Showing posts with label 5dalam1. Show all posts
Showing posts with label 5dalam1. Show all posts

9 February 2016

5 Dalam 1 #4

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt



1) Beberapa hari sebelum habis final exam, kitorang (housemates) jalan-jalan pergi I-City Shah Alam. Lama gila plan nak pergi tapi tak pergi-pergi sebab jadual memasing padat dan tak sama. Tapi Alhamdulillah sebelum semua bawa haluan memasing (tak sama rumah dah) sempat gak pergi. Hihihi. Sepatutnya satu rumah 6 orang. Tapi sorang dapat tawaran UTEM Melaka. 
Hi Kak Wani, sihat tak ? Hihihi.
Sorry lah tak cerita sangat pasal kampus, housemates, course apa semua. Bukan apa cuma malas nak cerita. Hahahahaha





2) Harapannya bila dapat laptop baru ni makin rajin mengarang tapi hampehh. Makin malas. Hahahaha. Sorry again. Bila free kat kampus aku tak tau nak buat apa. Nak mengarang rasa malas sangat plus taktau nak cerita pasal apa. Masa sekolah dulu banyak cerita nak share dengan korang. Tapi sekarang ni banyak jugak tapi entah lah. Senang cerita tuan punya blog semakin malas. Itu ajaa. Hahaaahaha




3) Awal tahun haritu aku sekeluarga pergi makan-makan dengan seluruh keluarga belah ibu. Dah macam hari keluarga dah. Makan-makan diadakan di Restoran Pantai Jeram tak silap. hehehe. Lupa dah nama kedainya. Seluruh family ada tapi nampak macam tak ramai je. Dalam 30 orang je. Ramai gak lah bagi aku. Gambar-gambar lain malas nak post sebab dah nama entri ni 5 dalam 1. Hanya 1 gambar yang dibenarkan untuk satu cerita. Hahahahahaha




4) Bila first time masuk library selepas orientasi rasa macam peh peh besar gak library ni. Hahahahaha. Kitorang kena cari buku untuk subjek SLTL (Second Language In Teaching and Learning). Penat wehh nak mencarinya. Library je ada 3 tingkat tak silap. Tapi bila jumpa je buku tuuu rasa macam peh peh peh terror gilaaaa aku wehhhh. Hahahahahha
Haaa nampak muka happy lepas dapat buku yang diinginkan. Hahahhahaha




5) Haaa korang ingat lagi tak kat Makcik aku yang kahwin tahun 2014 lepas. Yang tak tau tu boleh le baca entri ni #EpyZuraWedding. Kalau yang ingat tuu. Ni haaa nak tunjuk sikit muka anak dorang. Hehehe. Ni dia Fatinah Humairah bam bam. Hahahahha bulan ni nak masuk 7 bulan tak silap. Dah besar dah. Rasa macam baru je aku cerita pasal dorang merisik--tunang--nikah--sanding. Tup tup dah ada anak dah. Cepat sangat masa berlalu. Huhuhuhu




Okayyy nak cerita itu ajee.
Kepada sesiapa yang merindui coretan hidup sis.
sila stay sampai sis berubah jadi rajin balik ya.
Hahahahhaa

Sekian.
Assalamualaikum.
(9:08 malam)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

1 December 2014

5 Dalam 1 #3

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt


1) Rindu orang Johor.
Sekarang ni abang aku dekat Johor.
Buat praktikal 
hmmm.
Jumpa tahun depan 
Love ya 


2) Keadaan meja semasa dalam minggu spm. Tu belum tengok katil dengan rak buku lagi.
Tunggang langgang ok. 
Penuh dengan kertas trial sekolah lain. Kertas dari form 1 pun ada lagi
Tapi sekarang dah bersih sebersihnya.
Semua dah masukkan dalam kotak untuk disimpan.


3) Rindu nak ada kelas tambahan lepas sekolah.
Walaupun selalu ponteng . hehe
Rindu teman sekelas yang riuh rendah
Rindu semua walaupun baru 6 hari aku tinggalkan dunia high school
amboi, high school ok 


4) Favourite drink 
Honey basil + magic balls
Hanya ada di Cool Station.
Serius sedap gilaa
Cuaca panas pastu minum ni. perghh


5) Happy Belated 15th Birthday !
Baru sambut birthday adik.
Kek beli dekat Berry's
Sedap sangat
Harga pun ok
seriously, lagi sedap dan murah daripada king's

xoxo
Sekian.
Assalamualaikum.
(10:01 pagi)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

1 March 2014

5 Dalam 1 #2

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

1) Niat dihati nak berjimat cermat untuk masa hadapan. Tapi... tahun ni kan tahun banyak pakai duit. Sebulan belum tentu penuh bekas kecik ni. Tengah berusaha untuk hadkan perbelanjaan harian. Hehe.Fighting !!



2) Beberapa hari kemudian, handphone kegemaran pula rosak. Screen je rosak tapi yang lain ok lagi. Tau-tau je orang nak beli handphone baru. Haha. Dah selamat dikebumikan dalam kotak. 


3) 14 FEB 2014 :  Sambut birthday Ayah kecil-kecilan tanpa abang disisi. 
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE-45, AYAH !
Semoga sentiasa murah dengan rezeki, dilimpahi rahmat, berkat dan kejayaan.
Amiiin..


4) Terjumpa permainan ni dalam laci almari lama. Haha. Masukkan bateri terus hidup. Abang punya masa dia 12 tahun (dia kata). Sekarang dia dah 19 tahun, jadi game ni dah berusia 7 tahun. Huuuuuu.... Panjang umur nii..


5) Nak tunjuk sikit Si Shippeo kesayangan yang dah besar dan cerdik walaupun tidak dikurniakan akal. Hihi. Mata tuan dia nampak satu je. Bagi peluang kat Shippeo selfie pulak. Hahaha

Sekian.
Assalamualaikum.
(3:29 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

9 July 2013

5 Dalam 1 #1

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt 

* Perasaan nak mengupdate blog tu ada tapi agak malas-malas gitu. So apa kata kita update sekali tapi ada 5 cerita dalam satu entri. Hihi

Selasa, 9/7/2013 bersamaan 30 Syaaban 1434H
H A P P Y 9th B I R T H D A Y, B A B Y S I S T E R.

Beli 'PlainSyria' kat Collection_By_SHE (online)
Jom ramai-ramai terjah C_B_S. Banyak lagi shawl yang cantik-cantik dan extra wide.
So, boleh cover our aurah. 

FACEBOOK : collectionbyshe
INSTAGRAM : collection_by_she

Kittycats yang dah besar dan makin berat dan masih lagi comel.
Sedap je dia tidur masa hujan. Siap ada selimut jalur-jalur lagi.

Selalunya time nak dekat raya baru sibuk nak kemas laci tudung.
Kali ni nak dekat puasa dah sibuk kemas laci tudung. Hihi.
Baru sedar yang sebenarnya aku ada banyak tudung.
Tapi kalau pi jenjalan asyik pakai tudung yang sama je.
APTB ~
Mumtaznya.....
Selamat menyambut Ramadan tahun 1434H.
Semoga Ramadan tahun ini lebih baik dan lebih sempurna dari Ramadan tahun sebelumnya.
Insya Allah ~

Tanananananannanananananananaa....
Sehari berpuasa terasa sungguh dahaga
Waktu berjalan laju tidak sabar ku menunggu
Nenek selalu berpesan jangan mengikut nafsu
Jangan kita ikutkan itu perangai hantu....

*Seterusnya..nyanyi sendiri :b


Sekian.
Assalamualaikum.
(2:07 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !