Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum wbt
Assalamualaikum wbt
Hari ni dengan rajinnya aku ke dapur masak untuk lunch. Penat naik turun jejantas tak habis lagi ni. Hihi. Tapi terlebih rajin pulak. Walaupun dah ada makanan untuk lunch. Tapi nak jugak masak makanan lain. Nak makan air tangan sendiri gituwwww :)
Resipi kite hari ni ialah Baked PoCheVeEg Volcano. Hahhh. Tu dia nama resipi kite.Hahaha. Olahan sendirian berhad ok !
Ok ! Bahan-bahan yang diperlukan :
- Beberapa biji kentang
- Sebiji telur
- Keju (yang patsegi tu)
- Sayur (apa yang bekenan dihati)
- Sedikit mentega, garam, lada
Cara penyediaan :
1) Rebus kentang sampai empuk.
2) Kalau dah empuk tu, lenyek kentang bersama garam, lada dan mentega. Secukup rasa je ye. Sayur jangan lupa !
3) Kemudian, panaskan oven. 180 darjah celcius.
4) Lepas tu, bentukkan kentang lenyek tadi macam bentuk gunung berapi atas loyang/baking tray. Kalau tak tahu, sila Google !
5) Jangan lupa buat lubang kat tengah-tengah gunung berapi kentang tadi tau.
6) Pecahkan telur dekat lubang gunung barapi kite tadi. Dan taburkan sedikit garam dan lada.
7) Kite carik-carik keju dan letak kat atas gunung berapi kentang kite comei-comei.
8) Akhir sekali, masukan dalam oven selama 10-15 minit. Takpun sampai telur masak dan keju cair. Itu saja !
Senang sangat !!! Cubalah sendiri.
* Taknak letak keju/sayur pun takpe. Tak jadi masalah.