Showing posts with label LifeAsATraineeTeacher. Show all posts
Showing posts with label LifeAsATraineeTeacher. Show all posts

23 November 2017

Daily Makeup to School (Trainee Teacher)

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Seperti yang dijanji pada last entri, kali ni nak share sikit produk yang aku pakai masa practicum. Disebabkan aku ni jenis kuat berpeluh plus ajar Tahun 1. Kena kejar budak tarik masuk kelas dan sebagainya. Lupa, aku ajar PJ Tahun 3 jugak. Aku tak berani nak makeup heavy sangat. Kang ada yang menangis air mata hitam pulak ahahahha. 

Okay. Let's begin!⛄
Atas ni semua barang yang aku guna setiap hari untuk ke sekolah. Tak termasuk toner dengan moisturiser. Tapi aku akan cerita jugak pasal toner dengan moisturiser okay.

Macam biasa lah kan bangun pagi cuci muka berus gigi (perluke cerita pasal ni aha)

Untuk cuci muka aku guna Nano White Fresh Cleanser tapi lepas tu tukar ke Sendayu Tinggi Acne Wash tak silap. Malas nak gi bilik air tengok. Ahaha. Aku tukar sebab cleanser NW tu keringkan kulit muka. So, tak best ! Toner aku guna Mustika Ratu yang lime punya sebab oily skin. Dan sekarang baru aku tau yang kulit aku sebenarnya jenis combination. Oily and dry at the same time. Lepas cuci muka, pakai gentle scrub st.ives yang green tea punya. Serius best ! Beza bila aku pakai scrub dengan tak scrub muka ialah muka aku cepat berminyak kalau tak scrub pagi tu. Kalau scrub pulak muka tak cepat berminyak dengan makeup stay lama. 

Hah senang sikit korang nak faham kan. 
Kalau tak faham jugak taktau lah nak buat macam mana lagi 😜
Nanti aku buat review satu-satu ye.

Untuk moisturiser pulak.
Aku guna ni lepas toner. Walaupun sleeping essence. Ahaha
Tapi yang ni best sebab tak berminyak. I likeeeeee ~
Tapi dah habis huhu

Okay. Sekarang kita start bab makeup yang betul-betul punya.

Aloe vera as moisturiser too.
Sebab kulit kekadang berminyak kekadang kering, aku kena guna banyak moisturiser. Kulit tepi hidung selalu kering bila nak sapu bb cream ke foundation ke nampak tak cantik sebab  nampak flaky.
Bila sapu aloe vera ni nampak smooth sikit. Takde lah nampak flaky gituuuu. For those who is having  the same problem, you guys should try this 💓

Tea Tree Oil for acne.
Aku sapu ni dekat tempat jerawat je. So, rasa berangin je. Hihi
Best sebab boleh surutkan jerawat.

Vaseline and Maybelline Baby Skin for primer
Vaseline aku sapu dekat bibir. So, bila pakai lipstick tak nampak lah flaky ke chap ke ape kann.
Baby Skin pulak kat muka. Untuk cover pores dan senang sapu bb cream.

Lepas dah prep muka, kita dap kan bb cream pulak. BB cushion ni best gila sebab murah dan sejuk.
Coverage dia light to medium. Sebab aku tak suka jenis full coverage sangat. Nampak fake gitu. Aha. Takpe lain orang, lain pendapat kan. So, itu pendapat aku lah. 
Ni bb cushion kedua tau. First punya dah habis ~

Lepas tu tepek concealer sikit dekat jerawat yang merah-merah dengan bawah mata sikit supaya nampak hidup sikit cikgu dipagi hari. Ahahaha
Dap dengan sponge for smooth look. Masalahnya, smooth keeee ? Aha 😆

Base makeup dah. Lepas tu bedak pulak bagi set semua bb cream dengan concealer tadi.
Takde lah nampak shining sangat muka kan. Dann, pagi-pagi takde masa nak bake.
So, brush gitu-gitu je compact powder kat muka.

Step terakhir kat muka. Blusherrrrr !
Aku guna Silkygirl Moisture Boost Lipcolor Balm code 09 Blush sebagai blusher. Kena sangat nama dengan step ni aha. Buat garisan sikit kat pipi pastu dap guna sponge. Tapi selalu guna jari sebab lagi nampak cantik gituuu. Aku banyak blusher yang jenis powder tapi yang ni lagi menarik perhatian sikit nak pakai. Sebab dia stay lama kat pipi. Yang powder punya pukul 9 dah hilang sebab berpeluh.
So, this one is the best !

Untuk kening aku guna yang ni.
Aku dah review produk kening so korang yang belum baca tu boleh cari lah kat bawah-bawah. Hehe
Yang Naked 2 tu kawan kasi sebab dia tak pakai. Dan aku pakai best ! Sebab warna coklat cantik, brush okay tak keras kejung. Pencil tak permanent sangat but it's okay. Dalam banyak-banyak tempat kat muka aku kening paling tahan sampai balik aha 😂😂😂

Untuk bibir pulak
Aku guna IN2IT gel tint untuk base. Lepas tu baru guna lipstick Wet n Wild beli kat Sasa.
Lipstick ni best sebab dia sheer dan warna tahan kat bibir. Aku suka matte tapi kalau gi sekolah aku memang tak pakai yang matte sebab matte buat bibir aku kering dan cepat hilang. Maksudnya tak long lasting gitu. Tapi lipstick ni aku banyak tukar-tukar. Kekadang aku pakai  MAC kekadang pakai Silkygirl. So, tengok mood jugak lah sebenarnya. Aha

This one. Tapi yang ni limited edition. Dah takde dah.
AKu pakai code Sin. ya Tohannn warna cantik gilaa. Nampak natural gituuuu.

Last.....step.....
Last but not least, eyelash curler. Bagi lentik sikit bulu mata ituwww.
Ahahahaha. Tapi tak pakai mascara punn. Just nak bagi lentik je. 
Sebab macam yang aku bagitau kat atas, aku kerja kejar budak masuk kelas dan ajar PJ.
So, aku taknak menanggung risiko kena panggil black metal pulak nanti dengan budak-budak ahahhaa.
No eyeshadow ! No eyeliner ! No mascara ! The three big NO in school. Aahahha
(for me je lah)

Tapi kalau korang jenis tak kuat berpeluh, lari satu padang muka steady makeup terletak, pakai lah mana yang korang nak. okayyy.

Nampak tak muka makeup iols ? Aha 😂😂😂


Sekian.
Assalamualaikum.
(5:02 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

Pengalaman jadi 'Trainee Teacher'

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt 

Dikesempatan ini baru lah dapat share pengalaman jadi trainee teacher sepanjang 4 bulan. 
Dari 13 Jun 2017 hingga 6 Oktober 2017. Tambah lagi 2 hari sebab terlibat dengan camping sekolah. Heee.


Let's begin ! 🙌🙌

Sebelum keluar intern, kitorang berlapan pergi sekolah dalam 2/3 minggu sebelum tarikh masuk kerja. Ceh kerja tau. Haa jangan memain dengan cikgu sekolah ! Jumpa pentadbir semua, bawak pusing-pusing sekolah. Pengetua siap belanja minum dan makan keropok lekor lagi. Aha. Pengetua sekolah ni memang sporting, dia akan layan kau makan anak-anak dia je. 

[Nama sebenar sekolah tidak akan diberitahu atas sebab-sebab tertentu]

Ceh ! Sebenarnya tak nak budak dengan cikgu sekolah tu baca blog aku ni haaa. Maluu gue nanti ~

Okayy. Kitorang lapor diri 13 Jun iaitu jatuh pada bulan puasa. 2 minggu kat sekolah pastu cuti raya pulak. Pastu sambung sekolah balik. I don't know why but i love teaching the kids. Rasa macam nak jadi trainee teacher selamanya. Eceh ! Habislah tak bergaji nanti. Ahahaha

Semua cikgu-cikgu, pentadbir, kerani office, acik kantin, pekerja pembersihan dan lain-lain semuanya baik sangat. Layan kitorang macam anak-anak dorang je. Cikgu muda yang lain anggap kitorang macam kawan boleh lah makan sesama semua. Ya Allah, kenangan sangat ni. I miss all those memories with them 💕 Bless them, ya Allah.



Atas ni gambar suasana sekolah. Masa memula masuk macam takut sebab sekolah luar bandar kan tapi bila dah lama rasa sayang pulak nak tinggalkan weh. Serius ! Minggu lepas masa kelas 5 hari tu sempat melawat sekolah ni lagi. Jumpa cikgu cikgu dengan budak-budak semua. Lepas rindu ~

Sekolah ni dekat dengan sawah padi so suasana dia memang best. Tapi kalau panas tu, peh panas sangat. Dalam kelas tengah mengajar pun duk lap peluh. Kalau hujan tu, sejuk sangat. Susah nak bangun pergi sekolah. Dah lah air sejuk peh lagi bertambah malas nak mandi. Aha 😁


Suasana bilik guru. Port lepak kitorang berlapan lepas habis kelas. Sebab sini ada sofa sedap tidur dekat pulak dengan aircond hmmm kalau tidur tu susah gak lah nak bangun balik. Aha! Pastu disebabkan kitorang berlapan, memang meriah sangat bilik guru. Kalau gelak tu aku rasa samapi bangunan sebelah budak darjah 6 boleh dengar. 

Bila kitorang habis praktikal je budak darjah 6 yang rajin whatsapp, dorang kata sekolah sunyi takde kitorang. Eleleh rindu ke tuu ? Aha. Dorang kata sunyi tak dengar dah cikgu-cikgu praktikal gelak. 
Haaaa, Miss dengan Sir pun rindu korang ! Kalau dalam group tak habis-habis cakap pasal korang. 😄


Pastu cikgu cikgu semua rajin bawak makanan untuk kitorang. Terima kasih cikgu. Jasamu dikenang. ❤ Walaupun cikgu-cikgu semua suruh paling diorang akak tapi still we called them as Teacher. Sebab ilmu tak cukup lagi nak setanding dorang. 

Okay. Nak cerita daily routine pulak. Heee ~

Aku memang setiap pagi bangun pukul 630 pagi. Lambat kan. Aha. Tak, sebab aku duduk berdua je dekat rumah sewa. Dan rumah sewa pun tak jauh dengan sekolah. Naik kereta 3 minit gitu dah sampai. Awal-awal je bangun 6 pagi, lama-lama 630 tu paling awal boleh bangun. Tapi aku jenis cepat siap. 5 minit dah boleh siap mandi. 5 minit untuk makeup semua. Dalam pukul 7 tepat dah gerak pergi sekolah. Cepatkan ahahha. Nanti aku share daily makeup gi sekolah macam mana k.

Orang tanya macam mana boleh siap cepat ? Tak kelam kabut ke ?

Jawapan dia → Make sure everything is readyyyyyy. Macam kemas beg semua sebelum tidur. Gosok baju tudung jugak. Tapi aku punya baju kurung banyak yang ironless so everything is easy. Just tinggal nak iron tudung je. heee ~ Lepastu make sure lesson plan untuk kelas esok dah siap. Kalau tak siap pun boleh buat kat sekolah. Haa apa lagi eh. Jap fikir ~

Lesson plan kena siapkan awal tauuuuuu.
Haaa. Itu je kot. Yang penting semua kena ready kan awal. So, esok takde lah kelam kabut nak siap. 

Orang tanya lagi praktikal tak dapat elaun kan ? Macam mana nak tambah duit belanja eh?

Jawapan dia → Buat tuition untuk budak sekolah. Ye. Kitorang pun buat tau. Walaupun sebenarnya taknak buat sebab malas ahahahha. Tapi budak UPSR nak jugak suruh ajar dorang English. So, we did it ! Dorang yang nak datang rumah sebab dorang kata kat rumah dorang susah nak buat. So, kitorang pun dengan senang hati kata Datang lah anak-anak oi ~ 
Untuk bayaran kitorang tak decide nak suruh dorang bayar berapa. Tapi dorang yang bayar ikut kemampuan gituu. Walaupun kitorang ajar English kat sekolah, time tuition jadi terror gila sebab ajar Math ahahahha. Kitorang guna calculator dorang kira manual je. Sian ~ Heee ~

So, untuk korang yang baru nak keluar praktikal tuu. Buat lah tuition kecil-kecilan. Jangan ajak ramai-ramai takut susah nak fokus nanti. Ajak budak kelas dulu. Rasa terror buat untuk budak UPSR pulak macam kitorang. Aha ~ Rasa diri ini begitu power !!

Okay. Part sembang kosong ~~
First time table
Aku ajar Tahun 1 dengan PJ Tahun 3. Lepas tu jadual tukar berapa kali ntah. 3 kali kot. Yang akhir sekali tu aku dah tak ajar dah. Rindu pulak nak ajar PJ. Aha.

Rindu anak-anak syurgaku. Dorang ni time ramai, time aku ajar memasing tak nak buat kerja. Ada lah yang buat tapi ramai taknak buat. Sebab apa ? Sebab dorang nak attention. Nak aku duduk dengan dorang kata buat ni, lepas tu buat yang itu pulak. Haaaa barulah tangan tu nak jalan. Kalau takk, teacher kena jadi harimau dulu baru nak buat. Eeeeee geram  ~ Tapi rinduuuuuuu. 

Gambar masa English Camp eh ke English Festival entahlah lupa dah nama dia. Aha. Benda aku paling menyesal masa practicum ialah tak ambil banyak gambar budak-budak. Tu paling menyesal. Huhuhu. Sebab aku bukan jenis camera-ready tau. Members yang lain banyak gila gambar sebab dorang semua jenis camera-ready time mengajar sempat keluarkan phone ambil gambar tapi aku takkk. Ahhhhh sedihnyaaaa. Lepasni kalau ada rezeki sambung Degree, aku nak sentiasa camera-ready untuk tangkap gambar momen-momen penting dengan dorang. Hmmm teacher sedih 😭😭

 
Dapat banyak hadiah masa lastday. Tak expect budak-budak akan bagi pun. Yang aku expect kelas yang aku ajar je lah tapi ni darjah 23456 pun ada yang bagi. ya Allah terima kasih anak-anak teacher. Rasa terharu gila walaupun ajar dorang sekejap je. 4 bulan practicum tapi masuk kelas tak sampai 4 bulan pun sebab tolak cuti semua. Semua kad yang aku dapat, semua aku lekat so boleh baca bila rindu. Hihi. Banyak hadiah yang aku tak bukak lagi sebab sayang sangat. Hahaha. Terima kasih semua. 💞😚

Bila rindu tengok balik video dorang. Gambar dorang. InsyaAllah tahun depan teacher datang lagi 💖

Ihsan -- Aidil -- Norita -- Adam Syahmi -- Adam Adha -- Syazwan -- Irfan -- Alif Fikri -- Alif Isqandar -- Darwisy -- Wahyu -- Danish -- Zafriel -- Muzaffar -- Aqil -- Asyfar -- Safwan -- Muiz --

Sara Alya -- Irdina -- Afiqah -- Nabihah -- Damia -- Humairah -- Awatif -- Sofea -- Sufi -- Yasmin -- Yasmin Nurhusnina -- Iman -- Husna -- Syaza -- 


Teacher misses all of youuuuuuuuuuu 💞
And I love you so much kiddos ~ 💓

(ada 3-4 orang nama yang teacher lupa. Maafkan teacher)
( ai kraiiii 😭)

Sekian.
Assalamualaikum
(3:16 petang)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

20 September 2017

Less than a month ...

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

It's been a long time since I posted my last entry cewahhhh. Teacher kannn. Kasi can lah k.

Okayy. Taknak buat English dah. Bm je kayy. Harini 11 Sept 2017 bersamaan first day UPSR. Rasa sedih sebab lepas ni kalau dapat masuk kelas darjah 6 mesti dorang takde dah nak tanya apa-apa. Sebelum kalau masuk, "Miss, ni maksud dia apa?" --- "Miss, ni macam mana nak buat?" ---  😄😄

Lepas ni mesti "Eh, Miss!" Dah tu je kot. Ahahhaha. Belum pape dah buat spekulasi sendiri =.='

Tinggal lagi berapa hari je lagi ni. Kurang sebulan sebelum tamat praktikal. Tetiba rasa sedih. Huhu


Semalam second and last observation dengan lecturer. Ya Allah ! Disaster class gue ! Macam apa je semua. Awal-awal semua janji nak behave, dah half period janji dicapati. LOL
Nasib baik aku boleh kawal rasa nak cubit budak. Gerammm ~


Dah kira hari semua, so tinggal lagi 8 hari je lagi nak ajar anak-anak syurgaku. Aha. Aku bagitau dorang, semua cakap 'Alaaaaa'.... Ye lah tu alaaa. Masa duk ajar semua bising macam apa je. 

SKDM. Loveeeee ~  💖💖

Sekian.
Assalamualaikum.
(11:02 pagi)
(Makmal komputer, SKDM)



❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !