Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
Selamat ber-lip scrub kalian semuanya. 💋
Hai semua ! Dah lama tak share diy kan. Hihi. Sementara tak busy ni aku nak buat entri banyak-banyak sebab nanti bila dah busy sure sebulan satu entri je aku mampu karang. Okayy. Harini nak share cara buat homemade lip scrub yang sangat murah dan menjimatkan.
Homemade lip scrub
Ini aku buat sendiri. Boleh guna bebila masa yang nak. Aku buat sekali banyak sebab sementara bahannya ada baik buat nanti dah habis kena beli pulak.
Bahan-bahan yang diperlukan :
👄 Gula putih
👄 Gula organic (Raw sugar)
👄 Minyak Kelapa Dara (Virgin coconut oil)
👄 Esen vanilla
👄 Pewarna makanan
Cara nak buat dia senang je. Campur je semua bahan kat atas tu. Aku tak bagi measurement dia sebab masa aku buat ni pun tak measure pun. Main buh je. Hahaha
Okay lah aku bagi measurement agak-agak untuk sesiapa yang blur tak tau nak letak berapa sudu eh.
1 sudu gula putih & raw sugar. Kalau taknak letak raw sugar pun takpe. Guna gula putih biasa je. Jangan korang guna gula serbuk yang halus tu dah la eh. VCO dalam 1 sudu setengah pastu esen vanila dengan pewarna makanan dalam beberapa titik je tau. Jangan banyak sangat.
Sebab aku letak esen vanila adalah nak cover bau vco yang aku tak suka tu. Bau vco tu kuat sangat bau kelapanya. Sebabtu aku letak esen vanila. Pewarna makanan pulak untuk kasi ada warna je dekat lip scrub kita tuu. Tapi dia bagi stain sikit kat bibir. So, bibir nampak merah lah bila kita letak pewarna merah. Untuk sesiapa yang nak letak warna selain merah tu make sure letak sikit je tau. Nanti lekat warna tu kat bibir pulak. 😂😂
Nampak tak dia macam berminyak kat jari tu. Haaa itu akan moisturise bibir kita nanti. Takde lah sakit bila nak scrub. Pastu korang, kalau korang takde vco korang boleh letak olive oil. Kalau takde olive oil boleh letak vaseline. Tapi kalau letak vaseline tak boleh telan lah.
Kebaikan lip scrub :
👍 Tanggalkan dead skin dekat bibir
👍 Melembutkan & melembabkan bibir sebab ada vco tadi
👍 Elakkan chapped lips (bibir kering/merekah)
Pastu kalau dah siap semua boleh simpan dalam bekas. Aku takde bekas cantik so guna bekas biasa je dan taruk plastik sebab taknak warna merah lekat kat bekas. Hehe. Menngamuk ibu aku nanti. Hahahaha. Sekali buat memang banyak. Pastu jimat sangat. Kalau beli kan mahal pastu kita tak tau apa bahan dia. Walaupun dia mention bahan selamat digunakan tapi taktau kan. Haaa ~
Lip scrub tahan lama tau so jangan risau. Tak payah letak dalam peti sejuk. Letak je dekat meja solek korang okay.
bestnya ada bahan organik kt rmh...kita nk try buat mcmni tapi takde bahan pn.. organik mahal kan nal beli pun tak mampu.. huhuhu
ReplyDeleteHi awak,kalau takde bahan organik boleh je guna vaseline tambah gula sikit untuk lip scrub tapi takleh telan lah. Hehe. Kite guna bahan yang boleh telan sebab suka jilat bibir lepas scrub ahahaha termakan sekali dead skin ahaha :)
Delete