20 April 2018

Pengalaman buat CT Scan dan Endoscopy

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hello! Rasa dah lama gila tak buat entry membebel syok sendiri. Aha! Okay. Entri kalini nak share dengan korang pengalaman aku buat ct scan dengan endoscopy untuk perut dan paru-paru.
Okay. Mula-mula sebab utama aku pergi hospital buat check up ni ialah sebab aku batuk dah lama gila. Dia datang dalam 2 minggu macamtu pastu dah okay. Pastu datang lagi pastu hilang. Batuk on off macam tu lah. Batuk aku pulak jenis yang gatal tekak punya tu. Selagi kau tak batuk selagi tu tekak kau rasa gatal tak selesa. Kalau tahan boleh sampai menangis lah rasanya. Kena batuk kuat jugak untuk hilangkan rasa gatal tu.

So, benda pertama aku buat pergi klinik yang biasa aku pergi kalau batuk sakit ke apa. Pastu mintak surat refer pakar dekat hospital. Aku refer ke TMC, Kota Damansara. Minggu pertama jumpa doktor bagitau sakit apa semua. Pastu buat xray. Doktor kata paru-paru aku clear. Tapi nakkan kepastian jugak dia suggest buat ct scan dengan endoscopy sebab batuk dah lama pastu tak tau sebab apa pulak tu kan. So, ibu aku pun setuju.
Minggu depannya datang hospital lagi, kena puasa start 12 malam pastu datang hospital pukul 730 pagi sebab nak masuk day care dulu. Kat situ nurse timbang berat, kena tukar baju hospital dengan ambik darah. Lepastu terus ke unit scan semua tu untuk ct scan. ya Allah serius aku seram gila. Sebab bunyi machine kuat sangat macam bunyi enjin kereta mengaum gitu. Dah lah bilik tu sejuk gila. Pastu sebab takut sangat aku pi tanya nurse kat situ nak tutup mata boleh tak. Dia kata nak tutup ke bukak mata ke boleh je asalkan jangan tidur. Aha. Disebabkan aku ct scan untuk kepala je sebab nak check kalau ada sinus ke apa. So, masuk takat kepala je dalam machine tu. Macam gambar bawah ni. 
Ehsan google
Lepas dah buat ct scan sepatutnya tunggu nurse yang iring kita ke mana-mana dalam hospital. Tapi aku terus pi day care. Pastu kena turun balik ke unit screening apa ntah lupa dah. Untuk buat ECG test untuk check heartbeat dengan buat test hembus nafas untuk check yang ada asthma ke tak. Untuk memudahkan korang, aku letak sekali gambar. So, takdelah korang susah-susah pi google. Hik~

ECG Test
Macam ni lah test tu aku taktau nama dia apa. Kena tarik nafas pastu hembus kuat-kuat.

Okay. Lepas 2 tests tu aku dibawak balik ke Day Care untuk endoscopy pulak. Aku buat dua endoscopy iaitu untuk perut dan paru-paru dengan dua doktor berbeza. Masuk dalam bilik tu doktor suntik ubat tidur yang sekejap je tidurnya. Procedure dia sekejap je. Yang aku ingat aku masuk bilik tu dalam pukul 1015 pagi pastu pukul 11 lebih gitu aku dah ada dekat katil biasa. Ibu aku kata aku mamai siap boleh selfie. Aha! Tapi aku tak ingat pun. 😅

Untuk paru-paru
Untuk perut

Pastu lepas habis endoscopy ni semua result ct scan keluar. So, doktor sahkan aku ada sinus sikit tapi tak teruk sangat. So, aku dibawak ke doktor lain pulak untuk check hidung masa ni aku tengah mamai. Dan aku tak ingat pun doktor duk masukkan camera dekat hidung. Ibu aku bagitau lah. Aha! 😂
Lepas habis je semua test, nurse bagi breakfast. Pastu tunggu result untuk endoscopy dengan blood test. Lepas dah tunggu tu tukar balik baju biasa. Lepas dah tukar baju semua tu. Doktor datang bagitau result blood test. Doktor kata darah aku okay. Gula dalam darah okay. Cuma kena jaga makan je. Sebab asid urik tinggi sikit. Pastu doktor bagitau result endoscopy paru-paru dulu, dia kata paru-paru okay je. Cuma merah dengan saluran apa ntah sebab batuk kuat sangat kan. Pastu doktor ada jugak ambil sampel macam kahak dekat paru-paru. Dan itu pun dia kata nothing no worry. 

Pastu datang doktor yang check perut pulak, doktor kata perut aku ada asid reflux sebabtu aku selalu rasa masuk angin tak selesa dengan rasa bloated je. So, doktor suruh jaga makan jugak. Jangan makan makanan yang pedas, berempah sangat, berminyak semua kena jaga. Lepas habis semua tu ibu ajak lunch dengan cafe dekat tingat 1 hospital. Sementara tunggu GL dari insurance semua tu. Selesai semua hal insurance pukul 6 petang. Tanggalkan jarum dekat tangan pastu ambik ubat.

Ubat ya Allah punya lah banyak sampai aku tak tau mana satu yang nak kena makan dulu. Sebab aku jumpa 3 doktor kan. So, tiap satu doktor bagi dalam 3-4 jenis ubat. Bayangkan aku makan ubat macam makan jajan tau tak. Aha! 😂😂
Pastu minggu depannya kena jumpa doktor lagi untuk follow up. Pastu jumpa lagi dalam masa 3 minggu. Dapat ubat lagi. So, untuk perut dan paru-paru habis semua appointment. Tinggal dengan doktor untuk hidung je. Minggu depan 25 April. Sebab doktor assume aku batuk sebab sinus. Baru aku tahu sinus dengan resdung tu dua benda yang berbeza tau. Korang kalau nak tahu beza sinus dengan resdung boleh google sendiri eh. Hihi

Doktor kata kalau batuk tak baik jugak kena operate. So, aku harap sangat tak kena operate sebab takut aha. Apa-apa pun aku rasa lega Alhamdulillah sebab takde yang teruk ke apa kan. Tinggal batuk ni je tak baik lagi. Mungkin jugak sebab ada allegik dengan apa-apa. So, tunggu appointment minggu depan lah tengok macam mana k. Nanti apa-apa aku update dekat sini. 😃

*Kalau korang ada nak tanya apa-apa boleh comment dekat bawah eh. Nanti ada masa aku reply 😚

Sekian.
Assalamualaikum.
(10:40 pagi)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

10 comments:

  1. assalamualaikum..

    nk tnya masa masuk kamera dlm mulut tu tk sedar ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.

      Iye. Sebab sebelum start masuk kamera dia cucuk ubat. Pastu terus tidur tak ingat apa. Tapi sekejap je 2 jam macam dah sedar balik.

      Delete
  2. Apa beza sinus dan resdung ye.. saya pun ingat sama je.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya saya pun taktau apa beza dia cuma bila dr kata 2 tu berbeza saya angguk je. Hahaha
      So better pergi hospital untuk check. Jangan guna ubat tradisional apa semua tu takut tak sesuai ke apa kan.

      Delete
  3. Awak masa ct scan tu kat kepala je eh? kena cucuk or Dr suruh makan or bagi ubat apa apa tak sebelum scan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup scan kepala je pastu before scan memang dia inject something. Nurse kata untuk bagi gambar scan clear. :)

      Delete
  4. Replies
    1. Hi. Saya buat dekat hospital swasta. So total semua dalam 9k+ sebab saya jumpa 3 pakar iaitu pakar perut, pernafasan & ent.

      Delete
  5. Nak tanya msa ct scan tu pkai tdung tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pakai sebab pegawai yang ada dekat situ kata semua staff perempuan so takyah pakai. Tapi kalau ada staff lelaki boleh je pakai anak tudung rasanya. Tapi apa apa pun kena tanya dorang dulu ok :)

      Delete

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !