Showing posts with label TipsAfrah. Show all posts
Showing posts with label TipsAfrah. Show all posts

11 October 2018

TipsAfrah #7: Cara bersihkan tudung chiffon

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hai! Siapa kat sini daripada peminit bawal crepe terus bertukar ke bawal chiffon? Aha! Sep sikit! 👐👐
Sekarang ni aku suka pakai bawal chiffon sebab best. Dan disebabkan aku rasa muka aku tak sesuai pakai shawl so kita pakai bawal chiffon. Tapi bawal chiffon ni kalau nak beli kena beli yang mahal sikit macam RM15 keatas sebab kalau yang murah-murah sangat tu kekadang susah gila nak bentuk. Pastu kain licin yang takkan terbentuk elok tanpa bantuan starch. So, better beli mahal sikit kan. Nak gosok senang tak payah nak spray starch bagai. Tudung pun nampak elok je. 

Tapi yang susahnya bila pakai chiffon ni segala minyak, foundation mesti akan berbekas. Lagi-lagi dekat sekeliling muka kan. Confirm punya lah! Tak kira tudung warna cerah ke gelap ke mesti ada kesan peluh. Dah basuh machine banyak kali pun tak hilang-hilang. Sis stress! 😬

Tengok macam atas tu. Kesan foundation lekat dekat tudung. Tu kalau tak bersihkan elok-elok mau sampai next nak pakai pun still ada lagi bekas. 

So, harini aku nak share satu tips mudah dan simple untuk hilangkan segala bekas minyak, peluh, foundation dan sebagainya lah. Tips ni yang paling penting adalah kerajinan! Kalau tak rajin mesti tak mampu nak buat punya.

Nombor satu! Apa yang korang kena ada ialah sebuku sabun mandi jenama apa pun tak kisah. Nombor dua! Berus baju yang tak keras kejung. Kalau ada berus yang sabut tu pun okay. Tapi jangan berus baju yang biasa keras tu nanti kasar dan rosak tudung korang. Make sure berus tu lembut je tau. Kalau takde berus baju, boleh je guna tangan gosok gitu. 

Pastu apa yang kita perlu buat ialah, ambik tudung korang dan gosokkan dengan sabun mandi tu masa tudung tu kering. Pastu rendam dalam baldi yang berisi air. Rendam lah berapa lama korang nak rendam tapi jangan sampai berlendir. Aku pantang betul orang yang rendam baju sampai berlendir busuk. Euw! 

Aku takde gambar proses ni. So, korang pandai-pandai lah baca ya. Dah besar kan 😜

Lepas dah rendam dalam lebih kurang setengah jam macam tu, guna berus baju yang lembut dan gosok dekat area kesan tadi tu slow-slow. Sampai korang dah tak nampak kesan tu. Boleh gosokkan sikit sabun mandi kalau tak cukup. Area yang takde kesan tu better tak payah gosok guna berus. Biarkan je atau gosok guna tangan gitu-gitu. Pastu boleh bilas dan perah slow-slow. Tak kering sangat pun takpe. Terus sidai elok-elok. 

Sidai dekat hanger plastik tau. Jangan sidai dekat ampaian besi yang dah berkarat ke apa k. Nanti ada kesan karat pulak dekat tudung. Dah kering nanti korang tengok okay.

Ada kesan lagi ke tak. Kalau ada lagi maksudnya korang buat tak betul lah tu. Hahahha. Takde lah mungkin kesan tu dah lama sangat berkurun tu yang susah sikit nak hilang. Takpe keep doing it. Nanti lama-lama dia hilang okay.

Kalau korang try nanti, korang bagitahu lah aku dekat comment. Menjadi ke tak tips ni. Okay? 💗

Kalau tips ni tak jalan, korang boleh try letak bedak powder tu dulu sebelum basuh. Untuk hilangkan minyak dan peluh jugak. 

Sekian saja tips dari kita 😚
Assalamualaikum.
(1:40 petang)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

26 June 2018

TipsAfrah #6: Cara bersihkan beauty sponge paling simple dan jimat

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Kembali lagi dalam TipsAfrah. Hihi 💛


Sebelum ni aku pernah post cara nak bersihkan brush kan. Hah ni untuk beauty blender/sponge/puff pulak. Sebab kenapa aku buat entri lain untuk sponge ialah sebab sponge ni tak boleh bersih dengan sabun basuh pinggan mangkuk biasa tau. Dia lain sikit. Kalau brush tu dia kotor dekat luar je kan. Haa sponge dia kotor sampai dalam. Kalau tak basuh betul-betul, kotor dia memang susah gila nak tanggal. Lagi-lagi kalau guna foundation takpun concealer.

Benda yang diperlukan untuk bersihkan sponge ni satu je. SABUN BUKU! Hah macam tak caya kan. Tapi aku guna sabun je weh. Terus hilang kotor dan bersih pastu wangi pulak tu. 
Tak kisah lah sabun buku jenama apa pun. Janji nama dia sabun buku hah dah okay. Tapi aku cadangkan gunakan yang biasa punya macam jenama Lux/May/Dove sebab dia wangi. Kalau guna yang anti-bakteria boleh je tapi bau dia tak best sangat lah kan. Murah pun murah💐

Okay. Cara dia senang je tau.

Basahkan sponge dulu sampai betul-betul basah tau. Kalau boleh rendam dulu dalam air. Tapi aku suka tambah sabun basuh tangan sikit. Sesaja. Taknak pun takpe. 😊
Biar sampai dia kembang.

Pegang sabun buku tu bawah air yang mengalir. Bukak kecil je tau. Jimatkan air! 💧
Hah tu ada cebisan daun salad dalam sinki. Aha! 😂😂

Gosok-gosok sponge tu dekat sabun sampai kotoran semua tu hilang. 💪
Pastu tekan-tekan sikit sponge tu dalam bersihkan guna air. 
Selagi tak bersih ulang je step ni. 

Bila dah betul-betul bersih baru perah lebihan air dalam sponge tu.
Make sure dia dah tak bersabun dah tau. Kalau ada sabun lagi perah dia bawah air yang mengalir. 
Gitu ~
Sampai kecut jari 😁

Dah puas hati dengan kesucian sponge tu. 
Boleh lah kering dibawah kipas.

Hah senang je kan. Tak payah guna banyak benda pun. Kalau korang memang guna sabun macam tu untuk mandi. Siapkan satu sabun asing untuk sponge saja tau. Kalau boleh janganlah guna sabun mandi tu untuk bersihkan sponge tau. Tak hygienic lah gitu kan~

Sebelum ni aku pernah gunakan teknik basuh brush untuk sponge tapi tak dapat bersihkan sponge betul-betul. Ada lagi sisa-sisa foundation yang tinggal. Bila guna sabun buku baru lah bersih dan wangi ~
Dan aku tak pernah lagi try teknik yang guna microwave tu. Haha sebab takut kecut takpun terbakar pulak sponge. Mahal tau tak satu sponge tu. 😂😂

Hah astas tu baru separuh je. Nasib baik lagi separuh tak guna lagi sebab muka pun ada satu je. Aha! Sponge aku yang paling mahal warna pink pekat tu. Beli dekat Sasa. Lembut dan mengembang 3kali ganda daripada saiz asal. Tapi dah terputus dua sebab terperah kuat sangat. Ahahah! 😂 Dan kecik-kecik tu beli dekat Shopee satu set ada banyak gila. Mula-mula pakai keras kejung tapi bila dah lama-lama plus dah basuh banyak kali dia jadi lembut. 👍👍

Puff tu pulak dari bb cushion dengan air cushion blusher. Itu pun aku basuh tau. At least sebulan sekali. Nasib baik tak lunyai. Aha! Puff coklat tu pulak daripada compact powder. Aku basuh jugak. So, senang cerita semua benda yang ada puff semua aku basuh. Hihi

Teknik ni boleh jugak digunakan untuk bersihkan brush tau. Berkesan gila! Bersih + wangi! Korang boleh try okay.

Sekian.
Assalamualaikum.
(12:50 tengahari)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

12 January 2018

TipsAfrah #5 : Muka breakout sebab cuaca

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hi girlfriends. Sebelum aku balik campus untuk final exam. Nak share satu benda dengan korang. Iaitu cara nak rawat kulit breakout sebab cuaca. Aku taktau kalau orang lain ada masalah yang sama ke aku je. Aha. Tapi serius muka aku akan breakout teruk bila musim panas. Walaupun duduk Malaysia yang sememangnya ada satu musim je tapi musim panas yang aku maksudkan ialah musim panas yang kurang hujan. Selalunya tengah-tengah tahun macamtu lah. Gambar ni gambar kulit aku masa musim panas tu lah 👇👇👇👇
  
Kulit aku akan keluar banyak jerawat kecik-kecik pastu ada jugak jerawat yang takde mata tu peh sakit dia. Tuhan je yang tahu huhuhu. Pastu merah-merah, kulit kering yang flaky tu, pori jadi lagi besar, tak glow. Huuuu. Sis sedih 😭

Bila nak keluar atleast kita nak tepek bedak ke apa kan tapi ni tepek bedak pun jadi tak kena sebab flaky skin. Dia macam bersisik tau. Lagi tepek bedak ke bb cream ke lagi nampak kering/flaky. Pastu muka jadi macam gatal-gatal. Tu yang tak best. Rasa nak garu je tapi bila garu sakit pulak. Adui lah.

So, sekarang aku nak share lah beberapa produk yang aku pakai untuk rawat kulit aku. Aku bagitau awal-awal lah eh yang ni sesuai untuk kulit aku, kalau korang nak try pun boleh tapi kalau tak sesuai tu pandai-pandailah cari cara lain eh. Sebab aku takde lah pro dalam skincare ni aku pun baca dari orang lain jugak. First tips nak rawat kulit adalah rajin membaca. Hehe 😃
Produk yang aku guna  
Eucerin pH5 Washlotion
Kulit aku sesuai dengan face wash ni. Dia lebih kurang macam Cetaphil jugak tapi Cetaphil aku pakai dah 3 botol besar yang pump pun takde kesan. Sebabtu aku tak review pun dalam blog. Tapi this one works well on my skin. Dia boleh pakai dekat muka dengan badan. Nama je washlotion tapi dia sabun biasa je. Cuma dia tak bersabun sangat sikit je sabun je. Bau pun mild je. Sebab dia low pH so tak boleh pakai lama sangat maksudnya dah sapu dekat muka terus bilas gituuu. Pastu dia tak keringkan kulit. Face wash ni sesuai sangat untuk keadaan kulit aku masatu. Tak pedih takde apa. Takde rasa tegang ke apa. Takde.

Aku beli dekat Guardian tak silap. Ni botol besar RM30+ tak silap sebab aku beli masa sale kalau tak sale lagi mahal. Ada botol kecil RM20++. Aku pernah pakai yang kecil dulu sebab kulit gatal-gatal. Sebab dia best terus beli yang besar. Hihi

DIY Apple cider vinegar face toner
Toner ni best sangat. Walaupun bau dia busuk sikit sebab cuka kan. Tapi dia berkesan. Cara nak buat dia guna ratio 1:1. Maksudnya 1 sudu acv tambah 1 sudu air masak. Untuk ratio 1:1 ni toner boleh tahan dalam seminggu lebih. Kalau nak banyak boleh tambah lagi. Tapi aku suka buat sikit sebab baru freshly made gitu. Takde lah simpan lama sangat. Dah habis je terus buat lain. Tapi toner ni kena tengok keadaan kulit jugak tau. Kalau korang guna ratio sama rata kulit jadi pedih, korang boleh tambah beberapa sudu lagi air masak so kurangkan sikit acidity dia. Aku guna Raw Organic Apple Cider Vinegar tau yang ada 'mother' dia sekali. 

Kebaikan acv face toner : 
📌 great for acne prone skin
📌 works as an exfoliant, helping to rid the skin of dead skin cells, dark spots, scars, and acne.
📌 helps fight against changes to the skin structure associated with aging.
📌 keeps the skin moisturized and hydrated
📌 normalizes the skin pH.
📌 it’s great for freshening and removing excess oils and make up
📌 it’s super-duper affordable
(aku google english 😛)

Kesan dia akan nampak dalam seminggu lebih macamtu. Kulit aku takde dah merah-merah. Pastu paling best tiny bumps dekat muka pun makin kurang. Parut jerawat makin pudar. Sebelum ni kulit aku berminyak pun aku pakai ni jugak. Seriously, kulit akan jadi kurang berminyak pastu kulit nampak bersih. Murah pun murah. Cuma kena beli acv dengan spray bottle je. Bajet dalam RM20+ je. Best ! Sapa yang suka diy skincare kena try this toner. Best gilaa ! 👌👍

Hanaka Hyaluronic Acid Sleeping Pack [review here]
Yang ni aku dah review kan. So, sesiapa yang belum baca boleh klik atas tu okay. Selalu selepas toner terus sapu ni. Aku buat macam essence takpun serum gitu. Sebab dia sangat lightweight pastu watery texture. Sejuk je kat muka. Best gila. Pastu kekadang buat tidur letak tebal-tebal sikit. Pagi esok bangun muka fresh gila pastu lembut je. Boleh kurangkan dry flaky skin aku. Lagi best daripada aloe vera gel biasa. 👍

Safi Minyak Zaitun
Macam yang semua tahu minyak zaitun ni memang sesuai untuk dry skin kan. Sebab tu aku pakai. Tapi pakai pun masa takde keje. Maksudnya aku pakai sambil tengok tv tu aku sapu dekat muka pastu buat urutan gitu. Bagi dia serap dalam kulit. Pastu biarkan dalam 30 minit then basuh. Tapi kekadang tak basuh pun biar je. Sebab best kulit rasa moist gitu. Hihi. Kalau tak guna olive oil, aku guna vco sebab lebih kurang je benefit dia. Tapi vco aku tak suka bau dia pastu texture lagi heavy daripada olive oil. So, aku suka olive oil hihi 😁

Kebaikan minyak zaitun:
🎶 as an intense moisturizer
🎶 calms irritated and inflamed skin
🎶 help to gather and neutralize free radicals that can otherwise damage the skin and advance the appearance of aging
🎶 has many vitamins, including A, D, and K, as well as vitamin E
🎶 helps to moisturize and hydrate skin
(aku google english lagi 😜)

Okay. Tu je antara produk yang aku guna. Produk lain yang mungkin penyumbang kepada penyembuhan muka aku ialah bedak sejuk. Sebab kekadang kalau rajin aku pakai bedak sejuk. Tapi kalau produk je tak berkesan kalau tak minum banyak air. Mesti bosan kan dengar orang cakap nak cantik kena minum banyak air. Aku pun penat dengar jugak. Hahaha. Tapi betullah kalau tak minum air nanti muka kering lagi senang breakout. Huuuu 💦💦

Aku sekarang tengah mencuba lagi minum air secukupnya. Tapi susah sangat ya tohan. Terseksa rasanya nak habiskan satu botol 1.5L pun. Semoga tahun baru ni aku dapat minum cukup air dan bersenam sebab nak turunkan berat. Hihi. Gambar terkini takde sebab still dalam keadaan yang sama. Nanti dah okay aku buat nentri baru sekali dengan gambar okay. 💋


Sekian.
Assalamualaikum.
(9:35 malam)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

15 July 2016

TipsAfrah #4: Bersihkan berus makeup

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hi. Bertemu lagi kita dalam post TipsAfrah. Hehehe
Okayy lah guys. Harini nak share cara bersihkan make-up brushes dengan cara paling senang dan jimat gituuu. Takde apa yang lagi best selain perkara yang menjimatkan. Yeay !

Okay. Atas ni brush yang dah guna untuk eye shadow, foundation, powder dan sebagainya. Nampak tak berus tu dah warna coklat tuu. Haaa kotor tau tuu. At least kena cuci seminggu sekali untuk yang selalu pakai makeup. Macam aku baru nak belajar ni, aku tak pakai pun masa nak keluar rumah. Just practicing whenever i think want to. So, aku basuh 2 minggu sekali.

Brush egg ni adalah alat untuk bantu kita bersihkan brush. Kalau takde ni pun takpe kot. Eh kot pulak? Hahahhaha. Tapi selalu orang yang ada makeup brush ni mesti at least ada satu brush egg ni. Benda ni bukan khas untuk cuci brush je. Kalau tengah pakai eye shadow pastu ada satu brush je, benda ni boleh guna sebagai hilangkan warna eye shadow sebelum tu. Haaa nak explain pun tak reti. Hahahaha. 

Hmm, macam ni lah nak bagi contoh eh,
first korang pakai warna coklat, pastu nak guna warna gold pulak, so takkan lah nak guna brush yang sama kan. Nanti tak cantik lah. So, sebelum nak guna warna lain tu gosok brush dekat brush egg tu pastu guna lah warna kedua tuu haaaaaa. Panjang berjela explain kat korang. Kalu tak faham jugak tak tau lah akuuu. Tapi ni untuk yang tak tahu apa tu kegunaan brush egg tau. Yang dah expert tu dont judge gituuu. Hahahaha. Kita pun beginner jugak !!

Ambik mangkuk kecik yang berisi air dan sedikit cecair basuh pinggan. Hah. Guna dishwasher liquid je uolsss. Murah dan jimat sesangat. Yang nak guna pencuci khas untuk brush pun boleh. Takde paksaan untuk ni. Hahahahhaha. Rendam dalam 5-10 minit je.

Letak sikit dishwasher detergent dekat brush egg. Pastu gosok brush satu-satu dengan sangat cermat dan berhati-hati. Kalau tak nanti brush rosak lah uols. Ingat murah ? Hahahahha

Haaa ini yang ada selesai gosok. Tinggal nak bilas dengan air je.

Ini pulak yang dah selesai bilas. Dah bersih dan wangi. Lepas dah siap semua ini, ambik kain bersih untuk keringkan dan bentukkan balik bulu brush tu. Dah buat tuu, boleh jemur kat luar. Dalam rumah pun boleh. Janji kena sampai kering yang betul-betul kering baru boleh guna. Letak bawah kipas berapa jam pun boleh kering punya lah. :)

Selamat mencuci brushes uolss 
Sekian.
Assalamualaikum.
(9:08 malam)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

16 August 2015

TipsAfrah #3 : Hilangkan sunburn

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Bagi yang tak tahu lagi, aku merupakan bekas pelatih PLKN Princess Haliza, Sepang. Kumpulan 1 Siri 12/2015. 
So dapat sunburn pun dari situ lah. Member tanya sunburn dah hilangkan ke belum ? --- Of course dahhh !!!
Hahahahaha. 
Atas ni gambar masa pergi menembak dekat Bukit Jugra (Ya Allah, sememehnya muka dengan tudung senget benget. hahahha), sebelahnya pulak bulan April tahun ni. Kalau ada yang tanya tips cepat hilangkan sunburn memang aku takde jawapan. Sebab aku takde buatpe pun. Masuk plkn 6 Dis 2014 sampai 14 Feb 2015
2 bulan 2 minggu dekat kem. Minggu pertama je memang dah sunburn muka. Sebab kulit aku memang jenis yang cepat kena sunburn, cepat kembali normal. Lepas dah sebulan lebih balik dari kem, muka dah tak berapa sunburn dah. Cuma jerawat je yang muncul tak henti-henti. Gituuu ~

Satu je yang payah sikit tang muka aku ni.. JERAWAT. Ohmaiii payah naaa nak hilang. Mungkin faktor hormon yang berapa nak baik sekarang ni. Hahahaha. Kejap ada, kejap takde. Sebulan muka bersih tanpa sebiji pun jerawat, bulan depan hah hambek penuh tang pipi dengan dahi. Part tu je yang dia nak muncul pun. Part lain dia taknak muncul. Sampaikan dekat kem cikgu pernah tanya ; awak ni demam denggi ke sebab ada bintik-bintik merah. Aku jawab ah ; eh takde lah, jerawat lew cikgu.

Aku rasa ni lah muka paling sunburn yang pernah aku ada. Hahahahahahaha. Dekat plkn takdenya nak pakai sunblock, bbcream bagai. Tak sempat. Tepek bedak baby je yang mampu. Malam bila nak tidur sapu gel aloe vera untuk cooling-kan muka setelah lama berjemur disebelah paginya...
Mungkin ada orang yang sempat pakai semua produk jaga muka tapi orang tu mesti paling lambat siap. Aku masuk je plkn memang redha seredha-redhanya dah. Lantak pi lah muka serabut sememeh macam mana pun janji siap awal dan tak kena bebelan makian daripada i.c (ketua). Hahahahahahaha
Senang cita memang takde niat lain dah (contohnya ; cari bakal suami or what-so-ever) 
Masuk plkn 2 bulan dan keluar dengan takde hati kat sapa-sapa kat sana walaupun ramai pulak lelaki yang handsome kat kem. lol ~

Cuma yang paling penting untuk hilangkan sunburn bagi aku ialah jangan banyak sangat terdedah dengan cahaya matahari pastu jaga muka macam biasa lah. Tu je kott. Takdenya nak bertips-tips bagai. Hehehehe. Kalau boleh duduk je dekat rumah sebulan, insyaaAllah berkuranganlah sunburn tuuuu…. Lagi satu, aku tak percaya sangat dengan produk putihkan kulit cerahkan and what-so-ever (again!) sebab nampak FAKE ! Kau ubah diri kau sendiri. Kalau pakai pencuci muka tu tak kisahlah, ni yang sanggup telan pil besar gabak semata-semata nak putih-flawless-gebu. Eh tolonglah. Be yourself ! Allah dah bagi cukup cantik dah. (eh dah kenapa nak marah-marah orang ni ? hahha)


hah tu tips from your future kid(s) english teacher. InsyaAllah
Tak cukup garang ke tu ?!
nanti aku upgrade lagi ~


Sekian.
Assalamualaikum.
(11:39 malam)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

24 March 2014

TipsAfrah #2 : Cara follow blog

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Ada orang tanya

 ' macam mana nak follow blog ni sebab takde button followers ? '

Lagi satu 

' kenapa tak taruk button followers ? '

Maaflah awak, kita taknak riak. Haha

Cara nak follow blog ni senang je awak.
Pastikan awak ada blog jugak. Kalau takde tu, tak dapek lah den nak nolong. Hihi

Mula-mula bukak blogger.com.
Pastu sign in.


1. Click button ADD

2. Taip link blog yang hendak di follow dekat kotak putih tu.
Akhir sekali, click FOLLOW.
DONE.

Senang sangat. Nanti kalau orang yang awak follow tu buat new entry awak boleh tahu. Dan awak boleh baca dengan mudahnya. Tak payah nak kena ingat link bagai. 

Sekian.
Assalamualaikum.
(11:43 pagi)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

3 November 2013

Tips Afrah #1 : Selembut kaki baby

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

#TipsAfrah ialah entri tentang tips-tips yang aku nak kongsi dengan korang semua. But dont expect too much ! Hahahaha. Sebab mungkin tak se-gah beauty blogger yang lain. Tapi aku cuba. Guna bahasa melayu senang sikit nak faham kan. Hehehehe. Kang aku taip english jenuh korang nak bukak new tap untuk translate guna Google Translate. Hahahah *gurau je k*

Okay untuk entri pertama ni nak share tips lembutkan tapak kaki seperti kaki baby gituu. Tak perlu beli produk mahal-mahal. 

Ok sambung.......

Cara nak lembutkan tapak kaki ni senang je. Tak payah sediakan banyak barang pun. Kita cuma perlukan losyen. Ye, LOSYEN jeeee! Tak kisah jenama apa fungsi apa bau apa. Tak kisah semua tuu. Janji kau ada losyen. Tu dah kira bagussss. 

Ni antara produk yang aku guna. Selalunya aku pakai Vaseline Intensive Care jeeee. Best ! Harga pun baru RM 4.05 kat Guardian.

Sebelum sapu losyen kat tapak kaki, kita kena pastikan kaki kita dah dicuci. Senang cite lepas mandi terus sapu losyen. Sebab losyen tu akan menyerap dengan lebih pantas masa tapak kaki bersih dan lembap. Nak lagi cepat kesannya, sebelum tidur sapu jugak. Sebab masa tidur kaki kita kan tak sentuh lantai dan sebagainya. Jadi, senang losyen nak menyerap. Kalau lebih efektif, pakai stokin lepas sapu losyen. Esok pagi bangun tidur je peh peh tapak kaki macam baby. wuuuu. Hahaha. Tapi kena buat tips ni dengan sekerap mungkin.

Tu jeeeee. 

SELAMAT MENCUBA.

-Gambar hiasan-
( Berjimba lepas habis exam. Hohohoh)

Sekian.
Assalamualaikum.
(2:46 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !