Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum
Assalamualaikum
Kalau duduk jauh boleh lah membuktikan yang anak dara ibu ni boleh hidup jauh tanpa menangis malam. Haha.
Tapi ibu tak percayakan aku. Dia kata nanti aku nangis cari ibu. Hello Ibu ! Itu cerita lama lah. Itu cerita 7 tahun lepas ok. Tolong jangan ungkit kisah lama.
Kepelbagaian sekolah di Malaysia telah menyebabkan kepala aku rasa macam nak pecah dan terpaksa bergaduh dengan ibu semata-semata kerana telah buat keputusan untuk bersekolah di luar Selangor. Duhhh~
Ya Allah. Permudahkanlah urusan hambaMu ini.
Buat masa ni aku tak tahu lagi nak mintak sekolah mana. Semua sekolah yang aku nak, ibu dah reject awal-awal. Langsung taknak mengalah dengan aku. Huh!
Antara Sains Tulen dan Sains Teknikal. Yang mana satu idaman kalbu... Ohhhh. *NyanyiUntukHilangkanStress*
Apa-apa pun aku kena pujuk ibu dulu. Harap-harap ibu bagi sekolah luar Selangor... Kena minta restu dulu baru boleh bahagia.. Ecehhh. Macam nak kahwin je. HAHA.
Ehem.
Aku kena buat keputusan minggu ni jugak. Aku dah minta pendapat abang aku tapi dia pun bersepakat dengan ibu tak bagi aku keluar dari Selangor. Hmmmm.. tak best betul. Orang nak baru nak minta je, belum tentu dapat pun. kalau tak dapat sekolah mana-mana, orang tetap sekolah kat Bandar Baru tu. Tak adanya pergi sekolah lain. Huh. *merajuk*
Bye.
Sekian.
Assalamualaikum