Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

28 June 2014

Family Day @ Pengkalan Balak, Melaka

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Family Day @ Pengkalan Balak, Melaka. ( 7-8 Jun 2014)

Sebenarnya family day ni reunion ayah dengan kengkawan form 5 dia. Semua bawak family masing-masing. Bayangkan lebih kurang 28 tahun tak jumpa tuptup jumpa pastu bawak anak-anak. Anak-anak pulak semua dah besar-besar. Ada yang dah kahwin. Ada yang dah nak jadi atok nenek pun. Perghh

Masa ni abang tak ikut sebab dia kerja. Kitorang dari Sungai Buloh pukul 8 pagi tak silap. Dan sampai sana lebih kurang pukul 2 petang. Masing-masing dok tahan lapar sebab tak berhenti kat mana-mana pun. Takut lambat sampai katanya. Kita stay 2 hari 1 malam dekat Chalet Darul Aslah. 

Lepas Zohor, makan tengah hari pastu baru rehat kejap. Yang paling aku tak boleh lupa, lepas lunch hari pertama masing-masing kena perkenalkan diri. Dorang cerita balik kenangan masa sekolah, lepas SPM, kahwin, ada anak, kerja apa, isteri/suami orang mana. Ada yang lawak gila-gila. Tak henti-henti aku gelak.

Tetiba terfikir, macam manalah keadaan kawan-kawan aku yang gila-gila dalam kelas tu dalam masa 20 tahun akan datang. Hahaha. Gaisss, kita pun kena buat reunion jugak tau nanti. Hihi. (kalau panjang umur // dengan izin Allah)
Meh tengok gambar  

Sepanjang perjalanan
Tak jemu mata memandang
khazanah milik Allah
Cantik !
 Subhanallah.
Cantik sesangat pemandang kat sana.
Pandang kiri laut. Pandang kanan rumah-rumah kampung.
Cantik ! Serius !!
Depan Chalet Darul Aslah
Lupa nak ambil gambar depan chalet.
Sampai je ada 2 orang kawan ayah sambut.
Ayah kena isi guestbook.
Ambik gift dan baju untuk aktiviti esok.

Chalet Darul Aslah. Bagi aku ok lah
Best sebab depan chalet ni boleh terus ke pantai.
Bilik air ok. Air sejuk. Best !!
Ada aircond. Memang malam tu tak boleh tidur sebab sejuk.
Memasing malas nak naikkan suhu.
Ada 1 katil queen 1 single
Kalau tak muat kena tidur bawah. kekekeke

Lepas Asar kitorang ke pantai pulak.
Lepak kejap.
Pastu ayah ada perlawanan bola tampar.
Kitorang adik beradik duduk kat pantai je.
Ibu teman ayah.
Kekasih hati
Fiddunya wal akhirah
Duduk atas pasir pantai pastu kena marah dengan ayah.
kekekekeke
Takut baju seluar masuk pasir katanya.
Sungai Buloh     Melaka
with love (konon)
Padahal
 taknak ikut tapi kena paksa.
Kahkahkahkahkah
Senja.
Masa ni belum pukul 7 lagi.
Ibu suruh kitorang balik chalet sebelum pkul 6:30 petang.
Sebab kena Maghrib  Isya' berjemaah
Pastu ada sembang santai dengan cikgu Ayah, Cikgu Rohana (Eh ? Betul ke ni nama dia ?)
Pastu ada makan-makan. Ayam bakar, Ikan bakar.
Sedap sebab fresh dari laut. Ayam fresh dari reban. kekeke
Pastu ada tayangan slide gambar dorang dulu-dulu.
Gambar reunion yang sebelum-sebelum tu.
Pastu macam biasa karaoke.
Tapi lepas makan, kitorang (kecuali ayah) terus masuk bilik.
Nak tidur ! Tapi tak boleh sebab bising.

Aku tangkap gambar adik aku kemain cantik.
Dia tangkap gambar aku masa aku tak ready.
Tangan tu sebenarnya suruh dia set something kat kamera.
Tapi ntah dia buat ke tak.
Sebab tu gambar dia nampak senja,
gambar aku nampak errrrr...
Macam ni kau balas jasa akak dik oi !

Lepas breakfast, pergi pantai.
Ada aktiviti sikit.
Family
(tiada gambar gambar : abang)
Masuk pertandingan masukkan pasir dalam botol
tapi dapat tempat ke-4
tak dapat masuk final.
Sedih !
Ibu masuk aktiviti rebut kerusi.
Tapi kalah jugak.
Ibu Ayah Adik masuk aktiviti baling belon
tapi kalah jugak
Takde rezeki
Dah habis semua aktiviti.
Tangkap gambar dengan semua yang ada.
pastu mandi laut.
Ada yang naik banana boat.
Teringin tapi tak berani. Hahaha
Pastu kembali ke chalet .
Kemas-kemas nak balik.
Pastu ada majlis penyampaian hadiah dan lucky draw
Pastu lunch
Pastu salam semua.
Dan balik
Yeayyyy !
Lucky draw.
Dah sampai rumah baru nak ambik gambar.
Hahaha

Itu saja cerita cuti sekolah saya. Hihi

Sekian.
Assalamualaikum.
(1:40 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

26 December 2013

Berkelah @ Pantai Remis

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hai hai hai. Semalam kami sekeluarga pergi berkelah dekat Pantai Remis, Jeram. Tapi bukan keluarga aku je, ada 2 lagi keluarga belah ibu. Best ! Ala-ala family gathering gituuu. Tahun depan kalau takde halangan, ibu kata nak buat lagi. Tambah BBQ pulak. Heeee.
Meh tengok gambar. 

Subhanallah.
Cantik sangat pantai ni.
(Dah lama tak ke pantai gamaknya)
Ada bakat jadi photographer tak ? Hihi
Dah lama tak jejakkan kaki kat pantai. Dapat rendam kaki pun dah ok sesangat ! Air sejuk. Best !
Rugi tak bawak baju lebih. Kalau tak, boleh mandi-manda. Ibu kata lagi, lepas ni nak pergi Sungkai pulak.
Kolam air panas. Tak sabar !
Tak dapat bina castle. Banyak sangat batu-batuan.
Kulit kerang.
Teringat tentang kerang yang naik ke darat di Mesir sana.
Moga Allah melindungi kita semua daripada segala musibah.
Amiin...
kami sampai pukul 10 pagi. Tu pun dah takde tempat sebenarnya. Nasib baik makcik aku datang awal sikit. Cop tempat baik punya. Kalau tak duduk je lah dalam kereta. Hahaha
Ni baru ½ family yang hadir. Lepasni kita ajak yang lain pulak.
Lagi ramai lagi meriah. Tak gitu ?
Banyak sangat makanan. Sampai tak habis.. 
-- cousin, kakak ibu (makcik aku), ibu, aku, cousin, kakak ibu (makcik aku jugak)
Adik-adik
Jeles tengok orang mandi-manda. Huhu

Akhir sekali,
gambar bersama cousin kegemaran :)
(cousin yang lain pun kegemaran kita jugak !)

Sekian.
Assalamulaikum.
(12:54 tengah hari)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

14 February 2013

14 FEBRUARI 1969

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt 

Tanggal 14 FEB 1969 beliau dilahirkan. Dan hari ni 14 FEB 2013. Wahhhh. 44 tahun sudah berlalu. Ehem. 

Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 44, Ayah !

Kek batik dan buttercream buatan sendiri. Resepi ? Akan di'publish' bila free nanti. hehe
Kami doakan : Semoga panjang umur. Semoga dimurahkan rezeki dalam apa jua keadaan. Semoga sihat selalu. Semoga cepat dapat menantu. Eh ? Hahaha. Silap silap ! Semoga cepat naik pangkat. Hihi. Kami sayang ayah sangat-sangat. KINI DAN SELAMANYA ! Muah ^^

Sekian.
Assalamualaikum.
(10:35 malam)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

20 January 2013

Bukan kembar. Tiada kembar

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum wbt
Ehem.
Kemain lagi aku buat entri pasal kembar ni. Hehe. Bukan nak cerita pasal nak anak kembar okeh ! Tiada kena-mengena dengan anak ayam, anak ikan mahupun anak emas ye. Ni nak cerita pasal family. Hahhh. Family sekarang bukan family akan datang tau. Family akan datang, akan datang lah ceritanya. Hihi.

Aku ingat lagi masa solat terawih dekat surau kampung. Ada sorang budak perempuan ni. Tetiba je tanya aku. Eh, ke tanya adik aku ? Hmm..ntah lah. Tahun lepas punya cerita ni. Dah basi dah ni sebenarnya. Tapi tahun ni baru nak buat entri. Hehe. Maklum lah orang busy lah katakan. Haha. Dia tanya "Akak ni kembar ke?". Aku dengan slamber badak-tapir-ngimau, buat tak tau. Aku ingat dia cakap dengan orang lain. Haha. Rupanya cakap dengan kitaorang (aku dan adik). Bajet artis gila ignore orang macam tu. Gagagagagaga.

Gambar tahun lepas.
Tang mana ntah yang nampak kembarnya pun aku tak tau. Hahaha


Gambar tahun lepas.

Haihh. Kalau makcik-makcik nak tau *macam ah makcik tu baca blog ni* Haha. Dia (adik) tinggi SIKIT dari saya. Dia tinggi sikit dari saya. Sikit je. Tak banyak pun. Wekkkk *gaya tak puas hati*. Ramai yang ingat dia kakak. Tapi hakikat sebenarnya saya lah kakak. Dia tanned, saya HUMAIRAH. Dia ntah apa-apa, saya GARANG. Dia sekolah agama, saya sekolah BIASA. *perlu ke bagitahu ni semua?* HAHAHAHAHAHA. Akhir sekali,

*HUMAIRAH : Putih kemerah-merahan.
Gambar lama jugak ! :b
Saya isytiharkan bahawa saya dan dia BUKAN KEMBAR. Hehe.   
# Kalau jalan dengan ibu lain pulak ceritanya. Orang ingat ibu tu kakak aku. Selalu sangat kena. Hahaha. Takpe-takpe. Nampak lah yang ibu tu awet muda gituwwww. Hihi ^^
Afrah                                    Ibu
Perasan tak kenapa aku tulis 'ANAK AYAH, SAYANG IBU' kat profile ? Hahhh. Ni nak bagitau. AASI bermaksud fizikal macam ibu, tapi mental macam ayah. Ke korang tak faham ? Hmm.. lebih mudah lagi muka macam ibu, perangai macam ayah. Hehe. Anak bapak ah katakan ~

Sekian.
Assalamualaikum.
(5:41 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

8 November 2012

Apalah ayah ni.

Bismillahirahmannirrahim
Assalammualaikum 

Ehem.
Hari ni, pagi-pagi lagi ayah dah buat orang nervous. Tetiba je tanya orang bila nak isi borang sekolah teknik.

" Bila nak isi borang online tu ? "

" Kan lama lagi tarikh tutup dia, isi bulan dopbelas pun boleh. "

" Kan keputusan dah nak keluar ! "

" Ehhh ? Billllllllaaaaaaaaaaaaaaaaa ?  "

" 19 hari bulan ni. Kan ada kat surat kabar. "

" Haaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh ? Orang tak tahu apa-apa pun -___- "

" Nanti isi borang tu ! "

" Yela. Yela. " 

Orang tak nak masuk sekolah teknik !!! (dalam hati)

############################################################################################

Bila ibu dengan ayah dah pergi kerja, aku terus cari surat khabar semalam. Belek-belek kejap. Err ? Tak jumpa pun pasal result PMR. Tak puas hati ! Belek-belek lagi. Dan nak tahu apa yang aku jumpa ??? 

Banananananananananananananananananananannananananannanan..................................



HAHA.
Aku tergelak sampai nak jatuh katil. Dalam hati " Fuhhhhh. UPSR lahhh. Apalah ayah ni buat orang takut je"

 Tetiba aku terfikir. Mesti ayah ingat aku ni baru dopbelas tahun. Huhuhuhu.
Orang dah 15 tahun lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!! Grrrrrrrrr.
Tahu lah orang comel macam budak darjah 6. Grr. Sampai hati ayah.....

Serius ke ni, Uncle Muhyiddin ?? ^^ Muhihihihihihi


Sekian.
Assalamualaikum.

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !