Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
Halu semua. Hiks~ Aku baru perasan last update blog ialah pada bulan JUNE 2021. Sekarang dah JANUARY 2022. Hahaha SELAMAT TAHUN BARU semua. 🎇
Terima kasih buat yang rajin membaca dan comment dan support blog ni. Tahun ni nak kata rajin balik tak juga. Sebab sekarang aku dah habis degree tapi masih belum bekerja so bolehlah nak update blog dan review produk lagi. Tak tahu kalau dah dapat kerja cemana lah blog ni nanti kan. Mesti bersawang. Tapi apa apa pun sebelum itu semua terjadi, aku akan berusaha untuk habiskan segala produk review yang tertunggak dulu okie. ❤
Terima kasih buat yang rajin membaca dan comment dan support blog ni. Tahun ni nak kata rajin balik tak juga. Sebab sekarang aku dah habis degree tapi masih belum bekerja so bolehlah nak update blog dan review produk lagi. Tak tahu kalau dah dapat kerja cemana lah blog ni nanti kan. Mesti bersawang. Tapi apa apa pun sebelum itu semua terjadi, aku akan berusaha untuk habiskan segala produk review yang tertunggak dulu okie. ❤
Macam produk ni dia dah ada dalam draft sejak tahun 2019 haha. Punya lah lama. Tapi jangan risau aku masih ingat apa yang berlaku semasa pakai benda ini.
Harga: RM36
[Description]
🌺 This gentle and non-abrasive exfoliating gel smoothens and boosts skin renewal for incredible radiance
🌺 It removes blackheads and dead skin cells to brighten your complexion, leaving your skin fairer and smoother
🌺 It also preps skin to absorb the goodness of moisturiser
🌺 No alcohol/colouring/paraben/fragrance
Directions:
1. Pump a small amount onto your fingertips.
2. Gently massage in a circular movement, until it dries off.
3. Rinse with warm water and continue with your regular skincare routine.
[Ingredients]
Atas ni kandungan dalam produk ni.
(sorry lah close up tangan kita ada freckles haha 😂)
Texture gel ni macam gel biasa. Tapi ada bau bau macam masam sikit. Ke sebab dia exfoliating gel? Haha aku pun tak sure. Aku beli produk ni pun sebab terbaca ada orang review kata best dan dia macam mild exfoliation gel untuk kulit sensitive sebabtu aku beli. Aku pakai seminggu 1/2 kali je. Sejujurnya aku tak berapa suka gel ni sebab kekadang dia buat kulit aku rasa panas. Lelagi dekat tepi tepi hidung dan mulut. Mungkin produk ni terlalu kuat untuk kulit aku? Hmm tahlah sebab sebelum ni pun aku ada je pakai produk yang ada exfoliating function tapi okay je.
Produk ni pakai masa kulit kering tau. Boleh pilih lah nak pakai sebelum cuci muka atau selepas cuci muka tapi kena make sure kulit kering tanpa ada setitis air pun. Letak gel ni dalam 2-3 pumps lepastu masa rata dekat muka dalam 30 saat gitu lepastu baru gosok slow slow dalam circular motion (bulat bulat). Buat sampai dia jadi ada daki daki keluar macam tu. Bila dah puas hati baru bilas muka.
Aku suka buat lepas cuci muka so kulit rasa lebih bersih tapi itu lah rasa panas je kulit aku. Sejak rasa panas tu aku dah jarang sangat pakai. Sebab rasa leceh pun ada. Sampai ke tahun ni ya (2022) produk ni masih ada tersisa dalam bakul aku. 😂
Sekarang rajin pakai exfoliating toner je sebab lebih mudah dah tak ada rasa tak selesa/panas semua tu.
Tapi itulah yang best pulak lepas pakai gel ni kulit rasa licin dan glow. Hahah cemana pulak. Mungkin kulit aku je yang rasa macam tu. Mana tahu kulit korang okay ke kan. Boleh lah cuba okay.
Sekian.
Recommended or Not?
50-50! Kalau korang rasa dah bosan pakai exfoliating toner/serum boleh cuba produk ni pulak.
Would you repurchase this?
No!
How many stars would you give?
2.5 out of 5 stars. 🌟🌟
P/s: All products reviewed by me are not sponsored. I bought it with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟
Sekian.
Assalamualaikum.
(12:35 tengah hari)
No comments:
Post a Comment
Your comments will be highly appreciated ^^