28 December 2012

DIY #1 : Tudung Sekolah

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum wbt 

Ehem.
 Tetiba rasa rajin gila nak buat tudung sekolah sendiri. Hihi. Walaupun tak tau nak buat macam mana tapi nak buat jugak. Hehe. Kisah apa aku kan ? Tudung aku ! *kan dah kena marah *
Sekarang ni tudung sekolah semua mahal-mahal tapi kualiti tak seberapa pun. Grrr. Jadi, untuk memuaskan hati sendiri. Aku buat tudung sekolah sendiri. D-I-Y gituwwww. Hihihi. Ibu belikan kain, aku ukur gunting bentuk dan semua lah. Tapi bab jahit tepi, diserahkan pada tukang jahit. Aku mana pandai jahit tepi.

*D-I-Y = Do It Yourself


Lakaran pun aku buat jugak. Nampak rajin sangat kan ? Hahahaha. Dengan kalkulator bagai. Aku buat semua ni atas katil je. Ukur gunting semua lah. Hihi. Agak-agak dah boleh jadi fashion designer tak ? Haha :b


Tudung lama dijadikan model. Beria je gunting dengan penuh lemah lembut dan kesabaran yang menggunung. Tapi senget jugak. Hahhh. Fed-up aku. Nanti suruh ibu guntingkan je. Senang ! Tapi tu dalam hati je. Last-last aku gunting sendiri je. Puas hati ! Hahaha.
Ini lah jadinya...sebenarnya tak jahit lagi tuu. Aku guna pin je. Hehe

Erkk. Tembam gila muka. Ini yang tak suka cuti sekolah ni ! Grrrrr..
*guna webcam je* 
Selamat mencuba kepada sesiapa yang nak cuba buat tudung sekolah sendiri. 
Hah ! Lupa nak bagitahu. Satu tudung ni aku guna 2 meter kain. Jadi kalau nak buat tudung labuh macam sekolah agama tu, beli ah 2 meter setengah atau 3 meter terus. Takut tak cukup pulak nanti. Tudung sekolah bukannya boleh main tampal-tampal. Kang tak pasal-pasal kena ngadap cikgu disiplin. Hahaha. Aiyokk, kite tak tau..... Hihi 

Sekian.
Assalamualaikum.

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !