11 February 2013

Hajat Tercapai #1 : Cat Bilik Tidur

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Yeayy. Akhirnya tercapai jugak hajat aku yang satu ni. Ce tengok balik wishlist aku yang ni. Satu dah tercapai. Tinggal lagi 9 benda. Jyeahhh !
Ehem. Dari tahun lepas lagi tau aku berhajat nak cat bilik. Tapi tak kesampaian. Tahun ni ada rezeki lebih dan masa yang lapang maka berlangsunglah sesi cat mengecat selama 2 hari 2 malam. Penat ok. Tangan comel kite sakit+bengkak sebab lama sangat pegang kayu dan mengecat tanpa henti. Berpeluh tak cakap lah kan. Dah macam lari marathon je. Haha. Over tau !

Mula mengecat hari Ahad petang. Tu pun cat putih je. Sebab nak tutup warna pink yang terang benderang tu. Sampai ke malam ok kitaorang mengecat. Dah mandi pun macam tak mandi je sebab semangat nak mengecat tu masih ada. Pastu malas nak mandi dah. Tidur lah dengan tompok-tompok putih kat muka tangan kaki. Hahaha. Nampak naa maleh dia !


Alatan yang diperlukan semestinya berus dan bekas cat. Takkan nak cat pakai tangan pulak kan ? Adehh


Pastikan anda membeli berus yang betul ! Sekarang ni macam-macam berus ada. Berus bulu kuda, bulu natang pink tu. Haihhh. Kena berhati-hati tau. Kalau nak senang cari je yang ada tanda Halal. Takpun tanya dulu kat tauke kedai tu. Jangan main amik je. Kang tak pasal-pasal kena samak satu bilik. Payah ok payah !

-SEBELUM-
Sungguh gegirl warna bilik aku kan. Hahaha.

Hari pertama (Ahad)
-cat putih dulu-


Kalau aku yang mengecat memang ada je benda yang aku nak buat. Hihi. Conteng itu ini. Tulis itu ini. Budak kreatif lah katakan. Hahahaha. Ustazah Hapsah pun kata aku kreatif ok ! Jangan nak menafikannya lagi. Harharhar *gelak hambar*

-SELEPAS-
Petang tadi baru siap semuanya. Ni pun tak sempat nak susun almari meja lagi. Pening kepala kejap. Otak dah jammed. Dah tak kreatif dah. Huhu


Aksi lepas tekanan selepas penat mengecat seharian plus semalam equal duaharian. Haha. Ntah apa-apa :b

Sekian.
Assalamualaikum.
(10:58 malam)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !