Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum wbt
Hari ni bibik terlebih rajin pulak. Hihi. Dengan berbekalkan bahan bahan memasak yang lengkap. Terus je bibik terfikir nak buat Puding Roti. Sedap ke tak sedap ke belakang kira. Janji hari ni bibik masuk dapur dan masak. Hihi.Assalamualaikum wbt
Ok. Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
1) Beberapa keping ROTI. Terpulanglah nak guna roti apa pun. Hari ni bibik guna roti biasa tambah 5 keping roti yang ada bijirin tu. Dan terpulanglah nak letak berapa banyak pun. Janji ada, ye dak ? Hihi.
2) 500 ml susu cair. Tapi disebabkan rumah tuan bibik ni takde susu cair yang dalam tin tu, jadi bibik letak je susu DutchLady ni. Susu tin, susu kotak. Kan sama sama susu !
3) 2 biji telur yang bersaiz A. Hah ! Yang paling besar tu tau. Pastu kita pukul lah telur tu sampai dia kembang semangkuk dalam mangkuk. Guna putih dan kuning telur ok ! Jangan pulak kau amik putihnya aje. Kita bukan nak buat pavlova ye, ibu-ibu sekalian.
4) 1 sudu besar esen vanila. Jangan kurang dan lebih tau. Esen vanila ni penting ! Dia boleh kurangkan bau hanyir telur. Kalau terlebih nanti bau vanila je. Tak best !
TIADA GAMBAR. *pandai-pandailah ye*
7) 3 sudu besar gula kastor. Tuan bibik cakap jangan masak manis-manis. Masak sedang-sedang aje. Jadi, pada sesiapa yang suka manis-manis boleh tambah sesudu dua lagi ye.
TIADA GAMBAR JUA. *kalau gula pun tak tahu, memang kena hempuk nanti*
6) 2 sudu besar mentega yang ditelah dicairkan. Pastu jangan kedekut mentega sangat tau. Lebihkan sikit untuk disapukan pada loyang dan roti. Nanti baru yumeeehhhhh !
7) Kismis untuk tabur atas puding roti. Kalau nak guna coklat cip pun boleh. Apa-apa yang berkenan dihati. Tabur je jangan mengada nak malu malu. Sepak kang ! *hah. siap tayang harga lagi*
Tak tahu macam mana nak mula ? Ok. Ok. Meh bibik ajar.
############################################################################################
Mula-mula....
1) Baca Bismillah *teringatan untuk diri bibik jugak* Dan panaskan oven dalam 190 darjah celcius gitu. Kalau dah masukkan loyang turunkan ke 110-130 darjah.
2) Ambil loyang yang sederhana besar lepastu sapukan mentega sikit. Tujuan mentega tu disapu pada loyang supaya puding kita tak lekat pada loyang. Dan susunkan roti-roti kita tadi. Susun comel-comel tau. Jangan bagi ada ruang kosong. Kalau ada tu kita tumbuk-tumbuk sikit. Ahhh. Hilang terus stress bibik. Hihi.
2) Seterusnya, ambil mentega lebihan mentega dan sapukan pada roti. Apa ??!! Mentega tak cukup ? Hahh ! Tu ahh bibik dah pesan tadi lebihkan mentega. Jangan kedekut. Haahh ! Sekarang pergi cairkan mentega. Yang 2 sudu untuk masak dengan susu nanti.
3) Ok. Sekarang letak tepi dulu roti dalam loyang tu. Kita beralih ke dapur pulak. Pi amik periuk atau kuali kecik untuk panaskan susu.
4) Kemudian kita masukkan susu tadi. Biarkan dia panas kejap. Api tu kasi kecik je tau. Jangan biarkan susu tu mendidih. Lepastu masukkan mentega, esen vanilla, telur dan gula. Dah ! Macam tu je. Jangan lupa kacau dia tau. Karang berkerak pulak gula kat bawah.
Selepas 45 minit
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Tunggu apa lagi ? Potong dan ngap lah. Hihi.
Bibik makan macam ni je. Teringin nak buat kuah. Tapi dah cukup manis. Tak perlu lah kuah kuah bagai. Karang ada jugak yang kena kencing manis. Hihi
Salam sayang dari bibik yang garang.
*study untuk form4*
Sekian.
Assalamualaikum.