12 January 2018

TipsAfrah #5 : Muka breakout sebab cuaca

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hi girlfriends. Sebelum aku balik campus untuk final exam. Nak share satu benda dengan korang. Iaitu cara nak rawat kulit breakout sebab cuaca. Aku taktau kalau orang lain ada masalah yang sama ke aku je. Aha. Tapi serius muka aku akan breakout teruk bila musim panas. Walaupun duduk Malaysia yang sememangnya ada satu musim je tapi musim panas yang aku maksudkan ialah musim panas yang kurang hujan. Selalunya tengah-tengah tahun macamtu lah. Gambar ni gambar kulit aku masa musim panas tu lah 👇👇👇👇
  
Kulit aku akan keluar banyak jerawat kecik-kecik pastu ada jugak jerawat yang takde mata tu peh sakit dia. Tuhan je yang tahu huhuhu. Pastu merah-merah, kulit kering yang flaky tu, pori jadi lagi besar, tak glow. Huuuu. Sis sedih 😭

Bila nak keluar atleast kita nak tepek bedak ke apa kan tapi ni tepek bedak pun jadi tak kena sebab flaky skin. Dia macam bersisik tau. Lagi tepek bedak ke bb cream ke lagi nampak kering/flaky. Pastu muka jadi macam gatal-gatal. Tu yang tak best. Rasa nak garu je tapi bila garu sakit pulak. Adui lah.

So, sekarang aku nak share lah beberapa produk yang aku pakai untuk rawat kulit aku. Aku bagitau awal-awal lah eh yang ni sesuai untuk kulit aku, kalau korang nak try pun boleh tapi kalau tak sesuai tu pandai-pandailah cari cara lain eh. Sebab aku takde lah pro dalam skincare ni aku pun baca dari orang lain jugak. First tips nak rawat kulit adalah rajin membaca. Hehe 😃
Produk yang aku guna  
Eucerin pH5 Washlotion
Kulit aku sesuai dengan face wash ni. Dia lebih kurang macam Cetaphil jugak tapi Cetaphil aku pakai dah 3 botol besar yang pump pun takde kesan. Sebabtu aku tak review pun dalam blog. Tapi this one works well on my skin. Dia boleh pakai dekat muka dengan badan. Nama je washlotion tapi dia sabun biasa je. Cuma dia tak bersabun sangat sikit je sabun je. Bau pun mild je. Sebab dia low pH so tak boleh pakai lama sangat maksudnya dah sapu dekat muka terus bilas gituuu. Pastu dia tak keringkan kulit. Face wash ni sesuai sangat untuk keadaan kulit aku masatu. Tak pedih takde apa. Takde rasa tegang ke apa. Takde.

Aku beli dekat Guardian tak silap. Ni botol besar RM30+ tak silap sebab aku beli masa sale kalau tak sale lagi mahal. Ada botol kecil RM20++. Aku pernah pakai yang kecil dulu sebab kulit gatal-gatal. Sebab dia best terus beli yang besar. Hihi

DIY Apple cider vinegar face toner
Toner ni best sangat. Walaupun bau dia busuk sikit sebab cuka kan. Tapi dia berkesan. Cara nak buat dia guna ratio 1:1. Maksudnya 1 sudu acv tambah 1 sudu air masak. Untuk ratio 1:1 ni toner boleh tahan dalam seminggu lebih. Kalau nak banyak boleh tambah lagi. Tapi aku suka buat sikit sebab baru freshly made gitu. Takde lah simpan lama sangat. Dah habis je terus buat lain. Tapi toner ni kena tengok keadaan kulit jugak tau. Kalau korang guna ratio sama rata kulit jadi pedih, korang boleh tambah beberapa sudu lagi air masak so kurangkan sikit acidity dia. Aku guna Raw Organic Apple Cider Vinegar tau yang ada 'mother' dia sekali. 

Kebaikan acv face toner : 
📌 great for acne prone skin
📌 works as an exfoliant, helping to rid the skin of dead skin cells, dark spots, scars, and acne.
📌 helps fight against changes to the skin structure associated with aging.
📌 keeps the skin moisturized and hydrated
📌 normalizes the skin pH.
📌 it’s great for freshening and removing excess oils and make up
📌 it’s super-duper affordable
(aku google english 😛)

Kesan dia akan nampak dalam seminggu lebih macamtu. Kulit aku takde dah merah-merah. Pastu paling best tiny bumps dekat muka pun makin kurang. Parut jerawat makin pudar. Sebelum ni kulit aku berminyak pun aku pakai ni jugak. Seriously, kulit akan jadi kurang berminyak pastu kulit nampak bersih. Murah pun murah. Cuma kena beli acv dengan spray bottle je. Bajet dalam RM20+ je. Best ! Sapa yang suka diy skincare kena try this toner. Best gilaa ! 👌👍

Hanaka Hyaluronic Acid Sleeping Pack [review here]
Yang ni aku dah review kan. So, sesiapa yang belum baca boleh klik atas tu okay. Selalu selepas toner terus sapu ni. Aku buat macam essence takpun serum gitu. Sebab dia sangat lightweight pastu watery texture. Sejuk je kat muka. Best gila. Pastu kekadang buat tidur letak tebal-tebal sikit. Pagi esok bangun muka fresh gila pastu lembut je. Boleh kurangkan dry flaky skin aku. Lagi best daripada aloe vera gel biasa. 👍

Safi Minyak Zaitun
Macam yang semua tahu minyak zaitun ni memang sesuai untuk dry skin kan. Sebab tu aku pakai. Tapi pakai pun masa takde keje. Maksudnya aku pakai sambil tengok tv tu aku sapu dekat muka pastu buat urutan gitu. Bagi dia serap dalam kulit. Pastu biarkan dalam 30 minit then basuh. Tapi kekadang tak basuh pun biar je. Sebab best kulit rasa moist gitu. Hihi. Kalau tak guna olive oil, aku guna vco sebab lebih kurang je benefit dia. Tapi vco aku tak suka bau dia pastu texture lagi heavy daripada olive oil. So, aku suka olive oil hihi 😁

Kebaikan minyak zaitun:
🎶 as an intense moisturizer
🎶 calms irritated and inflamed skin
🎶 help to gather and neutralize free radicals that can otherwise damage the skin and advance the appearance of aging
🎶 has many vitamins, including A, D, and K, as well as vitamin E
🎶 helps to moisturize and hydrate skin
(aku google english lagi 😜)

Okay. Tu je antara produk yang aku guna. Produk lain yang mungkin penyumbang kepada penyembuhan muka aku ialah bedak sejuk. Sebab kekadang kalau rajin aku pakai bedak sejuk. Tapi kalau produk je tak berkesan kalau tak minum banyak air. Mesti bosan kan dengar orang cakap nak cantik kena minum banyak air. Aku pun penat dengar jugak. Hahaha. Tapi betullah kalau tak minum air nanti muka kering lagi senang breakout. Huuuu 💦💦

Aku sekarang tengah mencuba lagi minum air secukupnya. Tapi susah sangat ya tohan. Terseksa rasanya nak habiskan satu botol 1.5L pun. Semoga tahun baru ni aku dapat minum cukup air dan bersenam sebab nak turunkan berat. Hihi. Gambar terkini takde sebab still dalam keadaan yang sama. Nanti dah okay aku buat nentri baru sekali dengan gambar okay. 💋


Sekian.
Assalamualaikum.
(9:35 malam)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

No comments:

Post a Comment

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !