Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
Yeay! Akhirnya dapat jugak beli MUJI punya skincare. Sebelum ni banyak baca je review orang lain yang best pasal produk ni. Aku selalu pergi mall tapi MUJI ni adalah salah satu kedai yang aku tak pernah dan tak ingin pun nak masuk. Sebab tak bekenan sangat apa yang dia jual. Pastu bila banyak baca pasal produk Muji baru lah aku masuk kedai dia. Tapi itupun sekadar tengok skincare je. Tempat lain tak tengok pun. Hihi 😂
200ml
Harga: RM33.90
Spray head for skin lotion
Harga: RM7.90
Aku beli dekat MUJI Mytown Cheras.
Muji ni produk dari Japan. Kalau korang masuk kedai dia memang nampak barang yang dijual semua very simple dan minimalist gitu. Dia punya baju dan barang lain simple je. Harga mahal sikit lah kan.
Skincare pulak ada macam-macam range. Untuk sensitive skin, anti-aging dengan apa entah lagi satu. Banyak lah skincare dia. Tapi satu yang aku tak gemar sangat dia kedai ni takde ramai pekerja. Bila kita belek skincare ni pastu tak tau function dia apa ke kan nak tanya pekerja dia tapi macam tak nampak je. Yang nampak pun dekat kaunter. So, agak susah lah bagi sesiapa yang gemar bertanya sebelum membeli tu.
Okay habis bab kedai.
Aku beli toner pun sebab baca banyak review best pasal produk Muji ni. Aku terus beli yang botol besar sebab malas nak beli yang tester punya. Yang botol clear ni range sensitive skin. Pastu untuk toner ni dia ada 3 tahap tau. Light, Moisture dengan High Moisture tak silap aku. Light untuk oily skin, Moisture untuk combination skin dan High Moisture untuk dry skin.
Disebabkan kulit aku jenis combination so aku pilih Moisture. Dan aku beli sekali kepala spray haha itu ke nama dia. Mahal jugak okay harga tapi nak senang punya pasal so beli je lah kan. Balik rumah terus terus tukar kepala dia. Sebab aku suka jenis spray boleh spray terus ke muka.
Okay dah tukar kepala! Hihi. Aku dah pakai dari bulan 5 sampai sekarang masih ada lagi dalam 100ml. Dekat botol tu ada measurement dia so boleh tahu dah pakai takat mana. Bagus gila kan. Aku suka botol dia sebab simple dan minimalist gitu. Semua skincare dia jenis macam ni. Simple je. Ada translation untuk ingredients semua. Aku pakai toner ni sebagai toner dan jugak face mist. Pakai sebelum dan selepas makeup. Best sebab dia boleh moisturise kita punya kulit. Kulit rasa gebu gitu.
Texture dia macam air. Colourless and scentless. Kalau kita dap dekat muka guna tangan rasa macam pakai light moisturiser. Best! Aku kekadang kalau rajin pakai 2-3 layers so rasa macam tak payah pakai moisturiser dah sebab kulit dah macam cukup moisturised. Tapi aku still sapu moisturiser sikit hihi. Wajib okay walaupun toner ni dah cukup buat kulit aku rasa hydrated.
Korang boleh google dia punya ingredients okay sebab aku malas nak letak taip satu-satu.
Lepas ni aku nak beli yang High Moisture pulak. Walaupun yang ni pun dah okay sebenarnya tapi saja nak buat kulit jadi ada extra hydration gitu. Aha! Yang aku nampak lepas pakai toner ni dalam masa sebulan ialah kulit aku nampak glow sebab cukup hydration. Tempat yang selalu ada dry patches tu dah takde. Dah jarang sangat ada dry patches sekarang ni sejak buat skincare routine betul-betul. Tu je kesan dia yang aku nampak. Yang lain taktau lagi.
Recommended or Not?
Yes!
Would you repurchase this?
Definitely yes! Tapi nak beli yang High Moisture. ❤
How many stars would you give?
4 out of 5 stars 🌟🌟🌟🌟
P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟
Sekian.
Assalamualaikum.
(11:15 pagi)
No comments:
Post a Comment
Your comments will be highly appreciated ^^