24 May 2012

Seperti mereka

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum

~ Penggunaan AKU dalam entri ini sangat digalakkan XD ~




Aku nak jadi seperti mereka. Tabah dan kuat seperti mereka. :')

Arwah nenek (sebelah ayah). Mas Pupah
Al-Fatihah ~


Arwah nenek dengan adik aku -Nur Zaidatul Faizzin

Dia lahirkan 13 orang cahaya mata tau. Ayah aku yang ke-11  ! Ya Allah. Dia sangat kuat dan tabah. Membesarkan anak-anak sehingga anak-anaknya semua berjaya. Ada yang jadi doktor, arkitek, ahli perniagaan dan ahh macam-macam lah. Dia sangat cantik diwaktu mudanya. Cantik sangat-sangat. Sebab tu lah anak-anak dia semua cantik-cantik dan segak-segak. Macam ayah kitewww :)

Dia dah berjaya menjadi seorang ibu mithali. *tabik* Aku nak jadi macam dia. Seorang wanita yang tabah, kuat, sabar menghadapi ujian dan dugaan hidup.

Ya Allah .  Ringankanlah beban nenek di sana. 
Ampunkanlah segala dosa-dosanya Ya Allah.
Dia lah isteri, ibu, nenek dan oyang yang terbaik.

******************************************************
Wanita bergelar IBU. Rosyati Sapari.

Asyik muka Ijeen je ! Huh.
Ijeen = Faizzin
Aku nak jadi macam ibu ! 
Ibu adalah ibu yang paling best kat dunia ni !

Terima Kasih sebab dah lahirkan kami ke dunia ini.
Walaupun pelbagai dugaan yang melanda ibu tetap akan tempuhinya dengan sabar.
Terima Kasih sebab dah layan kami dengan sempurna.
Menyekolahkan kami. Mengajar kami tentang dunia, pelejaran yang tidak dapat diajar oleh guru.
Terima kasih sebab sanggup menghabiskan duit untuk kami.
Beli itu ini untuk kami. Lagi-lagi untuk S.Z.A yang suka shopping ni. Hee ~
Terima kasih ! Sayang ibu daripada segala yang ada di dunia ni !

Doakan kami berjaya di dunia dan akhirat kelak !

Sekian.
Assalamualaikum.

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !