7 August 2015

Makeup Review #2 : IN2IT Colour Balm + Lip Treat

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hari ni nak share dua produk untuk bibir jenama IN2IT. Seriously, produk IN2IT lebih murah daripada jenama lain. Dan kali nak review dua produk IN2IT sekaligus iaitu ; Colour Balm dan Lip Treat.
IN2IT Colour Balm = RM9++
IN2IT Lip Treat = RM6++
.................................................
Aku beli dekat Guardian. Dekat Watsons pun ada jual gak tapi tak sure berapa harganya sebab ada masa harga dia tak sama. Kekadang barang dekat Guardian lagi mahal daripada dekat Watsons. Kekadang murah pulak. Entah la nakk ~

Colour Balm
Nak try nude colour pulak sebab banyak sangat lipbalm warna merah.
Yang bestnya, kita cuma perlu twist je. Tak perlu pakai sharpener bagai.
Kalau aku pakai, aku akan pakai sikit je dekat bibir bawah pastu ratakan dengan jari sebab kalau pakai full satu bibir....
baca info selanjutnya dibawah.........

Lip Treat - Raspberry
Bau raspberry wangi sangat oi. Yang ni pun aku pakai sikit je sebab boleh tahan merah jugak lah bila pakai lip treat ni.

Bila sapu kat tangan. (tangan pun sunburn jugak ! Alahai)
Yang colour balm tu berkilat sikit. Dan warnanya sangat neutral bagi aku lah. Sebab dia tak merah sangat, tak coklat sangat. Just nice kata orang. Tapi kulit aku macam tak berapa nak sesuai sangat dengan nude colour. Taktau lah pasai paaa...

(gambar ni memang sengaja di-blur-kan)
Hah ni dia gambar bila pakai kat bibir. Atas sekali normal (takde pakai apa-apa), gambar tengah pakai lip treat dan bawah sekali pakai colour balm. Dua-dua lip balm ni wangi sesangat. Lagi-lagi yang lip treat tu, rasa macam nak makan pun ada. Hahahahaha
Yang colour balm pulak, dia agak shining sikit. Pastu nampak bibir jadi tebal. Hahahha tak payah dah nak beli alat yang orang jual untuk bibir macam Kylie Jenner. Pakai colour balm pun dah jadi Kylie Jenner okayyyy.....

Kesimpulannya, aku recomend sangat produk jenama IN2IT dekat korang-korang semua yang nak beli lipstick/lipbalm. Ada macam-macam jenis. Ada yang matte, gloss, liner dan banyak lagi. Harga pun murah. Senang nak pakai. Produk lain macam bedak semua tu aku tak cuba lagi. InsyaaAllah, ada rezeki kita cuba banyak lagi produk IN2IT ye.

Selamat membeli ~

P/s: Every products that reviewed by me in this blog are not sponsored. I bought with my own money. 💟

Sekian.
Assalamualaikum.
(12:02 tengahari)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !