Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
👯 Hai ! Harini nak review satu produk yang aku baru first time beli dari jenama ni. Focallure. Sama macam Bioaqua jugak dari China tapi yang ni dia punya brand lagi famous sebab ramai orang beli. Pastu cosmetics dia semua bagus - orang katalah. So, aku try beli satu je produk dia iaitu matte lipcream. Harga pun murah jugak sebab beli dekat Shopee. 👇👇
Focallure Ultra Chiclips
Dia ada banyak lagi barang macam blusher, highlighter, eyeshadow palette banyak lagi lah. Terlampau banyak sampai malas nak taip. Hahaha
Harga: Tak sampai RM10
Macam biasa produk nama pelik-pelik ni aku beli dekat Shopee je
Aku pilih code 09 Tumbleweed sebab dekat gambar dia nampak cantik gila pastu dia nude so aku suka. Hehe. Dia ada banyak lagi warna yang aku rasa cantik lah jugak tapi taknak beli banyak takut membazir dan tak pakai pun nanti. Packaging dia macam biasa je takde keistimewaan sangat. Biasa-biasa je. Harga murah so no complain about the packaging lah.
Dia punya lipcream applicator pun okay. Tak rasa tulang macam Maybelline punya. Bau dia pulak macam chocolate cookies kot. Hahaha. Bau sedap lah macam sweet gitu takde bau chemical ke apa. Texture dia pekat dan cepat kering. Tapi bila apply dekat bibir tak berapa smooth sangat. Sebab dia cepat kering kan.
Yang ni bila swatch dekat tangan. Warna dia bila aku swatch, terus pudar harapan nak pakai. Sebab lain sangat daripada yang aku tengok dekat gambar. Warna dia very pale weh. Sangat tak cantik bila nak apply dekat bibir. Tang swatch aku dah disappointed. So, aku tak harap banyak sangat lah bila nak apply dekat bibir nantinya. 😐😐😐
So, this is it. The outcome! ya tohan sangat tak cantik. Warna tak cantik. Bila apply tak cantik. Bila kering tak cantik. Bila lipcream tu kering je bibir rasa kering gila walaupun sebelum tu aku sapu vaseline dulu. Rasa bibir macam retak seribu. Bila tangkap gambar tanpa lighting nampak warna dia okay kan tapi bila guna lighting je terus burukkkkk sangatttttt ya tohannnnnn. Rasa macam tertipu dan nak mintak balik duit dan masa yang dibazirkan. 😧😧😧😧
Tak serupa lipcream dah tu. Macam guna marker pen putih kat bibir dah aku tengok. Ahahaha
Tapi nasib baik aku beli satu je lipcream dia. Lepas ni taknak dah beli. Aku rasa bibir aku okay dengan matte lipstick yang bullet punya. Aku tak suka sangat matte lipstick yang macam ni sebabtu aku tak banyak beli.
Oleh sebab warna dia tak cantik and too pale for me. Aku buat experiment lipcream ni mix with other color. And it turned out well. Warna nampak okay sikit nak pakai. Hihi
Okay ni swatches bila dah campur dengan warna daripada lipstick lain macam Catrice yang aku salah beli haritu. Jadi dusty purple yang aku rasa okay dan lawa je warna dia. So, lepasni kalau lah aku nak pakai lipcream ni jugak sebab taknak buang, aku akan mix with other color lah. Baru nampak macam orang normal pakai lipstick. Yang atas tu nampak macam apa je warna dia. Hahahahha rasa nak tergelak bila tengok warna lipcream tu kat bibir aku. Macam orang gila pakai lipstick jeee 😂😂😂
Recommended or Not ?
No no no ! Jangan beli tau korang. Tak best. Better kumpul duit sikit je lagi pastu beli matte lipcream local punya yang okay. 😯
Would you repurchase this ?
Tidak akan sama sekali. Tapi aku nak beli dia punya eye shadow palette sebab orang kata best. Aha 😂😂
How many stars would you give ?
1 out of 5 stars. 🌟
Sebenarnya taknak bagi star langsung tapi sebab bila dah mix dengan warna lain nampak okay dan boleh dibawa keluar berjalan. So, aku bagi lah jugak satu bintang. Tapi dari segi texture dia memang out. 0 star !!
P/s: All products reviewed by me in this blog are not sponsored. I bought using my own money. Thank you. 💟
Sekian.
Assalamualaikum.
(4:33 petang)
No comments:
Post a Comment
Your comments will be highly appreciated ^^