30 July 2018

Skincare Review #23 : Sephora Micellar Cleansing Water [Green Tea]

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Haritu pergi Sephora Aeon Shah Alam sebab temankan abang aku cari perfume. Dia tu sejenis yang gila perfume masuk je sephora terus ke tempat perfume lama gila pulak tu. Aku yang meneman dia terus jadi boring pastu aku pun pusing lah satu sephora dari depan ke belakang. Disebabkan aku dah janji dengan diri sendiri taknak beli barang makeup lagi so aku berhenti kat tempat sephora collection tapi bahagian skincare je okay. Hihi 😂😂

Pastu terjumpa micellar water ni. Harga pun okay so apa lagi. Jom try! (maksudnya kena beli lah apa lagi) 😃

Sephora 
Micellar Cleansing Water 

Green tea 
Mattifying and anti-blemishes

[100ml]

Harga: RM16
Disebabkan aku pernah try micellar water jenama Garnier je so nak try jugak jenama yang lain kan. Sebabtu aku beli ni.

[Description from Sephora website]
What it is:
A range of four no-rinse, travel-size cleansers that use the technology of micelles molecules to effortlessly remove makeup without leaving a greasy or sticky residue.
What it does:
Green Tea

☀ A micellar water with a fresh and lightweight texture enriched with natural-origin green tea extract
☀ A texture that effectively eliminates makeup and impurities for ease and fast makeup removal☀ A formula that absorbs excess sebum and reduces the appearance of blemishes
☀ Skin is mattified, fresh and clear 
☀ Ideal for combination to oily skin and skin with blemishes
Yang ni ada banyak jenis tau sebenarnya ada yang micellar water (yang aku punya ni), ada yang cleansing milk untuk kulit sensitif dan cleansing gel jugak. So, kalau korang nak beli tu boleh pergi sephora outlet takpun beli online dekat Sephora website okay 😉
Aku baru je pakai dalam tiga kali tapi dalam hari yang berlainan lah. Review ni masih dalam first impression gitu. Aku suka cleansing water ni sebab dia tak macam air sabun bila kena kulit. Kalau yang brand Garnier tu rasa lah macam air sabun sikit pastu rasa melekit bila dah habis bersihkan muka. Tapi yang takde langsung rasa bersabun dan melekit. Wow sangat! 
Pastu lepas habis bersihkan muka semua, kulit rasa macam pakai toner. Fresh and smooth gitu. Takde rasa nak kena bilas langsung. Bab harga semua tu aku rasa okay je sebab takde lah mahal sangat pastu ini jenis travel-friendly tau. Botol je kecik comel je.
Tapi satu je aku tak berkenan sangat iaitu bau dia. Bau dia kuat sikit bagi aku lah. Bau macam herba/citrus sikit. Ada gak bau serai gitu. Hahaha aku pun taktau nak explain macam mana. 😂😂 Tapi okay je sebab hidung aku still boleh tahan. 
Selama dah pakai 3 kali ni aku suka dengan micellar cleansing water ni. Oh lupa. Dia tak pedihkan mata okay. So, takde lah rasa takut-takut nak bersihkan bahagian mata. Dia boleh tanggalkan waterproof mascara tapi bukan brand Maybelline. Maybelline punya mascara memang tak lepas nak bersihkan dengan cleansing water kena guna cleansing oil baru tanggal. 

Recommended or Not?
Yes! Sebab dia tak mahal sangat pun untuk 100ml. You guys should try! 

Would you repurchase this?
Yup! Wanna try their cleansing milk because it looks nice and there are lots of good reviews of it on Sephora website 😁

How many stars would you give?
4 out of 5 stars. 🌟🌟🌟🌟
P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟

Sekian.
Assalamualaikum.
(4:25 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

No comments:

Post a Comment

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !