8 December 2018

Skincare Review #26 : Hada Labo Hydrating Trial Set (Light)

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hello! Harini nak share satu lagi review pasal skincare. Sekarang ni aku sedang berjinak-jinak dengan skincare. Nak cari skincare yang sesuai dengan kulit tu susah tau. Tapi bila dah sesuai, sibuk nak tukar skincare jenama lain pulak haa aku lah tu. Haha! 😂

Hada Labo ni satu brand yang aku tak pernah terfikir pun nak cuba. Dulu setiap kali nak beli cleanser ke toner ke apa aku memang tak pernah tengok pun rak yang ada HL ni. Sebab aku tahu yang aku tak mampu nak beli barang dia. Hahahaha. Tapi kan bila difikir balik HL ni barang dia memang agak mahal tapi tahan lama. Maksudnya satu botol toner lotion besar tu boleh tahan 4-5 bulan. Jimatkan? Haa tu je baru nak sedar.

Hada Labo Hydrating Trial Set (Light)

Harga: RM26.40
Beli dekat Watsons sebab terpengaruh orang duk try produk HL ni. Hahahaha
Trial set ni ada yang untuk Oily skin/Normal skin/Whitening jugak so korang pilihlah ikut kulit korang. Kalau nak cerahkan kulit boleh ambik whitening. 😉

Dalam trial set ni ada 3 item iaitu cleanser, toner dan moisturiser. Memang lengkap dah skincare dia. Sesuai sangat untuk yang nak bawak travel ke apa. Aku beli pun sebab nak try produk HL ni je. Nak tengok okay ke tak. Dan guess what? I am loving this brand so much! From the clenser to the moisturiser. Sesuai dekat kulit aku. Takde breakout ke apa. 

Dalam set ni aku paling suka moisturiser dia sebab moist je rasa kulit lepas pakai tu. ❤ Dia punya cleanser AHA+BHA pun best sebab bila lepas cuci muka je kulit nampak cerah gitu sebab AHA BHA kan boleh membantu hilangkan sel kulit mati pastu rawat kulit jugak. Best! Sesuai dekut kulit combination aku. Cleanser ni boleh tahan dalam 3-4 kali pakai je. Bolehlah untuk try.

Untuk toner lotion pulak, best jugak sebab dia membantu melembapkan kulit lepas dah cuci muka tadi. Toner ni dia takde bau, warna tau. Lagi bagus kalau korang letak dekat tangan pastu dap terus ke muka. Rasa toink toink gitu kulit. Tak melekit langsung! Toner ni boleh tahan dalam seminggu lebih sebab setiap kali pakai tu guna dalam 3-4 drops saja. Dah cukup untuk cover satu muka okayy. 👯

Okay next the moisturiser. Moisturiser dia water-based dan sangat light-weight. Bau pun just nice takde over sangat ke apa. Untuk moisturiser ni boleh tahan dalam seminggu jugak lah sebab aku pakai sikit je. Sebab toner tadi dah rasa moisturise kan kulit jugak tu yang moisturiser ni aku pakai sesikit je. 

Overall, set ni best gila okayy. Lepas dah habis pakai semua, kulit rasa hydrated je. Takde kulit kering ke apa. Kalau ada redness sebab acne ke apa, dia tolong soothe kan. Bagus gila! Aku nak beli yang bekas besar terus tapi disebabkan aku ada banyak lagi produk lain. So, aku beli toner yang botol biru pekat tu je. Yang untuk whitening sebab nak hilangkan bekas jerawat. Nanti dah nak habis ke aku buat review okay. ✌

Recommended or Not?
Yes! Yes! Yes! 

Would you repurchase this?
Yes! Tapi nak terus beli yang bekas besar. 

How many stars would you give?
5 out of 5 stars. 🌟🌟🌟🌟🌟



P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(9:20 pagi)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

85 comments:

  1. Assalamualaikum. Saya nk try HL set trial. Tetapi yang mana sesuai yeaa?? Sekarang ni muka saya cuma ada parut jee. Kulit muka sejak pakai Aiken toner jadi kering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Kalau ada parut dan kulit kering, kite suggest pakai yang hydrating lotion yang ada alpha arbutin. Dia warna biru tua tak silap.

      Yang boleh bantu mencerahkan parut dan hydrate kulit jugak. :)

      Delete
    2. Salam sis.. I start pakai hada labo yg dry type about 2 weeks.. Skrg ni my face especially kat dahi naik jerawat merah²...so that means muka i purging ke?... Do i need to cont this product?

      Delete
    3. Purging tu kalau awak guna active ingredient macam AHA, BHA semua tu. Produk ni takde acid/active ingredient. so mungkin tak sesuai dengan kulit awak.

      Delete
    4. Hi, muka saya berminyak plus banyak Jerawat n bekas Jerawat. Saya Nak try HL but idk which one is the best for my skin type.

      Delete
    5. Hi,

      Awak boleh je try set ni. Tapi lagi better kalau awak beli set yang warna biru gelap tu. Yang tu dia ada arbutin so dia boleh membanu pudarkan parut jerawat.

      Lepas tu awak boleh add on any serum/toner yang ada Salicylic Acid. Ini untuk jerawat sangat sesuai. Contoh toner yang ada ingredient tu ialah Safi Toner (botol clear oren)

      Hope this helps! :)

      Delete
  2. Assalammualaikum..nak tanya..pencuci muka tu kena pakai setiap hari ke? Sebab kalau ikutkan.. AHA dan BHA ni kena pakai dalam 2 kali seminggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.

      Yang cleanser tu boleh je pakai hari-hari sebab ikut apa yang kita baca, AHA BHA dalam cleanser ni stay sekejap je dekat kulit muka masa cuci muka. Kalau toner/serum haa yang itu baru lah pakai 2-3 kali seminggu untuk beginner.

      Tapi kena ikut jugak kulit awak tau. Kalau pakai sekali dah rasa pedih ke apa boleh try pakai 2-3 kali seminggu jugak. Apa-apa pun memang kena ikut kulit sendiri dulu sebab kulit orang lain-lain kan :)

      Delete
  3. Kalau untuk kulit berminyak sesuai yg mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi!

      Set Light ni memang untuk kulit berminyak :)

      Delete
  4. Replies
    1. Kenapa dengan jerawat sis? Soalan tak jelas lah cemana kita nak jawab ni?

      Maksud awak kalau kulit berjerawat boleh ke pakai ke?

      Boleh je pakai sebab lagi elok. Dia boleh hydrate kulit dan dalam masa yang sama boleh calm kan kulit yang sedang merah-merah tu. Tapi kalau jerawat teruk sangat tu kita tak sure tau. Yang tu kena tanya pakar. :)

      Harap jawapan ni membantu :)

      Delete
  5. Klau untuk kulit berjeragat mna yg sesuai sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jeragat, kita rasa sesuai yang set yang biru gelap tu sebab dia untuk whitening so sesuai untuk pudarkan jeragat. Dia ada jugak dalam trial set macam ni. Boleh cari dekat drugstore okay. Harga pun dalam RM28+ gitu. :)

      Delete
  6. I have try this type of hada labo..memang best sangat terutamanya dia punya moisturizer

    ReplyDelete
  7. Hai akak ! Nak tnya..

    Satu set tu semua kena pakai setiap hari ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi!

      Ye awak. Satu set ni kena pakai serentak everyday baru nampak effect dia. :)

      Delete
  8. Hye nk tnya masih pakai ker set hadalabo ni . Terima ksih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi!

      Kita dah tak pakai dah. Sekarang fokus dekat skincare untuk jerawat sebab jerawat naik banyak lately ni.

      Tapi set ni memang best! Kalau ada duit lebih memang nak beli balik :)

      Delete
    2. skrg sy pkai set ni. dlm 2minggu dah. byk sgt jerawat kecil2 naik. hmmm. mcm mana ya sis.

      Delete
    3. Kalau naik jerawat lepas try produk baru tu maksudnya kulit awak tak sesuai dengan produk tu. Awak kena check ingredient apa yang buat kulit awak jadi macam tu.

      Kena stop dulu dan pakai produk yang awak pakai sebelum produk HL ni okay?

      Delete
    4. Hai sis.
      Sy nak cube, tp kan nak tnya yg peeling lotion tu perlu beli tak utk hilangkan scar..

      Delete
    5. Hi!
      Kalau set ni dia takde peeling lotion tau. Ni basic hydrating je.
      Yang peeling lotion tu kita tak sure sangat sebab tak pernah pakai lagi. Sorry.

      Kalau nak hilangkan scars, awak boleh try Hada Labo trial set yang warna dark blue sebab itu untuk whitening so dia boleh bantu hilangkan/pudarkan scar.

      Delete
  9. Apa beza yang atas tu dgn yang blemish oil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi!

      Blemish oil tu apa awak? Saya takde mention blemish oil pun dalam entry ni hiks. Awak silap baca kot tu

      Set ni untuk kulit oily. Kalau ada blemish pun sesuai.

      Delete
  10. hi kalau untuk cerahkan kulit dan kulit kombinasi sesuai yang mana eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi!

      Set ni sesuai untuk oily/combination skin. Boleh try okay.

      Kalau untuk mencerahkan pulak kita suggest pakai Hada Labo yang packaging dia warna biru gelap hah itu untuk whitening. Ada jugak trial set, awak boleh try dulu. :)

      Delete
    2. set hadalabo jenis ni. bole ka sy guna, sbb muka sy byk jerawat halus jer. ???

      Delete
    3. Hi!

      Boleh je awak. Kalau ingredient dia sesuai dengan kulit awak awak boleh guna.

      Untuk jerawat halus pulak saya suggest awak pakai cleansing oil setiap hari sebelum cuci muka. Selalunya pakai waktu malam lepas seharian dekat luar. Saya pun dulu banyak jerawat halus plus warna putih-putih sebab tak cuci makeup bersih-bersih.

      Ni routine yang saya buat untuk hilangkan jerawat halus, awak boleh try okayy.

      Cleansing oil --> Micellar water --> Cleanser foam --> Face scrub (2x per week) --> Hada labo lotion --> Moisturiser :)

      Delete
    4. haii.. nak tanya boleh? cleansing oil pakai brand apa ya?

      Delete
    5. awak pakai cleansing oil brand apa ya?

      Delete
    6. Cleasing oil sekarang ni kita pakai jenama Safi. Best! Rasa segala whitehead keluar. Hahah :)

      Delete
  11. Boleh tak terangkan cara pakai set hada labo ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Nak terangkan macam mana eh? Hahahaha

      Set ni sebenarnya memang basic punya. Boleh guna pagi/malam.
      Cuci muka guna cleanser --> pakai toner guna kapas/tangan --> sapu moisturiser.

      Itu saja. Simple sesangat. Disebabkan ini trial set so senang nak bawak travel juga.

      Delete
  12. hi awak....klau pkai clenser aha+bha ni...kene pkai suncreen ke?


    sbb i dngar klau pkai aha+bha ni klau x pkai sucreen muka akan jadi lebih teruk btul ke?


    last qustion :)

    klau macm kulit i...i ada combination skin pada masa yg sama jgak i ada jerawat dkat my skin....is better to try this set?........sila komen ye sbb i btul2 confious:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      I pernah baca yang kalau AHA/BHA dalam cleanser tu dia sebenarnya mild je sebab cleanser kan kita guna untuk cuci muka untuk 60saat je. So dia okay je untuk kulit combination.

      Lepastu, walaupun kita tak guna AHA/BHA kita still kena pakai sunscreen kalau nak keluar rumah. Wajib okay. Tak kisah lah skincare kita ada AHA/BHA ke tak.

      Last sekali, set LIGHT ni memang sesuai untuk kulit oily/combination. Awak boleh try beli yang set ni dulu. Untuk jerawat pulak, try guna spot treatment macam Aiken untuk jerawat okay :)

      Delete
  13. Hi.

    Kalau kulit combination guna yang set Light okay.

    ReplyDelete
  14. Klu untuk dry/normal skin sesuai tak pakai? And kene pakai Yang mna satu ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi,

      Kalau kulit dry, awak boleh try yang warna pink. Dekat packaging dia ada tanda pink and bagitahu sesuai untuk kulit apa.

      Kalau nak pakai yang set ini pun okay je tapi tak cukup hydration lah untuk dry skin.

      Delete
  15. Awak moisteriser dia ad alcohol kan..and halal ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak! Kalau pasal ni awak boleh google alcohol dalam skincare. Nanti banyak je article dan website pasal tajuk tu okay.

      Apa yang saya tahu alcohol dalam skincare ni percentage dia sikit sangat dan tidak memabukkan pun. So boleh je pakai tanpa was-was. Tapi kalau kulit awak sensitif sebolehnya avoid skincare yang ada alcohol sebab dia boleh keringkan/irritate kulit.

      Harap ini membantu :)

      Delete
  16. hi saya ada jerawat pasir banyak gila kat dahi ramai suggest suruh pakai hadalabo okay ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Awak boleh try dulu Hada Labo ni. Sebab saya tak sure kalau pakai ni kulit awak terus okay. Apa yang saya boleh kata, awak try cuci muka betul betul.

      Pakai cleansing oil and cleanser 60 saat setiap kali cuci muka. Guna cleanser yang low pH macam Hada Labo. Boleh tambahkan AHA/BHA toner macam PIXI GLOW TONIC/THE ORDINARY GLYCOLIC ACID TONER untuk bantu bersihkan muka juga.

      Dan paling penting sunscreen jangan lupa okayyyy.

      Harap ini membantu. :)

      Delete
  17. Hai. Kulit saya jerawat nk guna set mana ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Awak boleh try set ni. Pastu kalau jerawat tu active boleh pakai spot treatment macam jenama Aiken untuk surutkan jerawat.

      Delete
  18. kalau untuk kulit berjerawat dan pada masa yang sama nak putihkan kulit , sesuai yang mne ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ini pun sesuai awak. Bila kulit kita dah hydrate, dia akan automatik nampak cerah. :)

      Delete
  19. Muka saya breakout teruk., sesuai tak yang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Breakout teruk tu macam mana eh?
      Awak kena check dulu breakout sebab apa. Makanan ke? Skincare? Hormonal?

      Lepas dah tahu punca breakout tu baru move ke next step. Okayy

      Delete
  20. Boleh suggest kan sunscreen yg ssuai tak untuk oily combination? Yg nivea spf30+ tu ok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.
      Sunscreen for oily skin, i recommend Biore UV Perfect Protect Milk & Sunplay Watery Gel. For me, dedua tu sesuai untuk oily skin sebab dah try dan best.

      Kalau Nivea pulak, sorry i tak pernah pakai. You boleh try yang Biore Milk tu sebab affordable dan senang nak cari.

      Delete
  21. Sunscreen utk oily skin mne yg ssuai ye? Antara Biore UV Perfect Protect Milk(botol biru) atau Biore UV Face Milk (botol putih)? Ap bezanye, mcm nk dekat same je kedue² sunscreen ni.😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua dua tu kita tak pernah try pulak. Kita pakai UV Face Milk botol warna kuning je. Yang tu memang sesuai untuk oily skin sebab finishing dia matte.

      Yang lain tak sure pulak. Hee sorry eh :)

      Delete
  22. Hai .. Untuk kulit gelap kusam dan kadang berminyak , sesuai pakai set yang mana ya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Boleh jugak try set ni sebab memang untuk kulit oily. Tapi kalau nak untuk brightening boleh try yang set warna biru gelap. Tu senang untuk kulit kusam tapi at the same time boleh bagi hydration jugak dekat kulit :)

      Boleh cari dekat drugstore atau online (Shopee)

      Delete
  23. hi , ada tak the best produk untuk parut hitam jerawat ?
    so far saya pakai hiruscar post acne tu je,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Untuk parut hitam jerawat atau PIH (Post-inflammatory hyperpigmentation),
      awak boleh try produk yang ada bahan brightening/whitening macam Alpha Arbutin, Vitamin C, Niacinamide. Ni antara bahan yg selalu orang guna untuk treat parut.

      Lepastu make sure pakai sunscreen setiap hari walaupun dalam rumah (pagi-petang je).

      Kalau awak nak saya suggest produk, awak boleh try ni:
      - Garnier Vitamin C serum
      - THE ORDINARY Alpha Arbutin
      - THE ORDINARY Niacinamide & Zinc
      - Hada Labo (dark blue range)
      - Safi Balqis

      Delete
  24. Hi sis. Haritu saya pakai yang wrne pink tu pastu moisturizer dia buat kulit saya merah2 and banyak naik jerawat. Dia punya pencuci muka and lotion ok je. So kalau saya tukar yg ni bagus ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Maybe tak ada ingredients dalam moisturizer tu yang tak sesuai dengan kulit awak. Boleh try tukar ke yang ini tapi kita rasa ingredients dia lebih kurang je.

      Awak boleh try moisturiser brand SIMPLE tak pun ROSKEN Sensitive skin cream.

      Tapi kalau awak rajin, try compare dulu moisturiser pink tu dengan yang blue ni okay. Nak cari skincare yang sesuai dengan kulit memang susah. Banyak juga habis duit hihi.

      Delete
    2. Correction: Maybe ADA ingredients........ (sorry) hiks

      Delete
  25. hai nak tanya, sekarang set trial hada labo dah yang baru kan ? saya ada beli yang set acne + oily skin yang aha + bha dan toner yang warna hijau tu. Ok ke pakai setiap hari untuk yang tak kukuh basic skincare ? dan satu lagi, untuk hilangkan parut jerawat boleh guna apa ya ? saya guna serum bougas beauty dan wardah tapi buat muka brekout. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Set trial Hada Labo tu boleh je pakai setiap hari. Janji pakai sunscreen sebab ada AHA+BHA.

      Mungkin salah satu sebab awak breakout ialah tak kukuh basic dan mungkin jugak sebab pakai banyak sangat produk dalam satu masa. Cuba awak limit kan produk untuk skincare routine.

      Pakai 3 benda je --> cleanser, moisturiser & sunscreen (pagi)
      Malam pulak buat double cleanse, treatment & moisturiser.

      Sebab kadang kadang kita terlalu nak cepat kulit baik tapi silap kita pakai banyak sangat produk dalam satu masa. Kita kena kenalkan produk satu satu dekat kulit kita okay.

      Lepas tu disebabkan produk awak pakai ada AHA+BHA, awak boleh try pakai seminggu 2-3 kali saja. Kalau nampak okay, baru add 4-5 hari gitu.

      Harap membantu :)

      Delete
  26. Hi klau kulit yang kering,pori, oily dan bintik hitam( jeragat) yang mna ya sesuai ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Okay so kulit awak ada ada dry & oily tu maksudnya kulit awak combination. Ada part kering dan ada part oily.

      Awak boleh try set yang atas ni. (LIGHT) dia sesuai untuk combination/oily skin.

      Lepas tu untuk bintik hitam, awak boleh try add Vitamin C serum atau Alpha Arbutin dalam skincare routine untuk mencerahkan kulit & pudarkan bintik hitam tu okay.

      Antara produk yang affordable saya boleh suggest,
      Garnier Vitamin C
      The Ordinary Alpha Arbutin
      Melano CC lotion

      Ikut bajet awak lah ek. Hiks.

      Harap ini membantu :)

      Delete
  27. Hi ..sunscreen and eye cream kene pakai selepas pakai set hada labo ke ..and lagi satu ..set hada labo yg bawah 30 ade lagi ke skrg nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Sunscreen memang wajib pakai tau. Tapi pagi je lah. Malam tak perlu.

      Eye cream pulak ikut apa yang saya tengok (video dari dermatologist) eye cream ni dia sama function pakai moisturiser jugak. Kalau takde pun takpe. Kalau mampu, boleh je pakai. Sebab ramai dermatologist suggest skincare routine yang simple je.

      Kalau awak nak tambah eye cream dalam routine boleh je. Pakai sebelum apply moisturiser okayy.

      Untuk set HADA LABO pulak, tak silap saya harga dia RM28+ dekat Watsons/Guardian. Tak pasti lah kalau dah naik harga. Boleh cari dekat Shopee jugak. Kalau sale boleh dapat murah sikit. :)

      Delete
  28. hye i try set ni and esoknye naik bintik bintik macam jerawat kecil kecil kat muka i . itu normal ke ataupun i kena hentikan produk ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan tak sesuai dengan kulit awak. Better stop okay.

      Delete
  29. assalamualaikum nk tnya set ni sesuai ke utk yg ade whitehead? boleh hilangkn whitehead x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.

      Awak boleh add exfoliating toner/serum untuk bantu hilangkan whitehead. Set ni untuk hydrating je basically.

      Delete
  30. hi saya nak hilang kan parut jerawat pastu kulit saya tak berminyak sangat. patut guna hadalabo jenis ape ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Kalau untuk parut jerawat, saya boleh suggest Hada Labo yang warna biru gelap. Sebab dia ada Arbutin yang membantu pudarkan dark spot, parut semua tu. Tak silap saya yang tu ada jugak yang trial set macam ni. Boleh cari dekat drugstore atau Shopee okay :)

      Delete
  31. Haii sis, saya nak try guna HL trial untuk adik saya, muka diaa jerawat banyak yang mana sesuai yee ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Kalau jerawat tu still active better pakai skincare khas untuk jerawat. Contoh boleh try brand Aiken (Tea tree) atau Cosmoderm (Tea Tree). Tak pun cari skincare yang ada Salicylic Acid dalam ingredient dia.

      Tak silap saya, Hada Labo pun ada toner yang sesuai untuk jerawat. Botol dia warna hijau. Awak boleh try search dulu dekat online shop (Shopee etc)

      Hope this helps :)

      Delete
  32. Hi mcm saya ada jerawat di dahi and kulit saya jenis dry skin jadi saya perlu pakai produk HL yang mana yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Kalau boleh try set yang kat kotak dia RICH. Sebab tu sesuai untuk dry skin. Untuk jerawat dekat dahi pulak, awak boleh try cari exfoliating toner.

      Harap ni membantu :)

      Delete
  33. hai sis nak tanya macam saya kulit kering , berminyak and banyak white and blackhead so trial set yang mana sesuai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Kalau kulit awak kering dan ada part berminyak tu orang panggil combination skin. Set ni sesuai kalau awak nak try.

      Untuk whitehead dengan blackhead tu awak boleh try add exfoliating toner dalam skincare routine awak. Jenama yang affordable macam Wardah/Safi.

      Harap ini membantu :)

      Delete
  34. Salam..saya pakai hada labo oil and blemish..lepas pakai cleanser rasa pedih sikit kat muka..normal ke sebab ada alkohol?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.

      Setahu saya semua product HADA LABO tiada kandungan alcohol. Mungkin kulit awak tak sesuai dengan product tu.

      Atau awak boleh pakai sekali sehari. Ni cleanser ke toner ye?
      Kalau cleanser awak boleh try guna malam je dan make sure jangan lebih 60 saat masa cuci muka.

      Kalau toner pun sama. Guna waktu malam sahaja.

      TAPI kalau still pedih juga boleh terus stop okay.

      Hope this helps! :)

      Delete
  35. Hi nak tanya klu kita berhenti pakai produk hada labo ni dlm beberapa hari atau minggu nanti ada kesan tak?sbb selalunya klu berhenti pakai sesuatu produk nanti naik jerawat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Takde lah awak. Walaupun awak dah pakai Hada Labo bertahun lepastu nak tukar produk lain, dia tak buat kulit awak teruk pun. Produk yang macam tu selalunya yang ada mercury.

      Produk yang rasa pakai saya beli dekat Watsons/Guardian so takde mercury semua tu. TAPI contoh lah eh kalau awak dah pakai bertahun pastu tukar produk lain tetiba naik jerawat ke apa tu maksudnya produk baru tu yang tak sesuai dengan kulit awak. So, apa yang awak boleh buat ialah pakai produk yang dah biasa awak pakai. Tu je.

      Harap ini membantu :)

      Delete
  36. Hi! Assalamualaikum.I have a question.Kalau pakai trial kit ni,still kena pakai sunscreen kan?and boleh combine dgn sunscreen lain kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi wasalam.

      Sunscreen tu mesti kena pakai dengan produk apa apa pun. Boleh je combine dengan sunscreen jenama lain tak semestinya brand HADA LABO jugak. Ikut bajet dan skin awak okie.

      Pastu lepas guna trial ni kalau awak rasa macam cleanser/toner tak best, moisturiser je yang best so awak boleh cari cleaner/toner brand lain. Moisturiser beli yang Hada Labo.

      Haa boleh je mix and match produk gitu. Tapi kena pastikan produk tu sesuai lah dengan kulit okie.

      Delete

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !