Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
Sephora Micellar Cleansing Water [Charcoal]
100ml
Harga: RM16
Yang nak try tu boleh cari dekat outlet Sephora okay.
Halu! Sebelum ni aku ada review jugak micellar water ni tapi yang tu green tea punya. [Klik sini untuk baca]
Kalini nak share satu lagi micellar water brand yang sama tapi kandungan dia berbeza sikit iaitu ada arang. 👇
100ml
Harga: RM16
Yang nak try tu boleh cari dekat outlet Sephora okay.
[Description]
A range of four no-rinse, travel-size cleansers that use the technology of micelle molecules to effortlessly remove makeup without leaving a greasy or sticky residue.
💄A micellar water with a fresh and lightweight texture enriched with natural-origin charcoal extract
💄 A texture that effectively eliminates makeup and impurities for east and fast makeup removal
💄 Skin is cleansed, purified and detoxified
💄 Ideal for all skin types and for all periods in the year
💄 A texture that effectively eliminates makeup and impurities for east and fast makeup removal
💄 Skin is cleansed, purified and detoxified
💄 Ideal for all skin types and for all periods in the year
Sebenarnya aku nak beli yang cleansing milk punya harga sama je tapi taktau kenapa terambil yang ni. Hahaha. Tangan dengan otak tak bagi kerjasama betul. Bila dah sampai rumah baru perasan. 😂
Sebab dah beli kan, so kita pakai je lah kan.
First impression,
Masa memula pakai aku memang dah agak micellar water ni mesti rasa hangat hangat gitu sebab ada charcoal kan. Scrub freeman aku yang ada charcoal pun rasa gitu jugak hangat hangat masa memula pakai. Tapi sekejap je lah dalam a few seconds macam tu je lepastu takde rasa apa dah. Function dia sama je macam yang green tea punya. Cumanya yang ni ada detoxified function. Dia detoxkan kulit kita dari segala makeup yang kita pakai tu.
Aku tak pakai pun micellar water hari hari. Selalu pakai bila pakai makeup lebih sikit dari biasa je. Kalau hari yang tak keluar rumah pakai cleansing foam biasa je. Pastu kekadang pakai cleansing oil. So, micellar water ada banyak lagi sebab jarang pakai dan malas nak guna cotton pads. Hahaha 😂😂😜
Bagi aku, micellar water ni best sama macam yang green tea punya. Tak rasa melekit ke apa. Rasa macam pakai toner sebab kulit rasa fresh gitu. Kalau buat travel okay sangat takpun letak je dalam bag untuk remove makeup bila nak solat dekat mall ke apa kan. Untuk waterproof makeup macam mascara tu dia susah sikit nak tanggalkan lelagi yang waterproof mascara. Untuk makeup yang simple dan light tu boleh lah. Okay. 👌
Recommended or Not?
Yes!
Would you repurchase this?
Yes! Tapi lepasni aku akan make sure aku beli yang cleasing milk. Hihi 😅
How many stars would you give?
4 out of 5 stars. 🌟🌟🌟🌟
P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟
Sekian.
Assalamualaikum.
(11:53 pagi)
No comments:
Post a Comment
Your comments will be highly appreciated ^^