Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum wbt
Assalamualaikum wbt
Sekarang ni aku dalam trauma nak memilih barang. Sebab aku sendiri tak tahu apa yang aku nak. Hihi. Mengada betul aku ni. Aku rasa nak S3 tapi entah lah. Nak Note 2 lah. Ehhh ? Nak kamera Samsung NX1000 lah ! Hmmm... pening =,=
Meh lah kita tengok apa yang best sangat dengan S3 ni..
Peranti ini mempunyai paparan 4.8 inci dan beroperasi pada Android 4.0 (Ice Cream Sandwich).
Ok ! =.=
Bla bla bla................. *duckface*
Pro
Reka bentuk - Dari segi reka bentuk, S3 memang agak ringan - 133g dan tahap kenipisannya memang munasabah iaitu 8.6mm. Samsung mendakwa ia telah direka untuk mengoptimumkan cengkaman pegangan kita supaya tidak mudah jatuh dan lancar ketika menaip.
Kapasiti penyimpanan - Galaxy S3 menawarkan pilihan penyimpanan 16GB dan 32GB dengan Samsung menjanjikan versi 64GB akan boleh didapati tidak lama lagi. Telefon ini menyokong slot microSD, yang tidak dimiliki telefon lain seperti iPhone 4S dan HTC One X.
Sistem Operasi — Galaxy S3 akan disetkan pada Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) yang dilaporkan menawarkan teknologi intuitif bagi menyampaikan pengalaman mudah alih peribadi yang unik. Betul, setakat, ICS menawarkan kepakaran tinggi dari aspek antaramuka dan penggunaan lancar, sesuai untuk pelbagai tugas yang kita alami seharian.
Komunikasi Jarak Dekat (NFC) - Galaxy S3 mempunyai teknologi NFC yang membolehkan transaksi tanpa tunai dan pemindahan data dengan hanya menyentuh dua peranti secara serasi bersama. Ia belum diperkenalkan dengan meluas di negara ini tapi lama-kelamaan ia pasti tiba dalam masa terdekat.
S Voice - Galaxy S3 mempunyai suara yang diaktifkan sebagai pembantu peribadi (menyamai fungsi Siri pada iPhone 4s) — suara tersebut digelar S - Antaramuka pengguna bahasa yang maju direka seakan semulajadi tersebut boleh menjawab atau menolak panggilan dan boleh memberitahu keadaan kamera semasa proses rakaman dilakukan. Di samping itu, ia lebih dari mampu untuk menghantar mesej dan e-mel dan menetapkan jadual menggunakan suara saja.
Ciri-ciri tambahan - Panggilan terus, Isyarat Pintar, S Beam, Cast AllShare, AllShare Play dan rakaman Burst pada kameranya ditonjolkan dengan ketara dan sememangnya menjadi aspek penting bagi ICS.
Mengecas secara wayarles - Galaxy S3 mempunyai teknologi pengecastanpa wayar yang direka berdasarkan pengecas induktif. Letak saja telefon anda, ia akan mengecas menerusi platform khusus.
Kontra
RAM - Walaupun S3 mempunyai RAM lebih baik daripada iPhone 4s atau One X (1GB serta 512MB), terdapat laporan yang membayangkan peranti sebenarnya boleh datang dengan RAM sebanyak 2GB.
Kamera - HTC One X, iPhone 4s dan Galaxy S2 mempunyai kamera 8 megapiksel. S3 tidak membawa apa-apa yang baru berbanding telefon lama yang disebut tadi.
Pemproses - Sebelum pelancaran S3 itu, Samsung mengumumkan telefon mereka akan dikuasakan oleh Exynos 4 pemproses quad-core 1.4GHz, syarikat pertama yang tampil dengan aplikasi pemproses quad-core dan dilaporkan menawarkan dua kali keupayaan pemproses pendahulunya, proses kejuruteraan 45nm berasaskan Exynos 4 dual core. Walau bagaimanapun, memandangkan bahawa cip telah tidak diuji sebelum ia pergi ke dalam pengeluaran berskala penuh dan diletakkan dalam peranti utama syarikat, mungkin ada yang takut sekiranya berlaku masalah yang boleh jadi 'senjata makan tuan' jika cip tersebut tidak menepati potensinya, pastinya ia memalukan.
Meskipun begitu, Samsung Galaxy S3 memang betul-betul menawarkan kemudahan kepada konsumer. Pendek kata, lebih positif dari negatifnya. Ia benar-benar mengujakan dan sangat berbaloi untuk berada di tangan.
So, nak Samsung galaxy S3 ni ke Iphone 5 ??
Boleh lagi kau tanya aku nak S3 atau iPhone 5 ek ? Semestinya nak Samsung NX1000 ! Ahaks. lalalalala ~
Comel kan kan kan ?
Sama macam Kang Tae Joon (Choi Min Ho) punya lah. Hihi ^^
Yang mana satu idaman kalbu ?? =.=
Sekian.
Assalamualaikum.