2 May 2012

My 15th Birthday (3) !!

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum 

Sambungan pasal birthday yang terakhir. 

Sekarang dah bulan 5 kan ? Sekejap ye masa berlalu. Kejap lagi nak PMR pulak. Haihhhh ~
Rasa nervous dah menyelubungi diri ini. Ehh. Ehh. Bukan PMR je. Lagi seminggu nak midyear exam. Dan aku belum lagi belum persediaan. Hmm... Takde mood nak study.

*******************************************
Ok. Forget about that and let's have some fun for 5-6 days before midyear exam. Jyeah :)

Lupa nak bagitahu. Ibu belikan 3 tudung bawal yang supercantik !

Macam-macam corak ada. Dan rambang mata gila bila pergi Kompleks PKNS dan UITM. Semua tudung bawal dia cantik-cantik. Kalau lah aku dah kerja. Haihhhh ~ Takkan ku biarkan tudung leopard tu berlalu begitu sahaja. Cewahhhhhh. Puitis sungguh bahasa mu, Wahai Afrah. 

Makcik kitew bagi buku ni. Best !
Terima kasih tau tau tau :)
-FROM TEENS TO TEENS-

Ni dia...................*bukan hadiah*
Dairi terbesar sepanjang hidupku. Haha. Semua benda aku tulis kat sini. 
Dan paling aku BENCI BENCI BENCI ialah bila sapa-sapa amik diari aku dan baca sampai habis. Pastu bila aku buat jahat kat dia sikit. Mula lah nak bocorkan rahsia aku.
Huh.

Sapa budak bertudung bunga-bunga ni ? 
Ishhh... Dulu kecik je dia nih. Sekarang dah 15 tahun. cepat betul masa berlalu kan kan kan ?
Rasa macam tak puas je nak tidur bawah ketiak ibu. HAHA

Tamat~

Sekian.
Assalamualaikum.

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !