Showing posts with label TutupTirai. Show all posts
Showing posts with label TutupTirai. Show all posts

31 December 2017

Penutup Tirai 2017

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt 
Entri terakhir untuk tahun 2017 

Tahun ni tahun yang banyak jugak kenangan bagi aku. Tapi akum acam ingat tak ingat je aha. Bawah ni semua kenangan yang aku ingat lah eh. Yang tak ingat aku tak bubuh dalam ni. 

KENANGAN MANIS
1) Dapat buat yang terbaik untuk micro teaching

Micro teaching adalah benda yang paling ditakuti setiap sem. Aha. Pastu semester sebelum keluar praktikal pulak dapat micro teaching dengan lecturer paling susah nak pass. Kena maki hamun semua ada. Walaupun aku kena buat dua kali untuk micro dia, tapi yang kedua tu markah Alhamdullilah tinggi jugak. Thankyou Madam for all your tunjuk ajar 💗

with my micro-teaching partner 💕
Gambar tengah buat micro takde so gambar lepas micro je ada ahaha
Kasut paling banyak berbakti sepanjang semester yang ada micro 
muah sikit kat kasut 😚😚😚


2) Praktikal dekat sekolah (SKDM)

Macam biasa lah kan memula tu macam takut-takut bila dah sebulan kat sana rasa sayang nak tinggalkan sekolah. Hmm. Missing my anak-anak 💞 

Cerita pasal practicum [dekat sini]



3) Kelas terakhir untuk diploma

5 hari straight je kelas untuk final semester. Power en ! Haha. Sebenarnya taktau nak letak ni dalam kenangan manis ke pahit ahaha boleh lah eh janji ada kenangan 😂😂



KENANGAN TAK BERAPA MANIS
1) Teman seperjuangan berhenti belajar

Dia berhenti masa semester before going out for practicum. Sayang sangat kan. Tapi nak buat macam mana dia dah buat keputusan macamtu. People come and people go *tetiba* 😯


Itu je rasanya kenangan yang aku ingat. Aha 😂
Mungkin banyak lagi perkara yang aku buat tapi macam biasa aku selalu lupa benda apa yang aku buat ahaahaha.

Sekian.
Assalamualaikum.
(10:30 malam)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

31 December 2015

Penutup Tirai 2015

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Entri terakhir tahun 2015
Alhamdulillah sampai jugak ke entri Penutup Tirai. Untuk tahun 2014 takde sebab masuk PLKN. So, tak sempat nak buat. Hihihi
Kita terus ke 2015 je lah ye. Tahun 2015 ni banyak sangat kenangan manis pahit yang aku lalui. Mungkin ni bukan semua tapi sebahagian je k.

KENANGAN MANIS

1) Pengalaman masuk PLKN (Princess Haliza, Sepang)


Memula tu memang tak suka, tapi hari-hari terakhir dekat kem.. Allah je yang tahu betapa kami taknak berpisah. Hahahah. Gitu. Banyak dah entri pasal PLKN ni. Korang baca je k. [Disini]

2) Dapat keputusan SPM


Alhamdulillah result spm aku takde lah straight A's tapi apa yang aku usaha untuk spm tu ada jugak lah yang boleh dibanggakan. Hehehe. Takde entri khas untuk spm pun.

3) Belajar memandu dan lulus ujian JPJ


Untuk ni aku dah karang satu entri khas untuk korang kan. Hihihi. Sapa yang belum baca lagi tu. Pergi lah baca sekarang ! [Disini]


4) Dapat sambung belajar



Yang ni pun termasuk dalam kenangan manis jugak. Sebab yelah bukan semua orang mampu sambung belajar kan. InsyaAllah. Aku akan buat yang terbaik sepanjang 2 tahun setengah di tempat orang ni. Doakan ye. :)



KENANGAN PAHIT 

1) Pemergian Atok


Al- Fatihah buat atok nenek dan saudara mara ku yang telah kembali menghadap Ilahi. 



Itu je rasanya kenangan pahit untuk tahun ni. Selebihnya manis-manis belaka gituuuu. Hihihi.
Jumpa lagi dapat entri tutup tirai episode akan datang. InsyaAllah.

Sekian.
Assalamualaikum.
(12:03 tengahari)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

31 December 2013

Penutup Tirai 2013

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt 

Entri terakhir tahun 2013

Kali kedua buat entri penutup tirai. Hehe. Untuk tahun ni, tahun 2013, banyak sangat kenangan pahit manis yang telah kulalui. Sedih sangat nak cerita ni. Huhuhu. Jom ler kita mulakan ! 

KENANGAN MANIS

1) Dapat masuk kelas B (BESTARI) kali ke-4

-- Macam yang aku pernah cerita dalam entri lepas-lepas. Aku target masuk kelas akaun tapi dapat kelas sains tulen.
Allah Maha Besar. DIA mengetahui segalanya. SEBELUM. SEDANG. AKANDATANG.
Mungkin ini yang terbaik untuk aku. Redha dan jalani segalanya dengan baik.
InshaAllah, ada balasan baik menanti.

*Tahun depan mungkin 5BESTARI.

4 BESTARI 2013
Moto kelas : BEST. ABSOLUTE. PERFECT
(pastu pengawas sekolah pun amik moto tu jugak. Sakithati !)
(aku taktau macam mana ahli kelab fotografi dapat idea nak tangkap gambar kat sini. Takfahamaku ! )
Macam biasa pendek depaaaan... Tak kisah :)
(Dari kanan : Aina Syazana, Afrah, Aina Suraya, Hazwani, Dilla, Aidalina)

2) Dapat kawan baru. 

-- Masuk 4 Bestari, dapat kawan baru. Kawan lama tidak dilupakan. Hehe. Rasa macam budak baru nak sekolah. Segalanya baru. Kawan baru, pengalaman pun baru gituuuu. Kenal budak dari kelas lain. Budak baru masuk dan lain-lain. Hahahaha 
Awal tahun dulu malu-malu,
sekarang kamceng bak hang.. Hahaha 
(menggila dalam bio lab !)
Throwback lawatan ke Kuala Gandah, Pahang.
25 April 2013

3) Dapat peluang belajar Fizik, Kimia, Biologi, Addmath

-- Walaupun subjek ni super susah. Tetap tersenarai dalam kenangan paling manis tahun ni. Hihi
Dan walaupun markah exam semua tak menentu. Naik turun. Gagal lulus :)
4) Makcikku sudah berpunya.

-- Sebelum ni family (Embah terutamanya) risau sangat dengan makcik aku sorang ni. Usianya makin meningkat tapi belum ada yang punya. Tapi Allah Al-Aliim'. Allah Maha Mengetahui.
Tahun ni, 2013, Allah datangkan jejaka pilihan hatinya. Alhamdulillah.
Tunang pun sudah, tinggal nikah sahaja. InshaAllah, bulan 6 tahun depan.
Doaku sentiasa bersamamu. Ececeehhh :)
Kamus dewan sesukahatiku :
-- Embah : nenek/atok

5) Kucing.
-- Dapat bela kucing. Dan yang paling penting, aku dapat mengatasi ketakutan dan kegelian terhadap kucing. Hihi. (entri ini)


KENANGAN TAK MANIS

1) Tak dapat tukar kelas.

-- Ni pun dah pernah buat entri dulu. Ce klik sini untuk baca entri yang menyayat hati ini. Tapi nak buat macam mana kan. Dah Allah tentukan cara itu yang kita kena lalui. Terimalah dengan hati yang terbuka dan fikiran yang positif. Mungkin ada hikmah sebalik ketentuanNya.   

"Oh Janganlah Engkau Bersedih 

Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu" 

- Encik Mimpi -

  Tu je kot. Yang lain best-best belaka. Hahaha. (sebenarnya aku lupa !)
Tak sangka dah nak masuk 17 tahun. Huhu. Kenapa aku rasa aku kecik sangat ?! Hahaha

Goodbye 2013, Hello 2014 !
SPM hoi SPM hoii
Sekian.
Assalamualaikum.
(10:18 malam)
                                    

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

31 December 2012

Penutup Tirai 2012

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt

Entri terakhir tahun 2012 :(

Ehem. Ini kali pertama aku buat entri untuk akhir tahun. Hehe. Walaupun dah 2 tahun berblogging. Ini kali pertama aku buat entri macam ni. Sebelum ni baca dekat blog sis² dan bro² yang ohsem je. Nak jugak lah share kisah pahit manis masin tawar kehidupan sepanjang tahun 2012 ni. Hihi. Jadi, jom mulakan ! J

KENANGAN MANIS
1) Dapat masuk kelas B (Bestari) untuk kali ke-3   


Aku sendiri tak tau kenapa aku lebih suka masuk kelas B daripada kelas-kelas lain. Dari Form 1 sampai Form 3. Bagi aku lah kan, kelas B memang lagi best dari kelas-kelas lain. Sebab hmmm.. ntah lah. Haha. Masa form 1-2 tak berapa nak best sangat sebab kitaorang tak rapat. Tapi masa form 3, kitaorang rapat sebab kitaorang kawan dengan semua orang. So, best lah. Hihi. Sebenarnya tak boleh nak diucapkan dengan kata-kata. Ecehhhh. Siapa yang masuk kelas Bestari,dia tahu lah. 

Kata² semangat dekat group 3 Bestari 2012. 

2) Kali pertama bersua/jumpa dengan M.A.H

*pinjam doodle ye ^^*
Kredit : Mr.Doctor
Nak cerita jugak ke ? Tak payah eh. 

3) Berkesempatan menduduki PMR dan dapat keputusan yang baik


Yang ni aku dah pernah buat entri kan ? So, tak payah cerita lagi ok. Hehe. Kalau nak baca sila ke entri ini.

KENANGAN PAHIT
1) Perpisahan  

Pertemuan tanpa diduga, perpisahan tanpa dijangka. Semoga pertemuan dan perpisahan tetap mengeratkan ukhuwah antara kita. 


 
Ini je kenangan pahit untuk tahun ni. Yang selebihnya semua manis-manis belaka.
SELAMAT JALAN 2012   


HAI 2013

*Akan datang : WishList 2013

Sekian.
Assalamualaikum.

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !