Showing posts with label MaskReview. Show all posts
Showing posts with label MaskReview. Show all posts

5 January 2022

Mask Review #11 : A'pieu Daily Sheet Mask (Green Tea)

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Harini nak share dengan korang review mask yang aku dah pakai lama tapi baru nak direview. Last update mask review tahun 2018 tapi aku rasa ada kot mask yang termasuk dalam skincare review maybe tak perasan. Okay mari kita mulakan ~ 😀

Mask ni aku beli sebab dia sangat menarik minat aku. Tak macam masak lain yang di pack satu satu. Tapi mask ni dalam box so nak tak nak kena cuba. Dah cuba baru tahu best ke tidak ken.

A'pieu Daily Sheet Mask (Green Tea)

Harga: RM35+
(33 pcs)

[Description]
Economical than a regular sheet mask to use every day for a month. Everyday face use needs hygienic care! Mini puller inside to use hygienically every day.

Green tea may have an energizing effect on your mind, but it has a calming effect on your skin when applied topically. In these green tea antioxidant-infused sheet masks, aloe vera extract provides additional soothing effects, while bamboo extract purifies and tea tree leaf extract reduces the appearance of pores.

Aku beli mask ni dekat shopee dan direct dari Korea. Tak pasti ada lagi ke tak. Korang kalau nak beli boleh check dulu dekat shopee okay. 👌

Benda pertama yang menarik tentang mask ni ialah packaging dia. Lawa dan comel. Lepastu ada pula penyepit untuk kita ambil mask tu. So bagi aku sangat hygenic dan praktikal. Sebab dalam box tu ada banyak mask so kalau boleh jangan lah guna tangan takut nanti ada kotoran atau bakteria masuk habislah mask yang lain. 

Mask ada 33 keping so boleh pakai sebulan 3 hari lah. Korang kena tahu satu benda iaitu mask ni punya expired date sangat cepat dalam 3 bulan selepas dibuka. Nak tak nak kena guna cepat cepat. Tapi aku biasalah awal awal je rajin nak pakai hari hari lama lama seminggu tu pakai 2-3 kali je. Hahaha.
Bila tengok nak expired dah barulah kelam kabut pakai sampai 2 kali sehari. 😂

Sorry lupa nak tangkap gambar masa pakai mask ni. Bagi aku mask ni dia nipis je. Dan essence dia tak banyak sangat macam mask biasa. Kalau nak pakai tu kena terbalikkan box dia so essence dia yang dekat bawah tu akan ke atas barulah terasa ada essence. Essence dia pun sangatlah light weight. Tak sticky ke apa. Just nice untuk pakai hari hari. 

Bau dia pun very mild macam bau aloe vera gitu. Lepas pakai dalam 20 minit kulit rasa toink toink juga pastu rasa sejuk je. Tapi make sure simpan box dalam fridge okay. So far selama aku pakai takde negative effect pun. Semua okay je. Tapi dia takde lah wow sangat. Just nice orang kata. Kalau korang rajin nak pakai mask hari hari boleh lah try mask ni. Tak mahal sangat harga dia. 

Kalau korang tanya berbaloi ke beli? Pada aku berbaloi kalau korang suka pakai mask hari hari. Kalau jenis aku pakai mask pun kadang kadang. Better beli yang dipack satu satu so takde lah nanti rushing nak habiskan. Gitu lah ~ 😸


Recommended or Not?
Bolehlah kalau korang rajin. Haha

Would you repurchase this? 
No!

How many stars would you give?
2.5 out of 5 stars. 🌟🌟


P/s: All products reviewed by me are not sponsored. I bought it with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟

Sekian.
Assalamualaikum.
(1:44 petang)




❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

7 June 2018

Mask Review #10 : SEP Sheet Mask

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hello! Harini nak share review pasal mask yang hyped gitu masa sale dekat Watsons. Banyak gila orang RT pasal mask ni dekat Twitter. Aku pun apa lagi kena lah try jugak kan. Mana boleh tengok orang lain je cantik. Aha! 😂

SEP Sheet Mask

Harga: Tak sampai RM10 (box)
Aku beli masa sale lama dah ni. Nasib baik sempat sambar 1 box pun jadilah. Kalau tak normal price dia 20 ringgit jugak lah. Dalam satu box ada 5 pieces tau. Mana nak dapat. Selalu sale mask cenggini paling untung dapat 4 masks RM10. Tapi sekarang ni macam dah takde je dekat Watsons. Huhu 😬

Aku dah pakai 3 keping dah. Dan aku suka gila dengan mask ni! Benda pertama yang buat aku suka dengan mask ni ialah dia punya sheet tu. Dia macam tebal tapi dalam masa yang rasa elastic pun ada. Senang nak adjust ikut muka. Rasa best je bila dah lekat dekat muka. Pastu dia tak besar atau kecik sangat dekat muka aku. Just nice je ~


Sebelum pakai tu letak dalam fridge dulu, pastu pakai peh dingin segar gitu. Hahaha. Mask ni kalau pakai sekali dia takde nampak effect sangat kecuali rasa fresh dengan kulit smooth je. Sejak dah pakai 3 kali ni aku dapat rasa yang kulit aku makin cerah. Sebab aku pakai 30 minit aha! Lebih 10 minit daripada yang disuruh. Tapi korang jangan ikut pulak tau. Make sure pakai ikut waktu yang disarankan. Hihi. Jangan pakai buat tidur! Nanti dia takde effect plus dapat effect lain pulak nanti. Ingat tu ~ 

Pastu mask ni okay je sebab dia tak buat kulit aku breakout lepas pakai. So, itu dah dikira bagus sebab aku sensitif sikit dengan mask-mask ni. Lagi-lagi mask murah yang dari China ke mana hah yang tu seram sikit sebab banyak yang buat kulit aku breakout, naik tiny bumps. Mask tu banyak jual dekat Shopee pastu murah pulak tu kan. Macam mana aku tak terbeli. So, korang kalau kulit sensitif better jangan pakai mask murah okay. Beli mask mahal sikit dekat drugstore je okay. Janji muka okay! Mahal sikit takpe. ✌😀

Okay. Tu je ~

Recommended or Not?
Yes! 

Would you repurchase this?
Nak beli lagi! Tapi macam dah takde je huhu 😭

How many stars would you give?
4 out of 5 stars 🌟🌟🌟🌟


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. What works for me might not work for you and vice-versa. I bought with my own money. Thank you. 💟

Sekian.
Assalamualaikum.
(2:21 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

31 May 2018

Mask Review #9 : Freeman Overnight Cream Mask

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Mask Freeman yang ke 4 aku pernah cuba. Hihi 

Freeman Overnight Cream Mask
[Hydrating]
Honeydew + Chamomile

Harga: RM26
Tu untuk harga satu barang. Tapi yang ini kan aku beli yang gift set so dapat murah lagi lah. Dapat dalam RM19 je. Takpun kalau nak lagi jimat beli time ada sale kaw-kaw punya. Haa dengar cerita esok (1 June-5 June) ada 50% discount dekat Guardian. Meh lah kitaaa ~ 😛😜

[Descriptions]
This overnight mask with antioxidant-rich Honeydew and calming Chamomile rejuvenates skin while you sleep. Deep moisturizing Coconut Oil makes rough skin a thing of the past. Rinse upon waking to reveal a fresh complexion. Perfect for dry skin.


Atas ni adalah kesemua ingredients dalam cream mask ni. Ya Allah, baru aku tahu betapa penatnya nak buat satu review. Kalau product tu dah ada dalam list untuk check ingredients dia okay lagi tau. Yang takde ni, penat gila duk taip satu-satu nama bahan yang panjang kemain namanya. Baru aku tahu perasan seorang yang betul-betul serius dalam cosmetic/skincare ingredients ni. Haih la😅😅

Ini first time aku buh sekali ingredients product tau. Sila berterima kasih sikit. Aha! Okay.
Ingredients dia semua korang boleh tahu dia punya safety-ness dekat number tu tau. Yang hijau paling selamat digunakan. Kuning 50-50 ada yang okay ada yang tak okay. Yang merah pulak tak selamat. So, yang tak selamat dalam mask ni ialah fragrance. 

Mask ni kan texture dia sangat heavy tau. Memang khas untuk dry skin lah. Tapi disebabkan kulit aku kan jenis combination so ada dry patches jugak dekat tepi-tepi hidung bibir. Bila sapu dekat muka dia terus suppppp pedih tapi tepi-tepi yang ada dry patches je. Kat area lain okay je. Dan mask ni dia punya bau honeydew tu macam kuat sangat. So, hidung aku tak suka benda yang wangi over sangat ni. 

Aku tak pakai pun buat overnight mask sebab dia melekit sangat dekat kulit. Melekat semua rambut aku. Tapi aku guna lepas toner buat macam mask biasa. Pakai dalam 20 minit gitu pastu basuh. Yang bestnya mask ni bila basuh muka tu kan tak rasa berminyak pun. Rasa lembut je muka. Pastu description kata mask ni boleh absorb dalam kulit kan. Tapi aku pakai tak pun, dia duk atas kulit rasa berminyak je. 

Mask ni bila picit dari tiub dia nampak macam cream moisturiser biasa, tapi bila dah sapu dekat kulit dia macam minyak. Aku pun syok lah duk urut-urut muka. Hihi

Tapi tak tahu nak kata macam mana ek. Mask ni macam tak sesuai untuk kulit aku. First time pakai okay. Kali kedua aku rasa kulit aku macam burn sikit. Ada merah-merah naik. So, aku rasa mask ni tak sesuai untuk aku. Okay. Tu je nak cakap. Aku dah penat menaip ingredients tadi so sekarang takde idea nak cakap apa lagi. Aha! 😂


Recommended or Not?
Tak kot sebab untuk kulit aku pun rasa tak selesa nak pakai, tak tahu lah macam mana yang dry skin nak pakai mask ni 😡

Would you repurchase this?
Nah! 

How many stars would you give?
1 out of 5 stars 🌟

P/s : All products reviewed by me are not sponsored. What works for me might not work for you and vice-versa. I bought with my own money. Thank you. 💟

Sekian.
Assalamualaikum.
(3:00 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

9 April 2018

Mask Review #8 : Freeman Rejuvenating Cucumber + Pink Salt Clay Mask

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Penat gilo duk buat review produk je. Sebab kena ingat feel masa guna produk tu pastu kena jujur lagi. Haih! Ingat senang keeee 👀 Tapi kena buat jugak kalau tak memang takde story mende nak letak dalam blog ni. Aha!

Okay. Harini nak review mask dari Freeman. Sebelum ni ada jugak review clay mask Freeman [klik sini untuk baca] Yang ni aku beli yang gift punya sebab lagi murah daripada beli satu-satu. Tak silap aku satu tiub dalam RM26 macamtu kalau beli masa takde discount. Tapi yang gift box ni RM38 tak silap. So, satu lebih kurang dalam RM19 je. Berbaloi jugak lah nak beli. Oh baru ingat ni bukan aku yang beli tapi adik aku. Aha! Aku tukang buat review je untuk korang eh.

Gift Box Freeman
Tak sure lagi ada lagi ke tak jual yang macam ni. Selalunya keluar masa christmas je. Kalau ada lagi jual kat mana-mana jangan lupa roger 👌

Freeman Rejuvenating Cucumber + Pink Salt Clay Mask

Harga: RM26 (masa takde sale/discount)
Boleh beli dekat Guardian. Aku tak sure Watsons ada ke tak jenama ni. Sebab selalu beli dekat Guardian je. Hik ~

Masa memula nak guna rasa gila excited sebab tiub dia pink so ingatkan dalam dia pink jugak. Sekali dalam dia warna biru. Rasa macam kecewa sikit. Hahaha. 

Texture dia sama dengan yang Apple Cider Vinegar punya. Ada macam berpasir sebab pink salt kan. Tapi masa sapu dekat muka okay je takde rasa sakit terguris ke apa. Paling aku suka ialah mask ni senang nak bilas. Walaupun dah kering, bila kena air pastu gosok sikit dah hilang. Tak macam clay mask lain. Kalau clay mask lain tu punya lah payah nak bilas sebab dah lekat betul dekat kulit tapi yang ni tak pun okay. 
Mask ni aku tak nampak lagi kesan dia sebenarnya. Cuma lepas dah pakai ni rasa kulit bersih dengan lembut je sebab dia macam scrub muka sikit. Itu je lah yang aku perasan. Kalau korang tanya aku mask ni best ke tak, aku akan jawab biasa-biasa je. Sebab takde beza sangat before and after. Lebih kurang macam clay mask biasa. Haa itu saje ✋


Recommended or Not?
Bolehlah! Kalau korang nak try hihi 👌

Would you repurchase this?
No! sebab dia biasa-biasa je. Takde yang special pun. So, no!

How many stars would you give?
3 out of 5 stars. 🌟🌟🌟


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. What works for me might not work for you and vice-versa. I bought with my own money. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(4:08 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

28 November 2017

Mask Review #7 : Noblesse Fermentation Essence Mask

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Bosan pulak asyik review pasal makeup je. Kali ni nak review jugak pasal part of skincare aku. Aku akan pakai mask dalam 2 kali seminggu. Kalau mask banyak, mungkin 3 kali gitu je. Aku tak pakai hari-hari tau. Contoh, harini pakai sheet mask, esok pakai clay mask, esok lagi pakai diy yogurt mask (dah review mask ni, cari kat entry bawah-bawah k 😉).  
Haaa, macam tuu lah routine skincare aku. Heee 👯

Noblesse Fermentation Essence Mask
Beli dekat Aeon Wellness Star Avenue.

Harga: RM10 for 4
Satu tu dalam RM6 tak silap. Aku suka beli mask time ada promotion macam ni. Sebab dapat jimat duit weh ! Aha

Bawah ni aku ada bagi sekali dia jugak benefits for each mask. Haa, gigih okay. Senang korang nak baca. Klik je satu okay ? 💆💆

Dia ada banyak gila jenis. Jenis ke orang panggil ? Aha. Dalam berapa belas ntah. Korang boleh google eh kalau nak tau. 👌





Aku suka mask ni sebab essence dia banyak. Aha. Setengah orang kan tak suka mask banyak essence sebab lecah ke mende ntah dorang kata. Tapi aku suka. Essence tu boleh buat sapu kat leher, tangan. Tak pun aku ambik simpan dalam peti sejuk pastu masukkan compressed mask untuk next masking day pulak. Haa jimat sangat kan. 

Essence dia best. Bau wangi tapi bukan wangi yang pedih hidung tu tau. Wangi soft je. 
Aku ada trauma dengan mask tau sebenarnya. Aku pernah pakai masak jenama apa entah, lepas pakai mask tu muka terus pedih. Tapi still pakai jugak for 20 minutes sebab ingat benda tu biasa. Esoknya muka breakout teruk. Keluar jerawat merah kat pipi dengan dahi. Lepastu aku stop guna mask macam ni. Tapi lepas setahun kot aku pakai balik. Tapi kali aku memang berhati-hati lah. Sebelum beli baca dulu semua apa yang penting. Traumatized okay ! 💔

💆💆💆💆💆
Tapi mask ni lain okay. Tak pedih muka. Lepas pakai rasa muka lembut dan hydrated gitu. Mask dia okay tak nipis sangat, tak tebal sangat. Just nice. Letak kat muka fit perfectly. Tak payah gunting or whatsoever. Pakai lepastu tunggu 20 minit dah. Biar essence dia menyerap ke dalam kulit lepas sapu moisturiser. Dan tidur 💤💤💤


Recommended or Not ?
Yes. Kalau dia selamat untuk aku, InsyaAllah selamat jugak untuk korang. Tapi kalau pakai terus rasa pedih ke apa terus tanggalkan dan basuh muka tau. Mungkin kulit korang tak sesuai dengan mask ni. Hehe 👌😗

Would you repurchase this ?
Yes, definitely. Kalau ada sale RM10 for 4 macam ni lagi. 😍

How many stars would you give ?
4 out of 5 stars! 🌟🌟🌟🌟


P/s: All products that reviewed by me in this blog are not sponsored. I bought with my own money. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(2:28 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

14 March 2017

Mask Review #6 : Freeman Mint and Lemon Clay Mask

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

[entri basi]
Kembali lagi dengan entri cubatrytest. Heee ~

Aku ni kalau gi mana-mana drugstore je kalau keluar tak ada barang bukan aku le tu. Hahahhaha. Tiap kali masuk je mesti ada je barang baru yang aku beli. Kalau tak mahal, murah, tak murah, mahal. Hahahhhaha Itu je lah keje aku. Walaupun duit takde lah banyak mana tapi entah lah. Tangan ni tak reti sangat nak duduk diam. Ada je barang yang aku belek. 

FREEMAN MINT and LEMON CLAY MASK
Disebabkan ni entri dah basi. Aku pun tak ingat sangat berapa harga mask ni. Aha! Tapi aku rasa tak sampai RM20 pun. 17 kot! Ahaahaha. Aku beli Guardian Sungai Buloh tak silap.

Details dia~
Yang nampak boleh baca kat situ ye. Yang tak nampak tu scroll terus ke bawah. Aha! 😂😂

Ingredients dia ~

Texture dia sangat thick! So kalau yang rasa susah nak sapu dekat muka tu boleh letak sikit dalam mangkuk kecil lepastu letak few drops of water okay. Sampai rasa macam dah lembut sikit pastu boleh pakai dalam 10-15 minit. 👌👌

Mask ni best sebab bila apply kat muka rasa sejuk je. Dia ada cooling effect. So, muka yang terbakar lepas pergi pantai ke ape boleh je pakai ni. Lepas dah kering tu muka rasa tegang tapi takde lah tegang sangat macam macam egg mask. Bau pun wangi je. Tapi bila nak apply dia susah sikit sebab mask ni thick, kadang-kadang aku picit sikit dalam mangkuk pastu tambah air sikit. So, dia jadi lembut sikit. Senang lah nak apply kat muka. 👯👯

Kesan pada aku:
♥ Kulit dah tak berminyak lepas pakai 2/3 kali seminggu
♥ Jerawat yang baru nak naik boleh mengecut begitu sahaja
♥ Sejukkan muka yang sunburned 
♥ Pori-pori macam makin mengecil

Haaa itu saje lah yang dapat aku nampak lepas pakai mask ni. Yang lain-lain belum lagi kot, Aha!
Korang yang baru nak try clay mask, aku suggest mask ni sebab senang nak dapat dan lagi satu banyak benefits gak.

Hehehhe 

Sekian.
Assalamualaikum.
(10:54 pagi)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

11 April 2016

Mask Review #5 : Vietnam Mask

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Nak review produk lagi ni.
Kali ni produk keluaran vietnam pulak.

VIETNAM MASK 

Kalau dulu aku kurang percaya sikit dengan produk keluaran negara lain macam ni.
Tapi bila cuba sekali terus jatuh cinta kauuuu ^^
Botol dia kecik comel je
Bila beli dia akan bagi sekali dengan kertas macam kertas minyak tuuu
dalam 30 helai tak silap
Kalau dah habis kertas tuu kau boleh je guna kertas minyak yang warna emas tuuu

Harga : RM5.00
beli masa festival dekat kampus.
kalau beli dekat luar mungkin mahal sikit.

Okay ni pulak dia punya liquid. 
haa sorry tau kalau aku buat review kejap bm kejap english
kekadang rojak terus bahasanya. Heeee ~
warna dia putih dan bau dia macam bau ape eh
tak dapat dikenalpasti pulak
macam herb ada macam gam pun ada
so entah lah..

Aku selalu pakai masa pagi kalau takde kelas.
Basuh muka bersih-bersih pastu sapu mask tu kat tempat yang kita nak
contoh kat hidung, dagu, pipi
lepastu baru letak kertas okay ?
Tunggu dalam 5-10 minit aje
Sambil tu boleh le golek-golek atas katil weee~

Hahhhhhhh ~~~
Ni result dia
Terkejut weh. Lepas dah kering semua terus tanggalkan
pastu check ----
Hah amik kau selonggok whitehead. Rasa macam nak mencarut dekat whitehead tuuu
Haaa padan muka suka lagi duk kat muka orang
ni makan dia !!

Buat pengetahuan semua
ni adalah review aku sendiri ye. bukan amik orang lain punya.
Eeeeeee... geram pulak tengok whitehead tuuu
Rasa nak hempuk-hempuk jee

Okayyy.
Lepas dah tanggalkan semua kertas bersihkan dengan air bersih
pastu terus pakai toner tau untuk tutup balik pori-pori yang dah terbuka tuuu.
Kalau korang perasan muka korang akan nampak macam ada lubang kecik sikit sebab whitehead dah takde kan
Tapi jangan risau.. pakai je toner k

And it is not for daily use !
Make sure you use it only for 1-2 times a week, okay?

So,
SELAMAT MENARIK WHITEHEAD SEMUA
hahahahahah

Sekian.
Assalamualaikum.
(11:29 malam)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

8 April 2016

Mask Review #4 : Mistine Egg White Peel Off Mask

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Sapa kat sini suka pakai peel off mask, say heyyy ! Hahaha
Produk ni dulu famous dekat ig dan ruangan niaga online yang lain. Tapi sekarang macam dah suam-suam kuku je. Taktau lah kalau ada lagi yang guna produk ni. Ehem. Maafkan saya kalau terkasar bahasa. Hihi

Mistine Egg White Peel Off Mask 

Aku beli mask ni tahun lepas tak silap. Beli dekat GM Klang dapat harga murah sikit. Tapi takde lah murah sangat sebab kat sana kalau beli borong je dapat harga murah kan.  Aku beli 3 tiub. Ini pun baru pakai satu tiub je hah. Lagi dua tu aku jual dekat carousell. So, sapa-sapa nak try mask ni boleh lah beli dengan aku. Tengok dekat carousell.com/afrahfmui okayyy ? Kalau berminat nak beli apa-apa yang aku jual. Terus tekan Buy Now. Takpun kalau nak tawar menawar pun boleh. Janji kena dengan harga lah yaa. Hahahaaa~

Ni haa tiubnya. Kecik comel je.
Mistine ada banyak jenis mask tau. Ada peel off, ada yang mud mask.
Ikut korang lah nak beli yang mana pun.
Tapi untuk cubatrytest kali ni, aku nak share pasal Egg White Mask.
Okayyy ?

Belakang tiub ni ada tulisan bahasa thailand.
Sesapa yang faham tuu boleh share dengan aku. Hihi
Okayy. Setel bab packaging.

Harga pasaran (sekarang) : RM8 - RM12

Sekarang kita move on ke tekstur mask pulak, okayyyy ?
Tekstur mask ni biasa je. Tak cair sangat. Tak pekat sangat.
Just nice orang kata.
Dan bau mask ni pun wangi je. Takde bau hanyir telur, takde !
Pastu kalau korang perasan mask ni macam ada kilat-kilat sikit.
Hah yang kilat-kilat tu takde pape pun. Tak lekat pun kat muka korang.
Jangan risau ok ?

Cara pakai mask ni macam mask lain jugak.
Sapu je dekat muka korang.
Jangan ikut aksi merbahaya aku ni tau.
Hahahahhaha.
Nak cabut tu seksa beb.
Tanggal semua bulu roma aku !! (ngeri)

Bila dah kering nanti.
Muka korang akan tegang setegang tegangnya haaaa
Tunggu lagi seminit dua
Pastu baru lah cabut dengan perlahan-lahan
Jangan gelojoh nanti whitehead semua tu tak tertarik pulak

Haaa bila dah cabut tu. Lega sikit rasanya.
Pastu boleh korang cuci sisa-sisa mask yang berlebihan tu
Lupa nak bagitahu korang yang mask ni tak kuat sangat pun tarikkannya
So, tak payah risau sangat takut tertarik kulit muka ke hahaha
Lepas cuci tu, terus pakai toner okayy ?
Untuk tutup balik pori-pori yang dah terbuka tuuu

Okayyyy.
Selamat bermasking korang.
Sekian.
Assalamualaikum.
(11:50 malam)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

29 December 2015

Mask Review #3 : Daiso Natural Pack Charcoal Peel Off Mask

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Dah nak akhir-akhir 2015 ni, nak share jugak produk yang aku beli dekat Daiso.
Dulu semua barang dia RM5. Sekarang dah naik RM5.30 (gst everywhere)
Kalau korang pergi Daiso, pastikan beli barang yang berbaloi untuk RM5.30 tau.
Tak payah lah beli barang yang kecik-kecik macam pen sebatang sebab tak berbaloi i told ya !
Beli barang yang besar yang korang rasa kat tempat lain tak dapat dengan harga RM5.30
Gituuuu tips dari aku untuk berbelanja di Daiso.
Hahahahahha...

Ok. Sambung balik.
Aku beli mask ni dah lama dah. Beli dekat Daiso, Aeon Subang
Mask ni takde lah best sangat. Serious talk ! Hahahahha
Taktau sebab dia murah atau apa pun. Tapi bagi aku memang tak best sangat. Taktau bagi orang lain macam mana kan. Kulit orang lain-lain kan. 

Mask untuk blackhead dan whitehed katanya.
Jangan risau kat belakang tiub ni ada description dalam bahasa inggeris. 
Anddddddd
it was MADE IN KOREA yaww !

Tekstur dia pekat macam peel off mask lain jugak
Tapi yang tak tahan bau dia 
Bau dia kuat sangat tapi taktau bau apa
Macam alcohol pun ada gak. 
So, bila pakai dekat hidung terpaksa lah tahan nafas jap.
Hahahahha

Dah cuba pakai beberapa kali.
Sebab nak tarik keluar whitehead yang sibuk nak bertenggek kat hidung. Hahaha
Tapi ....
Kulit jadi kering. Tak tau lah kalau mask ni absorb kelembapan kulit kita ke cemana. 
Hahahahaha

The final result
Mask ni tak dapat nak tarik segala whitehead sangat.
Bila nak tarik dari muka tak sakit sangat
Tapi kulit aku jadi kering sangat sampai macam mengelupas pun ada :(

Jadi, aku tak galakkan korang beli. Tapi kalau korang nak cuba boleh lah beli setiub kongsi lima- enam orang. Lagi jimat camtu. Hehehe
5.30 bahagi 6
sorang RM0.883333333 je
Hahahaha.
Sekian.
Assalamualaikum.
(9:45 pagi)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !