Showing posts with label SkincareReview. Show all posts
Showing posts with label SkincareReview. Show all posts

5 January 2022

Skincare Review #44 : Nano White Skin Renewing Aqua Gel

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Halu semua. Hiks~ Aku baru perasan last update blog ialah pada bulan JUNE 2021. Sekarang dah JANUARY 2022. Hahaha SELAMAT TAHUN BARU semua. 🎇
Terima kasih buat yang rajin membaca dan comment dan support blog ni. Tahun ni nak kata rajin balik tak juga. Sebab sekarang aku dah habis degree tapi masih belum bekerja so bolehlah nak update blog dan review produk lagi. Tak tahu kalau dah dapat kerja cemana lah blog ni nanti kan. Mesti bersawang. Tapi apa apa pun sebelum itu semua terjadi, aku akan berusaha untuk habiskan segala produk review yang tertunggak dulu okie. ❤

Macam produk ni dia dah ada dalam draft sejak tahun 2019 haha. Punya lah lama. Tapi jangan risau aku masih ingat apa yang berlaku semasa pakai benda ini. 

Nano White Skin Renewing Aqua Gel

Harga: RM36

[Description]
🌺 This gentle and non-abrasive exfoliating gel smoothens and boosts skin renewal for incredible radiance
🌺 It removes blackheads and dead skin cells to brighten your complexion, leaving your skin fairer and smoother
🌺 It also preps skin to absorb the goodness of moisturiser
🌺 No alcohol/colouring/paraben/fragrance

Directions:
1. Pump a small amount onto your fingertips.
2. Gently massage in a circular movement, until it dries off.
3. Rinse with warm water and continue with your regular skincare routine.

[Ingredients]
Atas ni kandungan dalam produk ni. 

(sorry lah close up tangan kita ada freckles haha 😂)
Texture gel ni macam gel biasa. Tapi ada bau bau macam masam sikit. Ke sebab dia exfoliating gel? Haha aku pun tak sure. Aku beli produk ni pun sebab terbaca ada orang review kata best dan dia macam mild exfoliation gel untuk kulit sensitive sebabtu aku beli. Aku pakai seminggu 1/2 kali je. Sejujurnya aku tak berapa suka gel ni sebab kekadang dia buat kulit aku rasa panas. Lelagi dekat tepi tepi hidung dan mulut. Mungkin produk ni terlalu kuat untuk kulit aku? Hmm tahlah sebab sebelum ni pun aku ada je pakai produk yang ada exfoliating function tapi okay je. 

Produk ni pakai masa kulit kering tau. Boleh pilih lah nak pakai sebelum cuci muka atau selepas cuci muka tapi kena make sure kulit kering tanpa ada setitis air pun. Letak gel ni dalam 2-3 pumps lepastu masa rata dekat muka dalam 30 saat gitu lepastu baru gosok slow slow dalam circular motion (bulat bulat). Buat sampai dia jadi ada daki daki keluar macam tu. Bila dah puas hati baru bilas muka. 

Aku suka buat lepas cuci muka so kulit rasa lebih bersih tapi itu lah rasa panas je kulit aku. Sejak rasa panas tu aku dah jarang sangat pakai. Sebab rasa leceh pun ada. Sampai ke tahun ni ya (2022) produk ni masih ada tersisa dalam bakul aku. 😂
Sekarang rajin pakai exfoliating toner je sebab lebih mudah dah tak ada rasa tak selesa/panas semua tu.

Tapi itulah yang best pulak lepas pakai gel ni kulit rasa licin dan glow. Hahah cemana pulak. Mungkin kulit aku je yang rasa macam tu. Mana tahu kulit korang okay ke kan. Boleh lah cuba okay. 

Sekian. 

Recommended or Not?
50-50! Kalau korang rasa dah bosan pakai exfoliating toner/serum boleh cuba produk ni pulak. 

Would you repurchase this? 
No!

How many stars would you give?
2.5 out of 5 stars. 🌟🌟


P/s: All products reviewed by me are not sponsored. I bought it with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟

Sekian.
Assalamualaikum.
(12:35 tengah hari)




❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

12 June 2021

Skincare Review #43 [GR] : ORYN Skincare

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Haluu. Rasa macam dah lama tak tulis review. Sejak practicum dari bulan April haritu makin malas ya. Hahaha. 😁

Okay taknak buang masa. Harini nak share skincare set dari ORYN Skincare. Thanks pihak ORYN bagi peluang dekat blogger tak seberapa ni untuk try produk ouls yang power ni. Dan bercakap pasal local skincare ni kan, kalau dulu cukup takut dan agak sceptical. Yela, sebab dulu kan banyak produk timbang kilo dan sebagainya. Tapi sekarang, nampak ramai usahawan yang betul betul kaji tentang skincare sebelum keluarkan produk dan itu sangat lah buat aku bangga. Dah banyak juga skincare brand local yang bagus dan dipercayai ramai. 

