2 March 2020

Skincare Review #38 : Wardah Lightening Facial Scrub

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Rasa dah lama gila tak menaip. Last post pun bulan 12 tahun lepas weh. Hahaha eh SELAMAT TAHUN BARU 2020 semuanya walaupun dah masuk bulan 3 sekarang. Terima kasih kerana masih membaca blog aku yang tak seberapa ni hiks. 💓

Okay harini nak share satu scrub yang aku dah lama jugak pakai dari tahun lepas tapi tak habis habis lagi haha. Ini dia Wardah Ligteing Facial Scrub boleh beli dekat Watsons okay.

Wardah Lightening Facial Scrub 

Harga: Tak sampai RM10 pun

[Description]
Help to removes the dead skin cells while simultaneously brighten the face. The gentle scrub particles with pH Balance formula bring the comfortable on your skin. Enriched with Licorice Extract to boost the skin lightening process.




Apa yang aku boleh katakan selepas pakai scrub ini ialah aku rasa macam tak scrub pun muka haha. Scrub ni ada micro-bead tu tapi macam sikit sangat kot. Bila tengah scrub muka tu sambil berfikir aku ni tengah scrub muka ke cuci muka biasa. Ah gitu. Sebab tak rasa macam scrub muka pun. Sis is confused 😕

Lepastu aku pakai dalam 3 kali seminggu, kekadang lebih jugak tapi tak rasa beza pun muka lepas dan sebelum guna scrub ni. Rasa sama je. Nak kata makin cerah pun tak jugak, nak kata kulit makin okay ke tak jugak. So, aku tak tau macam mana nak review produk ni sebab aku tak nampak apa-apa effect dekat kulit aku. Yang aku tahu bau dia okay je tak melebih-lebih. Hidung aku boleh terima so kira okay. Lepas tu dia takde foam so scrub macam biasa je tak keringkan kulit. Haa itu saja yang aku boleh nampak.

Mungkin aku kena pakai sampai habis kot baru nampak effect *bersangka baik*. Buat masa ni aku akan habiskan juga walaupun takde nampak apa-apa effect sebab taknak membazir okay. Nanti kalau dah habis pakai dan ada nampak effect ke apa, nanti aku update lagi okayy :)



Recommended or Not?
Nope!

Would you repurchase this? 
Nope!

How many stars would you give?
1 out of 5 stars. 🌟


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(8:57 malam)



❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

2 comments:

  1. Semalam baru jalan2 kat guardian. Nampak brand wardah ni.. Eh mcm x pernah dengar.. Usha2 kejap produk dia murah. Tapi x confident nak beli.. Thanks bagi review ni 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Tak silap saya Wardah ni brand Indonesia.

      Kita baru berkesempatan try dia punya scrub dengan gel moisturiser. Scrub dia macam tak best sangat. TAPI moisturiser dia best! Sesuai dengan kulit oily pastu murah jugak dalam RM7 je.

      Awak try lah brand ni mana tahu sesuai sebab dia ada banyak range jugak. :)

      Delete

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !