15 December 2017

Final year (Semester akhir)

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah sampai final year dah kita ni. Haha. Senior dah weh. 
Sebenarnya dah lama nak buat entri pasal final year ni tapi asyik tak sempat je sebab habiskan entri review produk dulu. Ni pun banyak lagi yang tak habis direview. Haha 😂😂


Aku masuk kolej Ogos 2015 sekarang dah Dis 2017. InsyaAllah Januari 2018 nanti aku ambik final exam untuk final semester ni. Dah nak habis weh. Konvo pun tahun depan jugak. Member semua ajak buat Degree dekat tempat yang sama. Tapi aku macam biasa lah, banyak dilema yang kena lalui sebelum buat keputusan.

Masa nak masuk diploma ni pun, banyak jugak dilemanya. Last-last masuk sebab ibu kata masuk je lah. Haha. Sebab aku ni takde pendirian sangat. Masa sekolah pun cita-cita bertukar setiap tahun. Last-last masa form 5 taktau nak jadi. Dah habis spm taktau nak sambung apa. Haihh. Dilema okayyy.

Masa memula masuk diploma TESL ni kan, ya Allah macam-macam yang aku bayangkan. Takut tak dapat bawak lah, takut tengah jalan terkandas lah. Macam-macam weh. Tapi Alhamdullilah sampai jugak ke penghujung diploma ni. 😂😂 Thankyou parents for your endless supports. 💓
Ramai yang kata TESL senang, hell no ! TESl susah okay. Bayangkan k batch aku sekali masuk 60 orang lebih sekarang tinggal 40 je. Ke kurang dari itu. Macam yang aku kata, ramai yang terkandas tengah jalan kalau kau tak buat betul-betul. Ramai yang kena repeat subject. Alhamdullilah aku tak pernah lagi repeat mana-mana subjek. Dan taknak repeat !!

TESL ni kau bukan setakat belajar english essay je weh. Banyak lagi yang korang belajar. Philosophy, psychology, sociology in education. Banyak weh. Bukan takat pergi kelas buat essay hantar dapat markah. Bukan okay. Sapa yang cakap TESL senang tu meh sini ambik TESL dulu. Kalau takleh past 1st sem booyahhhh !

Bagi aku every courses ada susah senang dia. Jangan ah bila kau ambik medical studies/engineer kau terus boo budak course lain. No !! Malas nak cakap pasal ni. Ahaha. Pastu sebelum kau keluar practicum kena lalui semester yang gila tough sebab ada mirco teaching. Tak lepas micro teaching takleh gi practicum der ! So, make sure micro buat betul-betul. Fighting juniors !! 💪💪
Bila dah practicum tu baru rasa peritnya kerja seorang cikgu praktikal tu. Haha. Tapi kau akan sentiasa disayangi dan dirindui murid-murid. Rasa macam penat lelah kau ajar dorang tu berbaloi lah. 💖
Sem 7A (final semester)
Sekumpulan orang gila jadi Cikgu ahaha
Harap sangat kalau sambung Deg nanti dapat member gila-gila macam ni jugak 💘

Okay takat tu je nak bebel. Tengok lah tahun depan aku sambung Degree ke tak eh. Nantikannnn ~ 😘

Sekian.
Assalamualaikum.
(12:43 tghari)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

No comments:

Post a Comment

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !