Showing posts with label JalanJalan. Show all posts
Showing posts with label JalanJalan. Show all posts

10 August 2016

Jenjalan @ Kuala Terengganu

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt 

Hai. Nak share story pergi Kuala Terengganu bulan 2 haritu. Okay. Ini memang cerita basi. Hahahha. Mohon bertahan ! :)

Kitorang pergi Terengganu sebenarnya nak pergi kenduri kahwin abang sepupu. Tapi ni belah perempuan punya. Dia buat dekat Stadium tertutup Kuala Terengganu kalau tak silap. Dah lama punya story kan. Banyak benda dah lupa. Hahahaha. Yang aku ingat depan dengan hospital dan Pantai Batu Burok :)

Oh ya. Lupa nak cerita kitorang dari rumah pukul 3 pagi tak silap. Haa gigih tau nak gi kenduri kat Terangganu ni. Sampai sana dalam pukul 12 tengah hari jugak lah campur dengan sesat semua. Masuk dewan sekali dengan rombongan pengantin.

Kat situ dapat lah kitorang makan makanan tradisi Terengganu. Laksam, Nasi dagang, dessert yang ada ubi kuah putih dan banyak lagi weh. Sampai tak tau nak makan yang mana satu. Hahhaaha. Kambing bakar pun ada. Cendol pun ada. Hah semua ada lah. Boleh jugak masuk tekak jawa mat saleh aku. Hahahha.

 Family.
Tema patutnya warna biru tapi kitorang just like "do we care ?" hahahha kemain. Papepun makanan dia memang sedap. Haaaa taktau nak cakap apa lagi. Pastu lepas makan-makan dan tangkap gambar semua terus gi cari homestay terdekat. Homestay yang kami duduk tu dekat dengan Pantai Batu Burok. Jalan dalam 20-25 langkah je dah sampai pantai. 

 Hah ni dia pintu masuk homestay. Dah namanya homestay mestilah macam kampung. Semalam dalam RM200 kalau tak silap. Ada tiga bilik. Setiap bilik ada aircond. Ada peti ais. 2 bilik air. Dekat dengan kedai makan. Memang senang lah duduk sini. Semua ada. Hah satu je yang tak ada iaitu iron. Benda paling penting tu. Nasib baik aku ada bawah tudung sarung hitam yang sekolah punya tu. Hah senang sikit.

Masuk homestay je. Terus rehat-rehat, baring, solat semua. Pastu petang sikit pergi pantai. ya Allah masa tu pantai sangat lah berangin i tell you. Angin yang sangat kuat. Tapi best sebab sejuk. Hehehehe
 Ini budak tak sabar nak berenang tapi tak boleh sebab cuaca tak mengizinkan. Masa tu tak ramai orang sangat kat pantai. Oh ya kalau kat sana boleh jugak round keliling pantai dengan kereta kuda. Tapi kitorang tak naik pun. Sebab takde rasa nak naik masa tu. Hahahha

 Dah takleh mandi manada, main pasir pulak dorang ni. 
(seriously i don't know what to write anymore)

 Hah ambek muka ditiup angin bayu ecewah
Angin dia tu bawah sekali dengan air laut sebab bila jenjalan kat kawasan tu je muka macam ada air sikit. Aku taktau macam mana nak terangkan. Hahaha. Pastu kalau jilat bibir mesti rasa masin. Hahahahhahahaha. LOL
Itu menerangan terbaik yang aku boleh bagi. :p

Dah penat jenjalan dekat pantai. Malam tu lepas maghrib kitorang keluar makan dengan keluarga abang sepupu dekat D'Ganu Cafe, Pulau Duyong. ya tohan packed sangat tempat tu maybe sebab hari sabtu kan. Yang tak best nya kat situ ialah steamboat dia jenis yang berportion. Bukan buffet. So bagi aku tak best lah. Dah tu sos dia bagi sikitnya ya tohan. Eh tapi tak boleh nak complain bebanyak sebab orang belanja. Hahahaha. Balik tu singgah homestay abang sepupu pulak. Dah tu balik homestay kitorang. Itu je kisah sehari di Kuala Terangganu.

Muka tak mandi. Nak cari breakfast. Hahahahha
Esoknya pulak pagi-pagi dah gi pantai nak ambik angin pantai katanya. Pastu beli breakfast dekat kedai yang aku kata dekat dengan pantai tu. Pastu balik mandi, Haaa tadi keluar tak mandi lagii. hahahah kantoi sudah ! Lepas mandi semua kemaskan beg bawak masuk kereta. Pastu gerak pergi Pasar Payang. Shopping habis ibu aku. Sampai kereta ya tohan pack nak mampuih weh. Nak letak kaki pun tak boleh. Kena bersila atas kerusi kereta tu. Hahahaha ~

Okay guys. Itu lah cerita first time aku dan keluarga pergi Kuala Terengganu. Sebenarnya aku nak letak video dekat pantai tapi malas pulak nak upload bagai. Yang follow aku dekat insta boleh lah tengok. Yang tak follow tu hah pandai-pandai lah bawak diri ke insta ye.

K. Nanti kalau aku pergi makan angin kat mana-mana. Aku share lagi eh. Tapi macam biasa lah mesti cerita dah basi baru nak share. kihkihkih

Sekian.
Assalamualaikum.
(3:29 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

28 June 2014

Family Day @ Pengkalan Balak, Melaka

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Family Day @ Pengkalan Balak, Melaka. ( 7-8 Jun 2014)

Sebenarnya family day ni reunion ayah dengan kengkawan form 5 dia. Semua bawak family masing-masing. Bayangkan lebih kurang 28 tahun tak jumpa tuptup jumpa pastu bawak anak-anak. Anak-anak pulak semua dah besar-besar. Ada yang dah kahwin. Ada yang dah nak jadi atok nenek pun. Perghh

Masa ni abang tak ikut sebab dia kerja. Kitorang dari Sungai Buloh pukul 8 pagi tak silap. Dan sampai sana lebih kurang pukul 2 petang. Masing-masing dok tahan lapar sebab tak berhenti kat mana-mana pun. Takut lambat sampai katanya. Kita stay 2 hari 1 malam dekat Chalet Darul Aslah. 

Lepas Zohor, makan tengah hari pastu baru rehat kejap. Yang paling aku tak boleh lupa, lepas lunch hari pertama masing-masing kena perkenalkan diri. Dorang cerita balik kenangan masa sekolah, lepas SPM, kahwin, ada anak, kerja apa, isteri/suami orang mana. Ada yang lawak gila-gila. Tak henti-henti aku gelak.

Tetiba terfikir, macam manalah keadaan kawan-kawan aku yang gila-gila dalam kelas tu dalam masa 20 tahun akan datang. Hahaha. Gaisss, kita pun kena buat reunion jugak tau nanti. Hihi. (kalau panjang umur // dengan izin Allah)
Meh tengok gambar  

Sepanjang perjalanan
Tak jemu mata memandang
khazanah milik Allah
Cantik !
 Subhanallah.
Cantik sesangat pemandang kat sana.
Pandang kiri laut. Pandang kanan rumah-rumah kampung.
Cantik ! Serius !!
Depan Chalet Darul Aslah
Lupa nak ambil gambar depan chalet.
Sampai je ada 2 orang kawan ayah sambut.
Ayah kena isi guestbook.
Ambik gift dan baju untuk aktiviti esok.

Chalet Darul Aslah. Bagi aku ok lah
Best sebab depan chalet ni boleh terus ke pantai.
Bilik air ok. Air sejuk. Best !!
Ada aircond. Memang malam tu tak boleh tidur sebab sejuk.
Memasing malas nak naikkan suhu.
Ada 1 katil queen 1 single
Kalau tak muat kena tidur bawah. kekekeke

Lepas Asar kitorang ke pantai pulak.
Lepak kejap.
Pastu ayah ada perlawanan bola tampar.
Kitorang adik beradik duduk kat pantai je.
Ibu teman ayah.
Kekasih hati
Fiddunya wal akhirah
Duduk atas pasir pantai pastu kena marah dengan ayah.
kekekekeke
Takut baju seluar masuk pasir katanya.
Sungai Buloh     Melaka
with love (konon)
Padahal
 taknak ikut tapi kena paksa.
Kahkahkahkahkah
Senja.
Masa ni belum pukul 7 lagi.
Ibu suruh kitorang balik chalet sebelum pkul 6:30 petang.
Sebab kena Maghrib  Isya' berjemaah
Pastu ada sembang santai dengan cikgu Ayah, Cikgu Rohana (Eh ? Betul ke ni nama dia ?)
Pastu ada makan-makan. Ayam bakar, Ikan bakar.
Sedap sebab fresh dari laut. Ayam fresh dari reban. kekeke
Pastu ada tayangan slide gambar dorang dulu-dulu.
Gambar reunion yang sebelum-sebelum tu.
Pastu macam biasa karaoke.
Tapi lepas makan, kitorang (kecuali ayah) terus masuk bilik.
Nak tidur ! Tapi tak boleh sebab bising.

Aku tangkap gambar adik aku kemain cantik.
Dia tangkap gambar aku masa aku tak ready.
Tangan tu sebenarnya suruh dia set something kat kamera.
Tapi ntah dia buat ke tak.
Sebab tu gambar dia nampak senja,
gambar aku nampak errrrr...
Macam ni kau balas jasa akak dik oi !

Lepas breakfast, pergi pantai.
Ada aktiviti sikit.
Family
(tiada gambar gambar : abang)
Masuk pertandingan masukkan pasir dalam botol
tapi dapat tempat ke-4
tak dapat masuk final.
Sedih !
Ibu masuk aktiviti rebut kerusi.
Tapi kalah jugak.
Ibu Ayah Adik masuk aktiviti baling belon
tapi kalah jugak
Takde rezeki
Dah habis semua aktiviti.
Tangkap gambar dengan semua yang ada.
pastu mandi laut.
Ada yang naik banana boat.
Teringin tapi tak berani. Hahaha
Pastu kembali ke chalet .
Kemas-kemas nak balik.
Pastu ada majlis penyampaian hadiah dan lucky draw
Pastu lunch
Pastu salam semua.
Dan balik
Yeayyyy !
Lucky draw.
Dah sampai rumah baru nak ambik gambar.
Hahaha

Itu saja cerita cuti sekolah saya. Hihi

Sekian.
Assalamualaikum.
(1:40 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

26 December 2013

Berkelah @ Pantai Remis

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hai hai hai. Semalam kami sekeluarga pergi berkelah dekat Pantai Remis, Jeram. Tapi bukan keluarga aku je, ada 2 lagi keluarga belah ibu. Best ! Ala-ala family gathering gituuu. Tahun depan kalau takde halangan, ibu kata nak buat lagi. Tambah BBQ pulak. Heeee.
Meh tengok gambar. 

Subhanallah.
Cantik sangat pantai ni.
(Dah lama tak ke pantai gamaknya)
Ada bakat jadi photographer tak ? Hihi
Dah lama tak jejakkan kaki kat pantai. Dapat rendam kaki pun dah ok sesangat ! Air sejuk. Best !
Rugi tak bawak baju lebih. Kalau tak, boleh mandi-manda. Ibu kata lagi, lepas ni nak pergi Sungkai pulak.
Kolam air panas. Tak sabar !
Tak dapat bina castle. Banyak sangat batu-batuan.
Kulit kerang.
Teringat tentang kerang yang naik ke darat di Mesir sana.
Moga Allah melindungi kita semua daripada segala musibah.
Amiin...
kami sampai pukul 10 pagi. Tu pun dah takde tempat sebenarnya. Nasib baik makcik aku datang awal sikit. Cop tempat baik punya. Kalau tak duduk je lah dalam kereta. Hahaha
Ni baru ½ family yang hadir. Lepasni kita ajak yang lain pulak.
Lagi ramai lagi meriah. Tak gitu ?
Banyak sangat makanan. Sampai tak habis.. 
-- cousin, kakak ibu (makcik aku), ibu, aku, cousin, kakak ibu (makcik aku jugak)
Adik-adik
Jeles tengok orang mandi-manda. Huhu

Akhir sekali,
gambar bersama cousin kegemaran :)
(cousin yang lain pun kegemaran kita jugak !)

Sekian.
Assalamulaikum.
(12:54 tengah hari)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

27 April 2013

Lawatan Sambil Belajar (untuk subjek PSK) | Entri Penuh Dengan Gambar

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hari Khamis bersamaan 25/04/2013 (semalam) kelas 4Bestari pergi lawatan sambil belajar (belajar lah sangat :b) dekat Kuala Gandah, Pahang. We'olls pergi dengan kelas 4Gigih under Panitia Sivik. Dan kelas 4 yang lain semua jeles dengan kitaorang. Hahaha. Ada dua bas. Bas perempuan, bas lelaki. Sebab perempuan terlebih. So, ada lah 2-3 pi kat bas lelaki. (diaorang kata bas lelaki tak best. haha)

Jom tengok gambar.

Dalam perjalanan ke Kuala Gandah, Pahang. (bendera biru putih di sepanjang jalan, tapi kehijauan semulajadi lebih menyerlah) :D

Yeay ! Dah sampai Kuala Gandah, Pahang.
Dalam bas we'olls tengok Wawa Semput (separuh je) pastu Lawak Ke Der 2. BEST !
Tapi speaker bas memang pehhhhhhh ahhhh. Kuattttttt gilaaaaaaaaaaaaa ..

Dengan team sivik i'olls. Terlebih cahaya pulak. 

Sampai-sampai je dapat tengok gajah mandi. Hihi

Mandi bersih-bersih wangi-wangi ye cik gajah :)

Dalam muzium gajah. Eh ? Bukan muzium lah. Tempat maklumat pasal gajah.
Dan sepatutnya kami tengok tayangan pasal gajah tapi kat sana takde elektrik pulak dah.
So, we'olls dikejutkan dengan aktiviti jungle trekking. Grrr. We'olls tak ready ok ! *menangis dalam hati*

Kenalkan Abang Expert.
Disebabkan dia terlalu expert pasal hutan ni, we'olls sesat 2 kali ok. ulang ; 2 KALI.
Dah lah we'olls kumpulan pertama masuk hutan, bila nak u-turn tu... perrgghh jauh ok JAUH !

 Dalam hutan. Nama hutan ni Hutan hmmm... lupa lah. Hutan Gandah kot. Haha.
Budak kelas 4G tak habis-habis cakap 'sekarang kami dalam hutan Amazon ye... blablabla' }--- nak upload kat youtube ke kak ? haha :b

Abang expert kata pokok ni beruang suka. Kalau besar sikit lagi dia muat tidur dalam tu. 
Dalam hati 'kalau sesat lagi, aku sumbat kau dalam pokok tu. Biar kena ngap dengan beruang. haha' 

 Kumpulan pertama 20 orang.
Abang expert takut sangat we'olls hilang. Haha
Jangan kutuk dia ok. Dia kan EXPERT !

Turun bukit berlumpur, licin, ada quicksand lagi engko. Eh ? bukan quicksand tapi quickmud. Haha
Bahaya bahaya.

Bukti masuk hutan tanpa dirancang. Yang kasut putih tu kena gigit 3 pacat. 
Yang lain selamat. Alhamdulillah. 
(aku tak pernah kena gigit pacat walaupun dah banyak kali masuk hutan)

Dah nak sampai ke pintu keluar.

Lalu sebelah kandang gajah. 

Sempat tengok mat salleh bagi makan gajah. Haha. (ramai mat salleh woo kat sini. haha.)
Sejam lebih jugak ah we'olls berjungle trekking.

Ok. Ini nama dia PACAT ye anak-anak.
Sapa-sapa yang tak kenal tu, sila kenal-kenal.
Teman setia we'olls dalam hutan ni. Haha
Mumtaznya...
i'olls nak hadiahkan video gajah mandi. Hee ~
Tapi internet lembab pulak. So, tak jadi lah. Hehe.

*Badan aku sampai sekarang (jumaat, 12 malam lebih) still sakit berdenyut-denyut. Nasib baik tak bawak beg masuk hutan. Kalau bawak tak tau nak macam mana.

Sekian.
Assalamualaikum.
(12:26 pagi buta)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !