Showing posts with label Afrahmembebel. Show all posts
Showing posts with label Afrahmembebel. Show all posts

20 April 2018

Pengalaman buat CT Scan dan Endoscopy

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hello! Rasa dah lama gila tak buat entry membebel syok sendiri. Aha! Okay. Entri kalini nak share dengan korang pengalaman aku buat ct scan dengan endoscopy untuk perut dan paru-paru.
Okay. Mula-mula sebab utama aku pergi hospital buat check up ni ialah sebab aku batuk dah lama gila. Dia datang dalam 2 minggu macamtu pastu dah okay. Pastu datang lagi pastu hilang. Batuk on off macam tu lah. Batuk aku pulak jenis yang gatal tekak punya tu. Selagi kau tak batuk selagi tu tekak kau rasa gatal tak selesa. Kalau tahan boleh sampai menangis lah rasanya. Kena batuk kuat jugak untuk hilangkan rasa gatal tu.

So, benda pertama aku buat pergi klinik yang biasa aku pergi kalau batuk sakit ke apa. Pastu mintak surat refer pakar dekat hospital. Aku refer ke TMC, Kota Damansara. Minggu pertama jumpa doktor bagitau sakit apa semua. Pastu buat xray. Doktor kata paru-paru aku clear. Tapi nakkan kepastian jugak dia suggest buat ct scan dengan endoscopy sebab batuk dah lama pastu tak tau sebab apa pulak tu kan. So, ibu aku pun setuju.
Minggu depannya datang hospital lagi, kena puasa start 12 malam pastu datang hospital pukul 730 pagi sebab nak masuk day care dulu. Kat situ nurse timbang berat, kena tukar baju hospital dengan ambik darah. Lepastu terus ke unit scan semua tu untuk ct scan. ya Allah serius aku seram gila. Sebab bunyi machine kuat sangat macam bunyi enjin kereta mengaum gitu. Dah lah bilik tu sejuk gila. Pastu sebab takut sangat aku pi tanya nurse kat situ nak tutup mata boleh tak. Dia kata nak tutup ke bukak mata ke boleh je asalkan jangan tidur. Aha. Disebabkan aku ct scan untuk kepala je sebab nak check kalau ada sinus ke apa. So, masuk takat kepala je dalam machine tu. Macam gambar bawah ni. 
Ehsan google
Lepas dah buat ct scan sepatutnya tunggu nurse yang iring kita ke mana-mana dalam hospital. Tapi aku terus pi day care. Pastu kena turun balik ke unit screening apa ntah lupa dah. Untuk buat ECG test untuk check heartbeat dengan buat test hembus nafas untuk check yang ada asthma ke tak. Untuk memudahkan korang, aku letak sekali gambar. So, takdelah korang susah-susah pi google. Hik~

ECG Test
Macam ni lah test tu aku taktau nama dia apa. Kena tarik nafas pastu hembus kuat-kuat.

Okay. Lepas 2 tests tu aku dibawak balik ke Day Care untuk endoscopy pulak. Aku buat dua endoscopy iaitu untuk perut dan paru-paru dengan dua doktor berbeza. Masuk dalam bilik tu doktor suntik ubat tidur yang sekejap je tidurnya. Procedure dia sekejap je. Yang aku ingat aku masuk bilik tu dalam pukul 1015 pagi pastu pukul 11 lebih gitu aku dah ada dekat katil biasa. Ibu aku kata aku mamai siap boleh selfie. Aha! Tapi aku tak ingat pun. 😅

Untuk paru-paru
Untuk perut

Pastu lepas habis endoscopy ni semua result ct scan keluar. So, doktor sahkan aku ada sinus sikit tapi tak teruk sangat. So, aku dibawak ke doktor lain pulak untuk check hidung masa ni aku tengah mamai. Dan aku tak ingat pun doktor duk masukkan camera dekat hidung. Ibu aku bagitau lah. Aha! 😂
Lepas habis je semua test, nurse bagi breakfast. Pastu tunggu result untuk endoscopy dengan blood test. Lepas dah tunggu tu tukar balik baju biasa. Lepas dah tukar baju semua tu. Doktor datang bagitau result blood test. Doktor kata darah aku okay. Gula dalam darah okay. Cuma kena jaga makan je. Sebab asid urik tinggi sikit. Pastu doktor bagitau result endoscopy paru-paru dulu, dia kata paru-paru okay je. Cuma merah dengan saluran apa ntah sebab batuk kuat sangat kan. Pastu doktor ada jugak ambil sampel macam kahak dekat paru-paru. Dan itu pun dia kata nothing no worry. 

Pastu datang doktor yang check perut pulak, doktor kata perut aku ada asid reflux sebabtu aku selalu rasa masuk angin tak selesa dengan rasa bloated je. So, doktor suruh jaga makan jugak. Jangan makan makanan yang pedas, berempah sangat, berminyak semua kena jaga. Lepas habis semua tu ibu ajak lunch dengan cafe dekat tingat 1 hospital. Sementara tunggu GL dari insurance semua tu. Selesai semua hal insurance pukul 6 petang. Tanggalkan jarum dekat tangan pastu ambik ubat.

Ubat ya Allah punya lah banyak sampai aku tak tau mana satu yang nak kena makan dulu. Sebab aku jumpa 3 doktor kan. So, tiap satu doktor bagi dalam 3-4 jenis ubat. Bayangkan aku makan ubat macam makan jajan tau tak. Aha! 😂😂
Pastu minggu depannya kena jumpa doktor lagi untuk follow up. Pastu jumpa lagi dalam masa 3 minggu. Dapat ubat lagi. So, untuk perut dan paru-paru habis semua appointment. Tinggal dengan doktor untuk hidung je. Minggu depan 25 April. Sebab doktor assume aku batuk sebab sinus. Baru aku tahu sinus dengan resdung tu dua benda yang berbeza tau. Korang kalau nak tahu beza sinus dengan resdung boleh google sendiri eh. Hihi

Doktor kata kalau batuk tak baik jugak kena operate. So, aku harap sangat tak kena operate sebab takut aha. Apa-apa pun aku rasa lega Alhamdulillah sebab takde yang teruk ke apa kan. Tinggal batuk ni je tak baik lagi. Mungkin jugak sebab ada allegik dengan apa-apa. So, tunggu appointment minggu depan lah tengok macam mana k. Nanti apa-apa aku update dekat sini. 😃

*Kalau korang ada nak tanya apa-apa boleh comment dekat bawah eh. Nanti ada masa aku reply 😚

Sekian.
Assalamualaikum.
(10:40 pagi)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

7 September 2016

It's all about COFFEE !

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt 

Hi people ! Is it better to type in english or bm ? 

Baiklah, macam yang aku pernah bagitau dalam previous entries [haaa banyak entri yang aku dah bagitau okayyyy] aku tak nak masukkan apa-apa pasal aku punya program atau pengajian lah senang cerita bagi korang faham k. Mungkin ada yang tau aku sambung apa but i'm do not want to mix that part with other part of my life [if you understand what i mean] 
sebab ramai yang tanya kenapa weh kenapa weh andd i just cant take it anymore !

Okayy. Tutup sambung story atas tu. 


Dulu sebelum aku masuk PLKN, aku tak suka minum kopi yang ibu atau nenek atau makcik aku buat masa breakfast or tea time. Rasa macam oh.em.jee what is that ?  Euw. yucks tak sedap. Tapi bila masuk je PLKN, air kat kat yang macam korang tau semua panas takde yang sejuk kecuali ada pape event yang best. Air dia sama je everyday oh tak dia gilir-gilir jugak lah. 

Contoh air dekat plkn : Breakfast - Teh O
                                      Tea Time - leftover teh o breakfast
                                       Lunch - Air soya panas 
                                       Hi tea - Milo
                                       Dinner - Teh O
                                       Supper - Kopi O

Haaa lebih kurang macam tu lah corak air dekat plkn. Pastu dia pusing-pusing je. First time minum kopi dekat plkn tak rasa ape sangat. Dah lama-lama tu maybe dalam sebulan lepas tu, aku tetiba je fall in love dengan kopi panas. Taktau sebab apa. Rasa macam addicted sangat sampai refill 2-3 kali. Kopi kat sana rasa ringan gila -- tak pekat sangat. Cair dan sedap. Haaa tu je yang aku dapat explain kat korang macam mana rasa dia. Nak lagi bila cicah denan roti kosong takpun biskut kering peh peh peh. I surrender lah ! 2-3 kali jugak pergi tempat air tu. 


Tapi lepas balik plkn tu aku takde lah asyik mintak ibu buatkan kopi ke ape. Dah balik rumah aku terus lupa rasa kopi plkn tu. So, takde feel nak minum kopi. Heehehhe. Tetiba bila dah sambung belajar ni datang balik rasa nak minum kopi. Tapi kali bukan kopi panas but ICED COFFEE ! OMG i can't describe how much i love iced coffee. I just love it so so much.


Lelagi bila layan k-drama lagiiii la aku addicted to coffee. Sebab dorang mesti pergi cafe pastu beli iced americano. Sape yang layan k-drama mesti tau kan ? Haaaa
Sekarang rasa nak minum kopi o je every time i went to buy food for breakfast/lunch. Terus feeling macam dah tua gila aku ni. Asyik minum kopi je. Hahahahhaha

Okayy. Takat tu je pun nak bebel. Hehehe
Sebab baru first week kan so tak busy ni boleh lah update blog je. Karang dah busy haaaa tak pandang pun blog ni. 
Kopi o ais yang kengkonon macam iced americano :p
Okay lah nak gi minum kopi ais iols. Tata ~

Sekian.
Assalamualaikum.
(6:27 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

22 June 2016

Balik rumah je keje kau !

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Salam ramadhan yang ke 17.
Salam Nuzul Quran. Heee
Cepat je rasa tup tup dah hari yang ke 17. 

Okay. Nampak tajuk macam ganas kan hahahaha tapi ceritanya tak se-gah nama pun sebenarnya. Saja nak share dengan korang satu cerita ni. Time takde kelas lah aku ada idea nak menaip. Hahahahhaha


Okay lah nak masuk cerita terus ni. Cerita dia macam ni.......

Macam yang aku bagitau dalam post sebelum ni yang rumah aku dengan kampus hanya ambik masa 45-50 minit je untuk sampai. Kira dekat lah kan. So, disebabkan dekat aku memang selalu balik. Boleh dikatakan setiap minggu aku balik. Boleh kira dengan jari minggu yang aku tak balik. Sebab kebanyakkannya memang aku akan balik, Haaaa

Housemates dengan members selalu lah cakap, "Minggu ni kau tak boleh balik tau." "Tak payah balik lah." "Untunglah rumah dekat." "Asyik balik je kau ni." "Manja lah kalau asyik balik je." dan sebagainya.

Tapi bagi aku, balik lah rumah selagi kau boleh balik rumah. Kekadang kalau ada presentation atau assignment tak siap lagi memang aku tak balik. Dan kalau free, aku balik lah. Aku tak suka buang masa kat kampus. Benda yang kau boleh buat bila free kat kampus ialah tidur, layan movie/drama, tidur lagi dan seterusnya benda sama berulang. So, lebih baik balik rumah kan. At least boleh luangkan masa dengan keluarga.

Macam aku, parents aku dua-dua kerja. Pergi kerja pukul 7 pagi, balik rumah dalam pukul 7-8 malam. Dari aku kecik lagi dah macam tu. So, aku dapat rasa masakan ibu aku setiap kali dia cuti je, sabtu ahad atau public holidays. Itu pun kekadang hari sabtu dia kerja. Dia balik rumah dia bagitau yang dia dah penat dah nak kerja. Tapi esoknya dia tetap pergi kerja jugak. Sebab sekarang ni kalau sorang je yang berkerja, aku rasa aku tak sampai sini. Tak sambung belajar. Tapi alhamdulillah ada rezeki aku dan abang aku sambung belajar.

Bila orang cakap, "balik nanti kau buat pe je ? Baik duk hostel." 

Eh eh. Kalau aku duduk kat hostel hari minggu lagi lah aku tak tau nak buat apa. Makan-tidur-layankdrama-makan-tidur je nanti. Kalau kat rumah, walaupun takde kerja rumah sangat tapi aku tetap ada kerja nak buat. Contoh, ibu aku suruh kemas ruang tamu, lipat baju dan banyak lagi. Lagi pun aku terfikir, sekarang je ni lah masa kau nak balik setiap minggu (untuk rumah dekat lah, kalau yang jauh tu kau boleh fikir inisiatif lain) Nanti bila kau dah kerja, busy memanjang confirm balik rumah sebulan sekali. Itu pun kalau yang duk asing dengan parents lah. Kalau still tinggal sekali tu lagi bagus. Pastu kalau dah kahwin nanti lagi, kalau husband taknak balik rumah keluarga kita, kita boleh buat apa je kan. Balik pun mungkin sebulan atau dua sekali kali. Bila fikir benda macam tu aku jadi sedih. 

Sebab ibu aku jenis nak anak dia ada dekat je dengan dia. Dia siap pesan lagi dengan kitorang adik beradik, "kalau nak cari jodoh nanti, carilah lah dekat-dekat senang nak jenguk ibu ayah nanti" 
Siapa tak sedih bila ibu cakap macam tu. Sampai terfikir kalau dapat jodoh atau kerja jauh macam mana? Bila je aku boleh jumpa ibu ayah aku? Benda-benda macam ni buat aku sedar yang bila free balik lah tolong apa yang patut. Jangan kedekut sangat dengan duit. Sebab aku tau ada orang yang sepanjang sem tu balik rumah sekali dua sebab apa. Alasan, rumah jauh. Duit takde nak beli tiket. Okay aku faham. Tapi boleh je kan kau kumpul duit sikit-sikit, balik rumah sebulan sekali. Kesian lah dekat ibu ayah. Kekadang parents akan cakap tak payah balik lah kalau takde duit nak beli tiket.Tapi cubalah usaha, walaupun dorang cakap macamtu aku tau sebenarnya dorang nak sangat jumpa anak dorang. 

Haaa aku kalau bab-bab yang melibatkan parents ni aku sensitif sikit. Bagi aku, my parents is my priority gituuu. Apa-apa pun parents kena tahu dulu. Bila tengok orang lain yang dah takde parents tu, aku rasa bersyukur gila sebab masih ada lagi parents yang berusaha untuk anak-anak.

Okayyy. Itu saja nak bebel. Kalau banyak lagi bebl nanti meleleh pulak. Maklum lah aku ni kan emo sikit. Eh bukan sikit. Banyak !! Hahahahha

Sekian.
Assalamualaikum,
(12:44 tghari)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

25 November 2015

Ketentuan Allah mengatasi segalanya

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hah nampak tajuk dekat atas tu ?! Ketentuan Allah mengatasi segalanya. 
Kadang-kadang ada orang yang tak faham dan asyik nak bertanya je padahal bukan kita yang tentukan semua benda. Mungkin dia lupa yang Allah dah rancang perjalanan hidup kita sejak dari rahim ibu. Mungkin ya. 


Sebagai contoh; aku tak study dekat uitm. 
Pastu ada lah yang tanya KENAPA tak apply uitm ? Macam mana boleh tak dapat ? Aik masuk u tu ?
Hahahah. Dan sebagainya lah. 

Aku pun malas nak kata apa dah. Sebab tak semestinya bila kau masuk uitm atau u mana-mana yang ternama tu kau akan berjaya. Tengok jugak apa yang kita buat kat sana kan. Senang cerita bagi aku, tak kisah kita sambung belajar kat mana pun asalkan kita boleh belajar tu dah kira ok lah. 

*judge

Apapun kita tahu yang Allah dah rancang segalanya. Dan kita sebagai hambaNya kena lakukan apa yang Dia dah rancang untuk kita dengan sebaik mungkin. InsyaAllah :)


Sekian.
Assalamualaikum.
(9:19 pagi)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

7 August 2015

Pengalaman belajar memandu dan lulus ujian JPJ

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah. Aku dah lulus ujian JPJ semalam (6 Ogos 2015). Lega sesangat ya Allah. 
Sebenarnya first test aku pada 30 Julai lepas, tapi aku gagal kat bukit tapi jalanraya lulus. So, ini kira calon ulangan lah. Hehehhe. 

Ok start dengan pengalaman belajar dulu ok.
Aku belajar dekat Metro Driving Academy,  Kampung Melayu Subang.
Daftar 2 April 2015. Pastu pergi kelas KPP 01 pada 5 April 2015.
Ambil ujian komputer untuk dapat lesen L pada 12 April 2015.
Lepas lesen L siap dalam masa 10 hari, dah boleh book untuk kelas.
Dan disebabkan bulan Mei dah fully booked, try untuk book bulan Jun. Sekali Jun pun fully booked jugak. So, nak tak nak kena jugaklah tunggu 2 bulan sampai bulan Julai baru ada kosong.

Aku start kelas KPP 02 pada 6 Julai 2015, puasa-puasa pergi kelas memandu peh penat weh. Firstday, dapat cikgu lelaki. Dia suruh duduk bawah pondok baca RPK dan RSM. Pastu dia tunjuk cara nak buat rpk dengan rsm. Pastu aku pulak kena buat. Gituu je lah. Dan disebabkan aku cakap yang aku pernah try bawak kereta auto dulu kat kampung. So, dia pun bagi aku bawak kereta haritu. Aku bawak keliling litar sampai habis masa. Oh ya, aku belajar kereta manual sebab parents kata belajar susah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Hahahhah

Hari-hari pembelajaran seterusnya belajar bukit, side parking, 3 penjuru, selekoh z dan selekoh s. Kalau ambil auto kena tambah satu lagi elemen. Manual kena buat 5 elemen je. Tapi auto ade 6 elemen. Pastu kalau ambil auto, nanti tak reti bawak manual. So, kita belajar lah manual, boleh bawak auto nanti kannn :)
Aku ambik masa 7 hari bersamaan 14 jam je untuk belajar semua tu. Mula-mula rasa macam tak yakin sebab sekejap je kan. Pastu nak lama-lama okayy je. Aku belajar dengan empat cikgu lelaki. Alhamdulillah semua ok je. 

Ini tag untuk calon ulangan.
Lama betul kena tunggu giliran.
Sampai Metro Driving Academy pukul 8 pagi, test pukul 2 petang.
Sempat jugak lah aku demam kat dalam dewan menunggu tu.

Untuk yang first test, memang tak dapat digambarkan betapa cuaknya aku nak buat bukit sebab aku dapat kereta yang entahlah. Aku rasa tak ngam dengan kereta tu. Kali pertama naik bukit, tak sampai line kuning. Kali kedua pun tak sampai jugak. Haihhh. Gagal lah aku disitu. 
Untuk ujian jalanraya pulak, aku lulus dengan sekali try sahaja ! Hahahahaha *bangga*

Tetapi Alhamdulillah, second and final test ni aku dapat kereta yang ngam dengan aku. Hehehehe
Naik bukit dengan first try dah boleh jalan ke side parking pulak. Sempat aku baca selawat, ayat kursi dan zikir-zikir lain sementara tunggu kereta calon lain keluar parking. Hihihi

 Kat situ ada pegawai jpj jaga jugak, cuak jugak lah nak buat parking ni. Tunggu arahan masuk petak, aku pun masukkan kereta dalam petak. Pastu dah masuk cun semua, hon dan angkat tangan. Dia cek dan kata okay boleh keluar ke 3 penjuru pulak. Peh dah lega dah kat situ sebab 3 penjuru dan seterusnya tu takde had masa. Lambat-lambat pun boleh. Selesai kat 3 penjuru ke selekoh z pulak. Dekat situ aku dah rasa lagi selesa sebab pegawai jpj dah jauh sikit. Hehehheh. Kalau aku langgar pape pun dia tak perasan. Tapi Alhamdulillah aku tak langgar apa-apa pun. Begitu jugak dengan selekoh s. peh peh peh panjang betul perenggan aku ni. Kalah karangan spm dulu. Hahahahaha

Itu je kot pengalaman belajar dan ambil test untuk lesen memandu. 3 bulan lebih jugak lah nak habiskan semua sekali termasuk menunggu lesen P siap. Alhamdulillah. Dengan ini aku selitkan ucapan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku. Hihihi. Pengawai jpj yang baik hati dan semua yang aku kenal masa menunggu giliran iaitu Kak Syu, Kak Azi dan ramai lagi. Hehehe.

Eh lupaaaa. Mesti korang nak tahu harga dia kan kan kan ? Hehehe
Okayy. Harga untuk lesen kereta manual mahupun auto di Metro Driving Academy agak mahal. Tapiiiiii KALAU korang gagal masa ujian litar atau ujian jalanraya, korang tak perlu bayar untuk repeat. Maksudnya apa yang korang dah bayar sebelum ujian tuuu dah termasuk bayaran KALAU korang gagal masa ujian. So, kalau korang gagal banyak kali, hah ulang je lah. Tak payah bayar dah. Sebab kalau sekolah memandu yang lain. Harga dia memang murah kebanyakkannya RM999 je kan ? Tapi kalau korang gagal, korang kena bayar lagi. Macam abang aku, dia tak belajar dekat Metro dan dia gagal ujian 2 kali tak silap. Jadinya, 2 kali lah kena bayar RM200/ulangan. Kalau ambil kelas tambahan kena bayar lagi RM50 untuk 2 jam. Hahhhh nampak tak permainan dia ?

Haaaaa okay itu saja perkongsian dari saya. Hihihihi
Sebelum belajar tu rajin-rajin baca pengalaman blogger-blogger lain semasa belajar memandu. InsyaAllah korang akan lebih bersemangat untuk belajar. Fighting !!


Sesiapa yang nak ambik lesen tu, cecepatlah daftar. Takut nanti makin lama makin banyak elemen lain yang ditambah. Harga pun akan meningkat. Sebelum semua itu berlaku. Marilah kita beramai-ramai pergi belajar memandu. Hihihihihi

Sekian.
Assalamualaikum.
(11:16 pagi)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

19 May 2015

Seharian bersama

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
Semalam seharian dengan bestfriend dunia akhirat dari Ikea ke Encorp Strand Mall, Kota Damansara. Konon nak spend time berdua sebab lepas ni memasing busy. Sorang masuk matriks, sorang lagi diploma. Tapi takde lah berdua je sebab ada abang aku sekali sebagai driver. Hahaha

Pergi Ikea sebab nak beli hadiah untuk ibu. Alang-alang dah sampai ikea tu nak try jugak meatballs yang famous amos tu. Sebab tak pernah makan pun kat situ. Kalau pergi shopping, shopping je lah. Tak singgah pun cafe dia. 

Dan disebabkan kitorang sampai dah nak dekat pukul 12. Tengok lampu kat ruang pameran dulu pastu terus makan. Nah ambik order 40 meatballs terus dengan 2 ketul croissant. Tapi bagi aku takde lah amazing sangat rasa dia. Cuma cepat kenyang sebab meatballs ni pure meatballs takde tepung macam meatballs tempat lain. Tu je. Nasib baik tak ambik chicken wings dengan soup. Kalau tak memang tak habis lah walaupun makan untuk 3 orang dewasa yang selalu kelaparan. Hahahahaha



Lepas lunch terus cari lampu untuk ibu sebab ibu pernah cakap teringin nak floor lamp untuk letak kat living room baru dia. So kitorang adik beradik kumpul duit sesama beli yang mana yang berpatutan dengan duit yang ada je lah. Alhamdulillah ibu suka ! Yeay !
Aku dengan Najwa jalan lelambat kat belakang, abang dah jalan kedepan bawak lampu.

Ingatkan lepas gi ikea nak terus balik, sekali Najwa nak tengok movie. Abang suggest pergi dekat Paradigm Mall sebab nak beli barang. Aku suggest pergi The Strand Mall sebab tak pernah pergi pun sebelum ni nak tengok apa yang ada kat sana. Sampai the strand mall pukul 2 petang lebih. Sekali abang aku kena balik sebab ada emergency. So abang drop kitorang kat strand mall lepastu dalam pukul 6 lebih baru datang ambik.

Nak habiskan masa dari pukul 2 hingga 6 petang berjanggut jugak lah kat dalam mall tu sebab takde pape yang menarik pun. Serius. Dah lah tak ramai orang, pastu rasa macam mall tu kau punya je. Mungkin jugak sebab kitorang pergi hari Isnin. Mungkin ! Ingat nak tengok movie, sekali semua cerita pukul 4 petang lebih. Takut tak sempat sebab nak kena balik pukul 6 ptg. So kitorang beli popcorn dengan air pastu lepak dekat bangku tepi-tepi kedai kosong. Pastu masuk Mr.DIY pastu Daiso. Entah berapa kali kitorang turun naik kehulur hilir dalam mall tu. Masuk tandas dua kali. Nasib baik tandas dia cantik. Hahaha

Barang kat atas tu aku dapat dekat mr diy dengan daiso. Lepastu tak tau nak buat apa lagi. Lepak dekat Sam's Deli makan untuk dinner lah. Walaupun baru pukul 5 lebih masatu. Lantak lah sebab taktau nak buat apa lagi, nak window shopping tak boleh sebab takde apa-apa yang best kat sana.
Sebelum balik singgah Boost dengan Anuntie Anne's. Pukul 6 terus tunggu kat depan mall sambil throwback kisah plkn masing-masing. Aku dekat Princess Haliza, Sepang. Dia dekat Geo-Kosmo, Kuala Kubu Bahru. 

Dalam kereta sembang lagi. Walaupun ada adik dengan abang aku. Hahaha. Ni last kitorang jumpa sebelum buat hal memasing. Bagi can lah kan ?! Hehehe

Itu saja lah kisah kami semalam di Ikea dan The Strand Mall yang membosankan. Hahaha. Tunggu cuti semesta baru nak jumpa balik. All the best bebeh !


I hope our friendship will continue as we older. 


Sekian
Assalamualaikum
(10:36 pagi)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

12 March 2014

Doakan...

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

#PRAY4MH370
Doakan keselamatan mereka. Jangan buat spekulasi. Jangan fitnah pilot Malaysia. Jangan sibuk nak kan perhatian orang lain. Banyakkan berdoa. Banyakkan berzikir. Banyakkan solat sunnat hajat.
PALING PENTING ............ Jangan sesekali lupa pada Allah swt..

#JEREBUDATANGLAGI
Doakan hujan rahmat turun di muka bumi Malaysia.
Minum air kosong banyak-banyak tau. Nanti sakit. Susah !

#UJIANSATUBERMULA
Doakan agar ujian kali ni senang..... takda yang gagal.

Tak lupa juga pada moto hidup yang aku pilih ni 
" DO THE BEST, ALLAH WILL DO THE REST ! "

Sekian.
Assalamualaikum.
(5:14 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

1 September 2013

Kali Pertama

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt 

Ehem. Rasa malu pulak nak cerita. Hikhik
Sepanjang 16 tahun 4 bulan 22 hari aku bernafas di muka bumi milik Allah ini. Baru kali ini aku di serang 'ankle sprain'. Hahaha. Rasa lawak pulak. Dalam bahasa melayunya 'terseliuh buku lali'. Dah nama pun first time kan, masa kena je dalam hati terus cakap :

"Patah ke ? Ehhh. Patah ? Janganlah patah."
"Sakittttt. Ya Allah, ajal aku dah nak sampai ke ?" -ingat mati adalah sunat
"Nanti mesti kena simen, jalan pakai tongkat..argh "


Haha. Serius. Macam-macam keluar. Nak dijadikan cerita, aku kena ni hari Jumaat. Pukul 10 main laptop pastu rasa mengantuk so tidur lah kejap. Dalam pukul 11 lebih nak dekat pkul 12 aku terjaga, nak letak laptop atas meja. Masa dah letak tu, nak ke katil pulak. Tuptup tersalah langkah dan dushhh aku dah terduduk kat lantai. Masa tu tengah lalok sikit baru terjaga lah katakan. Tak sedar apa lagi, bila dah rasa sakit dekat buku lali tu baru tersedar. Ingatkan mimpi. Rupanya betul-betul. 

Dahtu cepat-cepatlah aku sapu losyen Anugerah sambil berselawat tapi masih sakit lagi. Ayah pulak tidur dekat depan tv. So, ada chance lah nak suruh urut kaki. Hehe. 2 kali ayah urutkan. Hihi. Mekasih Ayah !
Paginya ibu pulak urutkan dengan sapu minyak halia. Masa tengah urut-urut tu terkeluar pulak perkataan  "Patah ke?". Pastu ayah marah sebab aku kata PATAH. Takut lettew anak dia jalan pakai tongkat. hehe. Ailebiu lah Ayah.  Dahlah ada kenduri kena pergi. Open house lagi. Haihhhh. Ku gigihkan diri ini untuk melangkah jua. Ececeeeehh. 

Malamnya ibu urut lagi dengan krim untuk sakit otot pulak. Mekasih ibu. Ailebiu ibu jugakkk. 


Aku kena kaki kanan. Jadi, begitulah keadaan kakiku sekarang. Kembang sebelah. Patutlah kasut tak muat sebelah. Jalan pun tak betul lagi. 

Walaupun tak belajar lagi pasal tulang otot semua ni. Aku cuba hadap jugak pasal ni. Mana tau kena lagi lepasni. Hahaha. Boleh buat topik Kali Kedua pulak.

Ini pula cara merawat buku lali yang terseliuh. Sapa-sapa yang terseliuh tu cuba lah ye. Aku takpe, suruh orang urut jee. Hihi

Tak boleh luruskan kaki. huwaaaaa....
Akhir kata, 
Semoga Allah melindungi kita semua daripada musibah dan penyakit.
InshaAllah
Sekian.
Assalamualaikum.
(9:45 pagi)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !