Showing posts with label HighSchoolLife. Show all posts
Showing posts with label HighSchoolLife. Show all posts

29 August 2014

Majlis Graduasi

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

23 Ogos 2014 - Dah graduate dah ! Wohooooo

Hari khamis rehearsal, Sabtu yang betul-betul. Punya lah ketaq lutut nak naik pentas. Dengan ada skrin besar 2 kiri kanan dewan. Kamera sana sini. Peh peh peh. Nasib duduk tepi sekali dannnn kipas betul-betul kat sebelah. Peh peh peh. Kalau tak, peh lencun !

Nasib Dekan yang bagi sijil tu perempuan. Tak nervous sangat. Tapi kena salam pulak. Dah lah nebes, tangan berpeluh. Haihh. Memang aku tawakkal je naik pentas, tunduk, salam, pegang sijil, pandang kamera, turun pentas.

Tapi disebabkan nebes yang berlebihan, aku salah step masa nak ambik sijil. Patutnya lepas ambik terus pegang dengan tangan kiri. Tapi aku pegang kat tangan kanan dulu. Pastu baru perasan salah cepat-cepat aku tukar tangan. Jalan lelaju turun. Peh peh peh

Pastu dengan ada budak tak datangnya, sijil pun bertukar-tukar. Nasib sijil aku bertukar dengan kawan depan je. Dah turun pentas cepat-cepat tukar, masuk dewan balik. Lalu kat karpet merah. Maluuu oi. Dah tu masa nak ke tempat duduk, banyak gila kerusi aku langgar. Nebes tak habis-habis lagi. Bila dah duduk dengan kipas kat sebelah baru tenang...... memang peh ah
Bila majlis dah tamat. Sesi bergambar pulak. Scroll ke bawah k ! Jangan nak malas sangat ! 
*klik untuk tumbesaran*

 Classmates    
Dengan jiran sebelah (5 sains 1)
Depan kelas
Candid 1
Candid 2
Favourite photo
Dan diakhiri dengan foto sopan santun dan penuh keayuan daripada (satu per lapan) pelajar perempuan aliran sains tulen.
Muka-muka bakal doktor, arkitek, engineer, surirumah berdegree, emak orang bermaster... hahhaha
 InshaAllah
Isnin nya dah trial.
Doakan ye. Tq

** sorry tak sempat nak cerita pasal raya dengan trial sangat. Tak sempat oiii.

Sekian.
Assalamualaikum.
(4:33 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

12 April 2014

Penat tapi berbaloi

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt 

Dari pukul 9 pagi hingga 2:45 petang. Tak mengecat pun. Tapi penat juga sebab kena pergi beli barang itu ini. Dari sekolah ke SPP ke SB Mall beli kain pink tu (Cikgu kata cantik sangat. Haha. Bangga !!). Pastu mop lantai. Tu pun lantai kotoq lagi. Haihhh. Penat oii !

Bawah ni gambar sebelum dan selepas. Aku takde pun handphone canggih nak tangkap gambar. Pinjam gambar orang post kat group wechat jeeee.
Credit to : Saidah Izzati 

Moto kelas 5 Science 2 (2014) ;

BEST . EXCELLENT . AWESOME . SIMPLE . TALENTED
(BEAST)
*tahun lepas BAP tahun ni BEAST pulak. hahahhah
bajet kpop-kpop je semua. Tapi aku suka !!

Cikgu pujiiiiiiiiiiiii. Dia kata kami (yang mengecat dan tolong apa yang patut) jadikan kelas tu cantik sesangat. Hihi. Tak habis-habis lagi tau bangga ni. Hahaha. 
Bagi lah peluang kami nak bangga sat. Tahun akhir niiiii...

Dan. . . . Tolong jangan pertikai aircond kami. Kelas kami tak sejuk mana pun, panas jugak ! Kalau hujan atau pepagi je sejuk. Masuk pukul 10 ke atas dah macam kelas lain jugak. Kami share duit ok nak beli aircond. Mohon cikgu-cikgu lain / pelajar-pelajar kelas lain tidak mempertikaikannya. Kesian Cikgu kitaorang nak kena jawab kenapa beli aircond baru untuk kelas. Haihh. Aircond lama rosak. Faham dok ROSAK !!

Dah ah. Penatttt....

Sekian.
Assalamualaikum.
(6:51 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

11 January 2014

Tahun ni....

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Tahun ni.... tahun paling busy mungkin.
Sibuk dengan pengajian 'senior year' (konon sangat !)
Tak cukup masa nak update blog sangat. Sebab tu aku ambil satu hari ni untuk buat beberapa entri. Save dulu pastu bila free nanti baru aku terus publish. 

Berjuang berhabis-habisan untuk memahami semua subjek ni.
Fighting !!

Pastu nama kelas pun dah tukar.
Kalau dulu ikut abjad Arif, Bestari, C......
Sekarang,
5A = 5 SN1 (sains)
5B = 5 SN2 (sains)
*takbest

Cepat betul masa berlalu.......................

Cikgu sivik : set mana nak pergi lepas ni, universiti mana, bidang apa, sebab apa kau pilih bidang tu.

Jawapan saya : 

→ UITM Seri Iskandar, Perak

→ Bidang seni bina (architecture)

→ Sebab : Ayah saya seorang pelukis pelan (adik beradik arkitek). Saya membesar dengan melihat ayah saya membuat kerja berkaitan seni bina. Saya sering kali membantu ayah saya  (konon !) menyiapkan kertas kerjanya. Walaupun saya hanya membantu dari segi melihat dan bertanyakan soalan tentang itu ini. Ada kalanya saya tolong fotostatkan kertas kerjanya. Saya rasa seronok. Bertambah seronok apabila kami sekeluarga pergi bersiar-siar di ..... (tak ingat dekat mana) dan ayah saya berkata, 
"Bangunan (hospital, hotel, dll) ni projek ayah dulu."
Saya rasa bangga kerana bangunan tersebut kekal sehingga ke hari ini. Nanti boleh lah saya tunjukkan bangunan tersebut kepada anak-anak sendiri, anak-anak buah dan berkata,
" Bangunan ini atuk kamu yang reka. Hah, jangan main-main ! Kena belajar betul-betul dan jadi macam atuk ."
Saya juga berminat untuk meneruskan pekerjaan ini. Mana tahu nanti saya boleh kerja sekali dengan ayah dekat pejabat dia. Hahaha. (senangnya kerja aku !)
Banyak lagi nak taip ni tapi cikgu kata tidak melebihi 50 patah perkataan. Jadi, saya berhenti setakat ini sahaja lah.

*kalau tak dapat seni bina mungkin aku akan pilih ............... (tak fikir lagi)
Akhir sekali.....................
SPM 2014 ~
mu tunggu aku datang.......

Sekian.
Assalamualaikum.
(9:40 pagi)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

28 September 2013

12 hari yang akan dilalui. . .

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Minggu pertama = 2 hari
Minggu kedua = 2 hari
Minggu ketiga = 5 hari
Minggu keempat = 3 hari

JUMLAH KESELURUHAN = 12 hari  
∞ ← infinity 
θ ←  theta 
δ ← delta
≈ ← almost equal

(simbol-simbol diatas ada kena mengena dengan addmath)

*Walau apapun yang terjadi, addmath kena lulus. Wajib lulus. - Teacher Roslidah 




Sekian.
Assalamualaikum.
(1:49 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

2 June 2013

'Gayut' bersama...

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Semalam kami 'gayut' bersama selama 3 jam lebih. Hahaha 

Sekian.
Assalamualaikum.
(12:01 tengah hari)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

14 May 2013

2 minggu 2 hari berlalu

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt 

Jyeah.. Akhirnya tamat sudah midyear exam (tinggal PJK dengan PSK menanti). Baru aku faham perasaan orang yang baru habis SPM. Rasa bebas sebebas-bebasnya!  Dan baru aku tahu betapa sakitnya punggung kena duduk 2 jam 30 minit ni. Kematu weh. Ini tak termasuk Sejarah kertas 3 lagi engko. 3 jam kena duduk. Haihhh. Sabar Afrah. Dua tahun je lagi. Sabarr.

Sekian.
Assalamualaikum.
(4:28 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

24 March 2013

Sepetang bersama . . .

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Entri ringkasan/rumusan

Petang tadi ada reunion 3 Bestari 2012. Tapi tak macam reunion pun. Antara 38 orang, 15 orang (2 orang dari kelas 3Arif) yang je datang memeriahkan majlis lepak, makan, borak tu. Tapi best sangat-sangat. Rasa macam nak buat lagi je. Hahaha. Meh tengok gambar yang sikit ni.




InshaAllah. Sahabat dunia akhirat.

