Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum wbt
Assalamualaikum wbt
Pejam, celik, pejam, celik dah 8 hari aku berada dalam kelas sains tulen *ayat tak boleh skema lagi ke, Cik Afrah oii ?* Haha. Ok. Ok. Dah seminggu lebih sikit aku kat kelas sains. Belajar pun setakat pengenalan je. Tapi otak dah merungut kata tak boleh bawak sains. Dah otak kata tak boleh, aku pun beria-ria mohon kat penyelaras tingkatan 4 nak tukar aliran. Siap bawak surat dengan 3 alasan yang tak berapa nak kukuh. *sapa suruh buat alasan tak kukuh. Padan muka mung !*
Tapi ditolak. Hmmm *cedih* Esoknya ayah datang pulak untuk buat rayuan. Tapi tak diterima. Arghhhh. Kenapa ditolak, kenapa tidak diterima ? Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ? Ergh. Sedihnya Allah je yang tahu. Berpisah dengan orang yang tersayang pun tak sedih macam ni tau. Huhu.
Tapi lepas dengar apa yang Cikgu Choo cakap. Rasa lega sikit. SIKIT ! Dia cakap :
Tapi lepas dengar apa yang Cikgu Choo cakap. Rasa lega sikit. SIKIT ! Dia cakap :
- Study aliran sains nanti senang nak sambung belajar kat luar negara.
- Tak ramai yang dapat peluang macam yang kamu dapat.
- Bangga tau sebab dapat bawak buku sains. -.-' TAK FAHAM
- Nak minta 'U' mana-mana nanti senang.
- Tunggu ujian 1 nanti, kalau betul-betul tak boleh. Baru tukar kelas.
Pastu dengar Teacher Rusiah cakap pulak :
- Belajar sains boleh penuhi tuntutan Islam. Contoh jadi doktor pakar sakit puan/bersalin. Fardu Kifayah tu tau.
- Kalau belajar perubatan boleh pergi Indonesia, London, Rusia and so on.
(banyak lagi dia cakap sebenarnya. Lupa !)
Terima kasih Cikgu Choo dan Teacher Rusiah sebab bagi nasihat. Tak lupa jugak kat ibu. Ibu pun bagi nasihat jugak :
- Mungkin ada hikmah tak dapat tukar kelas.
- Anak ibu semua boleh ! Cuma mindset je kata tak boleh.
- Nanti belajar sikit-sikit dengan abang.
In Sha Allah. Aku akan berusaha sedaya mungkin untuk pick up apa yang cikgu ajar. Tapi kalau dah tak boleh tu. Faham-faham je lah eh. Sebelum tu : NEVER SAY NEVER !
Dah 10 tahun belajar benda yang senang. (5tahun-15tahun) Sekarang kena ah belajar benda yang susah pulak kan. Haihhh. Kalau lah boleh kembali ke tadika. Wahhhh. Betapa indahnya kehidupan. Hehe *Jangan nak berangan!*
Doakan Afrah ye.
Sekian.