Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
Kembali lagi dalam review produk daripada jenama Bioaqua. Haha Setelah beberapa minggu trycubatest dengan produk baru beli ni. Macam yang aku bagitahu dalam entri sebelum ni, Bioaqua ni brand murah dari China. So, sebabtu aku banyak beli sebab nak try okay ke tak. Itu saje okay. Disebabkan dia murah pastu banyak pulak barangan yang dia keluarkan sebab itu jugak aku beli. Hahaha 😂😂 *nasib baik murah weh*
Okay. Kita dah review bb cushion dengan essence kan. So, kalini nak review satu lagi barang Bioaqua iaitu Blusher ! Siapa tak suka blusher kan. Aha. Blusher ni dia lain sikit sebab dia cushion blusher. Baca review bawah ni kalau nak tahu pasal blusher ni okayy. 😊
Bioaqua Air Cushion Blusher
Paling susah nak tahu nama barang sebab panjang sangat pastu kat kotak nama lain kat barang nama lain aha pening gue 😖😖
Harga: Tak sampai RM10
Kan dah kata produk jenama ni murah. Beli dekat Shopee tau
Okay nak cakap pasal packaging dulu. Packaging dia cantik sebab kecil comel je. Tak besar macam bb cushion dia. Pastu warna pink putih peh very girly uols. Haha
Packaging cun habis. Compact ! Sangat menarik perhatian. Siap ada puff kecil comel jugak. Haih comel sangat. Cermin pun okayy. Senang cerita packaging dia aku bagi A+ sebab sangat comel ! 👍👍💚
Pastu, blusher ni ada 3 codes yang nama dia aku tak ingat. Tapi yang aku ingat ada 3 warna lah iaitu pink, coral dengan oren peach gitu. Disebabkan aku dah banyak blusher pink, aku try beli yang warna oren peach tu. Nak tengok okay ke idakkkk blusher ni.
Atas tu warna dia macam oren/peach sikit kan. Bau dia sama dengan bau bb cushion. Lembut je tak sakit hidung lah. Texture dia pun sama jugak dengan bb cushion. Senang cerita lagi kan dia memang sama dengan bb cushion cumanya dia berwarna je. Aha
Dekat bekas warna peach oren tapi bila dap dekat tangan jadi warna pink. Apeni Bioqua !
Pastu korang, blusher ni sangat sangat kecewakan aku walaupun tak expect lelebih sangat tapi still disappointed. Sebab bila dap dekat pipi gosh takde warna !! Macam pakai bb cushion je putih dia. Tapi lagi putih dari bb cushion lah. Tapi serius takde warna oren/peach kat pipi. Langsung takde !!
I as a regular customer in buying this makeup brand, I am very disappointed !! Why you produced this blusher, Bioaqua oi ? No function at all !
Jadi macam bb cushion biasa je, cumanya putih lebih sikit daripada yang aku punya bb cushion. Lepasni buat tepek kat bekas jerawat jadikan macam concealer. Nasib murah je awak ni blusher !
Recommended or Not ?
No! Takde function langsung. Jangan beli 😠😠
Would you repurchase this ?
Nah! Baik beli blusher odbo ke sivanna ke murah sama je.
How many stars would you give ?
1 out of 5 stars. 🌟
Sebenarnya taknak bagi bintang langsung tapi disebabkan dia boleh jadikan sebagai concealer so aku bagi jugak lah satu. Okay lah dari takde kan. Concealer Maybelline aku pun tinggal sikit so okay lah.
Sebenarnya taknak bagi bintang langsung tapi disebabkan dia boleh jadikan sebagai concealer so aku bagi jugak lah satu. Okay lah dari takde kan. Concealer Maybelline aku pun tinggal sikit so okay lah.
P/s: All products that reviewed by me in this blog are not sponsored. I bought with my own money. Thank you. 💟
Sekian.
Assalamualaikum.
(2:00 petang)
Sekian.
Assalamualaikum.
(2:00 petang)
No comments:
Post a Comment
Your comments will be highly appreciated ^^