 3 gambar di atas masa budak lelaki tak datang lagi. Penat ok kitaorang bakar ayam dengan sausage. Habis baju bau asap. Mata berair. Muka hitam. Haha. Statement over gila kan.  Ok, gambar last pulak, masa boboy tengah bakar ayam. Oii habis muka hitam, nanti takde orang nak (ayat Ismeth). Sementara kitaorang yang gegirl ni bercamwore seketika. Harharhar *gelak hambar*

→ Gambar main jongkang-jongket tak ada pulak. *cedih*
→ Balik rumah pukul 8 malam. *penat*
→ Kerul bising sebab aku tak pernah mention nama dia kat blog ni. Ok Kerul. Ok. *sigh*
Saya ada kawan nama dia, Khairul Shafiq. Sekian ~

Sekian.
Assalamualaikum.
(10:15 malam)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

9 March 2013

Minggu peperiksaan.

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Disebabkan minggu depan exam pertama untuk tingkatan 4. So, blog ni akan sunyi selama seminggu tak pun lebih sikit. Hihi. Bagi lah chance tuan punya blog nak ulangkaji dengan bersungguh-sungguh. *aku nak ulangkaji ? Memang tak ah* Kahkahkah 



Doakan ye.
Sekian.
Assalamualaikum.
(9:15 pagi)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

19 January 2013

Jamuan Kelas & Perpisahan

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum wbt


Ehem².
Hari ni sebenarnya ada Jamuan Kelas + Perpisahan untuk ahli-ahli 3 BESTARI 2012. Tapi entah macam mana jadi macam Majlis bawak geng dan makwe pulak. Kami berempat (aku, Mimi, As, Tiera) rasa bersalah sesangat-sangat sebab takde sapa pun jemput cikgu yang dah penat lelah letih ajar kitaorang tahun lepas. Ingat dah ada yang jemput. Sebab tu aku relax je. Haihhhh. Bersalah gilerr wehh. Tak tidur lena aku malam ni. Grr.
Hmmm.. Ok ah. Kita layan gambar lah ye.  

Penat tau kami (aku, Mimi, As, Tiera) bertungkus lumus cari jajan untuk bagi kat korang. Bersesak-sesak kat kedai yang sempit. Berjalan lebih 1 km dibawah terik matahari. Huihhh. Berpeluh tau tak ? Sampai kat rumah Mimi je, rehat kejap. Makan minum sikit. Terus bungkus jajan dalam plastik. Pastu kena ikat dengan reben bagai. Hahhhh. Nak mandi pun tak sempat. Terus solat dengan baju sekolah. Nasib baik ada bawak baju extra untuk jamuan. Huuuuu... *lega*


Sebelum pergi jamuan. Orang lain sibuk bersiap-siap, dia boleh pulak termenung. Ingat kat sapa lettew.  Ahaks. Tak habis-habis nak malu sebab tak bawak baju extra untuk jamuan. Haha. Padan muka lah.

Jamuan dekat restoran yang baru buka kat Bandar Baru. Riuh satu kedai tu dengan suara kitaorang je. Gelak tak ingat dunia. Malu tau orang dok pandang² kita.

Ini bukan Oppa Gangnam Style ! Tapi  Unnie Athirah Style. Hahahaha. Free style Tiera dalam gambar kelas tahun lepas. Buat macam ni pun kena bahan. Tak faham -____-

Kek perpisahan kami. Goodbye Bestarians 2012

Bersama Bendahari 3 Bestari 2012

Dengan orang yang nak pindah Sg. Petani. Haha. Untung lah tak belajar +mt.fiz.kim.bio dah pasni. Kitaorang yang terseksa kena belajar subjek tu. Grrr.

Banyak sangat kamera yang kena pandang sampai tak terpandang. Haha. Hari femes budak 3B.
Kepada yang pindah tu, jaga diri elok² ye. Belajar rajin² tau. Korang kan kena belajar 3 tahun lagi kan. Kitaorang 2 tahun je. Hee.. Tapi kami ada SPM, korang takde SPM. Ececeh. Nanti boleh ah aku panggil korang budak vo.k. Hihi. ALL THE BEST, GUYS !


Sekian.
Selamat Malam.
Selamat tidur lena.
Selamat melayari mimpi indah.
Assalamualaikum.
(12:11 tengah malam)
* tengah tunggu result sapa yang menang MaharajaLawakMega. #Jozan #Jambu #Syiro  


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !