25 March 2019

Skincare Review #31 : Entel Mask Pack

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hello! Harini nak share dengan korang, mask yang aku beli dekat Shopee tapi sangat murah dan dipercayai. Bukan mask murah dari China okay. Mask ni made in Korea.

Nak tahu baca sampai habis okay.
Entel Mask Pack
(Cucumber, Blueberry and Snail Gold)

Harga: RM1.40/pc

[Ingredients] (Blueberry)

Haritu aku godek godek Shopee sebab nak cari sheet mask murah dan berkualiti dan aku jumpa yang ini. Harga murah dan berkualiti. Yang penting bukan dari China okay. Mask ni aku beli tiga je tapi lain lain kandungan. Tapi aku menyesal sebab beli sikit ni je. Huhu patutnya aku beli bundle haritu. Huhu 😭😭

Apa yang aku boleh kata pasal sheet mask ni ialah dia average sheet mask. Feeling lepas pakai mask ni tengah-tengah lah bukannya tak best langsung dan bukan jugak macam WOW best gila. Bukan okay dia average je. Memula sekali nak macam pasal dia punya sheet mask tu sendiri, sheet mask dia warna kuning. Aku ingat satu je warna kuning, rupa-rupanya semua warna kuning. Tapi aku tak tahu sama ada mask tu yang warna kuning ataupun dia punya essence tu yang warna. Haaa ~

Lepastu dia punya mask tu okay lah tak nipis atau tebal sangat. Just nice gitu. Essence dia pulak tak banyak sangat sampai boleh buat mask satu lagi. Essence dia ngam-ngam je tak lebih pun. Lepas dah pakai tiga-tiga mask ni. Mask yang pakai aku suka ialah yang snail gold. Salah satu sebab aku suka yang itu adalah kerana dia buat kulit aku betul-betul lembap. Essence dia macam sticky sikit dekat kulit. Tapi lepas pakai rasa toink toink. Best gila! Nampak kulit cerah gitu.

Yang lagi dua pulak, dia biasa biasa je. Essence dia tak thick macam yang snail gold punya. Dan feeling lepas pakai pun tak sama macam yang snail gold. Yang ni rasa lembap biasa biasa je. Takde brightening effect pun. Kulit rasa moist tapi macam tak cukup moist untuk buat kulit rasa toink toink. Haa gitu. 

So, bagi antara tiga masks ni aku akan repurchase yang snail gold banyak-banyak sebab best gila pakai. Dan murah pastu kulit aku takde rasa gatal-gatal atau pedih. Oh lupa nak bagitahu yang mask ni MADE IN KOREA tau. Bukan China punya yang tiru brand besar tu. 


Recommended or Not?
Yes!

Would you repurchase this? 
Yes! Yang snail gold!

How many stars would you give?
2.5 out of 5 stars. 🌟🌟🌠 (untuk blueberry/cucumber)
4.5 out of 5 stars. 🌟🌟🌟🌟🌠 (untuk snail gold)


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(12:11 tengahari)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

No comments:

Post a Comment

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !