25 September 2020

Basic Steps Skincare Routine (For Beginner) (Edisi Malaysia)

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Ya Tuhan lama gila nak update blog. Sorry sangat buat yang comment tapi lambat dapat reply tu. Aku ni kelas je online duk rumah 24/7 dan on laptop selalu tapi nak mengarang satu entri tu rasa malas gila. Idea banyak je tapi malas tu lagi menguasai diri hahaha 😂

Tapi jangan risau semua comment dan soalan-soalan yang diajukan telah aku jawab satu persatu. Hiks! InsyaAllah aku akan lebih rajin update blog kali ni sebab short sem ni walaupun busy tapi aku nak kena jugak lah update sebab banyak gila produk dah lama dalam draft tak direview lagi. 

Okay, kali ni punya post pasal basic skincare routine (Malaysia edition) sebab ada yang comment tanya dekat aku suruh buat tutorial. Tapi sebab aku tak buat video, so aku taip lah eh. Korang kena baca lah. Hahaha jangan malas okie. Sila baca sampai habis. Harap post ni membantu korang yang baru nak kenal skincare dan memudahkan jugak urusan korang yang nak beli produk affordable sebagai beginner. 


Terima kasih dekat Humaira Jamil sebab suruh buat tutorial ni. So rajinlah sikit sis nak menaip hahahha. Dia tanya dekat post review Aiken Moisturiser tak silap. So, dekat post ni jugak aku akan share produk yang berkualiti dan affordable untuk students atau sesiapa sahaja yang bajet sederhana je okay. Yang students kaya tu nak baca pun boleh tapi jangan kecam kami yang sederhana ini okay. 😉

Aku rasa ramai yang dah tahu kalau basic skincare tu macam mana kan. Jadi, bagi yang belum tahu tu, Basic Skincare wajib ada = CLEANSER (PENCUCI MUKA), MOISTURISER (PELEMBAP) dan SUNSCREEN (PELINDUNG SURIA) (PAGI SAHAJA).

Atas tu bebetul basic tau. Toner/serum tu adalah tambahan ikut pada kulit memasing. Untuk brand skincare yang affordable yang boleh beli dekat drugstore adalah seperti dibawah. Lebih baik sebenarnya kalau korang beli yang ada set trial terus. Senang sikit lah takde lah korang nak cari cleanser lain, moisturiser lain. Tapi kalau nak brand lain lain pun takde masalah, yang penting sesuai dengan kulit. Skincare ni sebenarnya kita kena try and error. Sebab tak semestinya orang tu sesuai, kita pun sesuai. Tak okay. Kulit memasing lain. 


Okay so atas ni ialah antara trial set yang korang boleh beli dekat drugstore. Bajet dalam RM20-40 lah lebih kurang. Dah lengkap cuma kena add on sunscreen. Itu saja. Sunscreen pulak paling murah aku rasa dalam RM12. Depends pada bajet korang lah eh untuk suncreen tu. Bawah ni antara sunscreen yang aku rasa sangat affordable. Korang kalau nak save duit cari dekat Shopee tak pun mana mana online shop sebab lagi murah. Tapi make sure original okay. Kau jangan jadi cheapskate kang tak pasal pasal kulit makin teruk. 😅


Disebabkan kita pakai sunscreen, kita kena add on satu lagi produk iaitu micellar water atau cleansing oil. Fungsi dua ni adalah untuk membersihkan makeup atau sunscreen. Sebab sunscreen kan waterproof so tak boleh bersih sepenuhnya dengan cleanser. Contoh kita pakai sunscreen, pastu kita nak solat zohor, so apa yang kita perlu buat ialah guna micellar water/cleansing oil untuk bersihkan sunscreen. Lepas nak guna cleanser pun boleh, taknak pun takpe. Depends pada diri sendiri okay. Bawah ni antara cleansing oil dan micellar water yang aku pernah guna dan sedang guna. Semua mampu milik. Ada yang aku pernah review jugak sebelum ni. Korang boleh scroll bawah bawah okay 😊



Sekarang dah tahu pasal produk apa semua tu. So marilah kita teruskan dengan step basic skincare. Untuk basic, step dia ada 3-4 steps sahaja. Simple kan. Cuma rajin tak rajin je nak buat. 
Credit to: Gabybombang.com

Hah atas ni steps dia. Senang sangat kan. Sesuai untuk beginner. Kalau dalam set skincare korang ada toner, pakai toner sebelum moisturiser okay. Bila dah biasa dengan skincare tu boleh lah tambah serum ke essence ke. Ikut kulit masing-masing. Kalau ada acne, tambah acne treatment dalam skincare. Kalau dry skin boleh tambah hydrating serum/essence. Itu je. Kita kena start slow-slow. Jangan rushing nak clear skin pastu duk tukar tukar skincare. Pakai seminggu tak nampak effect, terus tukar. JANGAN! 

Setiap produk tu kita kena pakai dalam masa 28 hari untuk nampak effect dia. So, lebih kurang sebulan baru nampak effect. Kena sabar okay. Lepas sebulan tu kalau takda effect jugak baru lah tukar ke produk lain. Just make sure to understand your skin first okie. 

Selain skincare, kita kena jaga pemakanan juga sebab kekadang kulit kita react terhadap apa yang kita makan atau environment. So, makan makanan yang baik-baik, control stress, jangan selalu pegang muka hah nasihat untuk diri sendiri jugak hihi 😂 So itu je rasanya untuk post kalini. Kalau ada yang tak clear atau nak tanya apa-apa boleh comment. Tapi kekadang comment dekat blog ni aku tak perasan sangat sebab dia tak masuk notification. Kalau nak feedback cepat, korang boleh follow skincare IG aku, @littledominomunchies. Kalau korang, tanya dekat IG cepat lah sikit aku respon hihi.💕
Sekian.
Assalamualaikum.
(3:55 petang)



❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

No comments:

Post a Comment

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !