Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
Assalamualaikum wbt
Ehem.
Kembali lagi. Hihi. Masa cuti raya cina hari tu kemain aku update blog hari-hari tanpa mengenal erti penat. Tapi sekarang ni baru kau tahu erti penat yang sebenarnya. Hahahah. Orang busy ok ! Homework jangan cakap lah kan. Bagi hari ni, hantar esok. Kalau bagi sikit takpe jugak. Ni bagi homeworks macam cuti berminggu-minggu. Haihh. Sabar je lah. Ingat Afrah. Nak pandai. Nak berjaya. Nak belajar luar nogori. Kena lah belajar rajin-rajin. Moga diberi kekuatan untuk penempuh hari-hari yang akan datang. Aminn..
*masuk topik sebenar*
Sekarang ni aku sangat-sangat obses dengan belian dalam talian (online shopping gituww). Antara benda yang aku beli ialah bantal (entri ini) dan yang terbaru, selendang labuh.
Seledang ni aku beli dekat I.H. Dan tersangat lah limited edition. Kalau nak kena cepat. Kalau tak kempunan nanti. Hihi
Hari-hari tunggu Abang pos laju datang tau. Hahahah. Takut sangat barang dia tak sampai.
Ini lah 2 selendang yang aku pilih. Sebenarnya nak beli satu je. Warna coklat bunga-bunga. Tapi dah habis pulak. Sedih sekejap. Pastu ada promotion beli 2, free postage. Harga dia boleh tahan lah. Tu yang rembat 2 sekali tuuu.. Hihi. ^^
Sampai hari Jumaat (15.02.2013), pakai pun hari tu jugak. Hihi. Sebelum pakai kena basuh dulu. Basuh pakai Downy bagi lembut gituww. Sebab malamnya nak pergi makan-makan sempena birthday ayah. Heeee ~
Selendang ni sejuk je bila pakai sebab dia mixed cotton. Selesa sangat-sangat. Rasa macam nak pakai pergi sekolah je. Hahaha. 'Verangan' lah ekau nak pakai pergi sekolah. Kang tak pasal-pasal kena sound dengan Cikgu Jumilah sebab terlebih gojes daripada dia. Hahaha. Ampun cikgu bio kelas A.
Sekian.
Assalamualaikum.
(5:56 petang)