Assalamualaikum wbt
Hari ni bibik rajin lagi. Yeayyyy ! Dapat ah makan sedap-sedap macam dekat hotel. Haha. Kali ni bibik buat Durian Crepe pulak. Itu pun sebab dapat durian free dari kampung. Kemudian, bertungkus lumus mencari whipping cream di kedai kek. Akhirnya, jumpa jugak. Alhamdulillah.
*bibik tak timbang pun, main campak je. Nasib baik sedap*
1. Beberapa gram tepung gandum. Terpulang lah ye.
2. Santan sekotak.
3. Air (sukat pakai kotak santan tadi)
4. 4 sudu mentega cair (supaya dia tak lekat pada pan)
5. 2 sudu gula kastor (tak payah banyak-banyak sebab durian dan whipcream dah manis)
6. 2 biji telur gred A
7. Pewarna makanan yang dibenarkan.
Itu saja !
Cara nak buat pulak ialah :
1. Campurkan semua bahan-bahan di atas.
2. Kemudian blender dan tapiskan. Supaya kulit crepe kita nanti licin dan semulus kulit baby.
3. Akhir sekali, masak lah atas pan dengan api yang kecik. Dan JANGAN terbalikkan ia semasa memasak ye, ibu-ibu sekalian.
Maka jadilah cenggini.
Masa nak angkat dari pan tu hati-hati ye. Takut koyak je nanti kalau ganas-ganas. Jadi, bibik yang ganas ni terpaksalah berlemah-lembut untuk melakukan kerja sebegitu rupa. Dan asingkan tau. Jangan tindankan kulit tu. Nanti melekat pulak. Guna plastik macam yang bibik buat atau guna pinggan lain-lain. Bibik malas nak basuh pinggan tu yang guna plastik tu. Hihi
Ok. kemudian sediakan isinya pulak.
Bahan-bahan :
2. Whipping Cream. Beli dekat kedai kek tau. Lagi murah dan banyak pilihan. Ambil yang non-dairy tau. Baru dia kembang nanti.
Guna mixer untuk kembangkan krim tu tau. Kalau rasa tangan tu gagah lagi perkasa, pakai tangan pun boleh saja. Kembang tu bermaksud bila kita terbalikkan mangkuk, krim tu tak tumpah.
Kalau semua dah siap. Letak isi durian dan krim tu dan lipat comel-comel macam bantal.
Cenggini
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sekian.
Assalamualaikum.