Secara general, produk ORYN ini:
👉 Diperkaya dengan Vitamin C
👉 Mengandungi Natural Phyto
👉 Tidak diuji pada haiwan
👉 Sesuai untuk kulit sensitif
👉 Bahan kandungan di import 
👉 Ada 'lab tested'

Tak tahu kenapa sebab aku sangat excited dengan produk yang ada Vitamin C. Macam experience aku sebelum ni pernah pakai produk ada Vitamin C dan kulit aku nampak okay sangat. Okay, sebelum aku bagi feeback pasal skincare ni. Nak share sikit tentang aku punya keadaan kulit sekarang ni 👇

My skin before trying this skincare. Sekarang memang senang naik jerawat sebab aku pakai mask dekat dalam rumah. Family aku diuji dengan virus Covid start dari ayah aku dan kemudian berjangkit ke ibu dan adik adik aku. Alhamdulillah semua dah balik dari pusat kuarantin tapi sebagai langkah berjaga-jaga aku still pakai mask jugak. Alhamdulillah aku dengan abang aku Negative untuk second swab. Semoga korang yang baca blog ni baik baik je dan dijauhkan daripada virus ni. Aamiin ~

Macam yang korang nampak dalam gambar tu sebelum pakai skincare dari ORYN. Parut jerawat PIE sangat banyak ya sebab kulit aku memang begitu. Dan PIE ni ambil masa juga nak pulih dan hilang selalu dalam 3-6 bulan paling cepat dan setahun lebih lah paling lama. Disebabkan ORYN skincare ada vitamin C itu yang buat aku sangat excited untuk cuba skincare dari mereka. Dan aku ambil masa dalam 14 hari untuk cuba sebab kulit aku tak boleh try seminggu sebab macam nampak apa apa perubahan so kena try untuk 14 hari untuk nampak perubahan. 😝

Jadi, marilah kita tengok satu satu produk ORYN ni.

HYDRABRIGHT GENTLE CLEANSER 

[Description]
Formulated using a naturally-derived surfactant to help cleanse, hydrate and brighten up your skin. A cleanser with High-Foam might be harsh and can cause damage to the skin barrier and eventually cause multiple skin problems in the long run. ORYN HydraBright Gentle Cleanser, on the other hand, is formulated using Mild-Foam Formulation that is suitable even for sensitive skin, doesn’t leave your skin feeling too tight and helps to prevent skin from breakout due to overdry.  

[Main Ingredients] 
📌Multi-Action Vitamin C
📌 Hyaluronic Acid + Panthenol
📌 Niacinamide
📌 Pentavitin + Sweet Almond Oil

Feedback 👉 Memula pakai macam tak biasa sikit sebab selama ni pakai cleanser yang banyak buih. Tapi cleanser ni dia almost takde buih dan bau dia sangatlah nice di hidung aku. Lepas cuci muka kulit rasa fresh dan smooth sangat. Walaupun takde buih tapi lepas 60 saat cuci muka aku dapat rasa yang kulit aku bersih daripada segala minyak minyak dan peluh. Dia punya packaging pun nice sebab pump dan kalau nak bawak pergi mana mana boleh je lock balik pump tu. So takde lah leaking kan.

Aku pakai cleanser ni 2 kali sehari sama macam yang lain. Sekali pakai cukup sekali pump je dah boleh cover satu muka. Kekadang tercuci muka lebih 2 kali sehari sebab muka rasa berminyak, still tak mengering kulit takde rasa pedih pedih atau naik rashes. Best! 👍 

Rating: 4.5 out of 5 stars. ⭐

CLEAR GEL 5ml
(For Acne, Whitehead & Blackhead)

[Description]
Specifically formulated with a highly stabilized form of Vitamin C that helps to treat acne and blemishes. This clear and lightweight gel maintains a skin-friendly pH level that will help to reduce breakout.

☀ Helps fight pimples
☀ Lightens pimple marks
☀ Lightens dark spots
☀ Helps prevent blemishes
☀ Helps to reduce breakout

[Main Ingredients]
📌Multi-Action Vitamin C
📌 Salicylic Acid
📌 Aloe Vera Extract
📌 Niacinamide
📌 Zinc Extract

Feedback 👉 Acne gel ni aku memula ingat kan serum tau haha. Sebab dalam dropper. Dan texture dia sangat lah nice dan tidak melekit langsung. Dia absorb dengan cepat. 

Antara 3 produk yang aku dapat, ini yang paling aku suka gila! Ada jerawat baru timbul dan aku letak 1 dot gel dekat jerawat tu dan pop esok pagi terus kecut. Macam takde apa apa yang berlaku. Flat je area tu. Best gila. Dan gel ni ada 3 fav ingredients aku iaitu salicylic acid, niacinamide dan juga zinc extract. Lepastu, disebabkan botol dia jenis dropper aku selalu ingat yang gel ni serum pastu terpakai lah satu muka. Pastu you know what? Esok pagi kulit sangat lembut dan glow. Sukaaa 💓

Lagi satu, i hope pihak ORYN boleh pertimbangkan tukar packaging for this item. Sebab ni kan acne gel, bila guna dropper customer akan ingat ni serum dan pakai banyak sangat. End up cepat habis. Dan bila tinggal sikit dropper tak boleh nak capai gel yang dekat bawah bawah. Sayang sangat. Tak tahu nak korek cemana lagi. Huhu. Mungkin boleh tukar kepada tube. So, bila dah nak habis kami boleh gunting tube tu dan ambil saki baki yang tinggal. 

Item ni antara produk yang aku akan beli bila dah habis nanti. Dan harap sangat ORYN tambah kuantiti gel ni jugak. Heee ~ Baru 2 weeks pakai dah jadi favourite tau! 💗😍

Rating: 5 out of 5 stars. ⭐

ORYN HYDRABRIGHT MOISTURIZER 30ml

[Description]
A premium moisturiser that is fully packed with the new Multi-Action Vitamin C from Korea and other powerful ingredients to help brighten the skin give intense hydration, and reduce first signs of aging for radiant and youthful-looking skin. 

[Main Ingredients]
📌Multi-Action Vitamin C
📌Glutathione + Arbutin
📌 Natural plants 
📌Niacinamide
📌 Hyaluronic Acid + Pentavitin

Feedback 👉 Moisturiser ni packaging nice. Cantik gila sebab kaca dan tinted. Texture dia gel cream dan sangat hydrating. Ada macam orange-y scent mungkin sebab ada Natural Orange Peel dalam dia. Tu yang ada bau orange. Moisturiser ni untuk kulit oily macam aku, pakai sikit sikit dulu. Layer by layer. Bila rasa tak cukup baru add on one layer. Sebab kalau pakai banyak sekaligus dia macam jadi a bit sticky. Untuk yang kulit kering/normal takde masalah nak pakai banyak banyak. 

Benda first yang aku nampak lepas pakai moisturiser ni ialah kulit auto glow dan toink toink. Itu lepas pakai tau. Terus nampak glow dia. Bila pakai selama 2 weeks tanpa jemu, aku rasa kulit aku makin cerah. Leher pulak nampak tak sekata dengan kulit muka haha. Lepasni kena sambung pakai sekali dengan leher biar sekata je tone dia. Akhir sekali, bila pakai 3 items ni dalam satu rutin tanpa tambahan skincare lain. Memang nampak kesan selepas seminggu macam tu. Kulit makin smooth dan cerah. Jerawat bila muncul tu dia cepat je hilang. Best! 

Rating: 4.5 out of 5 stars ⭐

 

Serius tak sangka yang produk ni se-best ni. Bukan sebab nak kipas ke apa ye. Ini betul betul best sebab nampak effect dia dekat kulit kita. Dan macam review sebelum sebelum ni, aku akan jujur 100%. Kalau tak best, aku akan cakap tak best. Kalau korang tanya aku produk ni worth or not. Aku akan jawab sangat lah worth it! Try it yourself. 

2 minggu pakai set ni apa yang aku boleh kata ialah sangat berbaloi. Walaupun baru 2 minggu pakai. Kita dah boleh nampak effect dia dekat kulit. Kalau pakai selama 3-6 bulan mesti nampak perubahan yang sangat sangat ketara dekat kulit. Aku akan habiskan produk ni dan tengok nanti cemana kesan dia. Harap sangat parut PIE ni cepat hilang.

Korang kalau nak tahu dengan lebih details dan harga semua boleh layari website dia di orynskincare.com okayy. Boleh juga order through website atau dropship mereka. Kita tolong orang berniaga ok. 

Recommended or Not?
Yes! Worth trying. 👍

Would you repurchase this?
Yes, especially their acne gel! The bomb! 😍

Overall rating? 
4.7 out of 5 stars ⭐


P/s: This is a gift review however it's based on my own experience and I am 100% honest with my review/feedback. What work on me might not work on you and vice-versa. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(12:56 Tengah hari)



❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

24 February 2021

Skicncare Review #42 : Good Virtues Co. Brightening Facial Toner

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Haluu. Harini nak share dengan korang satu lagi toner yang aku beli sebab sale. Toner ni aku beli sekali dengan moisturiser dari Syahirah tu tak silap. Ada sale 40% untuk skincare. Dan disebabkan aku tak pernah try skincare dari brand Good Virtues Co. ni so aku pun belilah toner dia. 

Good Virtues Co. Brightening Facial Toner
100ml
Harga: RM11-12 

[Description]
Skin that looks dull is not only due to accumulated dirt, but also a lack of water content in the skin. Avoid dehydration of your facial skin, especially when the weather is hot with Good Virtues Co. Brightening Facial Toner. An alcohol-free blend of purified Black Seed Oil, Hyaluronic Acid and toning essence, which improves skin elasticity and improves the appearance of facial pores. Also has Natural Himalayan extract to make facial skin look brighter and radiant.


[Ingredients]
Water, Butylene Glycol, Fomes Officinalis (Mushroom) Extract, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Sodium Lactate, Propanediol, Boerhavia Diffusa Root Extract, Tetrasodium EDTA, Organic Black Seed Oil (Nigella Sativa Seed Oil), Fragrance, Sodium Hyaluronate, Panthenol, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, Benzyl Salicylate, Butylphenyl Methylpropional, Limonene, Linalool

Aku dah pakai habis dah toner ni. Bagi aku toner ni biasa-biasa je. Bukan wow gitu walaupun packaging dia lawa sangat. Aku suka dengan design dia. Lepas tu dia spray bottle so kalau malas nak guna cotton boleh spray terus ke muka. Lepas tu ingredient dia biasa biasa je. TAPI frangrance dia sangat kuat kalau spray termasuk hidung tu aduh ~

Disebabkan aku dah habis pakai, dan aku tak nampak apa apa perubahan sangat dekat kulit. Tapi tak jugak terukkan keadaan kulit. Macam yang aku kata tu biasa biasa je. Hahaha. Kalau korang tanya aku, worth it or not? Aku akan jawab hmm no. Sorry lah. Sebab bagi aku, aku ada high expectation jugak sebab packaging dia cantik dan ingredient pun boleh tahan dengan black seed oil semua tu. 

Kalau lah aku boleh bagi suggestion untuk toner ni, aku akan suruh dorang kurangkan fragrance. Walaupun aku okay je dengan frangrance tapi this one macam berlebih sangat. Haha sakit hidung saya 🙅 Dan aku rasa brand ni boleh pergi jauh macam produk lain jugak. Kalau dorang improvise balik semua benda. Sorry lah, tak banyak sangat aku boleh review. Sebab dia biasa-biasa je. 


Recommended or Not?
Not really recommend this but if you wanna try this. Go ahead ✌

Would you repurchase this? 
Nope!

How many stars would you give?
1 out of 5 stars. 🌟


P/s: All products reviewed by me are not sponsored. I bought it with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(5:23 petang)




❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

4 February 2021

Skincare Review #41 : Syahirah Hydra Soft Moisturizing Cream

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Sepatutnya nak review produk ni tahun lepas tapi asyik postpone je. Last last terperam lama dekat draft. Tahun ni ingat nak review produk cepat lah sikit tapi sama je. Hahaha. InsyaAllah aku akan rajinkan diri untuk post sebanyak mungkin review tak pun just bebelanku. 😀

Syahirah Hydra Soft Moisturizing Cream
Harga: RM12-15 (masa promotion)
45g

[Description]
SYAHIRAH Korean Secrets range brings you carefully selected ingredients from Jeju Island in Korea. Formulated with the hydrating ingredients from the Tri-Flower Essence - Ginseng, Chamomile & Green Tea flowers, SYAHIRAH Hydra Soft skin care products are developed to provide moisture to your skin, so that you have a hydrated skin! Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Moisturizing Cream helps provide instant moisture for a radiantly refreshed complexion and reduce the appearance of fine lines and wrinkles.



Disebabkan aku try moisturiser ni dah lama. Lepastu aku lupa nak snap gambar texture dia. So aku explain dan korang imagine sendiri lah k. Hahaha. 😂

Moisturiser ni aku beli sebab masa tu ada sale so harga dia murah jugak masa tu. Aku beli ni sebelum PKP tahun lepas. Sebelum tahu ada Covid-19 lagi masatu. Ada tester, aku try dan rasa berkenan dengan texture dia. Sebab itu aku beli. 

Pasal packaging aku rasa nice jugak walaupun mesti ramai yang kata tak hygienic lah apa lah. Bekas dia kaca tapi penutup dia plastic. Rasa mahal lah bila pegang tu. Tapi relax okay. Syarikat tu mestilah tahu produk apa yang dia buat. Produk ni pun tahan dalam masa 1-2 bulan je. Belum sempat nak berkulat ke apa mesti dah habis. So jangan risau okay. Kalau takut sangat belilah spatula kecil khas untuk skincare. (Done membebel) 😜

Untuk texture dia pulak, dia sejenis gel cream. Sangat sesuai untuk all skin type. Aku suka texture dia tapi dia punya fragrance tu bagi aku kuat sangat. So, sesiapa yang tak suka produk ada fragrance boleh skip this product okay? Awal awal aku pakai dia macam a bit sticky lah dekat kulit aku. Lepas tu aku try and error lagi dengan moisturiser ni. Apa yang aku jumpa ialah untuk kulit aku (oily skin) sepatutnya pakai sikit dulu. Macam 2-3 calit dekat muka. Lepas dah kering sikit baru top up sikit lagi moisturiser kalau tak cukup. Hah gitu. Bukan pakai banyak terus sebabtu rasa melekit. 

Moisturiser ni aku pakai pagi dan malam selama lebih kurang sebulan lebih je. Sebab ada masa aku pakai lebih dan ada masa aku pakai sikit. Bagi aku, moisturiser ni okay-okay je. Part hydration tu pun aku rasa okay-okay je. Dia macam, "I like it but I didn't really like it" gitu. Hahahaha 

Recommended or Not?
Not really recommend this but if you wanna try this. Go ahead ✌

Would you repurchase this? 
Nope!

How many stars would you give?
2 out of 5 stars. 🌟🌟


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(3:35 petang)





❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

30 December 2020

Skincare Review #40 : Safi Acne Solution - Sebum Control Fluid

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Halo, rasa macam dah lama tak post pasal review produk. Haha setiap kali start apa-apa entri mesti kata macam tu kan. Yela post entri pun 2-3 bulan sekali je sekarang ni walaupun hampir setiap hari on laptop tapi nak menaip satu entri Ya Allah malas sangat. Haha 

Disebabkan aku dah dalam final semester. InsyaAllah next semester tinggal nak praktikal je. Semoga Allah permudahkan segala urusanku dan kawan-kawan. Tak sangka dah nak habis degree dah. Walaupun masa awal-awal masuk degree haritu macam menyesal lepas tu 2 semester kot duk asyik kata tak mampu nak bawa subjek dan nak berhenti. Tapi Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk hambanya. Sampai juga lah final semester ni. Alhamdulillah. 👐

Okay dah melalut banyak kat atas tu. Hahaha. Post kalini nak share satu toner yang aku beli tahun ni jugak tak silap. Tak habis pakai lagi tapi ada effect best. Nak tahu apa dia, baca sampai habis okay 😆

Safi Acne Solution - Sebum Control Fluid
100ml
Harga: RM15+

Description 
(sorry malas nak taip so aku copy dari website Guardian)

Fragrance free toner, clinically proven to combat acne, keeping skin clear & blemish free skin. It helps to regain smooth skin texture by preventing new formation of acne and reinforces skin barrier function leaving skin oil-free and more refined.

Rapid Action Technology is infusion formula of AHA, BHA & Neem that prevents new formation of acne leaving skin smooth and blemish free.
AHA – Exfoliates dead skin and promotes skin renewal leaving skin brighter
BHA – Penetrate deep into pores, controls sebum & removes impurities that clogs up pores
Neem – Contains properties that minimize scarring, soothes and leaves skin free from irritant


Ingredients
Water, Betaine, Butylene Glycol, Glycerin, Panthenol, Zinc Lactate, PPG-26 Buteth-26, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Ethylhexylglycerin, o-Cymen-5-ol, Melia Azadirachta (Neem) Leaf Extract, Lactic Acid, Mandelic Acid, Salicylic Acid, Ceramide 3, Dextrin, Polydextrose, Amylopectin, Niacinamide, Phenoxyethanol.


Kalau korang baca dia punya description je dah tahu toner ni mesti best sebab ada banyak ingredient yang bagus pastu tak ada fragrance pulak tu. Lagi lah double cunz! Aku beli pun masa ada sale jadi harga dia tak sampai RM10 kot masa tu. Aku kan memang dah selalu pakai jenama Safi so bila ada produk baru tu rasa excited nak cuba. Tapi kita try toner dulu. 🌼

Masa memula pakai memang betul kata dia, memang tak ada bau langsung. Texture toner pulak liquidy lah macam toner biasa. Aku suka packaging dia sebab simple lepas tu botol transparent memang favourite aku lah. Aku suka packaging yang aku boleh nampak dalam dia tinggal sikit ke atau ada apa-apa benda asing ke kat dalam kita boleh nampak. 

Aku pakai dalam seminggu lebih dan pakai pagi dan malam sebab kandungan acid dalam toner ni aku yakin tak tinggi sebab dia ada dekat bawah bawah kan. Pastu kulit aku kan oily so memang takde masalah lah kalau pakai exfoliating toner ni hari hari sebab tak keringkan kulit. Apa yang aku perasan lepas seminggu pakai ialah kulit aku dah kurang berminyak. Selalu lepas sejam dua pakai skincare mesti kulit nampak berkilat, shine bright like a diamond gitu. Hahaha. Tapi serius lepas pakai ni kurang berminyak lepas tu kulit nampak bersih tak ada naik tiny bumps semua tu. Lepas dari itu, aku terus beli moisturiser dia. Hihi. Tu nanti aku review dekat post lain okay :)

Toner ni khas untuk jerawat jugak so dia boleh bantu rawat jerawat. Apa yang aku nampak bila pakai toner ni dia mempercepatkan jerawat aku kecut. Tapi disebabkan aku gatal pi pakai benzoyl peroxide jugak so jerawat aku berparut merah huhu. Dah susah kena pi add produk lain untuk kurangkan redness pulak. Haih ~

Sekarang toner ni tinggal suku botol je lagi. Aku masih dalam dilema nak repurchase atau cuba toner lain. Hehe sebab sekarang ni kan aku suka mencuba benda baru. Walaupun produk yang sedia ada dah best tapi still nak cuba yang lain jugak. 😜

Recommended or Not?
Yes!👍

Would you repurchase this? 
Hmm mungkin tapi sekarang tak lagi sebab banyak exfoliating toner yang tak habis lagi haha

How many stars would you give?
5 out of 5 stars. 🌟🌟🌟🌟🌟


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟

Sekian.
Assalamualaikum.
(5:33 petang)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

24 June 2020

Skincare Review #39 : Rosken Sensitive Skin Cream

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hi everything! 💞
Haha ya tuhan rasa macam dah lama tak update blog. Makin lama makin malas nak menaip dan keluarkan idea. Semenjak PKP ni aku rasa macam malas nak buat apa-apa. Nak tengok kdrama je. Hihi tak sedar diri assignment ada banyak gila walaupun online class. Alhamdulillah sis dah masuk semester 5 dan lagi 2 semester je nak praktikal. Tapi kerjanya banyak sangat ya tuhan. Rasa macam tak sempat nak bernafas dah ada kerja lain. Hahaha 😂

Harap semua yang baca blog aku ni sihat-sihat je okay. Pastu i need your motivation to continue updating this blog. Sila tinggalkan komen 'You can do it sis. We support you.' Hahahahaha.
Okay harini nak share satu produk yang aku beli sebab orang lain review siapa lagi kalau bukan Kak Mai 😆 (orang active Twitter tahu lah siapa dia ni hihi)

 Rosken Sensitive Skin Cream

Harga: RM12.88
Ni pun ada discount 10-15% tak silap.

[Description]
🌲 Enriched with Soybean Oil, Olive Oil and Jojoba Oil (all rich in natural antioxidants)
🌲 Improves skin hydration and provides a protective barrier to prevent further moisture loss
🌲 A soothing non-greasy formula that absorbs easily into the skin
🌲 It uses a combination of rich moisturising ingredients to assist in the prevention and repair of dry and sensitive skin.
🌲 Keeping skin feeling moisturised, soft and smooth
🌲 pH balanced - suitable for use on body and face

Free from typical irritants:
✖ Sodium Lauryl Sulfates
✖ Fragrances
✖ Parabens
✖ Artificial colours
✖ Animal derivatives
✖ Harsh detergents
✖ Triethanolamine
✖ Mineral Oils

[Ingredients]


Aku beli mosituriser ni dah lama jugak lah tahun lepas tak silap. First time pakai ingatkan dia macam berminyak ke apa tapi tak pun. Texture dia more to gel cream. Moisturiser ni boleh pakai dekat muka dan badan ya. Aku suka sebab dia takde bau. Lepastu apa yang aku rasa selepas pakai moisturiser ni beberapa kali, kulit area pipi dah takde flaky skin. Sebab walaupun aku oily skin, tapi kekadang aku ada flaky skin area pipi maybe sebab pakai ubat jerawat so dia mengeringkan kulit area tu.

Moisturiser ni bagi aku, okay je. Kalau orang oily skin nak pakai kena guna sikit je. Macam pea size gitu sebab kalau pakai banyak dia boleh buat kulit rasa melekit sikit. So, kalau korang kulit berminyak, boleh je pakai as long as kulit orang okay dengan ingredient dia. Aku pun bukan pakai hari hari moisturiser ni, pakai bila ada kulit kering area pipi je. Dalam 2-3 hari kulit terus okay takde dah kering kering. Lepastu bila dah takde kulit kering tu, aku banyak pakai dekat badan. 


Aku jadikan cream ni as body lotion sebab saja tukar mood. Hahaha. Aku kan jenis cepat bosan dengan sesuatu benda tu so bila dah bosan dengan moisturiser ni pi beli moisturiser lain pulak. 😂😂
Sampai sekarang aku masih pakai cream ni tapi as body lotion sebab best. Dia moisturise kulit badan lelagi tang kaki sebab kaki kan terdedah dengan cahaya matahari sebab pakai selipar je pergi mana mana. So dia sangat membantu. Doakan satu hari nanti aku mampu untuk tutup aurat dengan sempurna tau. Heee *menyempat mintak orang doakan pulak* 😀

Apa apa pun aku recommend skin cream untuk yang kulit kering/combination/oily. Bagi aku kulit apa-apa boleh sebab dia tak terlalu thick sebab texture dia kan gel cream. So yeah~

Korang boleh try okay :)

Recommended or Not?
Yes!


Would you repurchase this? 
Hmm maybe.

How many stars would you give?
3.5 out of 5 stars. 🌟🌟🌟🌠


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(10:50 malam)




❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

2 March 2020

Skincare Review #38 : Wardah Lightening Facial Scrub

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Rasa dah lama gila tak menaip. Last post pun bulan 12 tahun lepas weh. Hahaha eh SELAMAT TAHUN BARU 2020 semuanya walaupun dah masuk bulan 3 sekarang. Terima kasih kerana masih membaca blog aku yang tak seberapa ni hiks. 💓

Okay harini nak share satu scrub yang aku dah lama jugak pakai dari tahun lepas tapi tak habis habis lagi haha. Ini dia Wardah Ligteing Facial Scrub boleh beli dekat Watsons okay.

Wardah Lightening Facial Scrub 

Harga: Tak sampai RM10 pun

[Description]
Help to removes the dead skin cells while simultaneously brighten the face. The gentle scrub particles with pH Balance formula bring the comfortable on your skin. Enriched with Licorice Extract to boost the skin lightening process.




Apa yang aku boleh katakan selepas pakai scrub ini ialah aku rasa macam tak scrub pun muka haha. Scrub ni ada micro-bead tu tapi macam sikit sangat kot. Bila tengah scrub muka tu sambil berfikir aku ni tengah scrub muka ke cuci muka biasa. Ah gitu. Sebab tak rasa macam scrub muka pun. Sis is confused 😕

Lepastu aku pakai dalam 3 kali seminggu, kekadang lebih jugak tapi tak rasa beza pun muka lepas dan sebelum guna scrub ni. Rasa sama je. Nak kata makin cerah pun tak jugak, nak kata kulit makin okay ke tak jugak. So, aku tak tau macam mana nak review produk ni sebab aku tak nampak apa-apa effect dekat kulit aku. Yang aku tahu bau dia okay je tak melebih-lebih. Hidung aku boleh terima so kira okay. Lepas tu dia takde foam so scrub macam biasa je tak keringkan kulit. Haa itu saja yang aku boleh nampak.

Mungkin aku kena pakai sampai habis kot baru nampak effect *bersangka baik*. Buat masa ni aku akan habiskan juga walaupun takde nampak apa-apa effect sebab taknak membazir okay. Nanti kalau dah habis pakai dan ada nampak effect ke apa, nanti aku update lagi okayy :)



Recommended or Not?
Nope!

Would you repurchase this? 
Nope!

How many stars would you give?
1 out of 5 stars. 🌟


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(8:57 malam)



❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

24 October 2019

Skincare Review #37: Hada Labo Arbutin Whitening Lotion (Rich)

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Aku nak habiskan banyak review produk yang tertunggak tau. So, korang kena baca semua review aku. Hahaha. Ada lah dalam 5-6 review lagi. Aku nak habiskan dalam satu hari ni je kalau boleh lah sebab kalau aku tak buat memang sampai masuk sem depan aku tak review lagi. 😂😃

So, sekarang nak review lotion Hada Labo yang aku beli dah lama dan dah habis pakai dah pun. Tinggal nak direview je ni. Ni item yang ke5 Hada Labo yang aku pakai. Selama ni pakai yang trial size je Tapi yang ini aku beli masa 50% discount sale dekat Watsons. Berbaloi gila bila beli sebab murah sangat dan takkan dapat harga semurah ni. 

Hada Labo Arbutin Whitening Lotion (Rich) 

(170ml)

Harga: RM35
Beli masa discount tahun lepas. Harga normal dia dalam RM60+ tak silap. So, sila lah beli masa sale okay. Dapat jimat kaw kaw punya. ✌

[Description]
🌻 Combines 3 types of Hyaluronic Acid with natural skin brightening ingredients for visibly fair, radiant and moisturized skin
🌻 Helps to improve dehydrated skin
🌻 Rich texture, suitable for dry/normal skin
🌻 Skin pH balanced, low irritation
🌻 Free of fragrances, mineral oil, alcohol and colorant

[Ingredients]

Sebelum ni aku pernah try Hydrating Lotion dia je. Light dan Rich dua-dua aku pernah try. Dan lotion dia okay je dengan kulit aku. Takde naik jerawat ke apa semua tu. So, sebabtu aku nak try lotion lain pulak iaitu Arbutin Whitening Lotion dia ni. Alang-alang nak cerahkan parut jerawat dekat kulit ni. Apa yang aku boleh katakan ialah aku suka gila dengan lotion ni. Best gila sebab dia sangat hydrating dan mositurising jugak dalam masa yang sama. Aku pakai 2-3 layers kulit dah rasa moist dan macam tak payah pakai moisturiser. Tapi aku still pakai sikit moisturiser untuk lock hydration daripada lotion ni.

Aku pakai lepas cuci muka dan lepas pakai lotion ni kulit macam toink toink gitu. Esok pagi bangun tidur je kulit rasa lembut je. Lepas tu satu botol ni boleh tahan dalam 2 bulan lebih gitu. Sebab satu layer tu aku guna 3-4 titis je tau. Tapi dah cukup untuk cover satu muka.

Texture dia lagi thick daripada hydrating lotion yang botol putih tu dan dia milky gitu. Tapi langsung tak berat dekat kulit walaupun kulit aku jenis oily dan aku pakai yang Rich tapi kulit okay je. Takde rasa melekit ke apa. Lepas dalam 2 minggu pakai dah boleh rasa kulit makin moist lepastu parut jerawat pun slowly faded. Mungkin dengan bantuan produk lain jugak so boleh nampak perubahan tu. Sekarang ni lotion aku dah habis so aku tengah fikir nak beli ke tak ni sebab kalau takde sale harga agak mahal lah lagi aku yang student ni. Walaupun dia mampu bertahan dalam 2-3 bulan tapi entahlah. Tengah fikir lagi ni. Semoga aku dimurahkan rezeki dan boleh beli lotion ni lagi. Hiks~

Recommended or Not?
Yes.

Would you repurchase this? 
Yes kalau ada 50% off lagi 😜

How many stars would you give?
5 out of 5 stars. 🌟🌟🌟🌟🌟


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟



Sekian.
Assalamualaikum.
(1:21 tengahari)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

Skincare Review #36 : T3 Pimple Gel+

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hello. Rasa dah lama gila tak menaip review. Tiap kali buka laptop ingat nak update blog tapi Ya Allah rasa malas dan takde idea langsung. Tapi disebabkan tengah cuti sem ni so nak tak nak kena update jugak sebab banyak gila produk yang aku dah habis pakai tapi tak review lagi. Kesian kat siapa yang menunggu aku update produk review. Hihi. Thankyou korang yang baca dan comment dekat blog aku. Nah lovee ~ 💓💓💓

Harini nak share satu produk untuk jerawat. Selalu aku pakai yang Aiken Tea Tree Oil tu kan haa kalini aku nak try produk lain pulak. Sekali sekala tukar mood sebab boring weh pakai benda sama je walaupun benda tu dah sesuai dengan kulit. Hahaha 😂

T3 Pimple Gel+
(Paraben Free)

15g

Harga: RM14

[Description]
T3 Pimple Gel+ is a non-greasy, non-staining gel specially formulated with ingredients that help to treat acne and pimple spots. It contains Salicylic acid to unclog pores and Triclosan act as anti-acne agent, effective in the treatment of acne. It is added with Allium Cepa Bulb Extract that helps in reducing scarring caused by pimples.

Jenama ni ada 2 jenis pimple gel tau. Yang aku beli ni takde paraben tak silap. Satu lagi warna purple kot. Aku beli ni pun sebab paraben free. Harga pun mahal sikit daripada yang ada paraben. 

Memula, aku suka packaging dia sebab pump so boleh bajet banyak mana kau nak. Lepastu, aku suka texture gel dia dan bau pun nice. Bau citrus gitu. Aku dah pakai lama jugak lebih 6 bulan kot dan tak habis-habis lagi tau. Sebab pakai sikit je dekat jerawat. Bila jerawat dah kecut, aku dah tak pakai dah. Mungkin sebab tu kot dia lambat habis. So sangat menjimatkan duit. Satu botol ni mungkin bertahan setahun. Takpun lebih lelagi untuk sesiapa yang jarang naik jerawat tu.

Bila pakai gel ni make sure pakai lepas moisturiser tau. Maksudnya last step dalam skincare routine korang. Dan apa yang aku perasan bila pakai pimple gel ni kan, kita kena letak betul-betul dekat jewat sahaja. Kalau terletak lebih dekat luar kawasan jerawat kulit aku naik jerawat. Hahaha taktau lah sebab pimple gel ni ke apa. Tapi lepas aku letak betul-betul dekat acne spot tu, takde dah jerawat naik dekat area tu. Pelik kan? hahaha

Pastu, kalau pakai pimple gel ni dia ambik masa dalam 2-3 hari jugak lah untuk jerawat tu kecut dan kering. Tak boleh lawan Aiken Tea Tree Oil yang tu sehari je dah boleh kecut semua jerawat dekat muka aku kecuali yang besar lah ye. So, apa-apa pun pimple gel ni okay je. Harga pun okay sebab tahan lama gila tak habis-habis. Lastly, aku suka je produk ni. Kalau dah habis nanti nak try acne gel jenama lain pulak. Hiks ~

Recommended or Not?
Yes.

Would you repurchase this? 
 Taktau lagi hee ~

How many stars would you give?
 4 out of 5 stars. 🌟🌟🌟🌟


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(12:52 tghari)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

21 July 2019

Skincare Review #35 : Malie Ultra Hydrating Essence Mask (Royal Jelly) Review Failed!

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Aku sepatutnya ada kerja nak kena buat dan attend majlis orang tunang tapi still nak habiskan review yang tertunggak. Guna phone pun boleh uols. Hiks ~

Malie Ultra Hydrating Essence Mask (Royal Jelly)

Harga: RM2/pc
Aku beli borong 10pcs terus dekat shopee. 

Aku pernah baca review pasal mask ni, ramai yang kata best sebab murah pastu quality pun okay. Tapi aku bila first time pakai terus kecewa disitu. Sebab tak sesuai dengan kulit aku. Huhu 😭
Masa pakai terus rasa pedih pedih kat muka. Aku ingat sekejap je so aku pun pakailah 5-10 minit macamtu. Ya 10 minit dalam kesakitan. Sebab selalunya kalau aku nak try mask baru akan rasa pedih sikit dalam beberapa saat macam tu. Pastu dah okay. Tapi mask ni memang cannot go langsung dekat kulit aku. Esoknya tu terus naik tiny bumps beberapa ketul. 

Dah lah aku beli 10pcs. Nasib baik adik-adik aku pakai okay je. So, aku sedekah lah dekat dorang. 

Akhir kata, aku tak dapat nak review mask ni best ke tak. Sebab tak boleh letak walaupun sekejap dekat muka aku. Pedih gila weh. Tapi disebabkan aku beli mask ni yang royal jelly je semua, aku taktau lah kalau aku beli yang cucumber/aloe vera ke apa nanti pedih jugak atau yang jenis ni je memedihkan. Tapi aku malas nak try yang lain.

So, aku stay dengan mask jenama Entel murah dan best. 💖


Recommended or Not?
Hmm..

Would you repurchase this? 
Nope!

How many stars would you give?
 0 out of 5 stars. 


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(2:03 petang)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !