27 August 2016

ReviewTM #6 : Seoul Garden, Star Avenue

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hai kembali lagi. Dah berapa hari tak post entri baru kann. Macam biasa ah kan kalau dah rajin, rajin sangat tapi kalau malas tu memang malas betul ! Nak menaip pun takde idea kauu.
Tinggal seminggu je lagi nak balik kolej untuk sem 4. Wuuuu ~ *taknak balik*

Okayy. Kali ni nak review tempat makan yang confirm semua orang tau kan. SEOUL GARDEN uols. Maaf le iols jakun sikit. Hahahha. Sebab baru dua kali makan kat situ.

Seperti yang korang tau SG ni dia punya style makanan ialah makan banyak mana yang kau mampu. Takpun nama senangnya ialah buffet. Korean style buffet gituu ~

Yang nak tahu lebih detail boleh [klik sini]

Alright. Sesapa yang layan kdrama takpun runningman atau sewaktu denganya confirm teringin gila kan nak makan makanan korea. So, SG ni lah tempat yang kau patut pergi ! Kat SG ni kau kena bayar dulu pastu baru boleh melantak sampai pengsan. Tak macam bbq steamboat yang biasa.

Masa first time pergi tu taktau macam mana nak mula. Nak makan grill dulu ke sup dulu ke ambik air dulu ke gituuu ~ jakun to the max !! Hahahaha. Okayy. Sini aku bagitau cara nak gi makan kat seoul garden ye.

 Pertama sekali korang kena pergi kaunter untuk buat pembayaran. Pilih sup pastu nak air ke taknak. Sebab air adalah berasingan ya !! Kalau korang tak nak air pun boleh je so nanti dorang tak bagi cawan lah. Korang boleh je bawak air dari luar. Tapi macam tak best la kannn ~ Student price je yang dah termasuk air dan sup. Yang bukan student kena bayar untuk air dan sup. Kecuali kalau korang pilih chicken soup haaa itu free ! Ada faham ?

 Lepas nak bayar, boleh pilih tempat duduk. Make sure pilih yang dekat yang food station hahahha. Senang nak top up makanan uols ~ Haaa bila dah duduk nanti dorang akan bagi cawan haaa pastu korang boleh gi ambik air dengan buah dulu sebagai appetizer. Buah kena makan sebelum makan makanan lain !

 Haaaa dah ambik air, lepastu boleh lah bergerak sorang demi sorang ke food station. Bahan mentah ada. Daging, ayam, kambing, seafoods. Semua ada !! Kimchi dengan sushi memang confirm kena ambik. Pastu ada banyak sos. Untuk celup dalam soup pun banyak. Nasi goreng, mee goreng ada. Senang cerita banyak lah.

 Dah ambik bahan semua, okayy dah boleh start memasak dan makan sampai lebammm ~

 Dah agak2 kenyang tu haaaa boleh lah ke dessert station pulak. Pekena cendol, aiskrim dan abc buatan sendiri. Letak je ape yang korang nak letak dalam dessert korang tuuuu.

 Dah kenyang ~ Rehat jap ~ Pastuuuu sambung lagiiiiii hahahahahhaha. Agak-agak dah 3 jam haaa boleh balik dah kottt. Bagi orang lain pulak seat korang tuuuu ! Next time datang lagiii ~

Haaaa itu diaaa procedures makan kat sini. Hahahha. Tak nak ikut pun takpe. Tiada paksaan eh ~
Okayy. Yang bawah ni masa first jejak kat seoul garden masa birthday aku. So, masa tu aku dapat makan free dengan 5 orang dewasa punya bayaran. Heee ~ Aku pergi SG yang paling dekat dengan rumah which is at Star Avenue Mall. Kat situ memang lapang sebab baru bukak. Tak ramai yang datang. SG dia pun kecik comel je. Kat luar pun ada seat jugak. Untuk sesapa yang nak makan kat luar. Tapi susah lah kan sebab makanan semua kat dalam.



Okayyy. Yang bawah ni pulak second time makan sana sebab nak celebrate birthday abang dengan ibu aku. Tapi takde lah bawak kek bagai. Sapa nak makan nanti kan. Hahahha
Yang second time ni tau style macam mana nak makan semua. So, lebih santai lah. Takde jakun macam yang first punya. Hahahahha. Makanan pertama yang aku sambar dulu ialah kimchi ! Tapi kimchi lobak dengan kobis dia masin sikit untuk yang kali kedua ni. Sedih ~



So, sesapa yang baru nak try Seoul garden ni boleh follow tips-tips diatas. Hahahahhahah. Haaa untuk student pulak, korang tak boleh guna student price on weekends. Weekdays sahaja tau. Yang nak datang weekends tu haa standby lah duit ikut harga dewasa ye ^^

SELAMAT BERSEOUL GARDEN

Sekian.
Assalamualaikum.
(2:43 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

4 comments:

  1. Kalau student kena bawak kad matrik ke awk? Hee maaf tak pernah pergi...������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Eyra !
      Yup! Student kena tunjuk kad matrik untuk weekdays saja tau. Kalau weekend dia charge harga biasa. So, kalau nak murah pergi hari biasa okay :)

      Delete
  2. Kalau pegi waktu siang, blh stay sampai pukul brapa ya? 😅 Maaf sy pun x penah pegi lagi SG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.
      Tak silap kita, lepas bayar boleh stay dalam 4 jam gitu. Tapi depends awak datang pukul berapa lah hahha

      Delete

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !