ni. Dah lama beli dalam awal tahun tak silap.

Bagi aku ni produk surutkan jerawat paling berkesan yang aku pernah ada. Nak tahu banyak pasal produk ni baca entri ni sampai habis okay. 😄
Aiken 100% Pure Tea Tree Oil 
10ml
Beli dekat Guardian. Ada jual dekat semua drugstore.

Harga: tak sampai RM20
Sorry korang, aku lupa gila harga dia berapa. Tapi yang aku tau belas-belas lebih tapi tak sampai 20. Haa itu je. Ahahha Time ni takde discount. Pastu main ambik je produk yang agak-agak boleh ubat jerawat aku. Aha.

100% Tea Tree Oil

Use at the first sign of blemishes. Tea tree oil helps protects skin naturally without the flaking of skin. It is effective and gentle enough for use  on all skin types.


Direction : Dab oil on finger and apply directly onto blemishes and affected areas or wherever kin is prone to breaking out.


Okay korang, produk ni memang best ! Aku beli dari awal tahun dan sekarang dah 1hb Disember pun still tinggal banyak lagi. Sebab aku pakai dekat jerawat sahaja ! Yes, Jerawat sahaja!! 

Minyak ni walaupun nama dia minyak tapi bila sapu dekat muka dia terus absorb. Takde rasa greasy langsung. Bau dia pulak memang herb-ish. Maksudnya bau ubat lah. Takde bau wangi perfume. Masa mula-mula pakai aku tak tahan sangat dengan bau dia pastu adik aku bising aku busuk. Hahaha sebab pakai minyak ni. Tapi lama-lama aku dah immune. Dia jadi bau normal gitu. Ibu aku bila dekat dengan aku dia tanya "sapu vicks ke?" Haa sebab bau berangin je.

Aku memula sapu guna q-tip tapi macam tak best sebab minyak ni serap kat q-tip lah kan. So, aku start guna jari. Bila guna jari rasa best sikit sebab minyak ni terus ke muka dan serap terus ! Rasa berangin jeeeee ~ Tapi jangan sapu banyak-banyak sebab nanti muka jadi gatal-gatal dalam 5-10 minit gitu. Lepastu okay dah. 👌👌

Botol dia kecik je. Pastu kena tuang hati-hati takut tertuang banyak. Sebab jerawat kan kecik-kecik je. Takyah banyak sangat nanti membaziorrr. 

Bila aku pakai tea tree oil ni area yang ada jerawat akan kering dan mengelupas. So, kena sentiasa moisturise muka. Guna lah aloe vera ke moisturiser yang korang selalu pakai.

Steps yang aku selalu buat ialah

Pagi : cleanser ⇨ skrub ⇨ toner ⇨ tea tree oil (area jerawat je) ⇨ moisturiser ⇨ bb cushion 
Malam : double cleansing ⇨ toner ⇨ tea tree oil ⇨ moisturiser ⇨ 💤💤💤

Sebenarnya tak selalu rajin macam ni tapi bila datang rasa malas tu terus cakap dalam hati,
" Weh ! Nak muka clear kena rajin !! Takmo malas-malas !!"

Hahaha 😂😂

Memula tu dia berminyak tapi lama-lama dia tak bermiyak dah. Aha faham tak ? Susah sikit nak terangkan feeling dia. Korang kalau ada masalah macam aku yang jerawat selalu singgah tapi lambat surut korang kena try ni. 

Aku ada buat research gak pasal tea tree oil brand lain tapi mostly dia guna minyak campur. Macam tea tree oil 20% , minyak X 30%, minyak Y 40%. Haa macam tu. So, Aiken ni 100% pure tea tree oil. Mungkin sebab tu kesan dia cepat. Jerawat baru nak naik, malam tu terus sapu minyak ni esok dia macam tak jadi nak naik. Peh ~

Disebabkan ni skincare product yang best dan effective. So, i give 🌟🌟🌟🌟🌟 !! Tanpa perlu tanya-tanya lagi. Haha.


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(4:00 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

37 comments:

  1. Lps pakai tea tree oil ni. Kena cuci balik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Aisyah!

      Tak payah cuci pun teruskan skincare lain.
      Ni apa yang Afrah buat setiap hari:

      Double cleansing -- toner -- tea tree oil (biarkan dia absorb dlm 5 minit) -- moisturiser

      Tu je :)

      Delete
  2. Hi, I just bought it today sebab ada review baik dari salesperson guardian. Akak tu bagitau sy, ada dua jenis.. satu utk jerawat & satu utk hilangkan parut jerawat. Actually I don’t have active jerawat. Just ada parut2 je.. so I beli yg parut punya.. tapi balik2 umah I baca review product online.. tengok2 ada 2 review katakan dia tak hilangkan parut. I tak pasti sgt la sebab takde gambar. Product yg I beli tu sama spt gambar yg you share. So, I nak tanya.. parut ada hilang tak? Thanks in advance ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Jayyy!

      I dah pakai Aiken tea tree oil ni lama dah. Apa yang i nampak dia tolong kecutkan active acne je. Untuk parut? Hmm i think no.

      Untuk parut i pakai Hada Labo Whitening Hydrating Lotion. This one help me with my acne scar.

      Delete
    2. you pakai hada labo punya tuh acne scar / dark spot hilang tak

      Delete
    3. I pakai Hada Labo lotion tu malam je so dia take time jugak nak hilangkan parut. Tapi lepas 2week+ dah boleh nampak parut tu pudar sesikit.

      Kalau nak cepat hilangkan parut boleh try pakai whitening serum sekali. InsyaAllah lagi cepat parut tu hilang.

      Delete
  3. kalau letak kat parut jerawat boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya takde kesan untuk parut sebab I pakai untuk active acne je. So dia kecutkan dan keringkan acne.

      Untuk parut, u boleh try skincare yang ada whitening ingredient macam alpha arbutin ke vitamin c gitu.

      Delete
  4. Hi, kalau guna moustrizer aiken bole hilangkan parut jerawat tak? Saya guna toner aiken je buat masa ni dan clenser. Btw utk produk hada lobo tu bole rao awak snapkan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mia! Moisturiser Aiken dia tak pudarkan parut jerawat sangat. Dia lebih kepada bagi jerawat kering dan bagi hydration sikit dekat kulit je.

      Kalau untuk parut awak kena guna whitening ingredients macam alpha arbutin, vitamin c macam tu. Lotion Hada Labo tu awak boleh cari dekat mana mana drugstore. Ada yang trial size harga dia dalam RM9-12 sebab dah naik harga. Yang full size punya RM40-50. Sorry tak boleh include gambar sekali. Awak google ya :)

      Delete
  5. Hi Afrah. Boleh saya tau..agak2 berapa lama muka awak mula menunjukkan perubahan lepas guna produk ni? Terima kasih yaa😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Perubahan pada jerawat eh? Hmm dia ambik masa dalam 2-3 hari jugak lah nak surut. Kite pakai 2 kali sehari. Lepas dia dah surut dan kering, kite fokus pada produk yang bagi hydration pulak untuk hilangkan parut. :)

      Delete
  6. Hai....nak tanya dia kecutkan jerawat bernanah atau jerawat yg kecil² tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Untuk jerawat bernanah tea tree oil ni boleh jugak surutkan jerawat jenis tu. Cuma ambik masa sikit sebab selalunya jerawat jenis ni besar sikit kan. So, pakai 2 kali sehari dan sampai jerawat kecut. Moisturiser jangan skip sebab bila pakai benda ni dia kering kan area jerawat tu.

      Delete
  7. Hai....nak tanya dia boleh kecutkan utk jerawat kecil² tak...mcm jerawat pasir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Syu!

      Untuk jerawat pasir kite tak sure sangat sebab tak pernah ada jerawat pasir. Jerawat biasa yang ada mata tu je kite selalu ada kat muka ni.

      Tapi awak boleh try letak sikit. Tengok menjadi ke tak. Lepastu jangan lupa moisturiser jugak. :)

      Delete
  8. Hai nak tanya, agak agak untuk tiny bump dkt muka sesuai tk pakai tea tree oil ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.
      Saya rasa tak sesuai untuk tiny bumps sebab T3 oil selalu orang pakai untuk jerawat. Kalau ada tiny bumps, awak boleh try teknik cuci muka betul betul selama 60saat.

      Buat double cleanse (micellar water/cleasing oil) --> Face wash --> Scrub (2 kali seminggu) --> Moisturiser :)

      Harap ini membantu.

      Delete
  9. Saya ada masalah parut dekat muka :( produk apa yg patut saya guna ? helpppppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Selalu kalau ada parut jerawat, kita suggest pakai skincare yang ada whitening ingredient macam Alpha Arbutin.

      Awak boleh try Safi yang warna light blue sebab itu range untuk whitening. Pastu dia affordable jugak.

      Delete
  10. Hi salam sy mohd yusuf, nak tanya product apa yang bagus untuk hilangkan bekas jerawat ea? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Wasalam Mohd Yusuf,

      Kalau ada parut jerawat cari skincare yang ada whitening/brightening ingredient macam Alpha Arbutin, Niacinamide macam tu.

      Kalau local product yang help with scar boleh try Cosmoderm warna kuning atau Safi light blue.

      Kalau brand luar boleh try THE ORDINARY sebab product dia pun okay cuma kena order dan agak mahal sedikit harga dia. :)

      Delete
  11. kalau dh ada aiken pimple cream yg letak kat jerawat tu, pure tea ni kena ada jugak ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Kalau awak dah guna Aiken pimple cream tak perlu pakai T3 oil dah tau.
      Pilih salah satu je sebab function dia sama untuk rawat jerawat. Kalau awak guna dua dua takut nanti jadi lain pulak :)

      Delete
  12. Hiii afrah. Kalau pakai moisturizer jenama lain boleh kan. Btw moisturizer tu tak hilangkan tea tree oil aiken tu ke kalau terus apply?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Boleh je nak pakai moisturizer brand lain janji sesuai dengan kulit.
      T3 oil tu pakai pastu tunggu dalam 2-3 minit atau sampai absorb dekat kulit baru pakai moisturiser.

      Kalau nak pakai lepas moisturiser pun boleh. No problem. :)

      Delete
  13. Hi Afrah

    Macam mana step guna tea tree oil ni? Sebab saya dah beli moisturiser dan tea tree dan satu lagi memang kulit tidak berminyak lagi kah kalau dah pakai ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Tea Tree Oil ni awak boleh pakai lepas toner letak betul betul dekat jerawat lepas tu tunggu dalam 1-2 minit baru pakai serum/moisturiser.

      Atau awak boleh pakai skin care lain dulu macam toner - serum - moisturiser last sekali baru pakai tea tree oil.

      Kalau Af, Af suka pakai lepas moisturiser so kulit area tu tak jadi dry sangat. Apa-apa pun depend dekat kulit awak okay.

      Harap membantu :)

      Delete
    2. Lupa nak jawab soalan kedua tu haha.

      Maksud kulit tak berminyak lepas pakai Tea Tree Oil ke moisturiser?

      Tea tree oil ni letak dekat tempat berjerawat je tau bukan dekat seluruh muka. Pedih japgi. Lepastu kulit kita akan kurang berminyak bila kena cakap produk yang sesuai dengan kulit kita.

      Satu lagi, walaupun kulit berminyak make sure pakai moisturizer okay. Cari yang Gel/water-based mosituriser untuk kulit oily :)

      Delete
  14. Kak Afrah wajib kah kena ada toner kalau dah pakai T3 oil ni dan moisturiser

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Toner tu sebenarnya tak wajib pun. Just add on to our skincare routine je. Tapi moisturiser wajib okay. Tak kira dry/oily/acne-prone skin, semua wajib pakai moisturiser.

      Tapi kalau awak ada bajet lebih, boleh je add on toner. :)

      Delete
  15. Assalamualaikum, nak tnya lps pki t3 oil ni, dy tnggalkan parut hitam x ��?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.

      Pengalaman saya pakai treatment ni dia tak tinggalkan parut hitam pun. Dia cuma keringkan & kecutkan jerawat je. Tapi kalau awak guna treatment brand OXY, dia boleh hitamkan parut jerawat sebab ada benzoyl peroxide.

      Yang ni inshaAllah okay je pakai.

      Delete
  16. Hai,saya mahu tanya aiken cleaser tea tree oil ni bagus tak untuk kulit kering,kulit saya kering dan sangat pedis bila mencuci muka pakai pencuci muka lain tapi saya cuba tukar kepada aiken tapi dia memang still akan rasa pedis ke kalau guna nanti dia hilang ke rasa pedis tu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Cleanser ye?

      Hmm kulit kering tak sesuai guna aiken yang range tea tree oil sebab dia lebih kepada untuk orang yang berkulit oily dan acne.

      Untuk kulit kering, saya suggest awak try guna Aiken cleanser yang ada probiotic . Tu lebih gentle dan sesuai untuk semua kulit.

      Hope this helps! :)

      Delete
  17. Slam..sya nk tnya klau pakai tea tree oil nii glupas lama tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Wasalam.

      Kalau pakai ni make sure awak pakai moisturiser juga okay. Jangan letak t3 oil ni je nanti kulit kering.

      Pakai moisturiser dulu tunggu dah kering baru letak oil ni dekat jerawat.

      Hope this helps! :)

      Delete

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !