24 June 2020

Skincare Review #39 : Rosken Sensitive Skin Cream

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hi everything! πŸ’ž
Haha ya tuhan rasa macam dah lama tak update blog. Makin lama makin malas nak menaip dan keluarkan idea. Semenjak PKP ni aku rasa macam malas nak buat apa-apa. Nak tengok kdrama je. Hihi tak sedar diri assignment ada banyak gila walaupun online class. Alhamdulillah sis dah masuk semester 5 dan lagi 2 semester je nak praktikal. Tapi kerjanya banyak sangat ya tuhan. Rasa macam tak sempat nak bernafas dah ada kerja lain. Hahaha πŸ˜‚

Harap semua yang baca blog aku ni sihat-sihat je okay. Pastu i need your motivation to continue updating this blog. Sila tinggalkan komen 'You can do it sis. We support you.' Hahahahaha.
Okay harini nak share satu produk yang aku beli sebab orang lain review siapa lagi kalau bukan Kak Mai πŸ˜† (orang active Twitter tahu lah siapa dia ni hihi)

 Rosken Sensitive Skin Cream

Harga: RM12.88
Ni pun ada discount 10-15% tak silap.

[Description]
🌲 Enriched with Soybean Oil, Olive Oil and Jojoba Oil (all rich in natural antioxidants)
🌲 Improves skin hydration and provides a protective barrier to prevent further moisture loss
🌲 A soothing non-greasy formula that absorbs easily into the skin
🌲 It uses a combination of rich moisturising ingredients to assist in the prevention and repair of dry and sensitive skin.
🌲 Keeping skin feeling moisturised, soft and smooth
🌲 pH balanced - suitable for use on body and face

Free from typical irritants:
✖ Sodium Lauryl Sulfates
✖ Fragrances
✖ Parabens
✖ Artificial colours
✖ Animal derivatives
✖ Harsh detergents
✖ Triethanolamine
✖ Mineral Oils

[Ingredients]


Aku beli mosituriser ni dah lama jugak lah tahun lepas tak silap. First time pakai ingatkan dia macam berminyak ke apa tapi tak pun. Texture dia more to gel cream. Moisturiser ni boleh pakai dekat muka dan badan ya. Aku suka sebab dia takde bau. Lepastu apa yang aku rasa selepas pakai moisturiser ni beberapa kali, kulit area pipi dah takde flaky skin. Sebab walaupun aku oily skin, tapi kekadang aku ada flaky skin area pipi maybe sebab pakai ubat jerawat so dia mengeringkan kulit area tu.

Moisturiser ni bagi aku, okay je. Kalau orang oily skin nak pakai kena guna sikit je. Macam pea size gitu sebab kalau pakai banyak dia boleh buat kulit rasa melekit sikit. So, kalau korang kulit berminyak, boleh je pakai as long as kulit orang okay dengan ingredient dia. Aku pun bukan pakai hari hari moisturiser ni, pakai bila ada kulit kering area pipi je. Dalam 2-3 hari kulit terus okay takde dah kering kering. Lepastu bila dah takde kulit kering tu, aku banyak pakai dekat badan. 


Aku jadikan cream ni as body lotion sebab saja tukar mood. Hahaha. Aku kan jenis cepat bosan dengan sesuatu benda tu so bila dah bosan dengan moisturiser ni pi beli moisturiser lain pulak. πŸ˜‚πŸ˜‚
Sampai sekarang aku masih pakai cream ni tapi as body lotion sebab best. Dia moisturise kulit badan lelagi tang kaki sebab kaki kan terdedah dengan cahaya matahari sebab pakai selipar je pergi mana mana. So dia sangat membantu. Doakan satu hari nanti aku mampu untuk tutup aurat dengan sempurna tau. Heee *menyempat mintak orang doakan pulak* πŸ˜€

Apa apa pun aku recommend skin cream untuk yang kulit kering/combination/oily. Bagi aku kulit apa-apa boleh sebab dia tak terlalu thick sebab texture dia kan gel cream. So yeah~

Korang boleh try okay :)

Recommended or Not?
Yes!


Would you repurchase this? 
Hmm maybe.

How many stars would you give?
3.5 out of 5 stars. 🌟🌟🌟🌠


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. πŸ’Ÿ


Sekian.
Assalamualaikum.
(10:50 malam)




❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

12 comments:

  1. Saya xpernah try lg guna ni kat myka. Biasa kat tgn je. Bileh try ni ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try okay sebab cream ni memang untuk face & body. :)

      Delete
  2. Sy doakan awak dpat menutup aurat dengan baik dan menjadi isteri yang solehah kpd sy nnti. Aminnn. 😊

    ReplyDelete
  3. Klau nk guna hari hari kt muka boleh x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Boleh je sebab ni moisturiser je. As long as kulit awak okay dengan ingredients dia. Okay je. :)

      Delete
  4. So overall cream ni untuk all skin types lah kan? Kak btw saya kulit normal..boleh ke pakai..sbb Ritu saya pernah cuba mcm2 jenis product sbb dulu saya xpasti skin type saya..mcm mana saya tahu kulit saya normal sbb bila saya pakai moistrzer untuk oily skin(gel cream or really lightweight) muka saya akan jadi kering..idk why..and bila saya pakai moisturizer untuk kulit kering..muka jadi oily pulak..so saya tahu saya ada kulit normal..tapi tu lah skrg tngh healing.saya biarkan saja muka saya tanpa apa2 produk..alhamdulillah dah surut jerawat and kulit kering and jerawat pon dh ok balik..cuma saya nak tahu jugak produk apa sesuai ngn kulit saya since one day saya nak try mekap huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Ye saya faham memang susah nak tahu skin type sendiri sebab kekadang kulit rasa oily kekadang dry pulak. Sama macam saya sebab tu saya ada banyak moisturiser haha guna ikut keadaan kulit masa tu.

      Kalau kulit normal sebenarnya lagi senang sebab awak boleh pakai apa apa skincare cuma kena cari yang bebetul sesuai dengan kulit. Mungkin awak boleh try moisturiser ni.

      Since saya taktahu keadaan kulit awak sekarang, mungkin awak boleh try Hada Labo atau Simple. Kalau nak yang Korean boleh try brand COSRX. Apa apa pun awak memang kena try and error dulu sebelum jumpa produk yang bebetul sesuai dengan kulit.

      Hope this helps!

      Harap awak jumpa produk yang sesuai untuk kulit awak lepas ni. Fighting! :)

      Delete
  5. Btw kak..saya harap akak maju jaya..saya harap akak rajin hntr lagi review😭saya suka review akak since akak dah bnyk bantu saya..😭terima kasih kak..keep it upπŸ‘πŸ˜Ž

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much, my dear! <3

      Tu lah dulu selalu update review sekarang macam busy sikit. Last week baru habis practicum. InshaAllah lepas ni kita rajinkan diri update blog balik. Hehe

      Thanks again sebab support my writing :)

      Delete
  6. Assalamualaikum, kalau utk kulit over sensitive, very easy gets oily and mudah naik jerawat...Boleh kan? Sebab dia kata situ utk all skin types...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.
      Ya boleh untuk sensitive skin. Tapi oily skin better pakai sikit je tau. Kalau rasa tak cukup baru add on lagi okie.

      Tapi kan saya ada better moisturiser suggestion, try IUNIK CENTELLA GEL. This one is the best untuk keadaan kulit awak.

      Hope this helps! :)

      Delete

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !